Untuk apa kita bersengketa?

Berbeza itu biasa. Setiap individu itu unik dan istimewa. Ada kelebihan. Ada juga kekurangan.

Cara berfikir seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor. Jantina, umur, latar belakang keluarga, pendidikan, cara hidup, suasana tempat tinggal, masalah peribadi… semua ini mempengaruhi cara berfikir seseorang.

Apabila berlaku pertembungan, seboleh mungkin cuba bayangkan kalau kita di pihak orang itu. Fikir keadaan orang itu, dan bayangkan kalau kita berada di situasi seperti dia.

bersengketa

Buka minda. Buka jiwa. InsyaAllah mungkin kita boleh mencari titik pertemuan (persetujuan).

Apabila berlaku pertembungan fikiran (tak sependapat), jangan cepat melatah. Cuba kawal emosi dan bertenang dulu.

Cuba rendahkan ego diri. Fikir, kita juga cuma manusia biasa yang banyak kelemahan. Mungkin kita betul. Tapi mungkin juga dia pun betul.

Kadang-kadang, kedua-duanya betul. Cuma cara berfikir saja berbeza.

Jalan mungkin tak sama. Tapi tujuan dan matlamatnya serupa.

Jadi untuk apa kita bersengketa?

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(295)

996 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(6)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam