Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Tips untuk hidup bahagia sebagai suami isteri

February 07, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

Keluarga yang harmoni dibina dengan susah payah, bukan terbina dengan sendirinya. Untuk bahagia, suami perlu berusaha. Isteri pun perlu berusaha. Suami kena buat pengorbanan, isteri juga perlu bersusah payah. Pendek kata, kedua-dua belah pihak kena saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Si suami kena tahu peranan, tugas dan tanggungjawabnya. Si isteri juga begitu, ada peranan dan tanggungjawabnya pada suami. Masing-masing kena tunaikan hak kepada pasangan masing-masing.

Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;

  1. Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
  2. Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
  3. Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
  4. Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.
  5. Allahyarham P.Ramlee pernah mendendangkan sebait lagu yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang…” Itulah hakikat yang mesti dilakukan. Tidak wajar untuk menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap pasangan kerana ia akan merugikan kita kelak.
  6. Komunikasi juga memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk hubungan romantik di antara suami isteri. Perbanyakkan pujian, nasihat yang penuh hikmah supaya kata-kata yang diucapkan itu tidak menyinggung perasaan pasangan kita. .
  7. Perkara yang jarang dilakukan walaupun dengan percuma dan mudah tapi sangat berkesan. Perkara yang mudah seperti, amalkan senyuman sewaktu pulang dari kerja, memperbanyakkan sentuhan seperti di bahu, di kepala, di tangan dan sebagainya. .
  8. Meluahkan apa yang terpendam dengan terus terang. Jangan terlalu memendam perasaan. Mungkin pasangan kita tidak tahu atau mungkin memang sengaja tak mahu tahu, tetapi yang penting berterus teranglah.
  9. Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.
  10. Apabila keluar bersantai, beriadah mahupun bersiar-siar, amalkan berpegangan tangan kerana ia akan merangsang emosi kita dan memberikan keyakinan kepada suami isteri.
  11. Suami atau isteri mestilah menegur setiap kesilapan yang dilakukan di antara mereka, dan bukannya bersekongkol dengannya. Perkara penting yang perlu dititikberatkan ialah menyampaikan teguran dengan penuh hikmah dan bijaksana.
  12. Sebagai seorang suami ataupun isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan anda. Mereka juga mempunyai hak untuk bersosial bersama dengan kawan-kawan dan masyarakat
  13. Segala kerja-kerja di rumah tidak seharusnya dibebankan kepada bahu seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah merupakan kerja jamai’e atau kolektif di antara suami isteri.
  14. Sekiranya suami dan isteri sudah mempunyai anak, ajarlah anak-anak itu semenjak dari kecil lagi untuk menghargai kasih sayang ibu bapa.
  15. Hubungan seksual yang sihat dan sempurna juga mampu mengukirkan dan mengekalkan keseimbangan seterusnya mencambahkan suasana romantik dan kasih sayang di antara suami dan isteri.

Kepada yang belum kahwin, bolehlah catatkan tips ini dalam buku nota dan berazam sungguh-sungguh untuk praktikkan apabila dah berkahwin kelak. Bagi yang dah berumahtangga, jangan sekadar baca saja. Yang penting, amalkan apa yang kita dah tahu. Saya yakin, kalau kita dapat praktikkan apa yang dituliskan, pasti rumahtangga kita akan lebih harmoni dan bahagia, insyaAllah.

Artikel lain yang best-best...

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

27 Comments to “Tips untuk hidup bahagia sebagai suami isteri”


  1. Sangat-sangat setuju dengan Pakarhowto, jangan masa baru kahwin jer dapat jalin hubungan yang intim; teruskan hormat-menghormati dan berkasih sayang sehingga akhir hayat…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @MrIQ,
    yeah suri amat setuju dgn pandagan anda tu MrIQ..kalu macam tu barulah namanya hidup hingga ke akhir hayat.. :)

    [Balas Di Sini]

    1
  2. salamualaikum
    suami dan isteri juga harus be patient and understanding,communicate you feelings,show appreciation and be unselfish,always say thank you and i’m sorry.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @salmi,
    salam kembali,,
    kesabaran dan memahami tu penting sebab tanpa inti manakan kita akan mendapat rasa secubit kuih yang enak utk dirasa kemanisannya bersama :)

    [Balas Di Sini]

    2
  3. saya ialah salah seorang pembaca yg akan berkahwin tak lama lg :p mmg pun berazam bersungguh2 ni..huhu.. :p buat apa berkahwin jadi suami isteri tetapi hidup tak bahagia.

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    tahniah..seronok dengar perkhabaran org nk kawin nie..huhu.
    sy xjpe lg mr.right..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mr.eims @ perfume,
    welcom to the club ;) from pakarhowto

    [Balas Di Sini]

    3
  4. SAlam..pakarhowto..

    ER..betul2..

    Insya’Allah..dah kawen nt baru dapat dipraktikkan..

    p/s: zaman sekarang ramai yg kawen..n cerai..huhuhu..ni yang menakutkan..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    salam ocean..
    ha,,jagn lupa catitikan kat buku nota 555 yer..apapun ocean kita kenalah berhati dalm setiap tutur kata kita sebab segalanya boleh berlaku dalam sekelip mata..

    jaga sahsiah diri dan kelurga..Tuhan..Insyallah rumahtangga yang dibina pasti akan mendapat keberkatan dariNYA. Amin.

    [Balas Di Sini]

    4
  5. salam..
    banyak tips yang boleh dijadikan panduan bg pasangan suami isteri untk menyemarakkan lg hubungan..yang penting jdkan ianya sebagai amalan seharian..
    sy belum kawin so hari ni juz bc n insyaallah akan dipraktikkan kelak..bahagia terletk di tangan kita.kita mampu menciptakan bahagia..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @najihah,
    Amin..sebenarnya kebahagin tu semua orang mmpu untuk memilikinya.apa yang penying caranya biarlah dalam hati yang terbuka..ikhlas..hormat pada pasagan Insyallah rumahtangga akan kekal harmoni.

    [Balas Di Sini]

    hatibahgia Reply:

    @najihah,

    tapi kalau sebelah pihak yang bertindak tak akan berkesan…
    macam mana tu?

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    “kita” yang mampu menciptakan bahagia..allahualam

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Syukran, suami i adalah sahabat yg paling baik

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @emma,
    hai, emma
    kalu begitu Alhamdulillah..

    [Balas Di Sini]

    6
  7. ..slm..hnya mlwat,nk bg kmen mlu laa,sbb xde pnglman lg,hehe..ape pn,nce post!!

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ndia,
    hey, ndia
    apa yang nak dimalukan, sebab bagi pendapat tu adalah salah satu cara komunikasi yang baik ;)

    terima kasih sebab anda sudi tinggalkan komen ada disini. kami amat menghargainya..

    [Balas Di Sini]

    7
  8. salamualaikum
    Alhamdulillah. Rumahtangga idaman bagaikan syurga yg menghiasi kehidupan suami isteri.
    Jika seorang suami isteri menjalankan nilai-nilai yg digariskan islam,maka akan memperolehi keuntungan yg mana akan wujudnya hubungan suami isteri yg mawaddah dan rahmat iaitu penuh rasa cinta dan kasih sayang serta pahala dari Allah SWT kerana melaksanakan perintahNya dgn penuh keikhlasan.

    [Balas Di Sini]

    8
  9. salam,
    dekatkan diri dgn allah, selalu muhasabah diri, bykkan zikir n baca quran,kenali personaliti suami/isteri n anak2,nescaya hidup ni rasa bahagia n sentiasa di dalam peliharaanNya.
    Saya syorkan ikutilah program Dr Azizan (sekarang ni tengah diskaun gila2) utk mengenal diri n potensi diri n tips2 bgimana doa kita mudah di kabulkan Allah. Insyallah brgsiapa yg selalu ada dgn masaalah suami @anak2@majikan @kawan n ibuayah, @pekerjaan hatta ape2 sj insyallah akan selesai.Dia yg memberi, Jd Dia yg akan bantu kita menyelesaikannya. Insyaalah lepas kursus kita kan rasai, siapalah kita ini tanpa bantuan n bimbingan dariNya. Kita akan sentiasa rasa harap dariNya utk menyelesaikan setiap liku2 dlm hidup ini.Insyaallah akan rasa HIDUP BERTUHAN DLM DIRI KITA.
    Insyaallah, bila anak 2suami buat perangai,kalau dulu kita kecil hati,kini kita boleh ketawa sebab kita nampak itu kelemahan persolitinya n pelan2 kita tegur n bantu utk mengubahnya. Hidup jd lebih ceria, bila masing2 memahami n cuba berubah.

    [Balas Di Sini]

    hatibahgia Reply:

    @kakchik,
    itu lah dah register dah… sebab nak baiki kelemahan diri

    [Balas Di Sini]

    9
  10. kdg2 suami ni…bila tau suami biar isteri yang sorang2 buat keje…bkn nak berhitung kira… tp sama2 la ktk bantu membantu k

    [Balas Di Sini]

    hatibahgia Reply:

    @nyonyalin,
    EGO tuuuuu

    [Balas Di Sini]

    10
  11. “Sebagai seorang suami, perkara yang jarang dilakukan ialah memberikan penghargaan yang istimewa kepada isteri. Ianya boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti suami seperti mengajak isteri bersama “candle light dinner” atau memberikan hadiah penghargaan khas.”

    mmg setiap wanita inginkan perkara ni…tp kdg2 suami ni bila kt berpantun nak benda tu…. jwpn nya…nanti la..

    mcm mana pulak kalau tiap kali kt sakit dia hnya kata “makan la ubat…” tu je..pastu dia buat tak tau…benda mcm ni pun leh lusuhkan kasih sayang tau.

    [Balas Di Sini]

    hatibahgia Reply:

    @nyonyalin,
    itu tak per lagi…
    ini siap kata …. kalau dah sakit g la klinik takan itu pun nak kena inform…
    (kalau boleh pergi sendiri dah pergi lama dah…)
    sedih … sedih… sedih

    [Balas Di Sini]

    11
  12. @hatibahgia, wah sesungguhnya hatimu napak bahagia sekali ;)

    [Balas Di Sini]

    12
  13. menarik info2 kat sini..

    [Balas Di Sini]

    13
  14. Pada puteri lah kan..semua tuh datang dari hati.. kasih sayang…ambil berat…bersabar.. Jgn masa bercinta jea sanggup apa saja..bila dh kawin..apa pon xreti nak buat. Pada suami, banyak bersabar.. jgn cepat naik tangan.. isteri lak bila suami marah..diam, jgn melawan..mesti ada perasaan hormat.. bila gaduh mesti tamatkan pada hari tuh gak.. tak perlu besar2kan.. Jika sesiapa yang ada masalah tuh… banyakkan bersabar.. buat tindakan yang betul..tabah, kebahagian tu kite yang bina… Puteri bersyukur sgt dapat suami yang baik n penyayang..banyak bersabar dengan kerenah puteri…hehe.. tapi puteri agak sedih tak mengandung2 g nie.. niat dihati nak hadiahkan suami baby yang comel…sedih…

    [Balas Di Sini]

    14


Leave a Reply

CommentLuv Enabled


This page is copy protected