Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Isk apesal la aku tak kawin2 lagi ni…?
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta…
asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…
Susahnya nak dapat jodoh!!
Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.
Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.
1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.
2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.
6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.
Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!
*Dapatkan ebook percuma terbaru di sini. Anda cuma perlu daftarkan email anda dan setelah itu bolehlah download ebook tersebut. Kalau anda perkenalkan pada kawan anda dan dia download ebook itu, anda boleh dapat USD 1.00 iaitu RM3.50. Jadi, apa tunggu lagi, download lah ebook tersebut sekarang. Ianya percuma. Download Sekarang!


Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Hoho…petua yg bagus bagi aku sebab aku belum kawin. NIce informasi. Siapalah agaknya yg bertuah memiliki aku nih. hehe..
ups. sempat lagi promosi xfactor..:D
[Balas Di Sini]
eeola Reply:
June 5th, 2009 at 12:00 am
@titan, aku nak……………!!!! hahahaaaaa
[Balas Di Sini]
meooh Reply:
December 17th, 2009 at 2:36 pm
hahaha amalkanlah
[Balas Di Sini]
ijai Reply:
March 22nd, 2010 at 7:53 am
aku pon naaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:43 am
@titan, aik belajar tak habis lagi mau pikir kawin plak??huhu..
[Balas Di Sini]
rin Reply:
April 6th, 2010 at 9:29 am
@titan, Uishhh…ade org promote diri sendiri…huhu
[Balas Di Sini]
rin Reply:
April 6th, 2010 at 9:30 am
@titan,
[Balas Di Sini]
Nor Azeana Bt Hj Ramli Reply:
August 14th, 2010 at 4:24 pm
Salam
Mudah mudahan hamba Allah yg Hina ini akn dipertemukan jodoh dikalangan org yg blh membimbing ke jalan yg benar dan diredhai.Somoga manusia yang aku cintai sepenuh hati akan terbuka hatinya utk mengahwiniku walaupun terlalu banyak dugaan yg perlu dihadapi.Tp ku tahu setiap apa yang diimpikan tidak akan tercapai……………..amin
Nor Azeana Bt Hj Ramli´s last blog ..
[Balas Di Sini]
haaa kalau tak kawen lagi…
eloklah amalkan mana2 yang patut.
xfactor tu saje2 jer test power…
ni first time cube benda camni.
[Balas Di Sini]
ISHAM Reply:
June 4th, 2009 at 1:15 am
@PakarHowTo,saya pernah baca ismulazam iman alghazali… boleh terangkan x pe 2 ismulazam…detail…
[Balas Di Sini]
nurhyzam Reply:
August 7th, 2010 at 11:19 am
@PakarHowTo, bkn sng nk nikah ni..
byk bnda kna pkr..
dlu mase ngn si dia smua indah..
jnji berbukit2 nk nikah ngn ak..
tp lepas berthn2 knl..
jnji tgl jnji..
hm..
hampeh tul llaki ni..
[Balas Di Sini]
Memang masih tercari2 lagi…
Harap tips nie membantu saya membina kehidupan yang diimpikan….
[Balas Di Sini]
luqman Reply:
March 14th, 2010 at 4:43 pm
em blh berkenalan nama sapa
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:44 am
@zool, cubalah..pasti ada yg sdg menanti tu..
jgn sesekali putus harapan.
[Balas Di Sini]
huhu..tgh mencari jugak calon2 yg sesuai…dah try buat semayang hajat..lum nampak tanda2 lagi
[Balas Di Sini]
eeola Reply:
June 5th, 2009 at 12:02 am
rilex r brader, jodoh tak kan ke mana
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 6th, 2009 at 5:53 pm
@eeola,
betul tu, jodoh tak mana…
don’t worry, be happy.
[Balas Di Sini]
insyallah akan cuba tips ini. pernah juga buat baca yasin setiap hari. Tak menjadi pun. Tapi..saya rasa sy belum cukup yakin agaknya. Insyallah, sama-sama doa ye agar cubaan kali ini berjaya:)
[Balas Di Sini]
aLanSu Reply:
January 23rd, 2010 at 12:55 pm
amin…sama2 lah kita yer
[Balas Di Sini]
ijai Reply:
March 22nd, 2010 at 7:56 am
ala sabar la……..
aku tau smua ngah mencari kan
banyak2 kan berdoa kkkkkkkkkkkkkkkkk
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:45 am
@ijai, yaya..suri setuju tu..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:45 am
@baiduri, lakukanlah dgn hati yg ikhlas..dengan niat yang baik..pasti jodoh ada bt anda
[Balas Di Sini]
awak ucapkan terimakasih tuk tips tipsnya…insya Allah awak amalkan…amalan ni…
Rizky…
insyaAllah, sama2lah kita amalkan…
semoga dapat keberkatan daripada ALLAH TA’ALA..amin.
[Balas Di Sini]
6yang dah kawin pun boleh amalkan jugak..tapi niat dapat pahala ler…
Tuan Sufian…
benar sekali tu…
yang dah kawin pun takde salahnya untuk amalkan..
setiap ibadah pasti akan mendapat ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas lillahi ta’aala..
[Balas Di Sini]
7baguslaa………..weee…saya dah temu jodoh kembar saya.alhamdulilah,tapi say belum lagi.apa laa nasib saya ni,sapalh nak kat saya ni…
IQA…
jodoh kita sudah ditentukan oleh ALLAH SWT…
tak usahlah kita dok risaukan sangat.
insyaAllah…tiba masanya dapatla jodohnya nanti yer…
sabor jer laaa.
[Balas Di Sini]
tembek Reply:
February 22nd, 2010 at 2:27 pm
aaaaaaaa………………………..
[Balas Di Sini]
luqman Reply:
March 14th, 2010 at 4:44 pm
saya
[Balas Di Sini]
ijai Reply:
March 22nd, 2010 at 8:00 am
haaaa……..btol2 btol
awak dok area mne
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:46 am
@IQA, Alhamdulillah jika dah tahu tidak mengapalah..ADA cuma lambat jer tu
[Balas Di Sini]
Assalaamu…
Alhamdulillaah. Petua bermanfaat. Hamba juga ingin kongsikan satu petua, dari Buku “Zikir Asma’Ul Husna 99 Nama ALLAH”, hasil karangan & penulisan Ustaz Hassan Mia.
Inilah Petuanya…
Langkah Pertama.
1. Baca Bismillah 1x.
2. Baca Selawat 1x.
3. Baca Zikir Asma’ “YA ‘ALIYYUL ‘AZHIIM” 11x.
4. Baca Selawat 1x.
Setelah selesai Langkah Pertama, seterusnya Langkah Kedua.
1. Baca Bismillah 1x.
2. Baca Ayatul Kursi 3x.
(Bismillah hanya dibaca pada sebelum bacaan Ayatul Kursi pertama sahaja, kedua & ketiga terus membacanya, yakni tanpa perlu disulami dengan bacaan Bismillah.)
3. Setelah selesai bacaan Ayatul Kursi ketiga (terakhir) itu, tarik@sedut satu nafas yang dalam, kemudian hembus@tiup pada kedua-dua belah tapak tangan, lalu disapu ke muka@wajah & kedua-dua mata.
*Note:
Petua ini hendaklah diamalkan secara berterusan & Istiqomah, amal sehari sekali sudah dikira cukup baik. Waktu mengamalkannya boleh dilakukan sebarang waktu mengikut keperluan & kehendak saudara-saudari.
Namun dalam kebanyakan mana2 ajaran & jalan yang hamba menuntut dalam mengamalkan Petua2 ini, antara salah satu waktu yang paling Afdal & Aula ialah pada ketika dalam waktu Subuh.
Banyak dari para Alim Ulama yang hamba pernah & ada menuntut, menyatakan bahawa pada waktu Subuh lah, adalah merupakan antara salah satu waktu yang di dalamnya terdapat paling banyak barokah.
*Insya’ ALLAH & BI-IZNILLAAH, baik saudari mahupun saudara, akan dilamar.
*Semoga sekalian Saudari-Saudari yang SeKalimah dengan hamba yang budiman-budiwati lagi dihormati serta disegani, dikurniakan sebaik-baik pasangan (Soleh/Solehah), Insya’ ALLAH (AMIIN).
Wallahu’alam…
Wassalaamu…
AMIN…terima kasih banyak2 atas perkongsian ilmu ini.
Alhamdulillah, saya dapati ianya memang cukup baik untuk diamalkan.
Seperti yang saya katakan banyak kali, yang paling penting ialah…
KITA KENA AMAL ILMU YANG KITA DAPAT.
ILMU TANPA AMAL ADALAH UMPAMA POKOK YANG TIDAK BERBUAH.
jadi, marilah kita beramal bersama2…
moga ada manfaat…
[Balas Di Sini]
ISHAM Reply:
June 4th, 2009 at 1:10 am
@AMINold FADZLANegger, di mulakan dengan bismillah, di sudahi dgn alhamdulillah…sambung
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:47 am
@AMINold FADZLANegger, salam..terima kasih dari kami kerna anda sudi berkongsi ilmu disini..kami amat menghargainya sekali..
[Balas Di Sini]
jodoh pertemuan ditangan tuhan. allah maha adil. kesilapan lalu perlu dijadikan pengajaran agar kehidupan kelak akan bahagia.
hawa diciptakan dari tulang rusuk adam.bukan dikepala untuk dijunjung,bukan dikaki untuk dipijak,malah disisi untuk dicintai,dikasihi dan dilindungi.
[Balas Di Sini]
ISHAM Reply:
June 4th, 2009 at 1:09 am
@wanniey, wow!
[Balas Di Sini]
eeola Reply:
June 5th, 2009 at 12:03 am
@wanniey, hebat2!!!
[Balas Di Sini]
bc, jgn x bc tau
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 5th, 2009 at 3:52 pm
@fiza,
jangan baca jer..
amalkan apa yang dibaca yer.. hehe
[Balas Di Sini]
assalamualaikum
tuan rumah, saya copy artikel ni utk para sahbat saya di forum lain boleh? minta izin ye
[Balas Di Sini]
12Nak citer pasal jodoh nie memang susah.Apa yang kita mampu hanyalah berserah pada Allah S.W.T. Jodoh telah ditentukan oleh tuhan dan kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa agar mendapat jodoh yang di redhai oleh Allah S.W.T.insyaalllah.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:42 pm
@putrisalju,
benar sekali kata tuan puteri tu.
patik 100% setuju tuan puteri…hehe
[Balas Di Sini]
Petua cepat dapat jodoh
1) Amalkan membaca zikir “Ya Rahman,Ya Rahim” setiap selepas solat subuh sebanyak 100 kali selama 44 hari atau setiap kali selesai menunaikan solat.Insyaallah muka akan nampak berseri dan awet muda.Tapi semua ini adalah dengan izin Allah S.W.T.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:44 pm
@putrisalju,
amalkan dengan istiqamah,
insyaAllah, mungkin dengan asbab amalan itu,
ALLAH perkenankan hajat.
[Balas Di Sini]
mmm..kalu duk citer sal jodoh memang masing2 ada pendapat sendiri…
sy pun blm ketemu jodoh yang sesuai walaupun sllu berdoa dan dah agk berumur..tp insyaallah 1 hr..sm2 lah kita usaha+doa+tawakal
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:59 pm
@najihah,
insyaAllah, sampai masa ada jodoh,
nikah juga akhirnya,
jangan risau, jangan tensen,
yang penting, jangan sekali2 sangka buruk dengan
ketentuan ALLAH SWT.
ceria2 selalu kay
[Balas Di Sini]
Sy dh bc.dulu Sy kewaca sgt.Yelah cinta yg sy bina slama 3 thn tidak kesampaian.kini br sy sedar CINTA PD ALLAH MELEBIHI SEGALA2 NYE.
Nasihat sy kpd semua org,jgn tlalu syg kn sesorg krn ajal maut dan pertemuan d tgn ALLAH. Skg sy sunyi.JOM kwn sy.
[Balas Di Sini]
16hohoho jumpe pun tips ni..
boleh bagi kat kawan..uiseh..
arigato..
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
December 17th, 2009 at 6:36 pm
@ocean,
ehehe…bg kt kawan ker tuk diri sendiri ni….ehehehe…
[Balas Di Sini]
assalamualaikum kepada pembaca tips ini…berusaha selagi kita mampu…bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita…jodoh itu ketentuan ilahi…praktikkan lah ia untuk masa depan…wasalam
[Balas Di Sini]
18Allah paling benci pada yg berserah pd takdir…
kita seharusnye usaha,berdoa dan tawakkal.barulah full set..
ni baru nak cari jodoh dah susah…pa lagi klu nak dptkan baby sendiri memang masalah jg…
ttp segala ketentuanya ada hikmah disebaliknya..
Allah maha pengasih lagi maha penyayang…Amin
[Balas Di Sini]
19Salam, betul 2, jgn hanya berdoa tapi tak berusaha…
Berusaha boleh dari segi sembahyang hajat, mencari kenalan, hadir di majlis ilmu ke..masjid ke…majlis kenduri/kahwin..
Kebanyakan jodoh ni dtg melalui org perantaraan seperti kwn2/saudara kenalkan.
Pas tu…kena redhalah siapa yg dikenalkan.
Yg penting kwn dulu… dah rasa sesuai baru teruskan.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 27th, 2009 at 4:43 pm
@azlina k,
erm, betul juga tue..
[Balas Di Sini]
saya suka blog yang mengunakan perkataan yang indah2 dan ayat2 yg baik dan bahasa melayu yang baik!tq.
[Balas Di Sini]
21benarkah jodoh itu tidak boleh diubah kerana sudah tertulis?
[Balas Di Sini]
22saya mmg mencari info dan tips seperti ini…alhamdulilah sy telah jumpa blog ini…saya akan cuba amalkan petua tersebut mengikut kemampuan saya..
tetapi, saya sekarang ni rasa letih untuk percayakan lelaki tambahan pulak selalu bila telah diberi peluang (kepada lelaki), mereka jarang nak menghargainya…
saya berharap semoga ditemukan jodoh dengan org yang tahu menghargai wanita dan boleh memimpin saya ke jalan yang lurus supaya mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat..
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 13th, 2009 at 11:36 am
@mekar_wangi,
Amin insyaAllah.
Semoga apa yang dihajati tercapai.
Semoga bertemu jodoh yang terbaik.
All the best
[Balas Di Sini]
masih mencari dan terus mencari…
semoga ALLAH mempertemukan saya dengan org yg terbaik utk saya dan dapat membimbing saya ke jalan yang diredhai…insyaALLAH…amin….
[Balas Di Sini]
24Salam. Saya dh cuba ari2 baca yassin tp ada ter miss juga la..lbh kurang 5 @ 6 tahun dh tapi, la ni masih tak jumpa2 jodoh gak. Skrg ni dah 37 thun umur saya w’eve saya masih terus baca yassin coz sy nk jodoh yang terbaik utk saya.
Saya bnyk tngok org kwin tp x bahgia so itu yg m’buat saya rasa x perlu rushing dlm mencari jodoh..kita mesti selalu fikir apa yg tuhan beri itu adalah yg terbaik utk kita.. tp kita tetap kena berusaha, betulkan?
[Balas Di Sini]
arba'a Reply:
January 29th, 2010 at 5:40 pm
@cikseri, benar katamu cikseri. tp jgn putus asa ok. sbb putus asa bermakna putus dr rahmat Allah. mudah2an cikseri sentiasa berusaha bertambah seri baik batin juga zahirnya.. mudah2 Allah mudahkan asbab musababnya.
[Balas Di Sini]
salam semua..dh lama sy usya web2 cmn..br skrg bpeluang melayari nk memantau insan2 yg senasib gn sy..sy pn byk bdoa..tiap2 hr..tp allah sgt myangi sy krn mberi pahala kesabaran yg mgkin sy xmampu memungut pahala ini d tmpt lain..allah mberi semua apa yg sy hajati tp bab jodoh shigga skrg blm tmakbul lg..byk insan yg sy temui ttp ada sj ujian yg mghalag..i2lah dkatakan bkn jdoh sy..skrg sy takut nk hadapi hr2 mndtg krn umur kian mngkat..hdup sy pn skrg keseorangan,bjauhan..adk bradk lain dh bkluarga..ibu tmpt mgadu pn dh tiada..hanya allah tmpt sy mgadu..
[Balas Di Sini]
ijai Reply:
March 22nd, 2010 at 8:03 am
walaikummusyang eh salah waalaikummusallam
panjang nye artikal nti xlarat nk baca lak
[Balas Di Sini]
arba’a thanks 4 u’r comment. Pd ema, x de perkataan lain selain sabar je la.. dah kita antara insan terpilih so trima je la.. Cari la kwn yg snasib, jgn mengurung diri, buat apa sj perkara yg di sukai aslkn x mlggar hukum tuhan.
Sy slalu bdoa agar saya dpt harungi hidup dgn tenang dan tidak terlalu mmikirkan ttg kawin selagi jodoh tak sampai.. Stakat ni alhamdulillah, cuma kkdang org yg ingatkan ttg umur sy tp sy buat bodoh je. Tp sy mmg x pk sgt ttg umur sy kecuali bila isi borang apa2 baru sy ckp dlm hati bnyknya nombor ni..hehe
kalau pk2 bila kita x kwin ni kita ada bnyk masa utk diri sdiri, tidur cukup dan x penat mcm org yg dh kawin. Sy slalu dgr kwn2 yg kwin mengeluh penat buat tu, buat ni utk anak2 suami dan x cukup tidur. Kalau dpt suami yg jenis mbantu mmglah kawin ni bnyk sgt untungnya. Sy ckp mcm tu bkn la bmakna sy x nak kwin tp think positif..
Kalau pk ttg takut, mmg takut coz umur makin tua, otak pn slalu t’pk ada ke lg org nk kat aku ni dn blh ke aku nk kt org.. tp yelah jodoh kn ditgn tuhan mana tau esok2 jumpa.
[Balas Di Sini]
najihah Reply:
February 15th, 2010 at 11:30 am
yer cikseri..soal jodoh Tuhan yang tentukan..best jgk lum kawin lg nie,pepun yang nk kita buat xperlu fikir ttg org lain..nk buat ape,nk g mane, nk shoping ape seme utk diri sendiri..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:49 am
@najihah, hehe..nakal jugak najihah ni yer..huuhu..
[Balas Di Sini]
soal jodoh n maut ditangan tuhan tp jodoh saya tk panjang.saya hadapi dgn tenang apalagi saya ade seorang anak.
[Balas Di Sini]
ijai Reply:
March 22nd, 2010 at 8:07 am
owh bnyakkn bsabar mgkin itu dugaan kot
[Balas Di Sini]
seerafida Reply:
May 8th, 2010 at 6:05 pm
Soal jodoh, ajal n maut di tgn tuhan…sy pun sama >> jodoh xpanjg n blum dikurniakn zuriat…itu ketentuannye….so..jadi anak dara balik ler…dont worry be hepi..
[Balas Di Sini]
Betul lah jodoh nih tgn Tuhan.sbar menanti sape lah jodoh kite nih..mmgla kadang tension jgk terasa sunyi xde teman..mak ayah lak xda tempat nak mengadu..hanya Allah tempat mengadu..pasrah dengan ketentuanNya.
[Balas Di Sini]
ijai Reply:
March 22nd, 2010 at 8:19 am
sbar jer mybe suatu ari nti akn bertemu dengan nye
[Balas Di Sini]
ijai Reply:
March 22nd, 2010 at 8:21 am
sbar la mybe suatu ari nnti awak akan brtmu dengan sseorang yang leh take care awak…….
percaye lah
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
March 22nd, 2010 at 11:49 am
@ainainsyirah, kuatkan iman..kerna kesabaran tu adalah kunci bagi setip dugaan..jan sesekali putus asa kerna itu adalah amalan orang yang malas berusaha..suri ucpkan semoga anda akan bertemu jodoh yg baik hendaknya
AMIN
[Balas Di Sini]
zam Reply:
June 19th, 2010 at 7:01 pm
@ainainsyirah,
boleh kenalan? duda anak satu umur 3o thn
[Balas Di Sini]
Insyaallah..saya akan cuba buat..Amin..
[Balas Di Sini]
30Saya cuma nak kongsi pengalam saya yg x seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Dulu bila tengok kawan2 berpasang-pasangan, , rasa cemburu dan mahu jadi seperti mereka. Allah maha adil bila Dia temukan saya dengan seseorang. Merasa bagaimana indahnya perasaan bila disayangi oleh orang yang kita sayang. Sesuatu berlaku dan saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa saya sendiri tahu apa salah saya. Dan kini, saya melalui hari-hari yang suram dengan dia ada di sekitar saya tanpa kami ada apa-apa lagi. Kini, baru saya tahu betapa sakitnya perasaan ni…Setiap hari cuba menguatkan diri dan redha serta tawakal dengan ketentuan yang Allah tetapkan untuk saya. Moga Allah menakdirkan saya dengan seseorang yang sesungguhnya tekah meminjamkan tulang rusuk kirinya untuk saya.
[Balas Di Sini]
31salam…
saya nie asyik bercinta je..tapi tak tergerak pun nak kahwin sampailah kawan saya bagi saya amal doa….dia kata kalau tak kawin lagi,doa tu untuk bg kita jumpa dgn jodoh kita,sapa2 yg dah kkawin amalkan doa nie utk kukuhkan rumahtangga, cubalah amalkan setiap kali selepas solat…
Doanya…”Ya Allah, kurniakan lah cintamu, cinta org yang cinta padamu, cinta org yg cinta pd rasulmu, cinta org yang cinta pd org yang hampir pdmu dan jadikan cinta itu cinta yg boleh aku dambakan…Amin”
cubalah…jangan malas!!
madam pam´s last blog ..cikgu
[Balas Di Sini]
32saye dan die…dah berkawan selama 7 tahun…lAme kan…cukup bulan dpn kami setahun btunang….btunang pun ala kadar ajer…hanye bawak cincin…hanye ibunye seorang yg datang,….family yang lain katanye sibuk…
dalam sudut hati….xpelah …nti diorg datanglah bjumpe keluarga sayer,,,,
kdg2 sampai sekarang sy xtau ape dalam sudut hati tunang sayer,,,adekah die betul2 mencintai sayer,,,…atau tidak….
sidia x pernqh memberikan kate putus tentang tarikh kahwin mybbkan sayer tertunggu dr sehari ke sehari..kdg2 sayer terase sedih menangis sendirian…saye tahu tunang saye sygkan saye tetapi kdg2 die pun xpasti bile….
sayer bharap allah makbulkan semoga dijodohkan segera kami berdua…atau saye pasrah sekiranya jodoh kami berdua dgn orang yg blainan….
7tahun mase yang lame….mandi bunga,solat hajat smua pernah dilakukan tetapi blum diketentuan diriku…
[Balas Di Sini]
puteri Reply:
April 22nd, 2010 at 10:47 am
@ayu, ermm.. kesian kat ayu… ermm ayu x pernah ker tanyer n berbincang dgn dia??.. mungkin ada hikmah kenapa semua tu berlaku.. kdng2 tuh ada yg cepat kawin tp sekejap jerk.. mungkin allah tu nak ayu kenali n pikir sama ada betul ke dia tuh jodoh ayu… biar kite lambat kawin daripada cepat kawin tetapi x bahagia.. jika dh kawin tp dia buat x kisah kat kite, lagi merana… Kite merancang allah yg tentukan… berdoa byk2… minta allah beri pertunjuk.. Kwn2 putri dulu siap buat solat hajat untuk tahu betul ke tunang dia tu pilihan yg tepat.. Bos putri dulu lagi la siap g berdoa kat mekah… alhamdullilah… dah ada anak dah…. berdoa, tawakal dan usaha…
[Balas Di Sini]
lz Reply:
May 5th, 2010 at 2:36 pm
@ayu, awk at least dah tunang, saya kawan 8 taun … dari pas spm sampai keje… selalu gak tanye die bile nak tunang, katenye duit tak cukup .. sabar dulu… last2 mak die tunangkan ngan pompuan lain.. boley? nak kate tak kenal saya.. dua2 family pon tau..cam tsunami… tak tercapai akal nak terima kenyataan… esoknye amik EL mata bengkak tak yah nak cter la.. apa yg ada lam mind ni kenapa aku kenapa sekarang kenapa tak dulu lagi mak die cakap tak suke kt aku… giler psyco masa tu.. malas nk ingat dah …mula2 mmg susah.. tapi slow2 saya move on.. yang penting kite kena ingat hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk kita..
[Balas Di Sini]
wahh..ramai lg xkawen rupenye…
ni sbb da frust bcinte la tgrak hati nk ushar site ni..
lame2 cam da give-up, mnyampah nk main2 cintan lg.
lantak la situ..juz follow the time,kalau da smpi soru,
insyaAllah dtgnye kn..
ah, menyampahla ckp pasal cintan ni!!!
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 22nd, 2010 at 10:55 pm
@serius,
haah, memang ramai lagi yang tak kawin lagi.
yang penting, kita takleh berputus asa dalam bab mencari jodoh ni.
all the best!
[Balas Di Sini]
salam..
saya pn x kawen2 lagi nie,kekdg rse relax..kekdg rse trtekan..
entah la,mungkin jodoh blum tiba..
insyAllah,semoga ada la jodoh nnt…amin
[Balas Di Sini]
35salam. mengalir air mata saya membaca tips yg diberikan. sesungguhnya sy insan yang sangat lemah dan pada Allah saja saya mengadu.
sejak 2,menjak ni sy terasa letih dalam mencari jodoh. berjumpa dan kenal dengan lelaki tetapi selepas drpd itu mereka sepi tanpa berita. mungkin sy ni tidak menarik dan tidak memenuhi citarasa mereka.
sehingga entah kenapa sy rasakan keinginan utk mendirikan umah tangga sgt tinggi lantaran sy telah lama hidup sendirian. memikirkan tiada sapa yg akan berada di sisi masa hari tua menjadikan sy lebih takut dan bimbang.
YaAllah, ketemukanlah aku dgn seorg lelaki yg akan menjadi teman hidup ku.
[Balas Di Sini]
zam Reply:
June 19th, 2010 at 7:00 pm
@ariana,
boleh kenalan..duda anak sorang umur 30 tahun
[Balas Di Sini]
adakah ade lg jodoh buat insan yg telah melakukan kesilapan dlm hidupnya??
pernah buat dosa besar..dan telah bertaubat..
namun mengharapkn ada seseorg yg sudi menerima diri seadanya..sudi membimbing diri ke arah lbh baek dan memulakan hidup baru??
adakah di luar sane ada lg insan yg berhati mulia dan sanggup melupakn sejarah hitam diri ni dan ikhlas mengahwiniku??
ku takut terjebak ke kancah maksiat lg..namun adakah lg org yg sudi menyelamatkn diri ku???
jwpn: tiada.
[Balas Di Sini]
37fikir positif je selagi belum kahwin wlau umur mkin meningkat..jodoh oh jdoh,
sebenarnye Allah nak bagi kita peluang dan waktu yang banyak tuk kite tingkatkn amalan dan ibadah tuk dri sendiri, byk mase terluang..
kalu dan kahwin sebok nk layan suami, anak2, nk wat amaln sunat pn x de mase..
jodoh akan sampai jua apabila sampai mase yg Allah telah tetapkan..
[Balas Di Sini]
38salam…nak tanya…apa maksud ismulazam?
[Balas Di Sini]
39salam…apa maksud ismulazam?
[Balas Di Sini]
40bgs petua yg diberikan nie…i’allah akn sy amalkan sebaik mngkin dgn kudrat yg ade..amin..
tp sgtlah ssh nk jth hati klu hati msh terpaut kat cinta lama…pinangan pn dh bpe kali ditolak…sy keliru dgn hati sndri…tp sy pun xnk permainkan hajat org lain…kwn2 blh bg komen x??or ape2 cdgn???
[Balas Di Sini]
41rasanya ..aku adalah diantara orang yg teraniaya kerana bernikah atas kenalan kwn dan 3 bulan aku diceraikan kerana orang ketiga…….yang tinggal padaku hanya kenangan pahit yang sering menjadi igauan ..dah le aku diantara gadis yang kawen lewat ..tapi di duga begitu hebat…bagi mereka yang blum berkahwin…pilihlah pasangan yg benar2 ikhlas..dan aku berdoa semuga di pertemu dengan jodoh yang lebih baik ..amin
[Balas Di Sini]
pencari kerja Reply:
August 13th, 2010 at 11:30 am
sob…sob…
tumpang simpati
[Balas Di Sini]
salam….saya meminati seorang jejaka bernama f selama dekat 6tahun lamanya..sy xtahu sama ada si jejaka suka sy atau tak..tapi hati saya kuat n yakin dia adalah jejaka yang Dia ciptakan untuk saya …doakan saya bertemu jodoh dengan si jejaka ….InsyaAllah..:)
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 19th, 2010 at 3:50 pm
@hanya aku tahu,
semoga bertemu jodoh dgn jejaka yang diinginkan.
amin…
[Balas Di Sini]
saya nak tanya, bole ke kalo saya nak mintak dijodohkan dgn sesorg yg saya kenal?
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 26th, 2010 at 1:00 pm
@aizzudin,
kenapa tidak boleh?
semua boleh asalkan orang itu bukan mahram awak.
[Balas Di Sini]