Tips mengenai kitaran haid & waktu subur
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.
Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
**Sumber : maklumat diterima melalui email daripada KHAIRUL ANUAR ISMAIL dan SHAHBUDIN BASRI**

Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Salam,
susah buang air besar, mlm je nk demam..suhu badan naik..kepala nie kadang rasa melayang..pening kadang..then badan cpt letih..mood swing..n etc
then kebetulannya selama datangnya period nie..xpnh lewat even one day..selalunya awl seminggu dah prepare..tp this mnth farah xda rasa nk period langsung semnggu awl tue..dlm hati nie..mcm teruja..tp xnk tunjuk teruja lagi..ari demi ari tunggu..tiap kali nk gi toilet berdebar..sampai la yesterday..tup tup dia muncul..
hmm..sedih mmg sedih..tp..Allah ada yg terbaik utk kita..
farah pegang yg tue je..n nangis ttp nangis..a bit frustrated..cuma yg memusykilkan farah dari last month lagi my period keluar warna coklat..n x heavy..masuk ari ketiga mcm xda lgsg..ari 4 baru la mcm heavy..tp x sgt..this mnth pon cm 2..ari nie coklat pekat..xbnyk pon..
Farah here again
hmm, nmpknya tak de rezeki lg bulan nie…but still hoping..dan keep doa..insyaAllah..satu ari nnti mesti ada..cuma tue la…sebulan dua nie..last month..farah siap demam panas..terjaga mlm sebab loya je..tak penah terjadi sblm nie..tp tup tup period..this month pulak..hati nie mmg kuat ckp im pregnant..coz simpton tue mcm ada..
gi doc..doc ckp xde pape..everything ok..tp i know myself..ntahla..may be terbwk2 perasaan nk baby sgt kot..
nway, kepada mereka2 yg sama nasib mcm farah…kt doa sesama ye..insyaAllah ada rezeki kt nnti..amin…
[Balas Di Sini]
min Reply:
August 16th, 2010 at 1:44 pm
@farah,
slm farah..our situation is totally same..i pn cam farah,alwiz hoping n praying..almost 2yrs dh kawen..
tp farah, dr ape yg farah cite n dr ape yg i biasa dgr experiences org yg pnh prgnnt, tnda2 yg farah alami tu mmg cam tnda2 awal prgnncy..cek la lg ek..plg pntg never quit, so do i..insyaAllh, brkt doa+usaha+tawakal kte ygxptus2, psti ad rzki drNya, amin..Allah perancang t’baik kte kn..k, best of luck 2 all of us, wslm..
[Balas Di Sini]
lin Reply:
August 31st, 2010 at 2:43 pm
@min,
salam…lin suke dgn farah ni. sntiasa brsmngat, xputus asa dan ceria wlupun dlm ht Hanya Dia yg Tahu. keep think positif k.
smua 2prubahan hormon. kdg2 psikologi yg wt jd mcm 2kalo kite xpeknen.
kdg2 prubahan sbb ovulation tp benih xjd.
[Balas Di Sini]
saya siti saya nak tanya pasal period saya yang skrng ni hari ke 18 masih keluar lagi, sebelum datang tu dah lewat 9 hari daripada yang selalunyaaa..
[Balas Di Sini]
lin Reply:
August 31st, 2010 at 2:44 pm
@siti,
salam…kalau period lbh 15 hari, baki lg 3hr 2bkn period dh. 2darah istihadah
[Balas Di Sini]
Saya nih pun tgk tunggu anak yg kedua….. x tahu lah bulan nih wife pregnant or tidak……. tgh usaha nih……. semoga murah rezeki…. Amin…
[Balas Di Sini]
3..
SAYA SUDAH BERKAHWIN SELAMA 8 BULAN DAN SEHINGGA KINI BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT.
SEKIRANYA Pakarhowto TIDAK KEBERATAN UNTUK MENJAWAB PERTANYAAN SAYA,SAYA ADA BEBERAPA KEMUSYKILAN IAITU :
1) HAID SAYA SELAMA INI MEMANG TERATUR TETAPI PADA BULAN INI TARIKH SEPAPTUTNYA SAYA DATANG HAID ADALAH PADA (16 OGOS 2010) TETAPI PADA (10 OGOS LEPAS) SAYA DAH DATANG HAID,DAN KEBIASAANNYA SAYA TIDAK MENGALAMI ‘CRAMP’ ATAU SENGGUGUT TAPI KALI INI BERLAINAN…APAKAH PUNCA TERJADINYA MASALAH INI?
2) SEHARI SEBELUM 10 OGOS 2010 SAYA TELAH MAKAN BUAH DURIAN DENGAN BANYAK,MALAM TU SAYA TERUS MENGALAMI PANAS PERUT DAN DATANG HAID.ADAKAH MEMAKAN BUAH DURIAN PUNCA MASALAH INI BERLAKU?
[Balas Di Sini]
4salam..
sy smenjk kwen period jd xstabil. pas 2 doc cadangkan sy amk ubt stabil hormon 3 bln. slam 3 bln amk ubt 2 period turun cm biasa. hbs je ubt 2 sy jmpa doc balik n doc ckp amk ubt subur plak untuk dpt baby. doc bg skali dgn tablet asid folic. doc 2 ckp ubt subur ni makn pa hr ke2 period. 2 minggu sblm tarikh sepatutnya period sy makan asid folic yg diberi. skrg ni spatutnya period saya keluar 25 hb, tp smpai hari ni 27hb period xkuar2 lg.. adakah sbb sy amk asid folic yg myebabkan period lambat. ataupun period sy mmg xstabil walaupun dh 3 bln sy amk ubt stabilkan period sblm ni… kecewa betul rasanya..hati ni teringan sgt nk mendapat baby…cemburu tgk smua kwn2 dh ada anak…
[Balas Di Sini]
5salam..
semenjk kwen period sy xteratur. doc cdangkan sy amk ubt stabilkan period slma 3 bln. slama sy amk ubt 2 period sy bjalan lncar. tp sejk hbs ubt 2 sptutnya skrg ni sy period 25 hb, tp smpai ari ni 28 hb period xjgk dtg2.. sblm 2 sy ada jmp doc n doc bg sy ubt subur n asid folic. 2 minggu sblm ni sy ada amk asid folic. sy nk tnya ada ke sbb sy amk asid folic period sy jd xlancar blik atau pun mmg period sy xjgk stabil wpun dh amk ubt smla 3 bln sblm ni? rs sedih tgk kwn2 smua dh ada ank tp sy yg lbh awal kwen dr diaorg msh jgk bdua ngn suami.. apa ptt sy bt..
[Balas Di Sini]
lin Reply:
August 31st, 2010 at 2:46 pm
@syims,
salam…asid folik 2cuma vitamin utk tmbh darah. xkn sbb kn period xstbil.
mslh period xstbil sbb hormon. tp dh amik ubt msh xok jgk, mgkin ubt xsesuai. jumpa doc balik smpai ok.
[Balas Di Sini]
salam..
pada hari ke 5 saya period,suami menyetubuhi saya.tapi saya tak ingin mengandung dalam masa 3 tahun kerana sebelum ini saya melahirkan anak dengan cara lscs.adakah saya boleh mengandung kerana saya tidak mengambil sebarang ubat pencegah kehamilan?suami pula x dapat control air mani dan terlepas dalam masa kami bersama.
[Balas Di Sini]
lin Reply:
August 31st, 2010 at 2:48 pm
@marina,
salam…
1st, time masih period bersetubuh ke? kalau iye, xelok mcm 2. kalau dlm islam hukumnya haram. ikut prubatan pula, mgkin nti akn sbb kn jngkitan pd faraj dan zakar serta gnggu kesuburan.
2. insyaallah xpeknen. bru hr ke 5. sperma hidup 3hr atau 5hr plg lama pn.
[Balas Di Sini]
bagaimana nk mengira waktu subur saya …. period saya bulan ni dtg 27hb ogos.saya selalunya antara 28 hari atau 30 hari.untuk bulan ni lagi pening untuk saya mengira sbb period dtg tak tentu.21hb dtg sikit,22hb dtg sikit,25hb dtg sikit.bagaimana tu?tolong kira kan utk saya waktu subur saya utk bulan depan.
[Balas Di Sini]
lin Reply:
August 31st, 2010 at 2:50 pm
@mazmin,
masih hr subur antara 14 - 16 kitaran.
sikit atau bnyk period yg keluar 2xdikira.
[Balas Di Sini]
bln 8 ni sye tak period lg. selalu nye sye akan period pd 23 atau 25 hr bln.
skrg dh masuk bln 9. adakah puasa dan pmknn juga punca yg boleh menyebabkan lmbt kdtgn haid.
[Balas Di Sini]
lin Reply:
September 2nd, 2010 at 12:16 pm
@az,
biasanya masalah hormon.
[Balas Di Sini]
Salam,
hai lin, leena nak tanya lah klu2 lin leh bg penjalasan sedikit..
leena skg ni tgh mengelak nk tmbah ank but hby plak exited nk ank lg.
coz ank yg 1st baru 1thn 2 ln tak pandai jln lg…tu sbb leena tak nk tmbah..
letih sgt, coz leena bekerja.ank plak semakin lasak & agrasif.
leena ada masalh periot sejak 4 bln yg lepas, bln mach leena lewat periot 2mgu than masa periot tu wane coklet,next month plak april pun sama jugak periot wane coklet 3hari pastu norlmal balik..
bln may leena periot 2 kali..13hb periot coklet (5hari) 22hb periot normal (6hari)..bln june leena stabil balik tu pun sebab mkn ubat hormon (nk g periot) dokter pakar yg bg..bln july pun periot tak bnyak but still under date 13hb (coz mkn jamu)..plak ni bln august until now sept leena tak periot lg..adoy, evry week leena check pregnant test but result still -tive…
sik nk ngelak bersama ngn hby takut dose bertimbe2…
hehhe…
sorry lin, leena menanye dah mcm nanye dokter lin plak..
huhu… (^_^)
[Balas Di Sini]
lin Reply:
September 2nd, 2010 at 12:24 pm
@leena,
kdg2 period strt wrna coklat pastu xbnyk sbb mslh hormon. so elok la doc pakar bg ubt hormon. biasa lps bersalin ni hormon agak brcelaru sikit.
kalau betul negatif, itu ok lah kn. tp leena dah bincang ke dgn suami sal anak ke 2? elok bincang. kalau suami xblh terima pn cuba bincang baik2. sbb perkara ni perlukan prstujuan 2org. xblh sorg je kn. tp jgn la elak tuk brsama. kn bnyk lg lngkah pncegahan. dlm islam, kite ni wajib layan kehendak suami hatta atas knderaan pn. selagi xbrcanggah dgn syariah. so jgn la dok mengelak. sbb 2prsefahaman dan prsetujuan 2pihak sgt2 penting. bg die fhm betul2. org llaki biasa mmg nk anak je. tp xtau ksusahan yg leena akn tnggung. bkn brmkna leena xnk anak kn. tp sbb agak mmudaratkn diri leena sndiri.
1thn 2bln ek usia anak skrg? ada bwk jumpa doc kanak2 ke sbb lmbt brjalan 2? tkut ada mslh prkmbangan anak. cuba ckp kt suami yg skrg ni yg pntg dan ptt diutamakan ialah prkmbangan anak 2. biasa plg lmbt pn 1tahun jela bru dpt brjalan. lbh stahun blh timbulkn kbimbangan. melainkan kalau anak 2xcukup bulan. tp 2pn jarang2 jd. ckp la sblm tmbh anak, kna pastikan anak yg ada ni ok dulu.
[Balas Di Sini]
leena Reply:
September 2nd, 2010 at 12:48 pm
@lin,
hurmm…thanks lin, klu kata bincang leena dah bincang pun ngn hby..tp alasannya nk anak lelaki…leena dah ckp leena tak larat coz keje kat tmpat baru ni mmg sgt2 letih..insyallah leena akan bincang ngn hby lg..
owh..tak tahu plak klu dah setahun lmbat jln ada masalah ganguan…coz leena dulu pun mak leena ckp lambat jalan..1thn 6bln baru jalan…
ank leena ni mcm fobia sikit bile nk jalan..klu ajar bertateh pun jln kaki berjengket..tp bab pajat sofa ke,panjat kabinet tv mmg teror..pantang tinggalkn sekejap je dah dpt tv…
pasal ank leena ni pun insyallah leena akan refer ngn doc..
skali lg thanks ya lin… (^_^)
[Balas Di Sini]
lin Reply:
September 3rd, 2010 at 1:34 pm
@leena,
sbb kite takut kalau ada mslh pkmbangan. tp kalau xada, alhamdulillah…
lelaki mcm 2la. fkr khndak sndiri tp xfkr ssh isteri.
kalau sama2 membantu xpe. kalau x, mana pnt nk jaga anak, mana mabuk mengandung lg.
cube smpai die fhm dn stuju
rezeki ni xkemana. ada la nti 2anak llaki. jgn smpai mmudaratkn diri sndiri
[Balas Di Sini]
saya menghadapi masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak berumur 12 tahun,,, kali pertama datang.. seleps 8 bulan kemudian baru datang kembali.. kemudian 2 atau 3 bulan dan paling pernah 4 bulan skunk ni nak masuk 5 bulan.. sebelum ini terjadi kitaran haid yg sepatutnya tidak tepat
selepas 13 hari datang..,ia datang semula… dah terjadia dalam 3 kali
.. kemudian terus jadi mcm ni
.. dtg tak banyak . dlm kuantiti yg sedikit sgt2.. dalam 3 hari
. bagaimana????
[Balas Di Sini]
lin Reply:
September 3rd, 2010 at 1:35 pm
@sindora,
masalah mcm ni elok jumpa doc. cek hormon dll
[Balas Di Sini]
salam…
umur saya 20 tahun
saya menghadapi masalah yang agak pelik…
period saya kadanng kadang datang hanya 3,4 hari..yang lebih merisaukan saya skrg period sy bulan ni hanye datang 1 hari sahaja….
saya sudah lakukan pregnant test hasil nye negatif…
so ape sebenarnye masalah saya…
atau harus kah saya melakukan test lagi sekali…
bantulah saya……….
[Balas Di Sini]
12haii..sy Mia ..msa saya single memang ada mslah haid..aftr married lagi teruk nak dpt ank yang sulong 7 thn bru dapat..lepas tu 8 bln tak dtg haid,ingt nrmal sbb bby susu bdn , tup222 prgnt 2 bln terkjt betul dibuatnyerrr….apapun itulah rezeki yang terindah buat sy & huby .. AMIN..
[Balas Di Sini]
13