Tips membuat ‘presentation’ yang hebat
Semalam, saya sangat sibuk. Saya kena hadiri 2 meeting yang penting (1 sebelah pagi dan 1 sebelah petang). Majoriti masa bekerja saya selama 8 jam semalam dihabiskan dalam bilik meeting jer. Dahla kena buat presentation pulak tu. Memang tepu kepala otak. Sampai rasa nak termuntah pun ada…
Hari ni pula, saya ada 2 lagi meeting. Pagi sekali (2 jam) dan petang sekali (1 jam). Dalam kedua-kedua meeting hari ni pun, saya kena buat presentation dan melaporkan aktiviti tugasan yang saya lakukan sepanjang minggu lepas dan bulan lepas.

Inilah kerja saya hari-hari...
Tugas utama saya sekarang ni sebenarnya ialah sebagai penterjemah (translator). Tetapi selain itu, saya juga diamanahkan untuk jadi ‘pembantu peribadi’ (personal assistant) kepada pengarah syarikat(managing director) tempat saya bekerja sekarang ini. So, memang setiap hari kena masuk meeting dan setiap minggu, saya mesti kena buat beberapa presentation.
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Tips bagaimana untuk membuat presentation yang hebat! Tips ini sebenarnya bukannya ditulis oleh saya. Tapi disebabkan saya rasakan tips ni memang bagus dan amat berguna kepada mereka yang selalu kena buat presentation, maka saya kongsikanlah dengan anda.
Bacalah tips bagaimana membuat presentation yang hebat yang ditulis oleh Dr Irfan Khairi ini…
Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit “talk” atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.
Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.
Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:
- ***Start with a BANG!
Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.
Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.
- ***Keep it short
Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi
baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more… dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.
Senyumlah selalu semasa buat presentation...
- ***Relate with them
Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien.
Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat,
pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh
pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda
bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.
Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah & university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking & presentation menjadi antara rutin karier saya
![]()
Oleh : Dr Irfan Khairi (http://www.irfankhairi.com/)
Saper antara korang kat sini yang selalu buat presentation? Share la pengalaman anda kat ruangan komen yer…
TQ

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2













pembantu peribadi? macam pembantu persendirianla ye? bos je bleh guna?
huahuahua. mana ada kau ckp kejap.
selalunya lama kalau nak tunggu kau berhenti.
bagaimanapun memang tips yang baik.
tapi tentang gambar yang sedih, kurang setuju sikit.
sebab kekadang orang x suka bila kita macam terlalu raih simpati.
yang penting tajuk n topik yang diperkatakan.
cthnya terus bagitau tujuan kita, pastu baru tunjuk gambar.
sebab, klu minta derma, orang bukan ada banyak masa.
kalau jemput ckp kat depan pun gitu gak.
anyway tahniah sebab ada idea yang baik begini.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:08 pm
@HAKIMI,
utk pengetahuan,
aku satu2 nya PA lelaki kat syarikat aku keje ni.
kadang2, aku rasa aku ni macam body guard pun ada…
body guard ala2 komando gitu…
teringat masa kat RMC dulu…huhu
[Balas Di Sini]
Public speaking?
Satu pekerjaan best di dunia. Cakap, cakap dan cakap, duit masuk.
“Been there and done that”
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:15 pm
@rohaizad,
ko punye public speaking memang power la rohaizad.
byk yang aku dapat belajar dari ko masa personal coaching itu hari.
bukan hanya tentang bab2 blogging,
tapi juga cara ‘presentation’ dan ‘public speaking’ ko.
thank you bro…
[Balas Di Sini]
Salam Pakar How To :
Saya pengalaman buat `presentation’ semasa bekerja dulu mmg tiada, tapi menyiapkan powerpoint utk bos utk mesyuarat mmg ada.
Warna tulisan dan bentuk tulisan dan animasi juga dapat menambahkan tarikan dalam `presentation’. Semasa mula2 buat pp utk meeting Lembaga Pengarah, bos saya kata : Saffiah, cuba awak bayangkan awak Pengarah yg membaca slide2 ni… lepas tu sedikit demi sedikit dapat diperbaiki. Pengalaman sendiri saya rasa juga penting utk memperbaiki sesuatu mutu `presentation’.
Semasa belajar pula mmg kena buat `presentation’, tapi pada pendapat saya utk mengelakkan rasa bosan pendengar adalah pembentang sudah bersedia 100%. Hanya meletakkan point2 penting di slide dan pembentang menghuraikan tanpa banyak merujuk kepada slide.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:28 pm
@saffiah,
Tips membayangkan kita sebagai audience tu memang bagus.
Saya pun, masa buat slide presentation,
akan sentiasa fikirkan…
“kalau aku sebagai pendengar, aku suka tak dengan
tema slide dan contents ni…”
dari situ, saya akan buat banyak perubahan
dan penambahbaikan pada slide asal supaya
ia lebih attractive dan mengancam gitu…
lagi satu, saya suka tunjukkan pada isteri
hasil kerja atau slide presentation yang saya siapkan
sebelum membuat presentation…
haaa dalam bab beri komen dan mengkritik,…
isteri saya memang pakar…
ada saja benda yang tak kena…hehe
[Balas Di Sini]
wah !! good info !! boleh lah gua pakai tips bro ini memandangkan gua tak lama lagi kena buat presentation dlm kelas .. TQ ya ^@^ !!
eldy’s last blog post..Tukar banner part # 2
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:30 pm
@eldy,
tips tu sebenarnya bukan saya yang tulis,
ia adalah hasil tulisan Dr Irfan Khairi…
jutawan internet yang terkenal itu…ada kenai?
[Balas Di Sini]
Kena lagi gua byk berlatih !!
eldy’s last blog post..Tukar banner part # 2
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:31 pm
@eldy,
yer..berlatih kena mau cukup…
kalau tak, dapat malu jer la masa presentation…
tergagap-gagap…tercungap-cungap…terkebil-kebil.
adeh…malu beb kalau jadi camtu…
[Balas Di Sini]
bab presentations ni kerap juga buat apa tah lagi kalo time belajar….
maksud saya duk belajar di IPT….
Ada2 je kerja kumpulan atau individu…
Saya ni bukan banyak idea nak cakap… Apa yang penting…. saya tak guna masa yang panjang jika berada di hadapan pendengar.. Saya tahu ramai yang akan naik bosan mendengarnya seperti saya sendiri juga cepat bosan kalau duk mendengar orang bercakap panjang lebar…..
….ringkas tetapi mudah difahami….
Luseh’s last blog post..Rahsia di sebalik amalan bersedekah
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 6:55 pm
@Luseh,
kalau awak dengar saya bercakap,
pasti awak akan naik menyampah,
sebab saya ni, kalau dah bercakap,
susah benar nak berhenti…
pot pet pot pet pot pet….
sampai naik urat2 leher…
bercakap dengan penuh perasaan.
tak caya, bleh tanya UPAK @ HAKIMI,
dia sangat kenal siapa saya….
kan upak kan kan kan?
[Balas Di Sini]
mm…mekasih tuk tips ni…
selalu jer nervous bila nk wt presentation…
[Balas Di Sini]
7camne ae…sy bru je nk present depan general manager n head of section…
tkut ar sbb sy tgh prktikal jew…plez la kasi cadangan psl slide and cara pengucapan…
[Balas Di Sini]
8