Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Tips Diet Untuk Kuruskan Badan

June 04, 2009 By: PakarHowTo Category: Tips

Setakat ini ada lebih kurang 20 email lebih saya terima dari pembaca setia blog ini meminta tips bagaimana untuk kuruskan badan.

Yang mana pilihan anda. Kurus atau gemuk?

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk?

Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa2pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.


Sekian, selamat mempraktikkannya… :)

Artikel lain yang best-best...

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

131 Comments to “Tips Diet Untuk Kuruskan Badan”


  1. salam smua….maaf ni first time saye masuk laman ni….nak kongsi pd kengkawan smue untuk menurunkan berat badan….raya haji lepas berat badan saya 68 kg…..saya memang risau…tak pernah2 berat cam tu sekali…ape taknye pg ptg mlm nasi…mkn tak jaga…..
    saya kuatkan azam mesti turunkan berat badan saya ….saya buat pelan pemakanan dengan cara pagi minum oat @ biskut 3 kpg dan makan apple hijau, tengahari saya makan brown rice , ikan dan sup sayur, petang menu yg sama…..setiap hari saya mesti buat senaman aerobik 30 minit….hasilnya berat badan saya turun 61 kg tak sampai 2 minggu….
    kepada kengkawan smue tukarkan nasi putih kepada nasi perang dan sekiranya mulut tu nk kunyah jek….makan jek apple hijau @ merah….jgn minum bergas @ manis…minum jus shj, jgn makan mknan ringan,
    perlu diingat senaman pagi mesti dibuat sebelum pukul 10 pg dan petang atas pukul 6 ptg….
    selamat mencube,,….dan kuatkan azam kita memang boleh punye….

    [Balas Di Sini]

    1
  2. tambahan….sekiranya sibuk jek dengan kerja….tak sempat p kelas aerobik….beli jek….cd aerobik…..ha….senam jelah…sorang….lg best…ada privacy….

    [Balas Di Sini]

    2
  3. bagi aku la.. sebenarnya ramai yang dah berpengalaman cakap,,,,
    salah satu cara d.org kurus ialah tak makan nasi..banyak makan buah..
    mgkin betul..cuba try..
    wallahualam..

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Nak kurus dengan cara paling pantas tak makan nasi..tap masalahnya ramai yang tak tahan..sebab nasi ni kan dah makanan ruji kita..tapi bagi aku, semuanya bergantung kepada pemikiran kita. aku sendiri dah mula tak makan nasi dua bulan yang lepas, ok saja. berat pun dah banyak turun.

    [Balas Di Sini]

    4
  5. dulu aku single-mingle berat maintain 63-64. rajin aku exercise 3xseminggu. mkn nasi 1hr sekali. kdg tukar dengan mee@ bihun.tu 2thn lepas.skg aku dh anak masuk 2. berat naik smpi 75.semgt nak kurus tp terbntut bila aku yg msak utk fmili.xleh nk praktik pemakanan cm dulu.snmn 1x sebuln pun ssh.siang bz keje, malam bz anak2.smbil2 blh aku buat tp xde ksn sgt.sedih tul.

    [Balas Di Sini]

    alang suria Reply:

    yan..alang dulu lepas besalin ke 2 naik sampai 84kg..dgn tinggi 170cm..
    dulu anak dara slim la dgn 69-70kg..
    mcm2 try x mjd diet..then alang try diet hi protein..mmg berkesan dan bley turun 12kg dlm 3 bln..diet tk bermakna perlu berlapar..sume kwn sekerja tergezut sampai kata i shape dr zaman bujang dulu..hahah..syukur.. y.m alang tau..i can share tips diet.. naylienur@yahoo.com

    [Balas Di Sini]

    kamala Reply:

    @alang suria,

    nak kurus suggest

    [Balas Di Sini]

    5
  6. @inas,
    tq for usefull advise for fattos like meee.thanks agaain.

    [Balas Di Sini]

    6
  7. ada kawan suami saya,dulu gemuk bdn dia.kini,dah kurus.tips nye dia selalu mkn ikan,lngsung tak makan nasi dan selalu joging..contoh lagi macam aizat saya dengar dia tak makan nasi..aduhaiii saya sendiri yg nak diet tak tahu mcm mana nak hindarkan mkn nasi..dh cube,tapi tak tahan.nak makan nasi jugak!

    [Balas Di Sini]

    7
  8. salam….aku sbenarnyer dalam usaha nak kuruskan badan. . . pd mase yg same…aku m*l*nc**..bole ke?

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Turun,naik atau kekal berat badan, tingkatkan kesihatan dengan mudah, selamat & berkesan dengan NUTRISI

    Saya sendiri dulu berat 76kg, sekarang dah 64kg. Alhamdulillah semua penyakit saya seperti kronik migrine, darah tinggi, gastrik, sembelit, kurang bertenaga semua dah tiada lagi. Dah 11 bulan tak ke klinik lagi. Dahulu pakai cermin mata 180 l/r,sekarang tak pakai lagi.

    nak tahu camner caranya call saya 012 2591929

    [Balas Di Sini]

    9
  10. ibu tertekan says:

    salam………..
    saya adalah ibu kepada 2 orang cahayamata..saya telah berkahwin hampir 8 tahun.saya dan suami tidak tinggal bersama dan hanya setiap hujung minggu baru beliau bersama keluarga.kami terpisah kerana kerjaya masing-masing.

    suami saya seorang yang penyayang,soleh.tetapi perangai yang tidak boleh dikikis adalah beliau suka berkawan dengan perempuan lain.sudah 2 kali beliau “terkantoi”.tapi,alhamdulillah..beliau nampak berubah sekarang..dan harap2 nye begitu la selama-lamanya.

    saya berasa sunyi tanpa suami disisi dan saya telah pun berkawan dengan seseorang.beliau juga suami orang dan mempunyai seorang cahaya mata.tanpa disedari,saya sudah mula menyayangi suami orang..bagaimana dan apa yang harus saya lakukan.puas saya cuba melupakan suami orang ini..tapi saya tak mampu..apa yang patut saya lakukan,saya benar2benar tertekan dan buntu sekarang…

    [Balas Di Sini]

    unknown Reply:

    salam…puan..sy xdek la idea yg sgt membantu..tetapi…adakah sy dpt katekan ape2 disini sekiranye puan sendiri sudah awal2 mengatakan langsung tidak mampu melupakannya..walhal..itulah yg puan harus lakukan demi kebaikan puan dan anak2..jika puan nak buang perasaan buntu itu semua..lupakan dia..bertaubat lah kpd Allah..kerana puan sudah melanggar etika sebagai seorang isteri…adakah puan ingin disamakn seperti suami puan yg selalu terkantoi itu??sy percaya puan tak mahu…percayalah…sekiranya puan mencintai agama dan suami…segalanye yg terpesong akan nampak salahnya…tidak mengapa jika suami kita begitu…dan kita sbg isterilah yg harus membawanya pulang…jika sorg ke hulu..sorang ke hilir…bukan setakat buntu,kepercayaan d dlm rumahtangga pon akan luntur..cubalah sayangi diri sendiri..fikirkan bahawa suami org itu tiada ape2 untuk dirindui…itu semua didorongi nafsu…syaitan amat gembira dgn perlakuan puan..renung lah muka anak2 puan…tariklah nafas..istighfar..mengucap…tuhan sedang memerhatikan kita…puan akan berasa malu setelah mengingati segala perlakuan itu…cuba puan!sy taw puan boleh!Allah akan menolng puan…percayelah…

    [Balas Di Sini]

    catz Reply:

    x perlu cintai sampai blh merosakkan diri ..belajar lah cintakan allah s.w.t itu lebih kekal dan tenang

    [Balas Di Sini]

    Fisha Ronggeng Reply:

    @ibu tertekan, cinta terlarang…taubatlah..tak masuk syurga awak nanti bila curang dan musibah kelak akan datang kepada awak..insaflah. JGN SAMPAI TERLANJUR…buruk padahnya!

    [Balas Di Sini]

    10
  11. suami puan curang…takkan puan pulak nak tikam belakang…sedarlah..cinta boleh dipupuk..cinta juga boleh dilupakan.

    [Balas Di Sini]

    11
  12. nak kurus please suggest

    [Balas Di Sini]

    nung Reply:

    alah kamala…. saya dulu berat 65 lah cam tu. tapi skag ni da 55 je. takdelah buat byk sgt. tapi, saya amalkan jangan makan lepas jam 7 malam itu je. tapi kena tahan2lah klu da biasa makan malam. klu da biasa oklh tu lama2 nanti. cubalah mana tau ok plak. TQ

    [Balas Di Sini]

    12
  13. salam pakar,
    disini saya nak tanyer aper latihan atau exercise yang saya leh buat tuk kecilkan bahagian punggung…mine is kinda big hahahahha. bg saya cadangan..plzzzzzz

    [Balas Di Sini]

    13
  14. salam sumer, betul apa yang dikata oleh suria tu.. saya telah mempraktikkannya..dan berhasil. berat dari 83kg turun ke 66kg. selamat mencuba!

    [Balas Di Sini]

    14
  15. saya b’umr 18thun..dlu brat saya 64kg n tggi 165cm
    tp lpas msuk skola b’asrma 3 thun lepas,,brat sy naik hgga 78kg
    dan smua pkaian saya sblum ni dah x muat lagi..
    saya cuba untuk diet,,tapi x tahu diet yang sesuai..
    tlg saya..

    [Balas Di Sini]

    15
  16. aenn ramli says:

    minum air limau nipis yang dicampur dgn teh pekat tanpa gula……..amalkan pd waktu pg sebelum brkfst…..INSYALLAH berkesan…….cubalah

    [Balas Di Sini]

    16
  17. aku ni berat 85kg…tinggi 156…x leh kurus2…camneeeeeeeeeeeeeee…ade kwn aku ckp aku kalu kurus x cantik….bulat2 cam skrg lg kiut….perkara 2la yg membuatkan aku x jd diet…aku takut muka aku berubah..hahaha…ke dorang ni dengki???

    [Balas Di Sini]

    17
  18. salam..ni nk cter cket ni..berat aku dr dulu 70kg..kalo turun pon takat 69..pastu naik blik.. cam2 da beli..jdm5. leesa 4mula…, sendayu tinggi…,byk lg lah..nk katekan sume dah aku li.. tp aku ni..beli je..baru 3 ke 4 hari mkn dah benti.. sume produk camtu..xde displin..tp hajat nk kurus..aku mmg mrah tol ngn sikap aku ni..sakit aty je kan..aduhhh..cmne nk cantik ni..kalau xde displin..hurmmm..

    [Balas Di Sini]

    jus mate 5 Reply:

    @syifa,

    kena disiplin diri…kena tekadkan dengan matlamat kita. baru boleh jadi..

    http://www.langsingmate5.com/jusmate5

    [Balas Di Sini]

    18
  19. cara nk kuruskan badan dengan mengambil 5 hidangan kecil setiap hari. Pastikan setiap hidangan tidak melebihi 400 kalori setiap hidangan. Jarakkan setiap hidangan sebanyak 2 hingga 3 jam. Ini membolehkan badan kita membakar kalori yang dimakan. Untuk lebih tip kuruskan badan…layari..

    http://www.langsingmate5.com/jusmate5

    [Balas Di Sini]

    19
  20. salam, aku frust sgt, dah join gym dah seminggu, senaman kardio bagai nak rak, berat tak mau turun gak, makan aku control juga, bila timbang, jarum tu tjk pd angka sama. aku frust sesangat. tinggi aku 145 cm, berat 50 kg, mmg x sesuai, blh ke sesapa bagi cadangan. tolongla aku

    [Balas Di Sini]

    20
  21. budak 14 tahun dengan berat 50 kg ??? berat nye !!!

    [Balas Di Sini]

    21
  22. salam dari saya.. ini adalah kali pertama sy masuk laman wed ini.. masalah sy yang dihadapi sekarang adalah berat badan saya melebihi ukuran berat badan saya… maksud saya berat badan tak mengambarkan badan saya… badan saya nie badan besar tapi tidak sesuai dengan berat badan saya… masalah berat badan saya sekarang membuat saya rendah diri. saya sukar memcari tips untuk kurungkan berat badan yang tidak mengambarkan berat badanya..saya harap laman web ini dapat membantu saya.

    [Balas Di Sini]

    22
  23. Fisha Ronggeng says:

    bagi akulah kann…kalau dah kahwin dan beranak berat badan memang cepat naik dan susah nak turun..

    kendra…aka tak faham apa masalah kau…badan besar mestilah berat! mana ada badan besar yang ringgan..kalau kapas bolehlah..he..he..

    [Balas Di Sini]

    23
  24. salam…first time bukak laman nie…aku berusia 20.berat badan aku dalam 68kg..sebelum aku mula bekerja berat badan aku hanya 54 sahaja…ble dh mula bekerja berat badan aku naik..keje pun ngadap komputer..time rest mkn..dh bis time rest duduk bt keje balik..kwn2 lama bila jumpa balik semua kata,eh besar nyer badan ko skrg,xmcm dulu slim jer,maklumlh,hati dh senang….aku malulh….aku dh try banyak jenis produk diet dh tp semua xde kesan yg menyenangkan…

    [Balas Di Sini]

    24


Leave a Reply