Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Tips Bila Terpaksa Bersendirian

December 04, 2009 By: surihati_ku Category: Tips

As-salam untuk semua.
Apa khabar pada yang membaca post kali ini harap-harap anda dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Hurm, jika keadaan tidak sihat tu Suri cadangkan agar anda segerlah mendapatkan rawatan untuk ketemu sama doktor yer.

Erm, post kali ini bolehlah dikatakan khas untuk kekasih, isteri, suami yang baru ditinggalkan? atau memang semula jadi bujang? atau mengambil keputusan untuk kembali membujang? boring? atau kesepian tanpa pasagan anda disisi…

Disini Suri berikan beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk meredakan perasaan hati anda yang gundah-gulana itu..al-maklum waktu-waktu beginilah kita selalunya power tapi tika dalam hal sebegini..sendirian..mood kita akan hilang pada titik fokus dari segi kerjaya terutamanya. So check out!

  • MAHA PENCIPTA

Kembalilah pada pecintaNYA. Mohonlah petunjuk dariNya agar perkara yang lepas itu mematangkan diri kita agar lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah, kuat lagi. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang Tuhan ciptakan untuk kita bersebab dan jadikanlah ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNYA.

  • BERCUTI

Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang amat merumitkan bagi kamu. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasagan anda, perbelanjaan dan destinasi yang ingin anda tujui sekeluarganya.

Kesemua ini haruslah menepati cita rasa anda, pasagan dan anak-anak (jika tika itu anda sudah memliki zuriat). Selalunya hanya beberapa hari sahaja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak-anak. Namun ketahuilah bahawa, tika anda berseorangan bila-bila masa sahaja anda boleh pergi bercuti, boleh sediakan pakaian anda dan pergi. Hehe..

  • PERBAIKI DIRI

Jagan sesekali anda merubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih anda. Tapi apa yang wajar anda lakukan adalah memperbaikilah diri anda dari sudut kerjaya, kewangan agar kukuh dan juga binalah keyakinan diri yang mantap agar masa depan anda akan lebih stabil kelak.

Dan perlu Suri ingatkan disini, ketahuilah bahawa apabila anda sudah takluki semua perkara diatas dengan keadaan yang baik, disitu juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai gologan wanita atau lelaki yang suka megambil kesempatan keatas diri anda. AWAS!!

  • JUMPA KAWAN

Seperti kebanyakan lelaki atau kaum wanita apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan-kawan rapat. Bukan lupa tetapi tak cukup masa. Nah, sekaranglah waktunya yang paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini untuk menggamit kenbali saat-saat BEBAS tika bersama dengan mereka-mereka ini. Hurm, sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan yang mesra dari mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tak percaya? emm, cubalah!

  • BERSENAM

Semasa bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum, makan malam itu adalah antara sebahagian besar dairy dalam kamus kehidupan anda yang lalu. Namun ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama pada perkara yang sedang anda alami diketika ini..

Emm..jika difikirkan dan diimbas kembali pada perkara yang telah berpenghujungnya apa kata anda lakukan senaman kembali! Ketahuilah bahawa inilah masanya anda membuang toksik-toksik, lemak-lemak yang telah lama terkumpul didalam badan anda haruslah disingkirkan. Ingat, lakukanlah senaman di gim atau di kelab-kelab senaman khusus di mana mungkin anda akan berpeluang berjumpa dengan wanita atau lelaki yang lebih cantik, manis atau tampan dan agresif ;)

  • KEMBALI NAKAL

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa pula yang sudah melupakan zaman kanak-kanak kebiasaannya mereka ini tidak ceria dan tidak pula mempunyai nilai humor. Seperti contoh ada sesetengah wanita tidak suka lelaki yang nakal kerana merasa dirinya tercabar. Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya mereka akan mencuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku untuk seketika.

Apabila kembali solo, pelung untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dahulu boleh dilakukan seperti main snuker, video game, mengurat dan sebagainya. Bagi wanita pula apabila keadaan emosi telah stabil kembali kebanyakan dari mereka suka pergi membeli-belah untuk aksesori pakaian, kasut, penampilan, bersiar-siar dengan rakan kembali dan sebagainya..

  • BERMESRA BERSAMA KELUARGA

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu..lebih-lebih lagi pada waktu itu kita sudah pun berumahtangga bersama pasagan atau kekasih. Keluarga pula akan mula jatuh pada rangking yang kedua manakala pasagan pula akan diberi lebih tumpuan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa dengan masa yang anda miliki inilah eloklah anda gunakan ia sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga agar kembali erat seperti dahulu.

  • TEROKAI DUNIA BARU

Aktiviti-aktiviti seperti menonton wayang, berdisko, pergi medan selera, berpeleseran membawa diri tanpa hala tuju yang tak pasti, cubaan ingin membunuh diri, bersendirian dipantai itu sebenarnya tidak akan membuka minda kita. Jika itulah kegemaran anda…lupakanlah seketika, tapi Suri sarankan agar anda mencuba menerokai dunia baru yang lebih mendamikan dan bermakna. Aktiviti yang Suri sarankan seperti aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam skuba dan sebagainya sudah pasti kenangan anda bersama pasangan sedikt sebanyak akan dapat dikurangkan.

  • SUKARELA

Untuk mengurangkan rasa bosan anda, Suri sarankan agar anda, pergilah ke rumah anak-anak yatim, orang-orang tua, Hospital atau pusat tempat pemulihan dadah. Anda boleh menjadi seorang sukarelawan di mana tempat-tempat sebegini akan bisa membuka minda anda kepada satu dimensi baru. Anda akan nampak, masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka..jadi fikir-fikirkanlah sejenak..

  • PANDANG KE HADAPAN

Buanglah memori jauh-jauh dari kotak fikiran anda tentang bekas pasagan anda yang terdahulu itu. Dan sekarang berikanlah perhatian anda pada apa yang akan berlaku kemudian termasuklah pada bakal kekasih atau isteri atau suami anda yang sedia menanti anda disisi..

Jadikanlah sebarang angan-angan anda dengan usaha yang gigih bersama keyakinan diri yang tinggi.

Ha,..bila lagi nak mulakan? mulalah dari sekarang! ;)

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Tolong Klik Banner Di Bawah Ni Yer ;)

21 Comments to “Tips Bila Terpaksa Bersendirian”


  1. ape pun pada Tuhan kita mengadu.. yg sentiasa bersama kita..

    tips ni same gak ke utk pasangan yg duduk berjauhan..
    ye la zaman sekarang ni selalu jer suami isteri ditempatkan keje berlainan negeri… jauh2 lak tu…sian tgk abg long.. bini keje kat pantai Timur.. die lak duk Pantai Barat.. camne tuh..???

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @-fill-,
    salam tengahari fill..
    hurm untuk yang berjauhan tu blh juga diamalkan tips diats utk mengelakkan kebosanan tika sendirian.Tapi mana yang baik bolehlah dilakukan dan janganlah pula suami/isteri buat perkara yang tak elok dibelakang suami/isteri sudahle..

    Kalu dah masing-masing dok menjauh apa salahnya sesekali berhubung melalui mms ke, internet ke..tak pun sesekali ajaklah abg log tu keluar bersama isterinya ke taman tema ke..sure pasti ia suasana ketika itu ceria macam zaman kanak2 dulu..hehe ;)

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Alhamdulilah dapat saya info yang baik di sini. Memandangkan saya sering meninggalkan isteri saya kerana sering outing. Jadi mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Pakar jomlah singgah di laman saya, idea Pakar amat berharga. Tahniah jua ranking pertama di 1st page.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Motivasi Kerja,
    Salam tengahari Motivasi Kerja..
    Alhamdulillah inilah kurnian ilmu yang dicari perkongsian untuk semua Suri persembahkan untuk kalian..harap ia sedikit sebanyak dapat membantu Motivasi Kerja hendaknya ;)

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Saya setuju dgn suri..bile sy rasa keseorangan sy lakukan beberapa drp perkara di atas. Satu lagi yg sy lakukan adalah menghabiskan masa dgn kucing..bergurau dgn kucing bkn saje dpt menghilangkan rase bosan sebaliknya dpt menghiburkan sy. Biar la ape org nk kate bile tgk sy ketawa atau bercakap dgn kucing kerana sy di situ sy mendapat satu kepuasan. Sy xtahu nk huraikan kepuasan yg bagaimana tp ia dapat membuatkan sy lupa pd kebosanan atau kesedihan yg melanda dalam hati dan menerbitkan rase gembira.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    Hai! Leyna,
    Pkbar?? hurm baguh gak tu Leyna bela kucing sebab ia adakah haiwan yang jinak dan manja pada tuanya..hehe..ketahuilah jua bahawa Rasulullah kita juga suka pada kucing kerna ia sabagai pembawa rezeki kepada tuan punya rumah..

    biarkanlah apa orang nak kata Leyna yang peting anda teruskanlah membela kucing anda dengan cara yang betul dan terancang, kucing anda pasti akan menggeselkan kepalanya pada kaki anda tanda mereka ingin dibelai dengan penuh kasih sayang dari anda.. :)

    apa yang penymembela kucing juga

    [Balas Di Sini]

    3
  4. nice tips..elok sangat la tue..sy pun ngh bersendirian gk nie..alang2 cuti sekolah panjang nie leh r nk g mkn angin kenal tempat org..leh tenangkan fikiran.rasa cm nk g ipoh jer tp xdk kawan la kat sana..kt kg plk seme kawan2 dh kawin n xleh nk ajk diorg..yg x kawin plk xleh cuti pnjng setakat 1hr xpuas nk g mkn angin…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @najihah,
    Hai, Najihah..
    ALAHAI..sedih pulak Suri membacanya..sabar..sabar..cuti sekolah ni masih panjang lagikan.
    apakata najihah manfaatkan cuti tersebut dengan belajar kelas menjahit pakaian/langsir ke..belajar mengait ke, belajar sulam, belajar sulam manik, sulam reben,..hehe..tu pun kalau ada minat lah

    Dulu2 masa suri blum kawin suri amik juga kursus ni Alhamdulillah manfaat jugalah sampi sekarang nie..so takderlah kebuntuna tika keseorangan.. ;)

    [Balas Di Sini]

    4
  5. thanks utk info yg penuh manfaat..

    saye ade juger gune tip2 kat atas tu..skrg nie..anak saye yg kejauhan..lehla jugak gune tip2 yg bergune nie..thanks…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @hafizmd,
    Hai, hafizmd..
    hafizmd hurm try jangan tak try yer ;)

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Wahhh… best… best!
    Memang banyak betul tips kat sini laaa… lepas baca satu, nak baca yang lain.. pheeww!

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @rohaizad,
    Salam rohaizad,
    emmMM..rasanya masih banyk lagi yang perlu dimuatkan dalam blog ni..lagi….lagi….dan lagi..hehe.. :)

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Alhamdulillah…terima kasih….

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @emma,
    Hai, emma..
    Syukur Alhamdulillah..sama-sama emma ;)

    [Balas Di Sini]

    7
  8. tips yg baik… Alhamdulillah… blog ini wujud utk kita saling ingat mengingati….

    Hidup tak kan berakhir kalau kita ditinggalkan or dikecewakan…. kita kena bangun dan majukan diri kita lagi… dan yg penting perlu ingat Allah sentiasa ada disisi kita untuk mendengar keluh resah…. mana tahu dengan kekecewaan ditinggalkan ada hikmah disebalik semuanya….dan yg pasti sudah tentu Dia telah merencanakan sesuatu yg lebih baik utk kita hambanya….

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @safra,
    hai, safra..
    Suri setuju dengan pendapat anda tu..jadikan perkara yang lepas sebahagian pengajaran dan hari yang bakal mendatang ini kita laluilah ia dengan kekuatan dan keazaman yang teguh ;)

    [Balas Di Sini]

    8
  9. thanx sgt ntuk tip ni… saya br je putus dgn bekas kekasih saya angkare org ketige… mmg kecewe abez… susah saye nk lupe kn org yg kite cintai n kite sayangi selame ni… tp lepas saya bace tip kat atas… saya sedar ade bende yg ley buat kite lupe kn si die… n kembali ke jln-Nya… saya percaye ape yg jd ni sume ade hikmah die sebalik nya… anyway Thank sgt2 pada suri..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @afiz,
    SAlam Ceria afiz..
    Alah ciannyer dia putus cinta lagi ek..huhu..
    sama-sama moga ia sedikit sebanyak dapat meredakan hati yang diamuk kekecewaan.

    Tak mgpalah afiz mungkin jodoh kamu telah Tuhan tetapkan pada insan yang lain..

    Insyallah pasti lepas ni akan ada insan yang lebih baik dari yang sebelumya ini sesuai untuk dirimu jua.. ;)

    [Balas Di Sini]

    9
  10. bila bersendirian, baca buku paling best.. tak de gangguan, boleh beri tumpuan yang penuh…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha,
    Hai..ct maliha
    tumpang sekaki..hurm kalu bace novel alaf 21 ok juga..suri suke..hehe..alamatnya akan bakal bertambah lagilah 2 buku diperpustakaan rumah suri tu nanti..

    [Balas Di Sini]

    10
  11. terima kasih..doakan kebahagiaan mia

    [Balas Di Sini]

    11


Leave a Reply