Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih
Saya baru balik dari kampung semalam. 2 hari dikampung, macam2 aktivti telah dilakukan. Pergi kebun, makan durian, makan rambutan, makan manggis, makan pisang dan macam2 buahan2 lagi, pergi kenduri kahwin kawan lama, cangkul tanah belakang rumah, mandi sungai dan naik motor pusing2 kampung. Pendek kata, masa 2 hari di kampung, penuh dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan….
Tapi…hari ni, badan terasa begitu lesu, penat dan meletihkan. Tambahan lagi, hari ni hari Isnin. Hari Isnin ialah hari paling sibuk saya. Pagi ni saja ada 2 meeting kena attend. Petang ni pula 1 lagi meeting nak kena masuk.
Bercakap tentang penat, letih, lesu dan masalah tidak bertenaga ni. Saya ingin kongsikan dengan anda, tips cara mengatasinya.
Antara yang boleh diamalkan ialah ;
- 1. Minum air limau nipis / jus oren.
Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.
Dalam peti ais rumah saya di kampung, pasti ada stok buah limau. Sebab apabila selesai bekerja (bertani), abah saya pasti akan makan sekurang2nya sebiji limau. Apabila saya tanya kenapa abah suka makan limau lepas balik dari kebun, abah saya kata, makan limau dapat menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.
Maka sejak dari hari itu, dalam peti ais rumah saya di KL ni pun, pasti ada stok buah limau. Apabila balik dari ofis, masuk saja ke dalam rumah, perkara pertama saya buat ialah, buka peti ais, ambil sebiji limau…dan ngap ngap ngap. Lepas pekena sebiji limau, memang badan terasa segar sedikit.
- 2. Mandi dengan air panas
Cara kedua yang saya amalkan dalam mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Ramai orang lebih suka mandi air sejuk untuk menyegarkan badan. Tapi cara saya terbalik pula. Saya punya style, saya akan mandi air panas.
Saya tak tau yang mana satu lebih berkesan. Tapi saya masih ingat lagi masa saya belajar di Jepun. Kawan-kawan jepun saya selalu cakap, antara cara diorang mengurangkan lesu dan penat badan, diorang akan berendam dalam ‘ofuro’ (air panas) atau ‘bathtub’.
Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena. Itulah amalan orang2 Jepun.

mandi air panas dapat meredakan ketegangan
Dan saya pun, hingga sekarang memang sangat suka mandi dengan air panas ni. Sampai isteri saya pun naik pelik, kenapa la saya suka sangat mandi air panas. Pagi petang siang malam saya akan mandi dengan air panas, sedangkan dia pulak, tak suka langsung mandi air panas. Mandi pagi pun isteri saya akan mandi dengan air sejuk. Saya tak tahu kenapa dia tak suka benar dengan air panas ni.
Tapi tu lah. Seperti yang saya katakan, mandi air panas memang boleh meredakan ketegangan, sekaligus mengurangkan rasa letih. Dan membuatkan anda dapat tidur lebih lena.
Isteri saya selalu pelik dengan saya, kenapa la saya ni mudah sangat untuk tidur. Letak jer kelapa atas bantal, tak sampai seminit pun dah boleh terlelap. Malah, tidur saya pun nampak sungguh lena, kata isteri saya.
Saya jawab mudah saja. Kalau nak tau, rahsia mudah tidur dan supaya tidur lebih lena ialah, mandi malam mesti mandi dengan air panas. InsyaAllah, kalau anda amalkan ini, anda pasti akan mudah untuk tidur, dan tidur anda pun jadi lena. Badan pun, semestinya jadi lebih segar dan tidak berasa penat sangat.
Tak percaya? Cubalah….
Saya rasa cukuplah 2 tips ini yang dapat saya kongsikan. Mungkin anda semua, para pembaca blog pakar yang budiman, kalau ada tips2 lain lagi yang boleh dikongsikan, tulislah di ruangan komen dibawah tu yer. Semoga kita sama-sama dapat input tambahan dan beramal dengan apa yang kita tahu.
Sekian, ceria2 selalu
** Anda suka blog ini? Rekemen la blog PakarHowTo ini kepada kawan-kawan yang lain di sini! ** |

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2












salam…thanks coz sudi kongsi ilmu yang berguna…
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 5:14 pm
@myza,
sama2…
thanks jugak sebab singgah blog ni dan tinggalkan komen.
[Balas Di Sini]
lieya Reply:
December 21st, 2009 at 7:50 pm
mcm mane berat saya sekarang55 tapi saya nak kurus
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
December 22nd, 2009 at 10:48 am
@lieya,
55 tu pun dah kira OK saya rasa,
nak kurus lagi ker?…hmmm
berapa tinggi?
[Balas Di Sini]
Salam pakar..bagos tips tu wpon x byk tapi bermanafaat.klu camtu kene simpan stok limau gak le…anyway thanks for the info
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 5:14 pm
@Nani,
limau memang bagus.
nak nak pulak, limau yang disimpan dalam peti sejuk.
segar jer badan kalau makan.
pada saya…
limau ni bukan hanya dapat segarkan badan.
tapi boleh juga dimakan untuk hilangkan rasa mengantuk.
[Balas Di Sini]
thanks…..
dgar cikgu dok crita….klau balik keja tu tu, basuh kaki dulu…bagi segar bdan coz air yg dijirus tadi akan buang sgala panas dlam badan
man’s last blog post..SELESAIKAN MASALAH INI
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 5:11 pm
@man,
yer…saya pun pernah dengar gak petua basuh kaki ni.
dan memang mengamalkannya.
tapi tak tau la pulak tujuan basuh kaki ni utk buang panas dalam badan.
ingatkan hanya sekadar sebab nak kasi kaki bersih jer.
hmmm…thanks for the info…
[Balas Di Sini]
man Reply:
July 6th, 2009 at 5:39 pm
@PakarHowTo,
mmg petua basuh kaki ni baik utk kesihatan juga….
sbab tu org tua2 kata, klau bdan panas, jirus air kat kaki dulu…
baru badan sejuk….
pnas tu akan kluar mlalui kpala…btoi ke x???
kna tnya saintis la yer….huhu
man’s last blog post..SELESAIKAN MASALAH INI
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 7:39 pm
@man,
Haah, betul laa…
memang saya pernah dengar orang tua2 suruh basuh kaki
kalau badan panas sangat…
dan sebelum tidur pun selalu kena suruh basuh kaki…
supaya tak mengigau tengah malam katanya…
hmmm…apa kaitan basuh kaki dan mengigau tu…
masih menjadi misteri hingga kini…
PakarHowTo’s last blog post..Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih
[Balas Di Sini]
Terima kasih info menarik tu…
Saya ni selalu letih apabila balik dari rumah tapi apabila nak tidur tak pula terlelap.
Saya ni kalau nak tidur lena…kena jogging dulu untuk keluarkan peluh.
tapi masalahnya kalau hujan susah pula nak jogging.
Memang betul mandi air suam tu membantu pengaliran darah dan lena tidur.
Pernah saya amalkan. Siapa nak cuba…cubalah dulu baru tau…..
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 5:07 pm
@Luseh,
yer…berjoging pun memang bagus.
tapi kalau jogging,
bertambah2 la penat badan ni…huhu
[Balas Di Sini]
salam…
bagus jugak petua ni..nanti saya cuba dulu ye, apa2 hasilnya saya inform kemudian ye.
fida’s last blog post..Bowling-Arl Bowl Alamanda
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 5:04 pm
@fida,
haaa…cubalah…
bagi diri saya,
amalan makan buah limau tu…
memang betul2 berkesan…
time2 penat, cuba la makan buah limau.
memang terasa segar sekali…
nak nak pulak,
limau yang sejuk, yang disimpan dalam peti ais
perrghhhhh….memang nikmat….hehe
[Balas Di Sini]
fida Reply:
July 7th, 2009 at 9:53 am
@PakarHowTo,
salam.
adushhhh, semlm p pasar…takde pulak tauke tu jual buah limau..
:(.
fida’s last blog post..Bowling-Arl Bowl Alamanda
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:15 pm
@fida,
takper…lain kali, kalau ada, beli la ek.
beli la sekilo ker…
pastu letak dalam peti ais…
kasik dia sejuk…
baru la best masa nak ‘ngap’ nanti…hehe
limau ni, selain buat ubat letih,
dengar cerita,
ia juga boleh jadi awet muda…
so, better amalkan makan limau ni.
tapi jangan makan banyak sangat sudah la.
nanti tak pasal2 kena…CIRIT….
saya tak tanggung aaaa….hehehehe
[Balas Di Sini]
fida Reply:
July 8th, 2009 at 4:35 pm
@PakarHowTo,
salam,
saya beli la sekilo nnti.hihi.tapi mmg saya tak akan makan banyak, bukan saya je nnti yang sakit perut bb saya pun turut sakit perut..ni nk kena selsema berjangkit dari ank2 pulak.aduhaiiii
fida’s last blog post..Bowling-Arl Bowl Alamanda
[Balas Di Sini]
salam,
kalau nak mudah tidur, petua saya tidur pakai bantal ‘maharaja china’. Bantal ni boleh didapati banyak di Melaka. penat selalunya berpunca daripada minda yang tak dapat fokus dalam sesuatu perkara. so, kalau tak nak penat, elakkan buat perkara yang memenatkan otak terlalu lama. mungkin tu je yang dapat saya kongsikan.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 4:59 pm
@intern,
hmmm….macam best jer bantal ‘maharaja china’ tu.
berapa harganya?
macammana bentuknya ek?
ingat nak beli hadiahkan utk isteri…hehe
[Balas Di Sini]
intern Reply:
July 6th, 2009 at 5:30 pm
@PakarHowTo,
nak tahu bentuknya, rajin2lah tengok cerita kungfu cina…huhuhu. xdelah..bentuknya, empat segi tepat dan agak keras sikit daripada bantal biasa. lepas menggunakan bantal ni, senang nak tidur, dan senang nak bangun. mungkin itulah rahsia orang dulu2 tidur beralaskan batu. “mencari ilmu sampai ke China” saya selalu beranggapan kebanyakan persoalan mungkin jawapannya ada pada budaya China sebab budaya ini mungkin juga dtg drpd tnh arab sendiri melalui perdagangan dan diadaptasikan oleh orang china bersesuaian dengan budaya dan ciri2 orang asia..siapalah tahu kan?
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 7:43 pm
@intern,
adeh, tak dapat saya membayangkan bentuk bantal tu…
nanti la saya try tanya member saya…
dia pun budak melaka…
bleh kirim kat dia suruh dia beli…
by the way, nama bantal tu…memang bantal ‘maharaja china’ ker?
PakarHowTo’s last blog post..Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih
[Balas Di Sini]
intern Reply:
July 6th, 2009 at 9:35 pm
@PakarHowTo,
nama bantal tu, cuma gelaran yang saya bg sebab bentuk nye macam bantal maharaja china huhu.. dah hampir 7 bulan saya pakai bantal tu dan memang lena walaupun ada masalah dalam fikiran haha. rugi kalau tak beli…
[Balas Di Sini]
yusa Reply:
July 7th, 2009 at 3:05 pm
bahaya hadiahkn bantal ‘maharaja cina’ kat isteri.nt dia tido awal slalu… hehe
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:24 pm
@yusa,
hehehe…betul gak tu…
tido awal selalu pun susah gak kan…huhu
klu camtu, tak jadi laa nak beri hadiah bantal kat dia…
[Balas Di Sini]
kalau mandi air panas tu memang boleh relaxkan badan….
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 7:45 pm
@hazman aka species1980,
Memang betul…
Saya dah amalkan mandi dengan air panas ni sejak dari tahun 1999 lagi.
Ia memang sikit sebanyak membantu me’rilex’kan badan…
PakarHowTo’s last blog post..Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih
[Balas Di Sini]
Limau atau oren boleh menyegarkan badan?..leh cuba sbb sini tgh musim panas giler2.
Bab air panas tu mmg saya ada terbaca 1 artikel mengatakan ianya boleh melancarkan pengaliran darah dlm badan.
Saya tiap hari mandi air panas pun tak leh relax (sini tak yah guna air panas,bukak jer paip mak oiiiiiii……. menjerit panas air boleh wat bancuh susu bb, semulajadi panas, kalau nak mandi pukul 3-4 pagi pon stay panas, nak ambik air sembahyang bercinta rasanya…saya nie suke air sejuk!).
Saya pon ade petua cikit nak share kalu nak kurangkan penat atau letih pd tapak kaki yg bnyk berjalan atau berdiri , terutama kaum hawa yg guna kasut tinggi 3″ tu bolehlah rendamkan kaki anda dlm besen yg berisi air suam panas yg tlh dicampurkan dgn sedikit garam selama 10-15 minit insyallah kaki tu akan berasa ok semula.
Saya selalu wat petua ni time balik dari shopping dan saya gak ade ajor mertua wat mcm tu dan dia orang heppi sebab mujarab katanya, apa2 pon tawakal pada Allah, semua tu kuasanya.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 7:47 pm
@lydia,
Terima kasih banyak for the ‘petua’ utk kurangkan lenguh tapak kaki tu..
nanti saya ajarkan pada isteri…
sebab dia memang giler shopping…
dan selalu mengadu sakit kaki bile dah lepas shopping…
setidak2nya lepas ni,
bleh la dia hilangkan skit rasa sakit kaki tu dengan petua ni.
eh, awak duduk kat mane la ni??
overseas ker?
PakarHowTo’s last blog post..Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih
[Balas Di Sini]
Assalamualaikum tuan umah…sy x penah amalkan tip kat atas ni…sbb dh biasa makn ubat tambah tenaga je…
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 6th, 2009 at 7:48 pm
@isham,
Waalaikumussalam…
Ubat apa awak makan Isham?
Ubat tradisional ker…atau ubat modern?
PakarHowTo’s last blog post..Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih
[Balas Di Sini]
Terima kasih saya ucapkan coz tips yang diberikan.Saya akan mencuba tips tersebut sebab setiap hari saya sentiasa penat dan letih terutama apabila balik dari mengajar.Semoga tips tersebut dapat membantu saya.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:00 pm
@Faridah,
InsyaAllah, cubalah.
Saya dah amalkan lama 2 tips ni.
Dan ia memang berkesan pada saya.
Tak tau la pada orang lain berkesan ke tak…
[Balas Di Sini]
thanks bg maklumat ni..sy mmg selalu penat,,mngajar kelas tingkat yg paling tinggi.. budak2 plak nakal..balik rumah kena urus rumah plak..time rehat habis lenguh seluruh badan..bo tak bagi motivasi untuk menjadi isteri yg solehah???please
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:11 pm
@ieza,
motivasi untuk jadi isteri solehah?
insyaAllah nanti saya akan cuba tulis yer.
takpe penat skit di dunia sementara ini.
yakinlah, semua kepenatan itu,
pasti ALLAH akan balas sebaiknya di akhirat nanti.
All the best!
[Balas Di Sini]
time kasih..sy selalu penat terutama balik dr sekolah..budak2 dah la nakal..penat tau..boleh tak bagi motivasi untuk menjadi isteri solehah???please
[Balas Di Sini]
12erm bes jgk mandi air panas sbnrnye.. tp mandi malam2 x bagus plak.. nti dpt penyakit lain plak.. sy dulu salu mandi air panas.. tp sejak ade ank kecik nie, sumenye kene cepat.. mandi pn main simbah jek.. erm lepas ni kene mula balik la amalan mandi air panas nie.. dpt kesegaran mental dn fizikal.. xdela nk mengamuk sgt tgk pe’el ank mcm2.. huhu
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:21 pm
@Nurrel,
Haah, orang kata,
kalau selalu mandi tengah malam…
mudah terkena paru-paru berair, lemah jantung, asma,
so, berhati2 la…
jangan la mandi tengah2 malam…
saya selalu mandi malam kira2 pukul 6.30 petang,
selepas balik dari opis…
[Balas Di Sini]
salam.. thanks la bagi tips yang berguna tu.. mandi air panas tu memang pernah dengar la. Tp makan limau tu, baru dengar.. bagus juga tu.. boleh suruh my hubby try.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:23 pm
@machida,
yes, try laa
[Balas Di Sini]
limau eh…??? bole cuba nanti…tapi ada org alim gtau,zikir fatimah yg paling berkesan..
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:28 pm
@oja,
zikir Fatimah tu memang bagus.
saya pun pernah buat 1 post tentang zikir tu di blog ni.
klik link di bawah ;
http://pakarhowto.com/belajar-bisnes-internet/petua-atasi-penat-elak-kesusahan.html
[Balas Di Sini]
Mandi air panas atau suam mmg best, malangnya kat rumah saya sekarang takde air panas (panas sangat pun tak bleh juga, bahaya, hehe). Skrg ni saya pakai Quantum Pendant, mula2 macam dapat hilangkan penat dengan cepat, tapi dah lama2 pakai macam takde kesan plak, huhu.
Diari Jutawan’s last blog post..Pappa Rich memang kaya
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:31 pm
@Diari Jutawan,
kita sama laa Nori…
saya pun ade gak loket ‘Quantum Pendant’ tu…
tapi saya tak pakai, isteri saya yang pakai.
ari tu saya ada tanya dia, ada kesan tak?
dia jawab…
“Entah…tak dapat rasa beza apa2pun…”
Ingat : Yang bagi manfaat atau mudharat hanyalah ALLAH SWT. Yang lain2 tu hanyalah sebagai asbab sahaja.
[Balas Di Sini]
salam..bagi saya kalo nk hilangkan penat dgn segera minum je air 100 plus,mandi untuk kesegaran n lpas tu tidur la dgn secukupnyerr.Bgn je gerenti hilang penat.Tapi jgn lupa utk makan.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
July 8th, 2009 at 4:57 pm
@am_kirara,
Yer, memang betul tu.
Minum air 100 plus memang berkesan untuk hilangkan penat, insyaAllah.
Saya pun, kalau penat sangat, memang akan minum 100 plus.
Tapi dalam banyak2 petua,
yang paling mujarab dan berkesan
untuk hilangkan penat ialah,
tak lain dan tak bukan….
TIDUR!!!!!
Tidurlah.
Kerana tidur mampu menyegarkan badan kita kembali.
Tapi AWAS!! Jangan tidur berlebihan pula.
Sebab kalau tidur berlebihan, badan akan jadi lemah pulak.
[Balas Di Sini]
Untuk dikongsikan bersama
KEUTAMAAN MENGINGATI KEMATIAN
Ada beberapa hadis Rasulullah s.a.w yg menjelaskan keutamaan perihal kematian “disebutkan dlm sebuah hadis “ertinya ‘perbanyakkanlah mengingati sesuatu yg melenyapkan segala mcm kelazatan (kematian)” (At-Tirmidzi).
Mengingati kematian dpt meleburkan dosa dan berzuhud “sabda Rasulullah s.a.w “perbanyakanlah mengingati kematian, sebab yg sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia” (Ibnu Abiddunya).
Kematian sebagai penasihat kpd diri sendiri. Ertinya “cukuplah kematian itu sebagai penasihat”(Thabrani dan Baihaqil).
Org yg cerdik ialah org yg terbanyak mengingati kematian. Sabda Rasulullah s.a.w : “secerdik-cerdik manusia adalah yg terbanyak ingatnya kepada kematian serta yg terbanyak persiapannya utk menghadapi kematian. Mereka itulah org2 yg benar2 cerdik dan mereka pergi ke alam baka dgn membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat”.
Abdullah bin Muthrif mengatakan “kematian itu dpt melenyapkan kenikmatan yg dirasakan olh org2 yg diliputi olh kenikmatan itu. Olh kerana itu carilah kenikmatan yg tidak ada kematiannya yakni yg tidak ada habisnya”. Ketahuilah bhwa seseorg yg sentiasa berkecimpung dlm kemewahan dunia, yg kerana tertipu oleh keindahannya serta yg amat mencintai kesenangan dan keseronokan, pasti terlupa hatinya dari mengingati kematian, bahkan ia tidak ingat sama sekali bhwa suatu ketika ia juga akan mati.
Jikalau diingatkan oleh org lain pun, malahan ia membencinya dan lari dari nasihat tersebut. Golongan manusia yg begitu inilah yg disebutkan oleh Allah SWT dalam firmannya: “katakanlah “sesungguhnya kematian yg kamu lari drpnya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNYA yg mengetahui yg ghaib dan yg nyata, lalu DIA berikan kpdmu apa yg telah kamu kerjakan”. (Al-Jumu’ah)
Waallahualam
[Balas Di Sini]
18Salam Khamis.
Bila keletihan, maka berehatlah dahulu. Tidur sebentar pun baik juga.
Dan bagi yang Smoker, maka quit lah dengan segera. Insya’ALLAH, Kalian akan dapat mengalami & merasai perbezaan yang ketara selepasnya. Badan rasa lebih fit, cergas & ringan. Nafas pun akan jadi lebih masuk ke dalam.
Dan nafas juga akan lebih panjang & tahan lama.
Dan Senjata Sulit juga akan jadi lebih gagah & bisa bertahan serta berfungsi dengan lebih efektif & tahan lama.
Dan “Permainan Sukan” bersama pasangan (Suami/Isteri) juga akan lebih tahan lama (Long Game).
Dan generaly Jangka Hayat Hidup juga akan bisa jadi lebih lama (BI-IDZNILLAAH).
Maaf, Tuan Empunya Web, promote Iklan “Katakan Tidak Pada Rokok” jap, kehkehkeh.
Salam Mukhlis.
SPB Bersama STM.’s last blog post..CHIEF SEGALA PAHLAWAN (IMAMUL MUHTADIN).
[Balas Di Sini]
19——————————————————————————–
Tips bagaimana untuk mengurangkan penat dan letih
July 06, 2009 By: PakarHowTo Category: Tips
Saya baru balik dari kampung semalam. 2 hari dikampung, macam2 aktivti telah dilakukan. Pergi kebun, makan durian, makan rambutan, makan manggis, makan pisang dan macam2 buahan2 lagi, pergi kenduri kahwin kawan lama, cangkul tanah belakang rumah, mandi sungai dan naik motor pusing2 kampung. Pendek kata, masa 2 hari di kampung, penuh dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan….
Tapi…hari ni, badan terasa begitu lesu, penat dan meletihkan. Tambahan lagi, hari ni hari Isnin. Hari Isnin ialah hari paling sibuk saya. Pagi ni saja ada 2 meeting kena attend. Petang ni pula 1 lagi meeting nak kena masuk.
Bercakap tentang penat, letih, lesu dan masalah tidak bertenaga ni. Saya ingin kongsikan dengan anda, tips cara mengatasinya.
Antara yang boleh diamalkan ialah ;
1. Minum air limau nipis / jus oren.
Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.
Dalam peti ais rumah saya di kampung, pasti ada stok buah limau. Sebab apabila selesai bekerja (bertani), abah saya pasti akan makan sekurang2nya sebiji limau. Apabila saya tanya kenapa abah suka makan limau lepas balik dari kebun, abah saya kata, makan limau dapat menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.
Maka sejak dari hari itu, dalam peti ais rumah saya di KL ni pun, pasti ada stok buah limau. Apabila balik dari ofis, masuk saja ke dalam rumah, perkara pertama saya buat ialah, buka peti ais, ambil sebiji limau…dan ngap ngap ngap. Lepas pekena sebiji limau, memang badan terasa segar sedikit.
2. Mandi dengan air panas
Cara kedua yang saya amalkan dalam mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Ramai orang lebih suka mandi air sejuk untuk menyegarkan badan. Tapi cara saya terbalik pula. Saya punya style, saya akan mandi air panas.
Saya tak tau yang mana satu lebih berkesan. Tapi saya masih ingat lagi masa saya belajar di Jepun. Kawan-kawan jepun saya selalu cakap, antara cara diorang mengurangkan lesu dan penat badan, diorang akan berendam dalam ‘ofuro’ (air panas) atau ‘bathtub’.
Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena. Itulah amalan orang2 Jepun.
mandi air panas dapat meredakan ketegangan
Dan saya pun, hingga sekarang memang sangat suka mandi dengan air panas ni. Sampai isteri saya pun naik pelik, kenapa la saya suka sangat mandi air panas. Pagi petang siang malam saya akan mandi dengan air panas, sedangkan dia pulak, tak suka langsung mandi air panas. Mandi pagi pun isteri saya akan mandi dengan air sejuk. Saya tak tahu kenapa dia tak suka benar dengan air panas ni.
Tapi tu lah. Seperti yang saya katakan, mandi air panas memang boleh meredakan ketegangan, sekaligus mengurangkan rasa letih. Dan membuatkan anda dapat tidur lebih lena.
Isteri saya selalu pelik dengan saya, kenapa la saya ni mudah sangat untuk tidur. Letak jer kelapa atas bantal, tak sampai seminit pun dah boleh terlelap. Malah, tidur saya pun nampak sungguh lena, kata isteri saya.
Saya jawab mudah saja. Kalau nak tau, rahsia mudah tidur dan supaya tidur lebih lena ialah, mandi malam mesti mandi dengan air panas. InsyaAllah, kalau anda amalkan ini, anda pasti akan mudah untuk tidur, dan tidur anda pun jadi lena. Badan pun, semestinya jadi lebih segar dan tidak berasa penat sangat.
Tak percaya? Cubalah….
Saya rasa cukuplah 2 tips ini yang dapat saya kongsikan. Mungkin anda semua, para pembaca blog pakar yang budiman, kalau ada tips2 lain lagi yang boleh dikongsikan, tulislah di ruangan komen dibawah tu yer. Semoga kita sama-sama dapat input tambahan dan beramal dengan apa yang kita tahu.
Sekian, ceria2 selalu
[Balas Di Sini]
20mcmne nak hilang an penat ngan cara yg ter bek…
[Balas Di Sini]
21salam pakar,
lama betul saya xmenjenguk blog pakar nie..buzy skit semenjak 2 nie..bagusla tips dr pakar berkaitan dgn buah oren tu..saya xpernah cube lak tp saya mmg suke mkn buah oren..pas nie akan saya cube amalkan..kalau berpose ok ke kalau nk amalkan masa berbuka tu???
utk pengetahuan pakar, saya pun suke sgt mandi dgn air panas..xkirala pg ke tgh ari ke mlm ke mesti nk mandi ngan air panas..sbb air kat umah mak mertua saya tu sejuk sgt!! xtahan saya..tp terblk pulak dgn hubby saya..mmg xsuke mandi air panas..tp ada stgh pendapat yg mengatakan air panas kurang sesuai utk lelaki especially pada organ pembiakan mereka..betul ke pakar??Tp saya mmg suka amalkan mandi air panas nie..akan saya amalkan sampai bebila…
thanx…
[Balas Di Sini]
22ooo mandi ngan air panas yer…ermmm…good info..
[Balas Di Sini]
23moshi moshi..
lamer dah tak bagi komen ..
ehem..ne nak bagi komen siket..
sy ader terbaca tentang amalan mandi air hangat buleh merelexkan badan..
tapi ader efek jugak..kulit makin sensitif sebab liang roma kulit selalu terbuka..n than kulit pun slalu tegang la..kelembapan tak seimbang cehhh
macam teror la plak..
dulu time skolah memang lah slalu amalkan..badan letihh..n than muka pun slalu tumbuh jerawat ..makin susah nak hilang plak jerawat yang tumboh tu..
skg ni dah jarang skali mandi air hangat..
mandi air sejok pagi2 best jugak..hihihi
[Balas Di Sini]
24Askum..
Alahai..semua petua menarik, tertarik..da bOOM!hik..hik..
syok juga takala saya membacanya..
Saya pun nak berkongsi petua dengan kawan-kawan semua.selalunya petua ni saya gunakan semasa saya berkerja kilang dulu.al-maklumlah
masa tu baru lepas habis buat diploma nak rasa duit poket sendirilah katakan..
Masa kerja QA-Audit tu memerlukan saya berdiri lama. wah, lenguh, penat jugaklah kaki saya masa tu baik tak kematu time tuhik..hik… ha! apalagi bila habis waktu kerja saya selalu juga amalkan petua ini..
Garam kasar
-hang ambil, gorengkan garam tersebut sampai rata.balik-balikan agar ia
panas keseluruhannya.
-Ambil kain kemudian letakkan garam tersebut didalam kain itu.(buatlah
macam bentuk bunjut sikit.
-Terus apalagi kita pijaklah kaki kita disitu.
SELAMAT MENCUBA!
[Balas Di Sini]
25Salam, bolehkah tuan tolong bagitahu bagaimana cara untuk bersabar dengan suami yang tidak mahu mengambil lesen kereta dengan alasan trauma. Saya tidak pernah berputus asa berikhtiar minta ustaz@ustazah membuat air penawar untuk menaikkan semangat suami saya. Tapi saya hanya seorang isteri yang tidak tahu berape lama saya boleh bersabar menjadi driver. Saya harap sangat dapat suami yang berani dan yakin seperti lelaki lain. Tapi saya tetap redha cuma saya perlukan mutiara kata sebgai penawar hati ini insyaAllah. Terima kasih. Wassalam wbt
[Balas Di Sini]
pekakasari Reply:
December 3rd, 2009 at 3:22 pm
@syifa’,
tak sangka, ada juga cam2, besa laki gila kete..saya dulu penah trauma jgk..tp 2la, nak berubah bergantung juga pada diri sendiri samada nak atau taknak..Allah takkan mengubah sikap seseorang sehingga dia sendiri mahu mengubahnya..
[Balas Di Sini]
mase sekola dulu cikgu sy kater… buah oren dpt beri sumber tenaga segera.. mase bertanding sukan mesti cikgu sediakan buah oren.. huhu.. mmg terasa bertenaga..
dr kecik mandi air panas (sbb takot sejuk)… sampai dh besar pg ptg siang mlm pn mandi air panas.. tp betul la.. bile penat terus g mandi air panas lebih segar.. ilang rase penat tu n selesa… try2
[Balas Di Sini]
27