Tips Untuk Jadi Suami/Isteri Romantik
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Sambungan daripada ‘post’ semalam, saya kongsikan lagi 6 tips yang boleh diamalkan oleh isteri/suami dalam usaha untuk mengecapi rumahtangga yang romantik, ceria dan bahagia selamanya.

Berikut adalah 6 tips yang dimaksudkan itu. Sama2lah kita untuk cuba mengamalkannya.
- Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.
- Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.
- Jangan malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazimnya ungkapan cinta banyak diucapkan oleh pasangan2 yang sedang hangat bercinta.
- Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.
- Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang kepada pasangan.
- Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.
Artikel lain yang best-best :
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








so sweetttttttttttttt..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
1