Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Tips Pencegahan Menghalang Kecurian

May 20, 2009 By: PakarHowTo Category: Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Kelmarin (18 Mei 2009), salah seorang pekerja bawahan saya, Cik Koh meminta kebenaran untuk balik ke rumahnya di Jalan Ipoh. Katanya, dia menerima call dari jirannya mengatakan tingkap rumahnya terbuka.

Bagi mengelakkan kemungkinan di masuki pencuri, maka Cik Koh meminta izin untuk balik sekejap ke rumah nya bagi menutup tingkap yang terbuka tu. Saya pun sign jer la kad kebenaran keluar pejabat daripadanya.

Cik Koh ialah yang buat sign 'peace' tu...No 2 sebelah kiri.

Cik Koh ialah yang buat sign 'peace' tu...No 2 dari hadapan sebelah kiri.

Selepas kira-kira 1 jam kemudian, tiba-tiba saya menerima call dari Cik Koh. Daripada suara yang mula terpacul dari mulutnya tu, saya dah dapat mengangak bahawa ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dengan nada suara yang lemah longlai, Cik Koh mengatakan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan semua barang-barang berharga seperti komputer riba, barang-barang kemas dan wang tunai yang disimpan di rumahnya telah lesap. Rumahnya jadi macam tongkang pecah. Habis berselerak kerana digeledah oleh pencuri yang tidak berhati perut. Saya sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa salah seorang daripada anak buah saya tu. Kesian dia…

Tapi apa nak buat. Dah nasib badan. Nak kata dia tak kunci pintu, memang dah kunci. Nak kata tak pasang alarm, memang dia dah pasang alarm. Tapi tu lah yang dinamakan nasib. Malang tak berbau. Hanya kata-kata simpati yang dapat saya luahkan padanya. Apa yang dapat saya buat ialah, pada hari kejadian tu, saya bagi dia ambil cuti kecemasan untuk menguruskan apa-apa yang patut seperti report polis dan sebagainya.

Makanya, dalam entri kali ini, ingin saya kongsikan satu artikel yang menerangkan tentang tips-tips dan langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi mencegah dan menghadapi kes kecurian yang semakin meningkat sekarang ini. Semua tips yang diberikan ini adalah seperti yang diberikan oleh Polis DiRaja Malaysia.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Saya harap semua pembaca blog pakarhowto dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan terjadinya kecurian. Mungkin setakat ni kita belum pernah rasa kena rompak atau curi, jadi kita tak berapa ambil berat sangat. Tapi kalau kita dah kena nanti, janganlah baru nak menyesal. Bak kata pepatah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kalau dah terhantuk baru nak terngadah, maka apa gunanya lagi?? So, beringatlah sebelum terkena.

Sekian, semoga ada manfaat.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

13 Comments to “Tips Pencegahan Menghalang Kecurian”


  1. Salam utk pakar,

    Terima kasih…. dengan adanye panduan seperti berikut, dapatlah kita sama2 menjaga harta benda masing2 dengan lebih selamat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Tahniah kerana memaparkan info ni.. memang berguna sebagai panduan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. moshi2..

    arigato..gozaimasu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    ocean…

    sorry saya tak reply lagi email dari awak tu.
    nanti saya reply la sikit masa lagi yer.
    sibuk sket laaa…
    harap faham yer… :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Thanks.. tips yg amat berguna kpd kita semua..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Salam bro..

    Tips bermanfaat kepada kami semua.. Ia bertujuan untuk mengelak terus diselubungi oleh masalah yg kian meruncing sekarang…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. fatimah says:

    Terima kasih bebanyak atas info ni.
    Kini saya dah tahu cara-cara nak protect dari
    berlaku kecurian..
    InsyaAllah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. satu lagi tips

    doa banyak2 daripada malapetaka

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Terima kasih tips yang diberikan, skrg ni pun sentiasa ambil langkah berjaga2. Saya akan sentiasa manafaatkan tips yang diberikan untuk kita semua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. bagus gak info nie..ly suke idea yang simpa alarm kereta kat bawah bantal tu..dekat senang kalo pencurik masuk kan..tekan alam merah..bunyi bising pasti mengejutkan semua orng..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Salam Khamis.

    Hamba ingin kongsikan petua amalan yg hamba perolehi dari seorang hamba ALLAH.

    Baca Surah Al-Falaq 1x. Kemudian baca Surah An-Nas 1x. Kemudian tiup/hembus pd barang yg kita maksudkan itu. Kemudian baca atau niatkan dalam hati, “Ya ALLAH, Lindungilah harta-benda ku dari perbuatan khianat/hasad.”

    Kemudian baca Ayat 9 Surah Yasin 1x, Lalu hembus/tiup pd barang yg kita maksudkan itu. (Ayat 9 Surah Yasin ini well-known as Ayat Perabun), yakni mengaburi dari mata-mata musuh yg berhajat memperlakukan kejahatan terhadap diri kita, urusan kita, harta-benda kita dll.

    Wallahu’alam…

    Salam Mukhlis.

    SPB Bersama STM.’s last blog post..CHIEF SEGALA PAHLAWAN (IMAMUL MUHTADIN).

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @SPB Bersama STM.,
    Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berharga ini.
    Semoga kita semua dapat ambil manfaat darinya.

    TQ Amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. I’m amazed, I have to admit. Truly hardly ever do I experience a blog that’s each educative as well as enjoyable, and let me tell you, you have strike the toe nail on the mind. Your concept is outstanding; the issue is something that insufficient people are talking intelligently regarding. I am very happy that I found this during my look for something concerning this.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11