Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup

Share

Dalam post kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk menghayati 3 tips untuk bersihkan hati seperti di bawah ini.

ubat-hati

Baca, faham, amal dan sebar-sebarkanlah.

Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup

1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor.

Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Maka, bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan bahawa kita ni adalah mukmin sejati!

ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 ;

sp32-20101005-104156

Maka di sini PakarHowTo ingin menyeru kepada semua pembaca untuk kita sama-sama memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah.

Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Takbir! ALLAHU AKBAR!!! :)

Sumber : Cinta Bakar (1115)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

4 thoughts on “Tips mudah untuk jadikan hati sentiasa bersih dan tetap hidup

  1. Salam..

    terima kasih atas info yg berguna ni..di akhir zaman skrg ni,ramai yg telah lalai dan berlumba2 untuk mencari kebahagiaan (harta) sahaja..walhal,hati tidak tenang dan sentiasa berserabut..Zikir adalah salah satu cara paling baik untuk menjadi tenang..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam