Tips menghadapi masalah

Jom santai jap neh.

Ketenangan amat diperlukan ketika kita didalam keadaan tertekan.

Ikuti kisah seorang guru dan anak muridnya, dan ambillah pengajaran yang berguna.

Semoga anda berada dalam keadaan tenang sentiasa.

KISAH SEGELAS AIR
Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air.

hadapi masalah

Dia bertanya kepada murid-muridnya ;

“Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?”

Jawab murid yang duduk di hadapan kelas :

“50 gram, cikgu!”

Guru tersebut tersenyum.

“Yang lain?”

soalnya.

“Saya rasa mungkin 100 gram,”

jawab seorang pelajar perempuan.

Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas,

“Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram. Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?”

Jawab gurunya,

“Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah! Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.

Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Mungkin kamu perlu diusung¬†ke ambulans.”

Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.

Sambung guru tersebut;

“Murid-murid sekalian… berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat. Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.”

Begitu juga dengan kehidupan seharian kita.

Jika kita ada masalah, cuba selesaikannya secepat mungkin.

Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar! Lupakan masalah itu untuk seketika.

Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali.

Wallahualam.

Di copy dari facebook Puteri Jannah

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

pakarhowto

(1174)

1,730 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

2 Komen on “Tips menghadapi masalah

    • Yer... kadang-kadang kita terlupa untuk rilex dan bertenang.
      Berat macammana pun masalah... rumit macammana pun... kena bertenang dulu.
      Jangan gelabah...kelam kabut... sebab ia hanya merumitkan keadaan.

        (Quote)

      BAGUS(0)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam