Tips memilih bahan masakan yang baik

Share

Sejak isteri saya disahkan mengandung kira-kira 3 bulan yang lepas, saya lah yang terpaksa menjalankan tugas-tugas di rumah seperti mengemas rumah, basuh baju, sidai kain, iron baju, menyapu rumah, mop lantai, basuh bilik air, malah memasak pun saya yang buat.

Saya buat ini semua adalah kerana isteri saya ‘mabuk’ teruk sangat. Kesian saya tengok dia. Langsung takde tenaga. Yer lah, makan tak selera, tidur tak lena, sakit belakang, sakit perut, pening kepala, loya-loya dan selalu muntah-muntah. Akibatnya, dia melepek saja di rumah. Langsung tak larat nak buat apa-apa.

Gambar adalah sekadar hiasan

Takper lah, saya sabor jer lah buat sementara ini. Lagipun doktor dah kata, mungkin ambil masa dalam sebulan lagi baru lah keadaan akan beransur OK semula, insyaAllah. So, sabor jer lah.

Apa2pun, dalam post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai “Tips Bagaimana Untuk Memilih Bahan Masakan Yang Baik“. Saya dapat tips ini hasil pembacaan dan mendengar orang-orang tua bercerita.

Secara mudahnya, bahan masakan yang baik adalah bahan mentah yang masih baru dan segar. Berikut adalah tips memilih ;

1. Sayur-sayuran dan buah-buahan

  • Pastikan ia tidak layu, tidak kecut, bertukar warna atau berbau busuk
  • Lebih elok pilih sayur yang berlubang dimakan serangga kerana ia menunjukkan sayur itu kurang dicemari oleh racun perosak dan bahan kimia. Jadi ia lebih sesuai dan selamat untuk dimakan.

2. Ikan

  • Pilih ikan yang mempunyai kulit yang masih bersinar dan berwarna terang. Jangan pilih ikan yang kulitnya diselaputi lendiran yang tebal.
  • Pastikan ikan yang dibeli, matanya tidak tenggelam dan warnanya masih cerah.
  • Cuba lihat insang ikan berwarna merah cerah (ikan segar). Dan bukannya insang berwarna keperang-perangan atau kering.
  • Pastinya pilih lah ikan yang tidak berbau busuk
  • Cuba picit badan ikan yang ingin dibeli. Jika isinya masih pejal dan kenyal apabila dipicit, itu menunjukkan ikan tersebut masih segar.

3. Udang

  • Pilih udang yang mempunyai kulit yang cerah dan lut sinar, bukannya kulit yang dah ada tompok-tompok hitam.
  • Cuba picit kepala udang, kalau ianya masih keras dan tidak mengeluarkan lendiran yang banyak, itu bermakna udang itu masih segar.
  • Jangan pilih udang yang sudah berbau busuk.
  • Picit badan udang dan pastikan isi udang masih pejal dan kenyal.

4. Daging

  • Pastikan daging yang dibeli masih segar dan tidak berselaput.
  • Jangan beli daging yang sudah berbau busuk.
  • Pastikan warna daging masih merah
  • Jikalau daging itu sejuk dan ada ais, bermakna ia bukanlah segar sebaliknya ia sudah di ‘frozen’ (beku) kan.

5. Ayam

  • Pilih ayam yang tidak berbau busuk dan tidak bertukar warna.
  • Cuba lihat kepada kegemukan di bahagian dada dan kelicinan kulitnya. Jangan beli ayam yang terlalu gemuk.
  • Perhatikan juga lemak-lemak ayam terutamanya di bahagian bawah kulit. Jangan beli ayam yang mempunyai lemak yang berlebihan.
  • Adalah lebih baik untuk beli ayam yang baru disembelih di pasar. Ayam yang ada dijual di pasar raya mungkin telah di ‘frozen’ terlebih dahulu. Jadi ayam yang dijual di pasar raya besar, kebanyakan tidak lagi segar.

6. Telur

  • Pastikan telur yang dibeli tidak retak atau pecah kulitnya.
  • Pastikan juga telur yang dibeli tidak diselaputi najis yang berlebihan pada kulitnya.
  • Goncang dulu telur sebelum beli. Kalau isinya mampat tiada ruangan udara yang banyak, maka itu menunjukkan telur itu masih baru.

7. Bijiran, tepung, kacang atau beras

  • Cuba lihat betul-betul, ada atau tidak serangga atau bahan-bahan tercemar lain dalam beras, bijiran atau kekacang yang ingin kita beli.
  • Pastikan juga beras, bijirin atau kekacang yang dibeli tidak bercampur dengan gred bijiran/beras/kacang/tepung yang bermutu rendah.

Haaa begitulah serba sedikit apa yang saya tahu tips bagaimana untuk membeli bahan mentah atau bahan masakan yang baik dan segar. Harap ianya dapat membantu mereka yang masih baru nak belajar buat ini semua (macam saya ni).

Kalau anda ada lain-lain tips yang bagus, tolong kongsikan di ruangan komen di bawah tu yer. Terima kasih. (516)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

11 thoughts on “Tips memilih bahan masakan yang baik

  1. Moshi Moshi,

    Arigato..Pakar..

    Bahan Bacaan yg bagos tuk dikongsi bersama..

    Tahniah..!!!

    Pengambilan tenusu juga baik tuk kesihatan..

    baik tuk tulang bg membekalkan kalsium..

    huhuhuh..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,

    hai Ocean,
    suri cadangkan kita minum susu anlean je..hehe.. ;) untuk kebaiakan jangkamasa akan datang agar tulang tidak cepat garp!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. As salam tuan rumah,
    tu le dugaan Allah untuk suami2 samada sabar ke tak…..ikhlas ke tak……… semasa isteri ada masaalah……. belum lagi bab anak nanti…… ada yang dapat baby ok tak pe lah….. tapi kalau dapat baby yang bermasaalah asyik menangis je… jadi sabar je lah ye… ingatlah pengorbanan isteri lagi besar dari mengandung hingga lah melahirkan zuriat… susah senang mestilah bersama jangan senang je bersama…. SEMOGA MENJADI SEORANG SUAMI DAN PAPA YANG TERBAIK….OK!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @neesah,
    nEEsah,
    Hehe..alahai neesah pakar tgah TERUJA tu.biarkanlah dia..

    BAB2 yang gmbra time kehamilanlah neesah..

    sb kaum hawa dilayan bagai ditatang myk yang ponuh..hehe..kita dok rileks jelah time tu..

    harap dapt bby hidup akan lbih bkmna dan lengkap dgn anak2 yg tersayang ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. mekasih pakar bg info yang sangat berguna…
    kekadang kita main beli jer ikan kat pasar…
    ni bila dah dapat info bgaimana memilih yang terbaik untuk masakan, baru ada semangat nak masak yang terbaik untuk keluarga

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. satu je nak tambah, seelok-eloknya telor yang baru dibeli dibasuh dulu dan dikeringkan baru disimpan.. bukannya apa, telur tu kan keluar dari saluran najis, dan adakalanya diseliputi najis.. jadi lebih elok le dicuci terlebih dahulu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Assalamualaikum Pakar. Tahniah kerana bakal mendapat cahaya mata. Yang ke berapa tu? Sama seperti saya. Isteri saya pula baru nak masuk lima bulan. Tapi masa tempoh alahan ari tu memang sama cam apa yang Pakar buat pada istewri Pakar tu. Memasak pun sama lakukan. Nasib baik pengalaman memasak ada sikit dalam diri..hehe. Kalau tak keberatan singgahlah di Motivasi-Kerja.com. Mungkin ada nuah fikiran Pakar boleh membantu di blog saya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Motivasi Kerja,
    Waalaikumussalam…alamak, sorry la geng…lambat bagi respon…saya sibuk sangat laa ni….

    Ni anak pertama insyaAllah…

    Pengalaman menjadi bakal bapa ini memang sangat2 mencabar bagi saya….macam2 hal dan macam2 ujian mendatang…sabor jer lah…huhu

    tentang blog tuan tu, sebenarnya memang saya kadang2 menjenguk juga…cuma masih belum ada kesempatan untuk aktif memberi komen…sorry yer…nanti bile saya dah senang2 sikt, saya tinggalkan komen yer…

    tq banyak2 sebab selalu komen kat blog ni…jasamu di kenang….hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @PakarHowTo,
    be cool pakar..jgan tension2 yer..laluilah ia dgn penuh kegembiraan dihati..;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam