Tips keluarga bahagia

Share

Ni ada satu lagi artikel mengenai “Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya.

keluarga bahagia

  • Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2
  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….
  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…
  • Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….
  • Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri….
  • Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya….
  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH…
  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga….
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik…

keluarga bahagia islam

  • Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak….
  • Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali(rujuk)…
  • Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat…
  • Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri…
  • Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung….
  • Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga….
  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah….
  • Menjawab setiap pertanyaan suami dan isteri dengan lembut dengan penuh kasih sayang…
  • Pasangan tua, jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami atau isteri tidur sendirian….
  • Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri….
  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak….
  • Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga…
  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia….
  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian…
  • Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan. …
  • Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya. …
  • Jika anak atau pasangan kita berbuat salah ..jangan lah di nasihat secara kasar…Berlembutlah ..guna kan secara berhemah …nasihat dengan kasih sayang…dan sentiasa memohon agar ALLAH beri kita kekuatan menghadapi semua dugaan tu..
  • Didik anak semenjak di dalam perut lagi ..dengan bacaan AL-Quran..zikir.. ..nasyid..hiburan. yang di benarkan agama…

Di copy & paste dari : Cinta Bakar

.
(945)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

7 thoughts on “Tips keluarga bahagia

  1. salam,
    selongkarlah sebanyak mungkin kehebatan pasangan dan bukan membesar2kan kesilapan mereka nescaya hati akan sentiasa rasa bahgia dan ceria. maafkan lah kesilapan2 pasangan kerana kita pun bukannya sempurna seperti siti fatimah dan saidina ali,atau rasulullah dan siti khodijah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Hi dan Salam Perkenalan… ;)

    “Seperti yang di alami ramai ibu bapa, anak – anak remaja akan mula menjarakkan diri dengan ibu bapa mereka apabila mereka mula mempunyai kehidupan sendiri.

    Apabila mereka ada tenaga dan kemahiran untuk berkawan dan membawa diri, mereka akan mula menjarakkan diri dari anda. Akibatnya anda mungkin akan hilang jejak akan aktiviti anak anda jika anda tidak mengawasi mereka dengan betul.”

    Terima kasih denga artikel yang sangat bermanfaat ini :)

    Amir Azros
    http://pakarkeluarga.blogspot.com/

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Salam Perkenalan,

    “Seperti yang di alami ramai ibu bapa, anak – anak remaja akan mula menjarakkan diri dengan ibu bapa mereka apabila mereka mula mempunyai kehidupan sendiri.
    Apabila mereka ada tenaga dan kemahiran untuk berkawan dan membawa diri, mereka akan mula menjarakkan diri dari anda.
    Akibatnya anda mungkin akan hilang jejak akan aktiviti anak anda jika anda tidak mengawasi mereka dengan betul.”

    Terima kasih saya ucapkan dengan artikel yang sangat bermanfaat ini ;)

    Amir Azros
    http://pakarkeluarga.blogspot.com/

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam