Tips cara mudah hapuskan hutang!

Share

Berikut ini disenaraikan 10 langkah mudah yang patut anda ambil untuk menyelesaikan masalah hutang. Ikutilah langkah ini dengan baik satu persatu, insyaAllah matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin ahmar tau (sebab terkejut)… hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Cuba praktikkan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.

Penulis : Mohd Nizam & Reza
11 februari 2008 / diterima melalui email : puterawang@yahoo.com.my (770)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

6 thoughts on “Tips cara mudah hapuskan hutang!

  1. Salam 1 Malaysia,

    Kempen Pemutihan Hutang, tune your website to tune-ur-life.blogspot.com. Terbuka kepada Kakitangan Kerajaan / Swasta / Bekerja Sendiri. Ccris / Ctos / Blacklist layak memohon. Tempat Terhad !!!

    Thanks

    - Wassalam -

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam