Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Tips Berhadapan Dengan Boss Yang Cerewet

June 12, 2009 By: PakarHowTo Category: Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Baru-baru ini saya ada menerima email dari salah seorang pembaca blog ini yang meluahkan masalah yang dihadapinya. Beliau meminta kepada saya supaya menulis tentang tips bagaimana untuk berhadapan atau berurusan dengan orang yang banyak karenah atau ‘leceh’ dan cerewet.

Cepat siapkan kerja tu! Nanti aku luku kepala baru tau...hahaha

Cepat siapkan kerja tu! Nanti aku luku kepala tu baru tau...hahaha

Berikut ini saya ‘copy & paste‘  kandungan email yang beliau kirimkan
kepada saya…

Sorry lama tak baca artikel u all. tengah sibuk la sekarang. Saya nak minta tolong la. Boleh tak paparkan panduan atau tips bagaimana nak handle orang yang banyak kerenah, serba tak kena, semua kerja orang buat tak betul, dia je yang betul dan sangat cerewet. Bak kata orang putih “Difficult People“. Ini berkait dengan kerja kat office la.Harap dapat membantu. Terima Kasih.

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab
dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh.

Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang  jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya.

Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni?

Disebabkan saya pernah ada boss yang memang cerewet sebelum ini,
maka kali ini, saya kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat
berhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….hehe

  • 1.  Rileks kan diri dan tenangkan hati

Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kelapa otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita.

Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu.

Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda!

  • 2.  Sentiasa bersedia dengan karenah boss

Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI.

Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya.

Pada saya, diorang buat camtu sebab diorang ni nakkan kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan tu. Tu yang tanya macam2 dan arahkan macam2 tu. Sabor jer lah yer.

Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya.

Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak.

Percayalah cakap saya, TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur.

  • 3.  Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan

Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan.

Maksud saya, contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang ker. Ini memberikan tanggapan
pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu.

Saya ada pengalaman manis dalam hal menyiapkan kerja, lebih daripada
apa yang boss harapkan. Sehingga saya telah dipuji oleh boss semasa
perhimpunan pagi di depan pekerja-pekerja lain. Aduh kembang hidung saya masa tu. So, tips ketiga ialah, BUAT KERJA LEBIH DARIPADA APA YANG BOSS HARAPKAN!

  • 4.  Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss

Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja.
Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya.

Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita.

So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.

eh boss hensem la hari ni...hehe

eh boss hensem la hari ni...hehe

  • 5.  Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss

Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya.
Kita pun banyak juga perangai buruk.

Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.

Hmmm…saya rasa itu sajalah beberapa tips yang sempat saya coretkan.

Bagaimana pula dengan anda? Pernah ada boss atau kerja dengan orang yang cerewet dan banyak karenah? Bagaimana anda berhadapan dengan orang  yang cerewet macam tu?

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

40 Comments to “Tips Berhadapan Dengan Boss Yang Cerewet”


  1. as’kum pakarhowto…

    Betul apa yg pakarhowto ckp kan tu..yg buruk ada baiknya..Kita semua tidak 100% sempurna..Mcm di opis saya,my boss adalah seorg yg berpangkat dato’..Mmg cerewet, time keje dia nak 100% perfect,tp klu sorang dah buat dia marah,sampai balik la mood dia tak baik.asyik nak marah jea..tp dlm cerewet2 dia tu, dia adalah seorg boss yg baik hati..so kita sbg pekerja,kita kena tunjukkan kerja yg baik utk boss kita..dan pandai ambil hati boss ;)

    sara’s last blog post..Tips Berhadapan Dengan Boss Yang Cerewet

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @sara,
    pada saya,
    memang penting untuk kita belajar cara ambik hati boss.
    kenali boss kita….
    kenalpasti apa dia suka, apa dia tak suka.
    pasti senang laa nak ‘bodek’ dia…

    saya pernah dapat TV 29 inchi…dvd player…
    set sofa rumah…gitar…kerusi dan meja kerja…
    vacum cleaner…almari dan banyak lagi…
    semuanya boss Jepun saya kasi…

    jepun punye fe’el…kalau dia dah percaya dan
    baik dengan kita….diorang memang tak kedekut
    langsung….masa saya kahwin itu hari pun, saya
    dapat dekat RM2000 boss2 jepun saya kasi…

    so, nak ceritanya…kalau kita buat baik dan
    dapat kepercayaan boss…kita pasti akan dapat
    untung…macam saya….manyak untung ooo…hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    Hakimi Reply:

    @PakarHowTo, blehla spas, kuat kolek point. Sb 2 bos sayang. Jgn dpn ‘ait’, tp blkg, bagero. Gurau je spas.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Hakimi,

    hahaha….politik nak kena pandai upak…
    depan mesti la ‘hait’ , ‘hait’
    belakang, cerita lain….keh keh

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    1
  2. fuhhh….
    mmg tensen rasanya klau dpat bos cerewet ni…
    kat tmpat aku keja pon, bos aku cerewet gak….

    bila bos aku leter kat aku, aku wat dek jer….
    tapi masuk la dlam fikiran aku apa yg dia suroh aku wat…..
    tapi aku tetap wat gak keja dia soh wat scepat mungkin…..
    xtahan lagi dia leter….

    man’s last blog post..SELESAIKAN MASALAH INI

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @man,
    saya, kalau boss marah macam mana sekalipun,
    saya akan tunduk diam saja…
    tak akan menjawab walau sepatah…
    sebab kalau kita menjawab (walau sepatah),
    temperature dia akan bertambah…
    so, makin bertambah panjang la leterannya.

    jadi, lebih baik diam dan tunduk saja bila kena marah.
    kecuali dia ada tanya dan suruh kita jawab.
    klu dia suruh jawab, baru la kita keluarkan suara…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. putrisalju says:

    aa…
    mmg tension la rasa
    satu cerita kat tempat kerja saya ni.nak kata dia bos besar ke tak jugak la cuma dia yang paling senior jadi orang pun baik la dengan dia nie.
    Tapi ada kepelikan la,yang saya tak berapa faham dengan cara dia nie.
    Selalunya di waktu pagi kami kat pejabat makan beramai-ramai.Sekarang pejabat kami dah kekurangan orang kami tak makan seperti dulu lagi.Yang bos saya nie datang pagi asyik muka masam jer.perkara ni belaku banyak hari dah.saya pun tak tahu.kenapa.tak berani nak tanya la pulak takut nanti cakap kepo pulak.Ada suatu hari bos saya ni ada la cerita kat member saya yang saya nie tak pandai nak ambil hati dia.kene layan dia makan pagi-pagi.lagipun saya seorang yang tak berapa cakap banyak pulak.suatu hari member saya ada datang citer la kat saya suruh saya ambil ati dia la.masalah nya saya tak pandai nak poo dia pagi pagi.Dia pulak kalau ada keja yang nak suruh saya buat baru baik.kalau tak ader keje muka dia asyik macam tu jer.
    Penat la macam nie…dah la satu pejabat.Apa nak buat kan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @putrisalju,
    huhuhu….macam2 ragam ek…
    tapi kan, pada saya,
    kita buat saja cara kita…
    tak perlu paksa2 diri untuk sukakan seseorang.
    yang penting, kita jangan buat kurang ajar..
    atau sakitkan hati dia…
    dan as long as kerja kita settle…
    dan tak nyusahkan dia…
    so, ok lah tu…

    dan lagi satu yang palign penting…
    kita jangan dok tensen2 kan kepala otak kita.
    always be cool jer gitu…
    kita kena hepi dengan kerja kita.
    barulah aman hidup…
    kan kan? hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    g-lot Reply:

    @putrisalju, salam… memang tension.. umur dah 65, nak keje lagi… sampai je opis, ada je benda x kena.. sampaikan kertas dlm machine photostate pun dia check satu2… takut recycle campur dgn paper baru..
    kadang2 x tau apa punca.. bebel je satu hari..
    tapi tip ni mmg betul.. saya main angguk2 je.. buat pekak telinga.. jgn pekak betul sudah.. ; p

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @g-lot,
    orang tua ni memang sensitif skit.
    ada sorang makcik kat tempat saya kerja,
    kerja dia asyik2 nak terasa ngan orang jer…
    pastu dok cerita orang tak hormat dia la apa laa..

    harap2, saya bila dah tua2 nanti,
    takde la jadi sensitif sangat…huk huk

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Salam Pakar Howto :

    Maaf kerana dah lama tak melayari web tuan kerana agak sibuk dgn urusan seharian. Tahniah! kerana blog tuan skrg mudah dan cepat utk dilayari berbanding dahulu agak lambat..

    Utk sahabat kita yg berhadapan dgn bos yg cerewet. Kuatkan semangat dan banyakkan bersabar dan berdoa memohon pertolongan drp Allah.

    Saya ingin berkongsi pengalaman saya dahulu yg pernah bekerja dgn 8 majikan yg berbeza. Ada yg title Haji dan kerap puasa sunat tapi panas baran dan pernah baling box file yg besar ke arah saya walaupun bukan salah saya. Ada yg beragama hindu tetapi lembut dan berbudi bahasa dan sedia memberi tunjuk ajar. Ada yg buruk sangka dgn saya kerana saya menjaga `petty cash’ dan geran2 tanah Syarikat dan pada masa yg sama saya memandu Honda City dan dia juga memiliki kereta Honda City juga dan mungkin dia beranggapan saya menggunakan duit Syarikat utk bayar ansuran kereta walaupun sebenarnya ansuran kereta suami yg bayar. Ada yang kuat pegangan agama dan berbudi bahasa dan beralas apabila berkata2. Ada yg berpangkat Puan Sri dan menyangka kita berbaik dgn dia kerana sesuatu sebab sedangkan kita sebagai orang bawahan hanya hormat dia sebagai orang yg lebih tua dan orang atasan kita. Ada yg pendiam tapi isteri dia pula selalu menggunakan bahasa yang selalu menyinggung perasaan yg saya tak dapat lupakan sampai hari ini. Walaupun saya adalah pekerja yg tak pernah claim overtime dan bekerja bersungguh2 saya hadapi banyak sungguh dugaan dalam mencari rezeki.

    Oleh itu, utk sahabat, kuatkan semangat dan banyakkan bersabar serta berdoa demi mencari rezeki utk keluarga dan ibubapa dan memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Dia Maha Melihat dan Mendengar serta Maha Pemurah. Setiap kebaikan yg kita lakukan walaupun manusia lain tidak menghargai tetapi Allah akan membalas dengan sepuluh kebaikan dan insyallah rezeki sahabat akan dimurahkan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @saffiah,
    Kak Safiah…
    Alhamdulillah…
    Syukran atas perkongsian pengalaman yang sangat berharga ini.
    Terima kasih juga atas semua kata2 nasihat kepada kami.
    Sesungguhnya perkongsian yang macam inilah akan
    memberikan sikit sebanyak manfaat kepada
    semua pembaca blog ini…
    Kami sangat menghargai setiap komen, pandangan dan
    pengalaman yang anda semua berikan.

    Saya terharu dengan sambutan dan sokongan
    yang ditunjukkan oleh semua pembaca blog pakar…

    tima kasih semua noo…. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Salam Pakar Howto :

    Maaf semua pembaca kerana 2 komen yg saya hantar, sebenarnya hantar yg pertama ingat tak sampai so saya hantar kali kedua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @saffiah,
    Kak…
    saya dah delete komen yang satu lagi tu…
    takper kan? ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Salam Pagi Jumaat,

    Ehem..menarik lah post kali ini,

    Sy setuju apa yg en.pakar bagitau tue..

    Berhadapan dengan bos yg cerewet memang suatu cabaran buat kita sume..

    Tapi berhadapan dgn bos yg suka duk menengking dan menghina pekerja memang tak boleh nak tahan.. yelah..nak tegur kesalahn pun sampai nak melibatkan hal peribadi pekerja tak ker zalim dan kejam tue..?

    Bagi sy bos yg cerewet dan banyak ‘songeh’ ne bagos untuk kita meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa..kan..kan..kan..hehehehe

    “bertindak mengikut arahan” dipetik dari FILEM: JUTAWAN FAKIR..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ocean,
    memang betul tu…
    lagi cerewet dan lagi banyak songeh boss kita tu..
    maka lagi tinggi peluang kita untuk meningkatkan mutu kerja kita.
    lagi cepat kita memahirkan kerja kita…
    yang penting, kita kena sentiasa FIKIR POSITIF
    dan SANGKA BAIK dengan arahan/leteran/bebelan boss.

    all the best to all yer….
    especially to Puteri Ocean…
    keje rajin2…jangan malas tau…hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. salam semua.
    bab bos cerewet ni, susah nak cerita le. bos saya pun cerewet juga terutama bab gaji pekerja. susah benar nak bagi gaji tinggi sikit pada pekerja. kekadang macam2 rungutan pekerja dia buat tak tahu je. paling geram bila tiba time gaji dia selalu cakap duit tak cukup nak bayar gaji staf. tak tahu nak cakap le… kena sabar banyak-banyak. dulu pekerja ramai, sekarang tinggal saya seorang je yg sanggup bekerja dgn dia. e.e.e. sebab saya banyak sabar dgn kerenah dia. itu saja. sabar paling mujarab dlm merawat hati kita yang hot dgn mcm2 perkara.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Fariza,
    Betul sangat tu…
    SABAR tu memang sikap paling bagus kalau dapat diamalkan.
    Tapi realitinya sangat sikit sebenarnya orang yang boleh bersabar ni…

    so, you are …salah seorang yang ada tahap kesabaran dan ketabahan yang tinggi laa Fariza.

    Syabas…keep up that positive attitude.

    Sesungguhnya ALLAH itu bersama dengan orang-orang yang SABAR….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. BoSs cerewet… biasa lah tu..
    smua die kene tanggung..kalau silap die yg kene marah pada yg atas lagi.kalau company die sendiri lagi laa.tak kan die nak tgk syarikat die k.o.
    bab kata pepatah boss smua betul..die bayar kita gaji so kena la byk bersabar kalau nk keje lama.. bayangkan kalau kita plak jadi boss,kita nak tgk ke pekerja yg wat keje sambil ala kadar je..tentu kita nak perfect kan..
    ala bos ni die marah kejap je..pahtu sejuk la die.. ikut je arahan die..mudah2han bila die dah puas hati di naikkan gaji n pangkat ..tak gitu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Liana,
    Betul sangat tu…
    saya setuju 100% apa yang awak katakan.

    cuba bayangkan kita jadi boss..
    dan pekerja bawahan kita buat main2 jer ngan kita.
    keja macam taknak keje…
    mau tak hangin…

    so, bila boss kita bising atau kecoh tu…
    jangan terus kutuk boss..
    cuba bayangkan, kalaulah kita berada dalam situasi itu sekarang…apa tindakan kita?
    mungkin lebih teruk dari apa yang boss kita buat sekarang…

    so, always think positive yer…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. salam… saya suka sangat post ni pasal bos y cerewat. sebenarnyer dia nak wat yang terbaik untuk diri dia n semua pihak. nanti kalu salah pihak atasan salahkan dia, bukan kita. so sebelum dia kena dia hentam kita cukup2. so dari situ kita kenalah bersedia n buat yang terbaik agar dia tak cari salah kita. bos ni kadang2 ada yang baik n ada yang x ok. dah banyak saya jumpe, tapi sabar jelah. kalu ikutkan hati mati….ikut lah paper yang korang rase boleh hiburkan hati dari kita pikir yang negatif pasal bos kita…nati lamer2 dia pun tak larat nak cari kesalahan kita…k bye

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @azie,
    setuju setuju setuju…
    sabor jer lah…
    jangan ikutkan sangat hati/emosi kita.
    kelak kita juga yang rugi…..kan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. saffiah says:

    Salam Pakar How To :

    Saya setuju dgn pendapat tuan, bila bos marah atau macam saya dulu sbb jaga bos no. 1 jadi kena berurusan dgn isteri dia, bila kena marah kita diam dan jgn menjawab dan terus minta maaf walaupun kita tak bersalah. Kadang2 rasa diri kita mcm orang yg bodoh sangat sedangkan hakikatnya kita ada kelulusan dan dia setakat SPM, tapi kerana dia ada kuasa kenalah kita mengalah dan bersabar dalam menghadapinya. Manusia ni banyak ragam, mcm saya dulu walaupun kita selalu balik lewat sampai buka puasa suami beli dan hidangkan dan kita sampai rumah dah masuk waktu maghrib tapi bila kita lewat masuk pejabat seminit dua lepas solat zohor isteri dia dah tinggi suara, tapi kita selalu break lambat sbb siapkan kerja dia tak ambil kira pulak. Selalunya manusia ni bila kita dah takde barulah dia tahu menilai kerja dan menghargai apa yg telah kita lakukan.

    Sebab tu kena banyak bersabar walaupun ianya pahit tapi hidup ini ibarat roda hari ni kita layan orang dgn buruk esok lusa anak kita pula kena benda yang sama, Allah bayar tunai sbb tu kalau kita banyak bersabar ia tidak sedikitpun merugikan kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @saffiah,

    Akak…terima kasih banyak atas pandangan yang diberikan.
    InsyaAllah saya yakin ianya memberikan panduan kepada ramai pembaca blog ini.
    Teruskan memberi komen yang bagus2…hehe
    Terima kasih yer

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. uhuhu. memang kadang2 agak sukar nak amik hati boss sebab manusia ni kan kadang2 ok kadang2 x.

    kena sedar la kita org bawahan. so kerjalah dengan hati yang ikhlas =D

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @alone,

    Yaa…betul tu…
    kerja kena ikhlas…
    barulah hati jadi senang… kan? ;)

    Terima kasih banyak alone
    kerana selalu tinggalkan komen di blog ni.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. ermm…saya pun ada gak pengalaman keje dgn bos yg cerewet ni. Aduh!!…bila kena bebel saya diam jer. Tak menjawab pun, saya angguk2 kepala tanda faham ape yg dia ckp dan membebel tu. Tapi skrg ni saya dpt boss yang cool…Happy keje dgn boss mcm ni hati tak sakit tgk muka dia pun rasa sejuk jer..hehehehe…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. anggerikpink says:

    hmmm… bagus la korang ni.. bertuah boss ada pekerja mcm korang. tetap positif wlau kdg2 hati panazz…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. Ya..memang betul tu….terima kasih kerana beri idea2 positif….
    Saya rasa agak tenang apabila membaca tips2 tersebut. Sememangnya apabila berdepan dengan boss yang cerewet kekadang tensen memanjang dan buat saya sakit tak keruan. Namun apabila saya fikir balik, elok saya senyum jer kepada boss yang sedang menunjukkan masam muka kepada saya, mukanya yang mencuka tu…bertukar menjadi…manis2….tebu…belum lagi ke taham manis madu… syukurlah..satu masalah dah selesai….

    Agak sukar juga…namun biasakan diri…sedar diri siapa….
    Kalau saya yang akan jadi boss…belum tentu saya ni disenangi oleh orang2 bawahan saya…..ops…..don’t negatif thinking….

    Luseh’s last blog post..Rahsia di sebalik amalan bersedekah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Luseh,
    ooo manis2 tebu yer, bukan manis2 madu…hehe
    agak terhibur saya membaca komen awak Luseh.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. surihati_ku says:

    askum smua..

    BOS YG CEREWET?? SAYA ADA CETERNYER……..

    dulu pernah gak saya mglaminya..

    mcm2 ragam.kekadang rasa nak angkat kaki pun ada gak..hik..hik..mksud saya nak berhentilah..

    ada 1 bos kl, tu dia dah berumur sikit.dalam 57 mcm tu.

    dia ni kalu ada apa2 masalah pasal surat, balas surat, buat ayat lah ha! dia msti cari saya.oho..saya time tu ckup tension..pd masa tu sayalah orang yg akan mememekkan muka 1 sen jika dapat surat dari pihak pos, courier..sbnya saya seorang je budk melayu yg kje kt pjbt tu.

    slunya kalu nk buat surat tue dia msti bagi draf kat saya dlu.than baru saya ikut sbijik2..kekadang tu muskil lah gak sb yelah ayat/perkataan yang dia tulis tu saya kurang faham.al maklumlah dia tu bangsa cina.tp apa nak buat ikut jelah apa yg dia suruh.than, bila drf dah siap, print saya bgi dia.ha! trus dia conteng2 lagi kat kertas saya tu.sambil menambah isi blah..blah….apalge dh jdi mcm cakar ayamlah jadinya..slunya memang tak sahlah kalu tak 7 ke 8x saya akan keluar masuk bilik dia tu.wah! naik jemu saya dibuatnya..

    dan sampaikan kekadang staff cina hnya mampu tsenyum & kawan saya (india) menepuk dahinya..mengeleng kepala.katanya ayo..yo..yo…kepala saya sudah peninglah bgni..

    ada skli tu saya bt surat mkn masa sampi 1 hari..sb menunggu dia mengarang lagi..dan lagi…& akhirnya baru siap..fuh..azab Sungguh bila kita nulis surat ni ye ibarat mcm nak mjmput mentri dtg ke kg la plak

    tapi tu smua knangan..tekadang saya tgelak sndri..saya pun trut tsenyum..skrag ni bla saya dah x keje kt situ lage tempat sy dh jdi mcm kerusi PANAS JE..hik..hik..apapun jika saya ada waktu terluang saya akan jpa kwn2, bos saya..hubungan kami mcm dulu mesra2 alam..

    kes ke2,

    wah nie lagi sakit hati berulam jantung..
    time saya bkeje kt bwh dato pangeran skit..dato2..datin2..
    wah lagi pening kpla..

    time tu hati saya berkata tentu keje kt sni bst coz suasana dia pun wokey.alah tp bila saya dah lama kerja kt stu ..indah khabar dari rupa sebenarnya..

    storey pasal telefon..tpon 1 kat ruang depan(penjaga tfon), satu kat tgah2 pjbt.kita org staf biasa ni x dibgnya tpon tu. yg begangnya tu time telefon berbunyi kita orang kene angkt cpat2 & xblh lambt dari 2x bunyi deringan.

    terus apalagi sampaikan ada waktu kami berebut2 nak jwb panggilan tsbut tkut nti kami akan dimarahi..di maki hamun oleh majikan kami.bila keadan dah bgtu kita org nak bt kerja pun tak blh fokus..trus msing2 standby stiap masa..

    erm,bila dah jwb panggilan tu kita kene plk pge kat majikan/anak majikan/isterii majkan antar spa yg ada kt pjbt tu bagitahu pada mereka segala butir diri pemaggil tersebut & dan mereka berkehendakan apa?

    bayangkanlah yg telefon 2 dlm sehari bukannya sikit tp ramai..tekadang kami rasa kami lebih byk menghantar msg peti suara berjalan utk mrka dari bt kerja pjbt..lawak tak? begang?

    saya nak tahu, jika anda di tempat saya adakah anda akan tension???

    sbnarnya byk lagi al-kisahnya ni cme sbhagian je..

    skrg Syukur Alhamdulillah tmpat yg saya berkerja skrag ni lebih baik dr yg sblm2 nya…aman, damai..

    bos skrg n perihatin, slu blanja saya mkn..dia suke bt lawak..
    alah mana tak nye coz saya 1 org je staff dia kat sni.hik..hik..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @surihati_ku,
    Terima kasih banyak atas perkongsian cerita ini.
    Agak terhibur juga saya membaca cerita awak.
    Kalau ada cerita2 lagi, kongsikanlah di blog ini yer
    thank you :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. surihati_ku says:

    walauapapun yg berlaku ia byk mgajar saya bersabar dlm menamgani karenah bos..jgnlh melawan walau kita betul cam na sklipun, cakp dia jugak harus di guna pakai kena kuasa VETO ditgan dia.dia yg membayar gji kita tiap2 bulan justeru itu kesabaran haruslah ada dalm mencari rezeki yg halal..

    acamnapun manusia memang dikurniakan ragam yg berbeza2, rambut je sama hitam..tapi hati, perasaan berbeda

    -apapun sapalah pos anda setiap pagi..ckplah good morning ke?hai..

    -bykan senyum, anggukan je, tp jgn mengeleng2 udah le..

    -time nk balik tu ckp dg bos anda, tuan/pn/datin/dato saya balik dulu yer.

    -mkn tgri tu pelawalah mkn bsama.mana tau dia nak mkn bsama anda.ha

    -time tu baru anda tahu isi hati, perilaku spontan tentang bos anda..

    tulah namanya asam garam dunia pekerjaan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. surihati_ku says:

    Askum..

    alhamdulillah..
    hari ini memang rezeki murah..sebab bos saya belanja saya makan Mc Donald..hik..hik..LAYAN..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. mm..setakat ni..x de lagi boss y cerewet..
    sbb x pernah keje pun lagi…ehehe…
    p lecturer y cerewet tu ader la…
    mm…cm lebey kurang same jer la lecturer ngn boss ni…
    da name pun keje ngn orang kn…
    ader perasaan..ader la kerenahnye….
    terima jer seadanya….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. ada bos senior di bahagian lain yg very the cerewet one dan bila bercakap cepat nyer angin nyer kuar.. diam salah jawab pun salah. Asyik nak salahkan staf jer.. Bila nak kerja sgt cerewet dan ikut prosedur konon tp bila mendatangkan kepentingan diri, prosedur dilanggarnya… Tapi org tak berani ckp sebab dia dah senior dan mungkin org malas nak tegur sebab bila bercakap suaranyer lagi power..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. pekerja_teraniaya says:

    Ada juga boss yang marah-marah orang bawahan dia tapi tak beritahu apa yang dia tak puashati pada orang bawahan dia.

    Ada juga boss yang tak beritahu apa yang dia tak puashati pada orang bawahan dia tapi ugut orang bawahan dia.

    Ada juga boss yang nampak macam OK tapi tiba-tiba je cuba ketuk kepala orang bawahan dia dengan besi. Tak tahu kenapa dia marah sangat orang bawahan dia.

    Ada juga boss yang muka masam je macam benci sangat orang bawahan dia. Tak tahu apa yang dia marah sangat sampai sanggup upah orang kantin/gerai makan untuk letak racun dalam air minum orang bawahan dia.

    Itulah nasib pekerja yang mempunyai ramai boss yang anggap orang bawahan dia boleh baca fikiran dia. Boleh jadi gila kan kalau dapat boss macam tu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    pekerja_teraniaya Reply:

    @pekerja_teraniaya,
    Syukur Alhamdulillah Allah selamatkan aku dari boss macam tu.
    Allah sebaik-sebaik penolong dan pelindung.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. Ada bos yang baik dan ada plak bos yang menyakitkan hati. Takpelah, kita berhibur jap dengan pantun di bawah, hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    Dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. Don’t you understand that this is the best time to receive the credit loans, which will make your dreams come true.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11