Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Tips bagaimana untuk tidur lebih lena

June 08, 2009 By: PakarHowTo Category: Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Adakah anda seorang yang sukar untuk bangun pada waktu pagi? Rasa mengantuk pada waktu petang? Adakah fikiran anda sentiasa teringatkan tilam empuk, walaupun ketika anda sedang sibuk bekerja pada waktu siang?

Ini semua adalah senario biasa di kalangan kita sebenarnya. Bukan kerana kita malas, tetapi ramai antara kita kekurangan suatu aktiviti yang penting dalam hidup kita, iaitu TIDUR.

Alahai lenanya dia...

Alahai lenanya dia...hik hik

Malangnya, pada zaman kita semua berlumba-lumba mengejar kemakmuran dan terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam, kita mudah terjebak ke dalam gaya hidup yang tidak sihat.

Tahukah anda, banyak sekali hasil penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan itu adalah saling berkait rapat.

Dalam satu artikel yang saya pernah baca, iaitu hasil tulisan Lawrence Epstein, M.D., Pengarah Perubatan Serantau Sleep Health Centers di Boston, Massachusetts, dan bekas presiden American Academy of Sleep Medicine mengatakan bahawa, kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 8 jam waktu tidur semalaman. Tidur ini diperlukan bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah, tetapi ia adalah untuk membantu mengekalkan kesihatan!

Jadi, berhati-hatilah jika anda seorang yang selalu tak cukup tidur. Kerana, kurangnya tidur, boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan. Berikut ini adalah beberapa kesan buruk daripada kurangnya tidur (mengikut satu hasil kajian) ;

  • menyebabkan peningkatan berat badan
  • menyebabkan tekanan darah tinggi
  • menyebabkan sistem imun kurang berkesan
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala

Jadi, TIDUR itu sangat penting yer. Mak saya selalu pesan, “Jangan jadi macam musang yang  suka berjaga malam. Tak bagus untuk kesihatan. :)

Tapi, kalau jaga malam untuk buat qiamullail. Dipersilakan! Sangat-sangat digalakkan. Ada banyak kelebihan dan rahsia orang yang selalu buat qiamullail ni.

Apapun, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah cara kita boleh mendapat tidur dan rehat secukupnya pada waktu malam.

Berikut adalah beberapa tips yang saya amalkan dan mungkin juga anda boleh amalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

  • Menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Contohnya, tetapkan waktu tidur anda jam 11.30 malam. Pastikan apabila dah dekat jam 11.30 malam tu, baringlah atas tilam empuk anda. Golek-golek sikit, termenung sikit, berangan sikit, dan jangan lupe baca ayat Quran yang dianjurkan seperti ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur.Janganlah pulak, dah dekat kul 11 malam, baru nak terhegeh-hegeh pasang DVD movie kegemaran anda. Nanti syok layan movie, terlajak pulak masa untuk anda tidur. Patut tidur pukul 11.30 malam, tapi disebabkan layan movie, tidur la pukul 1 pagi. Kan dah tak cukup tidur dah jadinya tu nanti.
  • Padamkan semua lampu. Tidur dalam gelap. Sesetengah orang ada juga yang tak boleh tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Apa2pun, ejas la ikut kesesuaian anda. Kalau saya, memang suka tidur dalam keadaan yang gelap gelita.
  • Tutup semua peralatan yang menyebabkan bunyi bising, contohnya radio ker, TV ker dan lain-lain.
  • 5 minit sebelum tidur, sembur sedikit air freshner dalam bilik tidur supaya udara menjadi lebih segar dan harum gitu.

Sekian, itulah beberapa tips yang saya amalkan dalam memastikan tidur saya lena dan mendapat rehat yang mencukupi. Korang pula bagaimana? Takde apa2 tips ker?

* Tolong ‘UNDI’ PakarHowTo untuk memenangi RM1500 dalam pertandingan KFC Flava’ Roast. Jasamu dikenang Klik sini untuk vote.*

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

57 Comments to “Tips bagaimana untuk tidur lebih lena”


  1. whiterose says:

    tips untuk tidur lena,
    first sekali mase nak tidur tenangkn jiwa kosongkn fikiran,lupakan sebentar tentang duniawi,banyakkn berzikir dan jgn lupe baca doa tidur,kerana bila kita asyik dgn zikirullah hati jadi tenang secara automatik mata pun terlelap…jgn amalkn tengok movie sampai lewat malam tak bagus untuk mata dan kesihatan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @whiterose,
    alhamdulillah, sama2lah kita amalkan apa yang dicadangkan tu….

    BANYAKKAN BERZIKIR…
    bunyi macam senang,
    tapi nak amal?…aduh….memang susah…kan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    anna Reply:

    salam…tau tak pe…zikir kena wat dengan ikhlas baru datang khusyuk u….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @anna,
    insyaAllah, yang penting, kita kena amalkan…
    nak amal tu yang susahnya sebenarnya…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Selepas gosok gigi sebelum gigi, elok juga kalau terus ambil wudhuk. Tapi biasanya saya, ambil wudhuk, solat isyak dan terus tidur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Akezna,
    waa…betul tu…
    saya terlupa plak nak highlight…
    gosok gigi sebelum tidur tu pun memang penting…

    mak saya selalu pesan masa kecik2 dulu,
    “kalau tak gosok gigi, nanti habis dimakan ulat.”
    huhuhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. must do says:

    Salam… TQ pd petua untuk lena tidur ni, ade yg sy tak buat lg cuma satu je sy jarang tidur awal. Biasanya 12.30 – 2.00 pg. Bagaimana ngan tidur yg sekejap tp puas drpd tidur lama tp tak puas2?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @must do,
    tidur ni sebenarnya, kalau tidur lama sangat pun tak guna.
    hasil kajian menyatakan,
    masa tidur paling optimum ialah 7 ke 8 jam saja.
    kalau kurang, ada la kesan buruknya.
    dan kalau lebih pun, ada gak efek nya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Salam,
    Kata orang, biar tak cukup makan, jangan tak cukup tidur. Tapi saya malam memang tak tidur, kerana masa itu ilham yang diperlukan datang mencurah-curah. Syukur immune system saya cukup kuat!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Alhamdulillah….teirma kasih dgn tips ni en.pakar,sejak ada anak ni,telinga sy sensitif byk,pantang dengar suara or pape bunyik,misti terjaga,pastu payah nk tdo balik..taktau nape..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mamamim,
    ALLAH buatkan telinga jadi sensitif tu…
    mungkin nak suruh mamamim mudah terjaga
    apabila anak merengek nak susu…
    itu pasal la kot…hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mamamim Reply:

    @PakarHowTo, Alhamdulillah,memang pun itu tujuannya,dan semalam polis dpt tangkap pencurik nak godek umah jiran,sy terdengar bunyi besi jatuh n orang bisik2,pe lagi kami tipon polis la hehehe

    mamamim’s last blog post..Tips bagaimana untuk tidur lebih lena

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mamamim,
    Waaa….tu kira dahsyat tu…
    membantu polis menangkap pencuri…
    boleh diberikan pingat ni…hehe
    syabas diucapkan.
    jiran yang macam mamamim ni lah yang kita perlukan.
    perihatan dan peka gitu…hehe ;)
    bagus…bagus…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. ni tips yg aku amalkan lak…..
    sblum msuk tdo, basuh kaki dulu ( takut ngigau…hehe )
    pastu minum air masak sejuk dulu coz kdg2 bila kita bgun tdo, tekak kita rasa cam xbest jer…..
    sblum tdo gak, aku ribas katil dgan tuala dan tepok bantal ( xtau psai pa, tpi ni petua org dulu2….bila bgun tdo pon aku tepok gak bantal….)
    pastu aku layan game nset dulu, bukak radio ( slalu dgar channel THR dgn KedahFM jer )…
    pastu radio lak dgar aku ngeroh…..
    tu jer tips aku…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @man,
    tima kasih bagi tips ni…
    pasal kibas2 katil dan tepuk2 bantal tu…
    mak saya pun selalu praktikkan.
    taktau la plak apa keistimewaannya amalan
    mengibas tilam dan menepuk bantal sebelum tidur ni.

    nanti balik kampung, saya akan korek rahsia petua ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Asma' Reply:

    @man,
    org biasanya kibas katil dan tepuk bntal ni lpas bngun tido…ehehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. salam en pakar…

    Saya seorang yg boleh tidur dgn lena..alhamdulillah..dapat bantal mmg terus lena sampai ke pg..Saya ingin berkongsi tips jugak agar mendapat tidur yg lena..Ini pendapat sayala jika kiter ingin tidur kita lena eloklah kite utk kosongkan fikiran kiter..jgn duk pk apa2 lg..cume utk tenangkan diri dan cube baring n lelapkan mata confirm dapat tidur dgn lena sehingga pagi..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @amelia,
    timakasih atas tips tu.
    KOSONGKAN FIKIRAN yer…

    tapi masalahnya, saya ni,
    masa nak tidur tu lah yang seronok berangan
    dan reflash balik kisah2 hari tu…huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. macam mana nak tido lena, baru nak terlena anak2 dah kejut nak minta susu. ni yang membuat kan kite tak cukup tido, mengantuk di waktu siang.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @moniza,
    itulah cabarannya jadi seorang ibu.
    so, saper yang belum ada anak tu,
    ambil la kesempatan masa takde anak ni
    untuk tidur sepuas2nya…
    esok dah ada anak, confirm tak cukup tidur…
    kan kan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. salam tn. pakar…tq for info…bye

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @anna,
    salam….sama2…
    tq for the comment ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    anna Reply:

    wlcome…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. tk tuan pakar for the tips. untuk menambah nilai kepada tidur anda, pastikan anda ambil 4 kapsul calsium (yang berkualiti) sebelum masuk tidur. why??? tidur adalah masa terbaik calsium ni membina tulang dan gigi supaya anda tidak menghadapi masalah osteoporosis. konsepnya: tengok je la baby…kalau diberikan sebotol susu, dia terus je ‘lalok’ and tidur. anyway, calsium ni ada elemen relaxing dan sangat diperlukan untuk semua generasi untuk mendapat tidur berkualiti. jgn sebarangan kalsium ye sbb kalau tiada agen phosforus ia akan jadi penyebab batu karang.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mel,
    wow…terima kasih atas info ini..
    tapi camne nak bezakan calsium yang ada agen phosforus, dengan calsium yang tiada agen fosforus tu…hmmmm

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mel Reply:

    @PakarHowTo, la….baca la kat belakang botol. but the best decision, pilihlah jenama yang diiktiraf dan telah dibuat ujian klinikal, bukan sekadar kapsul kalsium ‘cap ayam’ jer………

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mel,
    opps…sorry la…tertanya soalan ‘bodo’ plak kan? hohoho

    anyway, thanks for the good tips.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Sedap baca ni. terus terasa mengantuk dihati..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @zool,
    mengantuk di hati? camne tu ek? hehehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. tips yang last tu best…. kena beli penyegar udara la lepas nie…. bau lavender ok kot….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kisahsensasi,
    lavender memang best…
    tu salah satu bau yang saya suka tu… :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Salam PakarHow To

    Thanks for the info..Pakar akk nak ngundi tapi waktu register kene key in maklumat pribadi..tu yg was2 sikit nak isi form tu…takot disalahgunakan lak..ok ker…sori for asking…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Nani,
    takper la kalau was2 dan takut maklumat disalahguna.

    saye pun pelik, kenapa la diorang dok minta semua maklumat tu…
    suruh vote saja sudah laa…
    ni tak…asyik nyusahkan orang saja….kan kan? hehe

    takper la kalau tak mengundi pun…
    saya saje jer suka2 masuk tu….
    mana tau…kot2 ada rezeki saya…
    kalau takde rezeki pun takper…
    saya redha…
    lagipun saya takde rugi apa2 pun…
    so, ok lah…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. salam..setakat ni aku tidur k je!! apa pun terima kasih info yang berguna ni…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @isham,
    Alhamdulillah…kalau takde masalah tidur…kena la syukur pada ALLAH banyak2…
    sebab ada ramai orang kat luar sana yang mengalami masalah susah nak tidur…
    kawan2 saya pun ramai ada penyakit susah tidur ni.
    macam2 cara diguna untuk mudah tidur…
    tapi tak berkesan pun…

    so, bersyukur ja jika awak seorang yang mudah tidur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    isham Reply:

    @PakarHowTo, mungkin siang bnyk bt keja 2 yang cpt tido…salam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @isham,
    cepat tido pun bagus…
    sebab nanti boleh bangun cepat skit utk solat subuh…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    isham Reply:

    @PakarHowTo, sama je! x bleh bangun gak… he..he..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @isham,
    jangan takleh bangun selama-lamanya udah…hehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    14
  15. Salam Rabu.

    Minum segelas air Susu Panas/Suam, Insya’ALLAH.

    Salam Sejahtera Kalbu.

    SPB Bersama STM.’s last blog post..CHIEF SEGALA PAHLAWAN (IMAMUL MUHTADIN).

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @SPB Bersama STM.,
    TQ bro atas tips tu…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    15
  16. yelahh….btol la 2…kalo dh tetapkan tdo kul 11.30 pastu bgun lak kul bape…x kan 11.30 gak kot..hihi…sblum tdo smbur bau yg menenangkan jiwa tp kdg2 akit gak pale dgn bau2 camtu..huhu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @shaez,
    ejas la tips2 tu semua ikut kesesuaian masing2 yer.
    yang penting, hidup mau tenang dan ceria gitu… kan? ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. putrisalju says:

    Alhamdulillah…setakat ni takde masalah tidur…kena la syukur pada ALLAH banyak2…
    sebelum ni ada jugak yang tak dapat tidur,asyik terjaga tengah malam lepas tu susah nak lelap mata dah.Tapi saya