Tips bagaimana untuk melahirkan anak yang cemerlang

Share

Setiap malam selepas solat isya’ saya akan duduk depan PC dan main internet. Dalam masa yang sama, saya juga suka mendengar radio sambil melayari internet. Radio yang biasa saya dengar ialah Radio IKIM, Radio Bernama dan Pahang FM.

Semalam, tatkala asyik membaca blog2 dan berita2 semasa, saya sempat mendengar satu forum agama di Pahang FM iaitu Forum al-Muqarrabin. Untuk makluman, frekuensi Pahang FM kawasan KL ialah 107.5 hz.

Forum itu membicarakan tentang bagaimana cara untuk melahirkan anak-anak yang baik dan cemerlang. Apakah yang patut ibu bapa buat? Apa tanggungjawab ibu bapa kepada anaknya?

Berikut ini saya kongsikan beberapa point yang sempat saya dengar dan catatkan. Ada banyak point yang diberikan sebenarnya, tapi saya tak sempat nak catat. Sebab terlalu khusyuk mendengarnya. huhu

Untuk memastikan bahawa anak kita nanti akan menjadi anak yang baik dan cemerlang….maka ;

  • 1. Ianya bermula sejak dari awal lagi iaitu bermula dengan cara kita memilih siapa emak bagi anak kita itu. Maksudnya, ia bermula dari bagaimana kita memilih bakal isteri kita. Bagaimana proses pernikahan. Nabi ada berpesan, kita mesti pilih ‘tempat’ nak letak ‘benih’ kita dengan betul. Buatlah pilihan dengan betul seperti yang diajar oleh syariat. Kerana anak kita tu nanti akan wewarisi banyak sifat2 dari sebelah ibunya. Jangan kita memilih jodoh ikut nafsu semata-mata. Jangan main tangkap muat dan main *sembat jer. Nampak awek cantik kat pasar, nampak awek seksi kat konsert, kita pi ngorat dan jadikan isteri. Kalau begitulah cara kita membuat pilihan isteri, maka ianya tidak menepati kehendak syariat. Ingat, tips pertama untuk dapat anak yang baik dan cemerlang ialah…bermula dari pemilihan jodoh. Pilihlah wanita yang soleh dan kuat pegangan agamanya.  So, saya nasihatkan kepada mereka yang belum kawin, kena la pilih bebetul bakal isteri awak tu yer.  (*Loghat Pahang : Sembat = sambar)
"Isteri Solehah Penenang Jiwa"

"Isteri Solehah Penenang Jiwa"

  • 2. Tips kedua ialah…SIKAP kita bila dapat anak. Ustaz dalam forum tu kata, kita kena berasa suka dan gembira apabila mendapat anak. Kita ni biasanya hanya akan suka bila dapat anak sulung jer. Tapi bile masuk yang kedua, ketiga dan seterusnya dah kurang gembira. Apatah lagi bila dapat anak yang tak dirancang. Maksudnya, kita tak rancang untuk dapat anak, tup2 tersangkut. Maka tatkala itu, kita cenderung untuk tidak bersyukur dan tidak gembira. Ini sikap yang salah. Kita sepatutnya kena jadi gembira dan WAJIB SYUKUR atas kurniaan ALLAH. Ramai orang diluar sana yang nak anak, tapi tak dapat2. Macam2 usaha yang dibuat, tapi tak juga berjaya. Ada kawan saya sanggup berhabisan duit ringgit sehingga melebihi RM20 ribu sebab jumpa doktor pakar, pun masih belum dapat anak hingga kini. Jadi, kenapa kita kurang gembira dan tak bersyukur dengan pemberian ALLAH pada kita??? Kita kena tiru macam nabi Ibrahim, Nabi Ibarahim apabila dia dapat berita dari malaikat, kata dia akan dapat anak….dia ucapkan “salam…salam”…dia sangat gemira.

Salah seorang panel dalam forum al-Muqorrobin itu ialah Ustaz Rujhan. Ustaz Rujhan kata….

  • 3. Kita kena renung firman ALLAH Ta’aala yang lebih kurang bermaksud, “Wahai orang2 beriman, jagalah dan peliharalah DIRI kamu dan AHLI KELUARGA kamu daripada azab bakaran API NERAKA”! Cuba selami dan fahami arahan ALLAH Ta’ala ini. Jadikan ia sebagai motto hidup kita.

Kita ni apabila cerita tentang syurga neraka, ada yang masih kurang yakin. Malah ada yang anggap cerita tentang syurga neraka tu macam hanya cerita mitos.

Ustaz Rujhan kata, anak2 adalah bayangan kepada ibu bapa. Kalau ibu bapa yang tak lurus, tak betul, maka anak2 akan turut jadi tak lurus, bengkok dan tak betul. Produk yang terhasil adalah dari bagaimana bentuk acuannya. Mana mungkin ketam yang berjalan bengkok, bisa membuatkan anaknya berjalan lurus. Justeru, IBU dan AYAH kena jadi LURUS dulu. Maksudnya, ibu ayah kena perbetulkan diri dulu, kena jadi baik dulu. Barulah anak akan ikut jadi baik.

  • 4. Ustaz Rujhan menyeru supaya kita ingat dan ikut 2 pesan yang telah ditinggalkan oleh Imam al-Ghazali. 2 pesan Imam Ghazali ini perlu dititikberattkan oleh setiap orang. Semua orang kena buat. Kalau tak, jangan harap nak dapat anak yang bagus dan cemerlang.

(Pesanan No 1)  JAGA & BETULKAN SOLAT
Solat adalah tanggungjawab kepada kita…dan ia juga menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan anak kita jaga solat mereka.
Ramai ayah kakisurau tapi anak? kaki lumba…semayang entah kemana.

(Pesanan No 2) JAGA SOAL MAKAN MINUM
Menjadi tanggungjawab suami/bapa memastikan makan minum adalah semuanya HALAL. Memastikan yang HALAL tu WAJIB. Itu satu hal. Lagi satu hal ialah, ibu2 atau isteri dinasihatkan agar memasak makanan untuk anak2/suami. Sebab air tangan ibu/isteri itu memberikan keberkatan. Kalau boleh, masa masak tu bacalah doa dan banyakkan berzikir.

  • 5. Tips yang kelima ialah, KASIH SAYANG. Salah seorang panel dalam forum itu berkata, kebanyakan masalah anak2 muda sekarang ini adalah berpunca daripada kurangnya KASIH SAYANG. Ustaz berpesan, kita kena ingat bahawa, teras kebahagian ialah kasih dan sayang.

Itulah beberapa point yang sempat saya catatkan malam semalam. Semoga apa yang saya catatkan dan kongsikan ini memberikan sikit sebanyak peringatan dan panduan buat kita semua.

Bagi saya, untuk tips yang pertama tu dah takleh nak pakai. Sebab saya dah kawin. Buruk atau baik isteri saya sekarang, saya dah takleh nak tukar2. Apa yang boleh dibuat ialah, saya kena didik dan bimbing dia menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang mithali kepada anak2 saya nanti insyaAllah.

Korang bagaimana??? (1445)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

34 thoughts on “Tips bagaimana untuk melahirkan anak yang cemerlang

  1. ct mmg bersetuju dengan apa yg telah anda sent kn kpd sy. mmg dlm pemilihan isteri yang baik mampu melahirkan generasi yang baik. tetapi apa yang ingin sy kngsi di sini ialah kenapa lelaki memilih perempuan yang baik yang belum ternoda sedangkan lelaki lah perosak kepada perempuan perempuan di luar sana? kenapa lelaki terebut tidak memilih perempuan yang telah dirosakkannya dan membaiki kesilapan masing-masing dengan membina talian baru dalam membina keluarga bahagia?
    itu cuma pendapat say. twerima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi artikel ini bersama saya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. thanks a lot to sharing the email wz others friend..

    byk perkara yg perlu di lihat dari pelbagai sudut.samada bagi pihak perempuan mahu pun lelaki.bukan senang nak mencari jodoh.oleh yg demikian apa yg penting kedua2 pihak perlu memahami antara satu sama lain..didikan agama adalah penting..bukan itu saja malahan cara kita praktik didikan islam dlm seharian hidup kita.kedua2 pihak perlu memainkan peranan penting baik dari segi pemahaman agama n niat perkawinan kita..thanks.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

    Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Salam PakarHowTo

    Nani setuju, bagi melahirkan anak yg cemerlang pemilihan isteri dan pemakanan harus dititikberatkan. Suami sebagai ketua rumahtangga memainkan peranan yg panting dlm memastikan isteri dan anak-anak mendapat pendidikan ugama sebaik mungkin.Insya-Allah rumahtangga yg diberkati Allah s.w.t. bisa melahirkan insan cemerlang , gemilang dan terbilang.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Sebagai manusia biasa, sudah pastinya kita inginkan yang terbaik dalam kehidupan ini begitu juga dengan anak sudah tentu kita inginkan anak yang cemerlang dan berjaya.

    Islam telah memberi kita senjata yang begitu ampuh iaitu DOA dan USAHA untuk mengubah takdir kecuali MATI.

    Kedua-dua senjata ini amat penting dalam pembentukan anak yang cemerlang dunia dan akhirat, dan apa sahaja dalam kehidupan ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. thanks for pakarhowto.com for da sharing~

    although dat im chinese but i like to read da sharing written by the malay cos i think dat i can get some info from it ^^ i hav a male fren who just start his relationship with a girl.. i can see by my eyes about dat girl (not a very good attitude girl). but wat to do, love is blind. but i knw dat if they get marry 1 day, i believe dat their kids will follow their mummy’s attitude too…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. salam buat pakarhowto..

    alhamdulilah dengan tip-tip yang berguna ini dapat memberi manfaat dan inspirasi berguna untuk kita melahirkan anak yang cemerlang kepada kita,dunia dan akhirat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. salam…tq utuk artikel ini….

    tips yg bergna & bermanfaat dan sy hrp ianya dapt diaplikasikan oleh semua org…bukan hnya sekadar dilihat dan dibaca sahaja…tak guna juga kalau sekadar tahu tp tidak mengamalkannya…

    harap terus dpt berkongsi artikel yg semacam ini lagi…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. terima kasih pakarhowto.com dengan tips2 yang berguna. Saya harap pakarhowto.com akan memberi lagi tips2 yang berguna kepada kami dari masa ke semasa untuk kebaikan kami semua di masa hadapan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Salam pakarhowto….
    Terima kasih sebab kongsi tip yang berguna untuk kami.. Insyaallah saya akan menjadi seorang isteri/ibu yang solehah buat isteri dan anak2 saya. Ape pun ikatan kasih sayang itu menguatkan lagi perhubungan siratulrahim… amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. tq…
    sebenarnya ibu n bapa yg main peranan penting dlm soal ni.Didik ank2 mestilah tegas tp dgn kasih syg.yg salah harus dibagi nasihat bukannya terus rembat je n yg betul harus dipuji supaya mrk tahu kita menghargainya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. Salam untuk semua :

    Sekadar berkongsi pesanan ayah saya, di samping mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mungkin kita juga bila bekerja di pejabat jangan curi tulang, bekerja dengan ikhlas dan rajin walaupun gaji kita kecil insyallah berkat untuk diberikan rezeki kepada isteri dan anak2. Bila di pejabat jangan ambil komisen atau sebarang duit yang bukan milik kita contoh mereka yang bekerja di bahagian `Purchasing’ kerana itu bukan hak kita, gaji kita sahaja adalah hak kita yang sebenar dan sebarang hadiah e.g. duit semasa kita memegang sesuatu pangkat adalah rasuah. Insyallah dengan mengamalkannya anak2 kita bukan sahaja cemerlang tetapi dapat berbakti kepada ibubapa mereka.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Salam..
    Bagi saya,untuk melahirkan anak yang cemerlang seharusnya bermula dari ibu bapa..saya setuju dengan semua tips yang diberikan. Saya nak tambah sikit semasa pendidikan semasa janin berada dalam rahim amat penting. Sebaiknya bagi ibu atau bapa,eloklah sentiasa membaca ayat suci al-quran supaya anak yang bakal dilahirkan bebas dari fitnah syaitan..
    wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. tq for artikel yg berguna dan blh di amalkan..
    seelok2nya amalkan mbaca Al Quran sampai khatam sepanjang mgandung.. setidak2 pun amalkan surah Maryam,Yusuf dan surah Luqman..
    semoga melahirkan anak yg cmerlang di dunia dan akhirat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. salam.. semua
    bagi pendapat saya pula, bacalah doa dan beri salam kepada si isteri ketika nak buat projek. semasa GAME juga disarankan zikir (jangan lupa)- game pun jadi lama…. hehe. sebelum berjimak perlulah pasangan membersihkan rohani dan jasmani dari kemunkaran ALLAH. INgatlah segala nikmat didunia ini hanya bersifat sementara, baliklah kepada yang HAK iaitu yg maha KEKAL lagi maha pengampun.
    wasalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. assalamualaikum semua kawan kawan memang betul kita mesti cari calon yg solehah untuk dijadikan isteri tapi ingat kalau kita tak soleh macam mana nak cari yg baik sebab kalau kita baik ,maka jodoh pun baik itu semua dah ketentuan allah tapi ada juga tak baik jumpa yg baik itu petanda dapat hidayah kalau tak sedar faham faham ajelah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. salam..

    mendidik anak2 perlukan kerjasama suami isteri..saya ada membaca satu artikel mengatakan, ibu yang tegas dan bapa yang penyanyang akan membentuk anak2 yang lebih berdisplin.. so, bapa2 jangan terlalu garang dengan anak anda dan para ibu jangan terlalu manjakan anak anda. bapa patut luangkan masa bersama anak2 jangan memanjang je tinggalkan anak2 bersama isteri kasihan la pada isteri anda. jika isteri terlalu penat dan tertekan ia juga boleh tinggalkan kesan negatif pada anak2..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. Salam…..
    Pakarhowto….
    Dari apa yang saya baca bnyak boleh saya pelajari,dlm blog ini.
    Ada satu rahsia orang tua bg kat saya ingin mendapat anak yg baik soleh @ saleha serta cemerlang.
    sebelum memulakan hubungan,hati nawaitu kita sentiasa mengingatkn allah seperti mana kita sembahayang.sblum memulakn persetubuhan seeloknya beselawat keatas nabi, menyucap 2 xmashadah sebelumnya bnyk membaca bismallah,insyakallah.. kasih sayang antara suami & isteri,didikan agama serta lain2.saya harap pakarhowto gembira bersama keluarga…bg tip lan pulak noooorrr….kirim salam ko org rumah papye2 trma kasih bnyk2 kerana sudi berkongsi beres,,,gomor kelate gomor

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. Assalamuailaikum…
    terima kasih kerana mengirimkan artikel yang boleh di kongsi bersama….x rugi membacanya dan mempraktik dalam kehidupan kita seharian…kerana benda yang baik harus di kongsi bersama- sama untuk kebahagiaan dunia dan akhirat…pemilihan calon yang sesuai juga merupakan titik permulaan bagi kehidupan berumahtangga dan seterusnya melahirkan zuriat yang soelh dan solehah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. TQ byk atas maklumat yg dikongsikan dgn kmi.. saya akan terus menjadi isteri dan ibu yg di inginkan setiap suami dan anak2 saya.. terima kasih atas panduan tersebut..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. salam …
    terima kasih kepada pakar kerana berkongsikan ilmu yang berguna untuk semua.. dan kepada komen2 diatas dan pakar sendiri.. saya sarankan anda semua membaca sebuah buku baru yang berjudul ” Bidadari Dari Timur” yang baru dipasarkan baru2 ini supaya anda semua dapat mengambil teladan bagaimana untuk membina keluarga yg bahagia serta ana2 yang soleh dan solehah.. ia menceritakan berkaitan kehidupan Tuan Sabariah Tuan ishak (isteri tok guru) dalam mengharungi liku2 kehidupan bersama seorang pejuang (tok guru)… terbitan Anbakri Publika.. http://www.anbakri.com.. selamat membaca..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. betul kata shida! saya setuju sgt….
    because kalau kita baik, allah janjikan kita yg baik…
    lelaki yg baik utk perempuan yg baik, dan lelaki yg dah berzina untk ppuan yg dh berzina…

    so, ayat tu tersirat sangat…. lelaki mmg sepatutnya pimpin ppuan, bukan rosakkannya lagi. walaupun ppuan gatal goda LELAKI macam mana pun, at the same tym lelaki kena pk masak2…pk 2-3x..

    kalau saya pun, x hingin nak lelaki bkn teruna..!! coz kalau kawin, belum tentu bhgia..mn thu kita mngandungkn anak dia kt umah, dia dok menggatal kt luar sana.mmg nak kena tinggal la jawabnye…

    so, wahai ppaun2 dan lelaki, jagalah kemaluan kamu, tutplah kemaluan kamu sebaik2nya…. jgn kita dok kt sini merana, dia dok sedap ngn ppuan lain..huhhu>> :)

    P/s: tp yg pliknya dunia ni, lelaki jahat mcmmana pun(perompak ke, bpak aym ke, kaki botol ke, dll), tetap nak cari ppuan yg baik and solehah juga….-jadikan iktibar-

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. Salam Subur.

    Alhamdulillaah. Di atas ini adalah merupakan Tips2 yg sungguh berguna untuk kita semua.

    Berkenaan Tips No.1, bagi yg masih bujang, maka seharusnya & sewajarnya mencari calon yg baik-baik.

    Namun, walau begitu, sekiranya kita ini dijodohkan dgn pasangan yg kurang/tidak baik mengikut fikiran kita & pandangan masyarakat di sekeliling kita, yakni yg mana pasangan kita ini punyai sejarah hitam di dalam kehidupannya, spt terjebak dlm kegiatan yg tidak bermoral, atau bekas banduan dll, maka sewajibnya kita redha dgn Ketentuan yg sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa, walaupun kita sedar/tahu yg diri kita ini punyai latar-belakang & rekod yg baik2 (di segi akhlak/moral) dari pasangan kita itu, dan kita juga bisa untuk mencari pasangan yg lebih baik dr yg kita sudah punyai itu.

    Kita harus ingat, orang yg dahulunya & kininya kurang/tidak baik, tidak semestinya orang itu akan sentiasa menjadi kurang/tidak baik untuk selamanya. Orang yg dahulunya & kininya baik, tidak semestinya orang itu akan sentiasa menjadi baik untuk selamanya.

    Kita tidak tahu, apa yg akan & bisa berlaku di waktu mendatang nanti.

    Sebagai contoh Saidina Umar Al-Khattab r.a. Beliau sebelum Islamnya sgt digeruni & ditakuti oleh kebanyakan orang2 di tanah Arab & terkenal dgn sifat kebengisan & kekejaman beliau. Bengisnya Saidina Umar r.a. sebelum Islamnya, dikatakan sekiranya ada wanita mengandung yg terserempak melihat Saidina Umar r.a., sehinggakan boleh terus beranak/keguguran dek kerna gerunnya mereka dgn Saidina Umar r.a. Tapi, setelah Islamnya, beliau menjadi antara salah seorang Sahabat Baginda Nabi SAW yg paling utama, sehinggakan digelar Amirul Mukminin (Pemimpin bagi orang2 Mukmin). Sehinggakan Baginda Nabi SAW pernah bersabda,”Sekiranya ALLAH SWT ingin melantik seorang lagi Rasul selepas aku, maka Umarlah orangnya.”

    Seorang wanita bekas pelacur di zaman dahulu, yg mana setelah beliau bertaubat kpd ALLAH SWT, berkat dari taubatnya itu, ALLAH SWT menjodohkan beliau dgn seorang lelaki yg Soleh, dan hasil dari perkahwinannya itu, beliau telah melahirkan 7 anak lelaki yg kesemuanya menjadi Nabi.

    Banyak lagi sirah-sirah yg membuktikan bahawa, ramai orang2 yg dahulunya kurang/tidak baik, setelah sedar, insaf & mendapat petunjuk, mereka bisa menjadi Insan yg jauh lebih baik dari Insan2 yg sememangnya berakhlak baik dr mereka sebelumnya.

    Wallahu’alam…

    Salam Makmur.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. salam..

    semua manusia ingin mendapat pasangan yang baik..Jodoh,pertemuan, ajal maut semua ditangan tuhan..Kalau kita ditakdirkan mendapat pasangan yang kurang baik mungkin ada hikmah disebaliknya.. banyak2 berdoa dan bersabar..didiklah anak2 dengan didikan agama.. semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. to mahamid.
    memang betul,pangkalnya doa.lagi pun ada ayat yg perlu di baca ketika bersama,sblm syaitan melepaskan benihnya ke dlm rahim isteri,kita hendaklah terlebih dahulu memulakan dgn solat sunat hajat dua rakaat dan baca doa ni….(blh dpti dlm buku yg bertajuk,”Soal jawab Rasullah dgn iblis”)

    meski pun soal jodoh ajal maut adalah atas ketentuan Allah,kita perlu redha dgn siapa jodoh kita.byk bersabar dan tawakal dlm mendidik anak di zaman serba canggih ini..persekitaran amat mempengaruhi mereka.justru ibu bapa main peranan penting.kasih sayang dan ketegasan biarlah seiring.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. Pingback: Tips bagaimana untuk melahirkan anak yang cemerlang | Blog ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam