Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat

Share

Ada seorang rakan saya meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih ker atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.

Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Oleh sebab itulah dia meminta saya menulis tentang tips dan panduan bagaimana cara terbaik dan praktikal untuk dia amalkan supaya dapat menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari.

Solat itu tiang agama!

Solat itu tiang agama!

Berikut adalah jawapan saya.

Alhamdulillah, pertamanya ingin saya ucapkan tahniah dan syabas kepada anda kerana mempunyai kesedaran untuk menjaga solat. Bukan apa, saya ada kenal ramai juga orang yang langsung tak ambil peduli pun pasal solat. Malah ada orang yang saya kenal sampai boleh kata, solat ni hanya menyusahkan dan tak produktif langsung. Astaghfirullahal’aziim!

Jadi, sekalung tahniah dan syabas kepada anda kerana setidak-tidaknya anda mempunyai kesedaran dan kemahuan dalam menjaga solat. Saya doakan semoga ALLAH akan sentiasa memberi kekuatan dan mempermudahkan urusan anda dalam melaksanakan ibadah.

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin anda boleh amalkan supaya diri anda menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Pada saya, perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan anda untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
Kitab Fadhail Amal

Kitab Fadhail Amal

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.

Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada anda untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Anda kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan anda tewas. Setiap kali anda menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seteusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.

Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.


5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau anda tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.

Jadi, pastikan anda dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu anda lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum anda masuk tidur, cuba cakap pada diri anda, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’.

Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.

Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.

Kalau anda memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, anda mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

7. Ingat mati
Bayangkan jika anda mati sebentar lagi atau esok. Di mana anda akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa.
Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan unuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah.

Korang ada tips-tips lain yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan? Kongsikanlah tips dan pandangan korang di ruangan komen di bawah tu yer. Terima kasih :) (3265)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

47 thoughts on “Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat

  1. bagusnya peringatan dari pakar ni… ye lah kadang2 kita ni dek kerana sibuk, dok bertangguh solat. kejap lagi la, kejap lagi la tau2 dah masuk waktu lain.. dah terpaksa ganti balik..

    nak cari la buku tu, macam menarik je..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Assalamualaikum saudara. Terimakasih kerana singgah di blog saya. Malah sempat pula meninggalkan komen yang sangat praktikal. Saya percaya tentu ada pembaca yang akan “terkesan”dengan idea tersebut.

    Saya tidak pasti pada siapakah agaknya yang memberikan idea itu. Adakah GH Syukri (Master Mind), Adakah Nur Raihan (Manager) Ataupun masri safwan atau firdaus ismail (co-manager).

    Pun begitu saya mengucapkan terima kasih kepada “pakar howto”

    Mengulas entry dia atas. Saya cukup setuju dengan idea membaca kita fadhilat amal setiap malam. Alhamdulillah saya juga membacanya bersama isteri setiap lepas solat isyak. Dalam seminggu dua yang lepas kami sudah mula membaca fadhilat Ramadhan.

    Salam ceria dari saya & selamat menyambut Ramadhan..

    oh ya, saya ada impian untuk mengumpul 100 idea dari kawan-kawan, bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk manfaat bersama. Oleh itu, mohon sebarkan pada kawan-kawan, manalah tahu idea-idea tersebut mampu mencetuskan perubahan pada seseorang..

    Assalamualaikum….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Saya ada ramai kawan yang amat liat untuk solat, ok lagi kalau liat tu, masalahnya kalau tinggal solat pun mereka tak rasa apa2…mereka riang macam tak melakukan sebarang kesalahan…saya amat sedih, ya Allah bukakan lah pintu hati mereka, sekurang-kurangnya biarlah mereka rasa bersalah dan ingin kembali kepada-Mu…Amin….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Ketika Nabi saw hendak wafat, Saidina Ali ra nampak mulut nabi bergerak2. Saidina Ali r.a dekatkan telinganya ke mulut nabi dan dia dengar nabi saw berbisik2, ‘Ummati, Ummati, Solat, Solat’ (Umatku, umatku, Solat, Solat)

    Itulah antara kata-kata nabi saw yang terakhir sebelum baginda wafat.

    Fikir dan renungkan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam Ahad.

    Hail to PHT Team & All Noble Commentators.

    SOLAT, Inilah merupakan sebesar-besar & seutama-utama Amalan yang diperintahkan oleh ALLAH SWT, yang paling dititik beratkan oleh Baginda SAW kepada Umatnya akan tentang perihal penjagaannya & pemeliharaannya+pemuliharaannya, serta merupakan Amalan yang paling utama & paling dituntut dalam Syariat ISLAM untuk dilaksanakan oleh setiap manusia+jin yang setelah mana mereka mengucapkan 2 Kalimah Syahadah dengan SAH.

    SOLAT….. Inilah merupakan Amalan POKOK Umat Muhammad SAW. Amalan2 Soleh, Sedekah, Kebajikan, Kebaikan, Jihad dll hanyalah diumpamakan seperti ranting2, dahan2, buah2, bunga2, daun2 sahaja.

    Kalaulah POKOK ini tidak disemai, tidak disirami air, tidak dikenakan padanya cahaya sang mentari, tidak dibaja, tidak dititik beratkan & tidak well keep+well maintain+well upgrade, masakan segala ranting2, dahan2, buah2, bunga2, daun2 itu bisa tumbuh dengan hasil yang mekar lagi sempurna?

    Tentu sekali banyak kecacatan bisa kedapatan pada yang lain-lainnya itu. Barangkali daunnya kering, bunganya layu, dahan & rantingnya rapuh & buahnya rosak.

    Kalau kita dihadiahkan seseorang dengan POKOK yang sedemikian rupa, apakah kita berkenan dengan hadiah tersebut & mahu menerimanya? Tentunya enggak sama sekali.

    Begitu jugalah bagi Sang Pencipta.

    Manakala, AKAR TUNJANG bagi POKOK tersebut ialah KALIMAH TAUHID. Bagaimana kita bisa memperkukuhkan & memperbaharui Kualiti AKAR TUNJANG itu? Caranya ialah dengan memperbanyakkan Zikir “LAA ILAA HA IL LALLAAH” sebisa termampu & sebaik mungkin.

    Wallahu’alam…

    Salam Sepanjang Abad.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Salam Pakar :

    Satu perkara mesti tanam dalam fikiran bhw kita hidup semata2 adalah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, terpulang diri sendiri pilihan kita shurga atau sebaliknya. Bila sampai masa kita pulang tiada apa yg dapat membantu melainkan amalan dan doa2 yg dikirimkan, tetapi lebih baik membuat persediaan awal tanpa mengharapkan doa2 dr saudara atau kenalan yg belum pasti…

    Solat itu wajib, samada anda suka atau tidak, wajib utk menunaikannya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Askum..

    Bak kata org dlu2..klu melentur buluh biarlah dari rebungnya..pkra mcni kenalah didik dari kecik lagi seawal yg blh slunya bla seseorang itu sudah mencecah umur 7 tahun keatas..2pun kne lihat gak sjauh mana displinya sesebuah keluarga itu dlm mendidik anknya2..

    Terkadang kita pun xblh nak slahkh kluga jgk sb ada jgk setngahnya ibu bapa yg tidk amik pusing tentg anak2 mrka dlm soal solat nie..

    Walau acamna pun bila kita dah dwasa kita kenalha beringat sndir tentang amalan solat 5 wktu shari smlm ni krna ia adlah tiang agama Islam.

    Dan nak salahkan sesipa pun x blh jgk …..
    sb apa yg penting adalah keikhlasan hati utuk mengubah sikap malas kpd rajin..memaglah memakan masa yg lama.apa yg pting kuatkan smagt & lawanlah bisikan syaitan tu dg menyegerakan solat anda..

    Tapi……..?
    klu kita x thu bgmana nak memulakannya dahulu xmgpalah..
    sb kita msh blm, terlewat lgi utk mempljari,memperaktikkannya,mengalaminya sendiri…slagi kita blum dijemput olehNYA kita msh ada plung lgi..

    Kelak bla kta dah memplajr,mendalamin ilmu asas fardu ain ini MAKA PASTI JIWA KITA AKAN TENANG DGN DIIRINGI DOA ANK2 YG SOLEH..

    AMIN..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Alhamdulillah terima kasih pakarhowto dengan adanya tips2 bagai mana untuk menjaga solat dari pakarhowto maka dapatlah kita petunjuk dan amalkan lah tips ini dengan sebaiknya memandangkan ramadhan akan tiba kumpulkan lah pahala sebanyak mungkin untuk akirat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Solat itu adalah perjanjian kita dengan Allah.
    Umpamakanlah kita telah berjanji untuk bertemu dengan seseorang. Namun sampai waktu yang ditetapkan, orang yang kita tunggu tidak juga muncul-muncul. Apa perasaan kita pada waktu itu? Begitulah kita dengan Allah. Kerana ketidakhadiran kita pada waktu yang ditungguNya pastinya kita akan mendapat laknat dan kemurkaanNya.
    Semoga kita tetap tergolong dalam golongan yang menjaga solat.
    Amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. Salam,

    Dalam kita mengerjakan solat 5 waktu sehari, apa yang paling penting ialah 13 Rukun Sembahyang. Barang siapa ingat 13 Rukun Sembahyang, insya-Allah dia tidak akan tinggal solatnya. Bahkan sebelum masuk waktu dia sudah bersedia dan tak sabar2 untuk menghadap Allah s.w.t.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. alhamdulillah…
    ini 1 peringatan yg baik utk sy & juga pembaca2 blog ni.
    kite ni kadang2 leka dgn hal2 dunia sehingga t’lupa akan t’jawb kite kpd yg maha esa. sy rase buku ni amat b’manfaat kpd kite. kpd rakan2 pembaca smue marilah kite beramai2 mendptkn buku ni ye.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. Pakar How2, saya pun kadang2 tu ada gak penyakit mcm rakan pakar tu…. Terima kasih… atas peringatan dan tip2 yang berguna, yang baik tu memang susah yang lalai tu memang senang nak melakukannya…… insyallah saya akan perbaiki diri saya sedaya upaya doakan ye….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Tips yang bagus untuk semua.Yang paling penting jangan tinggalkan solat. Jika kita sengaja meninggalkan solat, lama kelamaan kita tidak akan merasa berdosa atau bersalah meninggalkan solat kerana ia telah menjadi KEBIASAAN.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. salam untuk semua….
    sy ada satu tip tuk sdra yg mengirim emel tuk pakar 2..salah satu caranya
    awk blh tulis pada kertas dengan tulisan yg besar..tulis la apa yg sdra nk tulis cnthnya: PESANAN TUK DIRI
    JGN TINGGAL SOLAT WALAUPUN PENAT
    MATI TIDAK MENGIRA WAKTU
    awk tampalkan dekat bilik,ianya mestilah secara berhadapan karana setiap kali sebelum tidur ataupn awk sekadar tuk berbaring awak akan ternampak tulisan pesanan tuk diri sendiri 2..jadi ia secara tidak langsung akan membantu awk menjadi lebih bersemngat tuk bersolat.
    percayalah sy sendiri pernah mengamalkan, dan akhirnya sy berjaya mengatasi masalah susah untuk bersolat dan insyaallah lama2 ia akan menjadi kebiasaan dan menjadi sronok untuk bertemu ALLAH SWT apabila SETIAP KALI MASUKNYA WAKTU SOLAT…
    selamat beramal n yakinlah tiada yng sukar apabila kita pikirkan ia mudah..tiada yang mudah apabila kita selalu pikirkan ia susah….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. Assalamualaikum w.b.t

    Mengerjakan Solat dengan penuh kyusuk akan melahirkan suatu perasaan tenang dan ia merupakan kemanisan dalam beribadat…Menjaga solat 5 waktu perlukan kekuatan dalaman…sebagai manusia , kita tidak dpt lari melakukan sesuatu yg boleh melalaikan kita dlm beribadat kpd Allah s.w.t….Sama2 lah berdoa agar kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk dlm mengharungi hidup dan berjaya bkn sahaja di dunia malah di akhirat..insyaAllah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. asalamualaikum,
    cuba saudara berpuasa,niatkan aje puasa qada atau sunat,bila berbuka makan cuma kurma atau dua tiga kepal nasi putih,bukan apa cuma hendak mengawal nafsu,insyallah kita akan lebih kuat untuk solat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. Moshi Moshi..

    Salam Ukhwah..

    ERm menarik entry kali ini..saya suka..

    Terima Kasih .. dapat juga berkongsi ilmu..

    Memang payah nak jaga solat nih .. tapi atas kesungguhan dlm menjaga solat Inya’Allah kita mampu menjaganya..

    ..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. Salam ziarah to tuan rumah.

    jumpa blog ni time tengok2 imcurtain.com

    bagus penulisan, ringkas dan baik isi.

    boleh tuliskan bagaimana untuk mendapat ‘keringanan’ atau hidayah, kerana semua org sudah maklum pentingnya solat, tetapi hidayah yg menjadi penggerak itu bukan ada pada setiap jiwa…bagaimana menjana hidayah itu?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  19. alhamdulillah.. dalam zaman yang serba melalaikan ini masih ramai lagi hamba2 ALLAH yang menjaga sembahyang mereka… marilah kita ingat mengingati sesama islam supaya melakukan suruhanNYA…… amin..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  20. alhamdulillah…. masih ramai lagi umat islam yang patuh pada suruhanNYA. Marilah kita bersama-sama menasihati orang sekeliling supaya mendirikan solat, kerana ianya adalah tanggungjawab kita Insyaallah…….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  21. Salam….

    Saya ucapkan ribuan terima di atas artikel ini…………….memang saya perlukan pun…………………… ia banyak membantu saya…………….dah puas saya tanye pada penceramah yg dtg beri ceramah tapi kadang takde jawapan memuaskan dari mereka…..

    sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @flora,
    sama2…semoga dapat amal insyaAllah.
    sebar2kanlah artikel ni pada kawan2 yer :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @flora,
    Askm..
    Marilah kita bersama-sama mencari ilmu yang memang tidak pernah susut dan kering..

    Malah makin banyak kita cari, makin banyak lagi ILMU yang kita tidak ketahui melaluinya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  22. Salam,

    Cuba ingatkan dalam hati… Allah dah dah bagi nikmat yg byk dari segi rezeki,pasangan, anak2, kerja yg baik dan kabulkan permintaan kita…cuma satu yang Dia nak ..iaitu solat/sujud padaNya..

    Rasa malu pulak bila dah bagi mcm2 yg kita nak tapi yg satu tu tiap hari 5 kali je yg Dia nak. Tak kan tak boleh buat.

    Lagi satu, kalau ikut pengalaman saya… kalau yg lima 2 dijaga..InsyaAllah kita akan dapat rasa lebih lagi nikmat…iaitu
    1. Rezeki tak putus walau dah akhir bulan.
    2. Sihat Tubuh badan – solat tu kan mcm exercise
    3. Lebih Rasa tenang dan x mudah marah
    4. Lebih rasa Sabar.
    5. Byk bersyukur.
    6. Rasa Allah lebih dekat gan kita(kat hati)
    7. Lebih redha dengan segala cubaan yg dtg-qadak & qadar.
    8. Lebih rasa bahagia.

    Wallahu alam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @azlina k,
    askum azalina..

    saya bersetuju dengan pandangan anda . ketenteraman yang kita miliki sewaktu menunaikan solat ini akan dapat dirasai andai solat itu dilakukan dengan penuh rasa kekusyukan dihati serta rendah diri kepadaNYA..

    pasti hati akan kembali tenang..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  23. try ngar lagu kumpulan saujana…
    sepohon kayu…
    bukan malu pada Allah swt
    tpi malu ngan DIRI-SENDIRI…
    malu sangat2….
    selamat memcuba…kawan2…
    :0D

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  24. mm…ader seorg Akhwat pernh bagitau….
    solat la diawal waktu…supaya kita rasa hari y kita lalui itu hari y pnjang…
    x de la kita rasa mase tu cepat je berlalu meningglkan kita…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  25. Tahniah atas penulisan yang amat berharga ini. Saya dulupun liat solat tetapi selepas ,mengamalkan kaedah di bawah, alhamdulillah sejak lebih 5 tahun ni dah tak tinggal solat lagi dan apabila dah masuk waktu hati sentiasa rasa tak tenang selagi tak solat. Dan alhamdullillah juga anak saya sentiasa bersolat sejak beumur 7 tahun walaupun solat subuh (kerap juga berlaku dia yang kejut kami suami isteri untuk bersedia memnunaikan solat subuh.) Ni semua berlaku dengan kehendak Allah. Oleh itu apa sahaja kemahuan yang kita inginkan pintalah pada Allah. Allah akan sentiasa memakbulkan doa kita… itu janji NYA.

    Kaedah yang saya amalkan ialah :

    1. Beramal dengan surah Al-Fatihah. Baca dengan tartil dan fahami maksudnya dengan mendalam. Apabila sampai kepada ayat yang ke 3, rasakan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu hingga ke dasar hati. Apabila selesai membaca ayat yang ke 4, berdoa dalam hati supaya Allah akan merahmati kita di hari pembalasan nanti. Ayat yang ke 5, yakinkan hati seyakin-yakinnya bahawa ‘hanya DIA yang disembah dan hanya kepadaNYA kita mengharapkan pertolongan’ dan pada ayat yang ke 6, minta sungguh-sungguh supaya Allah senitiasa membimbing kita ke jalan yang lurus dan disambung dengan ayat ke 7. Mintalah supaya Allah meletakkan kita di kalangan orang-orang yang sentiasa mendapat hidayah dan rahmat Allah dan dilindungi sama sekali oleh Allah dari tergolong dalam golongan orang-orang yang dimurkaiNya atau di kalangan mereka yang sesat. Yakin sepenuhnya bahawa taufik dan hidayah hanya dari Allah dan yakinlah bahawa jika kita meminta dengan ikhlas hati, Allah akan memberi sesuai dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Amalkan sentiasa walau di mana anda berada. InsyaAllah, hati kita akan semakin dekat dengan Allah dan kita akan semakin yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita, menjaga kita dan memerhatikan kita. kalau dibaca Al-Fatihah dengan penuh rasa kasihkan Allah dan rasa pergantungan yang sepenuhnya kepada Allah, anda akan rasa nikmat yang tidak terperi dan dapat menyuburkan rasa rindukan Allah.

    2. Kaedah yang kedua saya amalkan ialah sentiasa berzikir dalam hati menyebut Ya-Rahman, Ya-Rahim sambil berdoakan supaya Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan pertolonganNya kepada saya seisi keluarga dan melimpahkan kejayaan dunia dan akhirat buat kami.

    3. Saya juga selalu mengingatkan diri sendiri dan anak betapa siksanya kehidupan di alam kubur bagi mereka yang tidak bersolat dan betapa bahagianya dan indahnya alam kubur bagi mereka yang solat. Saya suka membaca surah Al-Waqiah dan ayat-ayat yang akhir dalam surah tersebut kerap membuatkan saya menitiskan airmata kerana mengingatkan saat-saat sakratulmaut bagi golongan yang mengingkari suruhan Allah dan golongan yang sentiasa beriman kepada Allah. Ayat-ayat tersebut memotivasikan saya dan keluarga untuk istiqamah dalam mengerjakan solat dan lain-lain suruhan Allah.

    4. Saya juga berusaha untuk menghadirkan diri dalam majlis tazkirah, ceramah atau syarahan agama kerana saya pernah diberitahu oleh seorang ustazah (Ustazah Che Bee – adik kepada Dr. Haron Din) bahawa malaikat hadir bersama dalam setiap majlis pengajian agama dan ia akan mengaminkan doa orang-orang yang berdoa dalam majlis tersebut. Oleh itu setiap kali apabila menghadiri majlis agama saya akan mengambil peluang untuk berdoa dalam hati supaya Allah mempermudahkan segala urusan hidup saya dan keluarga di dunia dan juga akhirat.

    5. Saya telah dan masih berusaha membaca apa sahaja bahan bacaan yang berkaitan dengan solat di samping memahami makna dalam bacaan solat.

    6. Saya sentiasa mendidik diri supaya merasai bahawa solat sebagai waktu istirehat yang amat berharga di mana saya dapat memanjakan diri dengan Allah, mengadu, memohon dan memuji Allah tanpa gangguan sesiapa.

    7. Sentiasa mengamalkan surah An-Nas supaya Allah melindungi hati kita dari bujukan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk melalaikan kita.

    Akhirnya, bagi yang masih merasa sukar untuk mendidik diri mendirikan solat, carilah seorang rakan rapat yang rajin bersolat sebagai ‘checker’ yang akan sentiasa bertanya ‘ko dah solat?’ apabila masuk waktu.

    Begitu juga untuk solat tahajjud, ada member yang buat group di mana bila pukul 4.30 pagi je, mereka akan saling bertelefon utk kejut kawan.

    InsyaAllah, jika kita mahu, Allah akan bantu kita. Semua kita semua akan menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah dari hari ke hari. Amin Ya Rabbal A’lamin.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Leyna Reply:

    @Siti Hawa, Sewaktu awal remaja dulu sy juga liat utk solat..tp dlm hati ada kesedaran bahawa ia berdosa. Mungkin ini adalah hidayah Allah kpd sy..Jadi sy mintak mak sy doakan sy mudah2an sy jd anak yang solehah..yang taat pada agama. Selain itu sy juga mengikut mak sy ke surau utk mendengar kuliah2 agama di samping sering menyertai program Qiamulllail. Melihat kesungguhan hamba-hamba Allah yang lain menunaikan perintah Allah, saya merasa malu pada diri sendiri..juga cemburu pada mereka yang tiada sifat malas spt sy. Betapa tenang melihat wajah mereka yang sejuk mata memandang. Justeru itu saya bertekad utk berusaha jd spt mereka, sy dekati kwn2 yang kuat beribadat, sy perbaiki bacaan Quran sy, dan mengikuti kem2 ibadat. Alhamdulillah .. lama kelamaan solat telah sebati dalam diri saya. Setiap kali lepas solat saya sering doakan semoga saya tidak lagi tersasar dari jalan menuju redha Allah. Mudah-mudahan saya tidak menjadi org yang lalai buat kali kedua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  26. assalamualaikum..
    saya ada dapat artikel ini langsung dari email saya.. saya ingin berkongsi dengan rakan2 yang ada, mahupun pemilik blog ini..

    saya akui, saya sungguh ‘berat’ untuk menunaikan solat, ketika detiknya waktu solat, saya sadar itu waktunya solat, tapi saya tidak juga tunaikannya.. mungkin malas, tapi saya juga sadar itu dosa, dosa besar..!! masih tidak tunaikannya..

    saya ingin seperti dulu, pernah saya solat dalam keadaan amat tenang.. terasa Allah itu berada depan saya, dan seolah2 saya sedang dilihat dan dilindungi dalam satu suasana sunyi dan tenang.. tidak dengar apa2 yang disekeliling, hanya yang saya rasa, Allah itu di depan saya.. tapi, kenapa nikmat itu ditarik lagi..? saya cuba mendapatkan nikmat solat itu sekali lagi, namun tidak dapat..

    apakah yang harus saya cuba untuk mendekati-Nya..??? bantulah saya.. saya ingin nikmat dan ingin sentiasa menjaga solat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mama lin Reply:

    @seorang aku, salam, hello.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  27. sy rs ape yg pnting adalah diri kta sndiri..kalu kita iman kita kuat,scra automatik kita akan jga slt,kalu iman kita lemah,solat pn kadang2..sbb bila kita dh mulapndai ponteng solat,kita akan rs mula sdp ponteng solat..tp ingat sy mmg tkt nk tnggl slt..terutamanya waktu sbh.. kalu sy tertinggal, sesuatu waktu,pasti perkara yg tk diingini akn berlaku..tp itu semua kehendak Allah.. Wallahu’alam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  28. Assalamualaikum, blog ini saya jumpa ketika dlm usaha ‘mencar- cari’ satu jalan ketenagan yg pernah singgah di hati satu ketika dulu…alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya..tulisan saudara semua sungguh terkesan di hati ini..sesungguhnya Allah itu maha pengasih, agung dan maha pemurah! Dalam kelailaian kite, rahmatNya tak pernah putus; anak anak yang berjaya, rumahtangga yg masih bahagia dan rezeki yg masih belum putus2..tak dapat bayangkan jika segalanya di tarik satu hari nanti..YA ALLAH..HINA NYA HAMBA MU INI!!!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  29. Saya nak tumpang tanya. Allhamdulliah setakat neh lengkap solat saya 5 waktu. tp suatu ketika dulu masa zaman malas dulu saya byk tinggal solat. wajib qada’ ke? camne nak kire? saya pon tak igt brape byk waktu saya tinggalkan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  30. AL-HAMDULILLAH..saya mendapat kesedaran untuk menunaikan solat lima waktu.selama ini saya selalu leka dan sering meninggalkan solat . INSYAALLAH…dngan banyak info yg saya dapat ,dan kesedaran dlm diri,saya rasa sangat menyesal kerana telah meninggalkan solat selama ini.dan saya telah mendidik anak2 saya untuk menunaikan solat.TERIMA KASIH YA ALLAH kerana DIKAU telah membuka pintu hati ku.AMIN YA ROBBAL ALLAMIN.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  31. Ayuh kita jaga solat kita setiap waktu setiap hari kerana Nabi Sallallahua;aihi was sallam berpesan bahawa “Seseorang yang meninggalkan satu waktu solatnya akan diam didalam neraka selama satu huqub,” Satu huqub adalah bersamaan dengan 80 tahun yang terdiri dari 365 hari setahun dan satu hari diakhirat adalah sama dengan seribu tahun di dunia ini.

    Bermakna satu huqub bersamaan 29.2 juta tahun dunia…..itu baru tinggal 1 waktu solat…..”Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah. Istiqamahlah kami di dalam mengerjakan solat-solat kami Ya Allah!”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam