Tiada keyakinan diri, pemalu, satu kelemahan?

Share

Petang semalam (12 Ogos 2009), saya ada menerima 1 email dari Saudara “Z” yang mengadu tentang masalahnya. Beliau meminta pendapat dan pandangan saya mengenai masalah yang dihadapinya.

Berikut ini saya kongsikan kandungan email yang dikirimkan kepada saya.

Saya merupakan seorang bakal guru di salah sebuah institut perguruan di tanah air. Sebenarnya menjadi guru bukanlah cita-cita dan impian saya tetapi terpaksa apabila tidak dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang lain. Saya ingin berkongsi masalah dengan pakarhowto..

Masalahnya di sini ialah saya yang mempunyai perasaan rendah diri. Saya tidak percaya dengan kemampuan diri saya. Akibatnya saya tidak mempunyai ramai kawan. Saya lebih suka menyendiri dan tidak suka berhadapan dengan khalayak ramai.


Saya mempunyai rakan yang agak peramah dan saya cuba untuk menjadi peramah seperti mereka tetapi saya menjadi segan dan mudah tersinggung apabila diejek saya faham sebenarnya mereka ingin bergurau. Ada masa saya boleh bergurau tetapi ada masa tidak boleh. Mood saya sering berubah-ubah mengikut situasi dan tanpa ada sebab yang kukuh saya menjadi murung.

Ada kala saya terfikir juga adakah saya mempunyai sebarang penyakit jiwa. Saya tidak suka berkonfrontasi dengan orang lain. Apabila mempunyai sebarang pendapat saya cuba untuk suarakan pendapat saya tersebut tetapi apabila dibantah oleh orang lain saya akan terus menukar haluan dan pegangan saya tersebut.

Saya risau jika saya akan menjadi guru yang akan dipandang rendah oleh murid apabila keluar dari institut perguruan ini nanti. Saya cuba untuk berfikiran positif tetapi tidak boleh sebenarnya. Saya segan untuk menulis email ini tetapi saya tertekan apabila memikirkan masalah saya ini.

Saya sebenarnya dalam kebuntuan sekarang. Oleh itu saya ingin bertanya pendapat pakarhowto apa sebenarnya masalah saya dan bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah saya ini….

Gambar adalah sekadar hiasan

Gambar adalah sekadar hiasan

Ini pula jawapan ringkas yang sempat saya balas kepada saudara “Z”. Saya tak sempat nak menulis panjang. Sorry yer.

Terima kasih atas email yang dikirimkan. Saya patut beri pujian kepada awak atas keberanian awak berterus terang tentang masalah yang dihadapi. Bukan semua orang boleh cerita masalah sendiri dengan hati yang terbuka. Jadi, awak ada kelebihan di situ sebenarnya. Kelebihan dalam erti kata berani berkata jujur dan ikhlas pada diri sendiri. Kelebihan kerana mempunyai fikiran yang positif dan mahu memperbaiki diri. Ini adalah satu sifat atau sikap baik yang positif yang ada dalam diri awak.

Pada saya, setiap orang ada kelemahan dan kekuatan/keunikan masing-masing. Yang penting, awak mesti kenalpasti kelemahan diri tu, dan mesti tahu serta faham benar tentang kekuatan/kelebihan yang ada dalam diri.

Orang peramah tak semestinya bagus dan baik. Kadang-kadang,orang yang pendiam dan tidak banyak berkata-kata itu adalah lebih baik.

Kita sebenarnya tak perlu tiru cara orang lain. Awak ada cara awak, gaya serta personaliti awak sendiri. Orang lain pula dengan personaliti dan gaya mereka sendiri. Masing-masing ada kelebihan. Masing-masing ada keunikan masing-masing.

Jadi, awak tak sepatutnya berasa rendah diri. Sebab awak sebenarnya sama saja dengan orang lain. Kalau orang lain ada kelebihan, awak pun ada kelebihan dan kekuatan awak sendiri. Kalau awak ada kelemahan awak, orang lain pun ada kelemahan mereka. So, tak usah rendah diri sangat, tak usah tertekan, tak usah kecewa. Just be yourself. Jadilah diri anda sendiri.

Biarkan orang lain dengan cara mereka. Tapi awak, dengan cara dan personaliti unik awak.

Ingat, Semua orang ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Cumanya, yang mungkin berbeza bagi setiap orang ialah, mungkin personaliti, cara dan gaya masing-masing saja yang berbeza.

So, toksahla difikirkan sangat dengan kelemahan awak tu. Yang penting, awak kena tahu dan kenalpasti lah dulu apa sebenarnya kelemahan awak. Kemudian, cubala berusaha memperbaiki kelemahan itu.

Dan penting juga untuk awak kenalpasti kelebihan diri sendiri. Apabila dah kenalpasti kekuatan diri, maka tonjolkan dan serlahkanlah kelebihan dan keistimewaan awak tu.

Apa2pun, pada saya yang paling penting dan asas ialah, Awak kena jadi diri anda sendiri. JUST BE YOURSELF!

InsyaAllah, semoga awak dapat menjadi guru yang baik nanti.

All the best! Dan ceria-ceria sokmo.

Gambar adalah sekadar hiasan

Gambar adalah sekadar hiasan

So, apa korang ada apa-apa komen tentang permasalahan yang dibangkitkan oleh Saudara “Z” tu? Harap korang sudi berkongsi idea, pendapat, pandangan, pengalaman dan komen korang. Moga-moga komen-komen itu nanti akan menjadi sikit sebanyak panduan kepada si pengadu dan mereka yang mengalami masalah yang seumpanya tu.

Sekian, jasamu dikenang. :) (2568)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

38 thoughts on “Tiada keyakinan diri, pemalu, satu kelemahan?

  1. Hiye, blogwalking from imcurtain.com

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Ahmad Hazim Reply:

    tp….
    saya ade kelemahan iaitu gigi saya kuning,berkarat dan x tersusun….
    jdi,mcmane plak tu???
    adakah itu sbg penghalang?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. buat motto hidup ‘always think posititive’ dan sebut selalu setiap hari dalam hati atau secara terang. nanti anda akan rasa perbezaannya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Leil Reply:

    @ct maliha, setuju!! kata dalam hati setiap hari ‘I’m confident!!” dengan penuh rasa bangga dan yakin! anda akan rasa bezanya..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    farah Reply:

    @Leil, setuju!,xpun ckp”yes,i can” dalam hati,nanti anda akan rasa perbezaannya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    farah Reply:

    @Leil, setuju!,kredit to ct maliha and leil,xpun cakap”yes,i can”,nanti insyaAllah anda akn dapat rasa perbezaannya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. sama le kita, sy sorg guru juga.sy pun pmalu jua..tp pgaulan sy lebih mudah dgn kanak2..coz kanak2 akan katakan apa yg mereka ingin katakan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. yakinkan diri sendiri bahawa kita mampu lakukan walau dengan apa cara sekalipun..
    yg ptg, yakin…
    hanya kita jer yang mampu mengubah pendirian diri kita… hanya diri sendiri…
    munasabah diri sendiri, insya ALLAH akan d makbulkan…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. sebenarnya keyakinan diri ini boleh dipupuk. mungkin sekarang anda belum yakin untuk menjadi seorang guru yang baik terutamanya berhadapan dengan murid tetapi pengalaman akan menjadikan diri anda yakin dan sekaligus akan mengurangkan sifat malu dalam diri anda. buang rasa malu apabila perlu bercakap di hadapan ramai. fikirkan bahawa kita tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. jika berlaku kesilapan itu perkara biasa, asalkan kita mesti niat untuk sentiasa menjadi lebih baik. apabila fikiran dan minda kita tidak terlalu terbeban dengan kesempurnaan secara automatiknya kenyakinan kita akan dapat ditingkatkan dan sifat malu akan berkurangan. saya yakin jika anda ikut nasihat yg diberikan anda hari ini tidak akan sama anda 5 tahun akan datang. perubahan tidak akan berlaku secara mendadak. ia mengambil masa untuk kita bina keyakinan diri. pelbagai halangan dan cabaran yang kita hadapi akan meningkatkan keyakinan diri kita. InsyaAllah, dengan izinNya. jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah agar ditingkatkan keyakinan diri dan dapat menjadi seorang guru yang murabbi dalam mendidik rakyat malaysia umumnya.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. Tingkatkan ilmu pengetahuan dengan banyakkan membaca tentang memahami teknik komunikasi yang efektif. Insyallah keyakinan diri akan dapat diperolehi melalui pengalaman hidup kita, contoh: pelajar melayu selalu kurang berkeyakinan utk berkomunikasi dalam bahasa inggeris tetapi apabila telah melanjutkan pelajaran ke IPT dan bekerja perkara ini akan dapat diatasi, insyallah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    arfandi Reply:

    @saffiah,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Askum..

    Tidak rugi jika anda menjadi seorang yg berkeyakinan kerana anda juga akan cuba memupuk semangat yakin pada anak2 didik anda kelak..

    Cth:-murid sekolah..mrka berani mencuba jika slah tidak mengapa kerana ia berni mcuba& yakin akan jwpannya itu.Walupun terkadang jwpan yang diberikan slah tp ia membolehkan seseorang itu berni mencuba.individu itu akan mjdi lbih baik lagi..ats ksilapan yg pernah ia lakukan sblm ni..

    malu?
    hakislah sifat tersebut dgn bykan pergaulan dgn orang disekeliling kita. cth: kita blh bertanya kbar dgn kwn2,perihatin pd kdaan skliling..kelak sudah tentu anda tidak akan mersa sunyi & kekok bla anda sudah terbiasa dg kdaan sbgni..tapi jauhkan dari sifat sombong..

    Erm..tue eje pdpt sya yg tak seberapa nie….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Kepada saudara Z, setiap orang ada kelemahannya.saudara tidak perlu terlalu menumpukan perhatian kepada hal ini. Saudara perlu kenali diri sendiri. Cuba lihat kelebihan diri saudara dan cuba pertingkatkan dan kembangkan kelebihan itu. Untuk pengetahuan saudara saya pun pernah melalui situasi ini. Tetapi apabila telah bekerja saya telah sedikit demi sedikit mengatasi masalah ini. sebenarnya semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. saudara cuma perlu jadi diri sendiri.Tips dari saya – Luaskan pergaulan terutama dengan orang yang lebih matang dari diri saudara. Saudara akan mendapat lebih keyakinan bila bergaul dengan orang yang lebih matang.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Salam

    Betul kata PakarHowTo dan pembaca2 blog ni…Tiap manusia ada kelebihan dan kelemahan tersendiri…Hanya keyakinan dlm diri dpt mengawal diri seseorang drpd sikap terlalu merendah diri..Bak kata Pakar Be Yourself and always think positive…Kegagalan dan kesalahan yg dilakukan dlm hidup dpt menjadikan seseorang itu lelbih matang di masa hadapan..menambah ilmu melalui pembacaaan dan pergaulan membantu kita dlm meluahkan pendapat yg mendtgkan kebaikan bkn sahaja kpd kita malah kpd insan lain …Semoga anda menjadi seorang pendidik yg berjaya dan disayangi masyarakat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. sy ader mslh gak…
    mslh sye gni
    sye nk ubah diri saya tapi saya xda keyakinan nk buat gitu
    sye ade anak 1 baru 1 tahun 7 bulan
    jd nk kje x blh sbb xde org nk jge ank sye
    apatah lagik anta ank ke pengasuh
    yg tu lg sy x pcy dierorg blh jge

    sye nk kje tapi….
    mslh ngn anak la
    suami kje tapi duet x pnh ader sokmo kosong
    kalu sye kje xde org blh jg ank sye

    sy da bnyk dgr pndpt org laen
    terutamanye bpak sendiri d langkawi

    tapi confirm pendapat die saya x trima…ade stengah sye trima ade x trima

    yg x blh tu bpk suh sye kasi ank saye kt org je
    mn boleh gitu…

    saya xtau nk wat pe
    raser malu sgt asyik mak bpk tggung kami 3 branak

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. Salam. Sy bkn seorg guru tp sy pernah alami situasi mcm ni. Dipendekkan cerita sy seorang admin/acc exe kt sebuah perusahaan yg mempunyai pekerja sekitar 30 org. Setiap minggu saya perlu meluangkan masa lebih kurang sejam bersama mereka untuk mendengar sebarang masalah, cadangan, atau ape2 aje yg mereka ingin kemukakan. Pada awalnya memang sy takut dan malu untuk menghadapinya..berpeluh seluruh tubuh tatkala ingin bercakap di hadapan mereka. Tp memikirkan itu tanggungjwb saya dan sy dibayar gaji utk itu maka sy beranikan diri walaupun saya rase kelihatan seperti org bodoh kt dpn mereka. Masih sy ingat adakalanya saya tergagap-gagap untuk menjelaskan sesuatu dek tiada keyakinan diri. Alhamdulillah..lama kelamaan saya mula yakin untuk berdepan dgn mereka..rase malu mula terhakis dengan sendirinya. Saya juga mula dpt menangani sikap sesetengah pekerja yang kurang berdisplin. Percayalah masa akan mengubah kita..pengalaman itu mengajar kita utk menghadapi situasi berikutnya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. same lah mcm sya…bezanya sya ialah seorang pelajar sekolah menengah….kat kelas sya langsung tak mempunyai kwn yg boleh dianggap kwn kadang2 dia lyn kadang2 ckp ngan die,die wat bodo je…masalah ini betul2 membebankan sya….rmi y tak suke sya kadang2 rase mcm nak berenti skolah jerk…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    hamba ALLAH Reply:

    kenapa ek…x ramai yg suka kwn dgn org yg pendiam, pemalu, dan x matang??…kisah saudara”Z” nie sejibi dgn sifat sy….kadang2 boleh bergaul dgn masyarakat…kadang2 x…tp nie faktor yg boleh kita ubah…faktor yg x boleh diubah cmne?? cth memiliki suara yg halus, kecik, pelahan, kurang jelas, x matang, padahal umo dh makin dewasa…oranq bukan suka sgt berkawan dgn org cmnie….kalau ada pun just nk mempergunakan jaa..dh arr tu…sy nie asyik dipergunakan..apa ingat sy x dak perasaan ka?? senang2 ja nk guna kan saya….lagipun salah sy juga..x berani nk mempertahankan diri…takut kehilangan kawan,,,dh arr sy ni payah nak cari kawan…tp takpa la bca komen2 korg semua nie ada lah juga keyakinan cikit…timaseh!! sama2 lah berubah

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Nadzirah Reply:

    @hamba ALLAH,

    korang sama dengan saya.. saya ni pendiam , pemalu , dan x matang.. dan saya rasa mcam kawan2 sering p’rgunakan saya.. tapi klu kat rumah.. saya berani……. saya selalu ganggu ahli keluarga saya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. Masalah saye plak sye lagi selesa kawan gan laki..kwan2 sye kbyakan laki drpd pmpn..mungkin dorg lbh memahami sye kot..p ble bhadapan gan pompuan sye kekok nak bergaul..kwan pmpn yg ade pn leh blang gan jari jer..pdhal sye ney pmpn..mgkin gak sy dah tbiasa bergaul gan glgn lelaki sbb adek bradek sy lelki smue xde pmpn..caner yea sye nk atasi maslah ney..??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    uyun88 Reply:

    @HILDA, hmm..dunia inni sggh pelik..sy plak adik beradik semuanya lelaki.tp sy tkde sorang pun kwn laki..sbbnye sy x reti nk berkawan dgn lelaki.mgkin ayah sy garang sgt kot..??dan hal ini mmg membimbangkan bcoz dlm usia 23 thn..msh x penah bercinta.tp x risau sgt sbb ade ramai je lg kwn2 sebaya yg senasib sy.Dgn pompuan plak..sy hanya berckp dgn kwn yg rapat dgn sy jerk.X reti nak berkawan ramai2.disebabkan dikelilingi adik2 lelaki..maka ramai yg ckp sy neh mcm tkde perasaan.Terlalu cool sgt..salahke jd cool dan low profile mcm sy…hm..ntahla.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. Kalau hendak berkomunikasi dengan lelaki tak jadi masalah,but kalau dengan perempuan,keyakinan diri saya hilang,bagaimana untuk mengatasinya

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. hari ini kuliah sy dibatalkan disebabkan hal2 tertentu oleh Pensyarah.. kebetulan sy ada masa lapang, sy terus online di libry universiti sy.. sy juga mengalami keadaan yg sama dengan Cikgu Z( yelah, skrg dah 2011 mungkin dah jadi cikgu da kn?).. sy seorang lelaki berusia dlam lingkungan 20-an sememang nya sy x ada mslah jika hendak bergaul dengan masyarakat, sy boleh dibawa ketawa, menagis mahupun gembira bersama.. tetapi apa yg membebankan diri sy adalah sikap mereka yg tidak suka berterus terang dengan sy.. kita boleh perasan perubahan atmostphere jika terdapat kawan2 yg tidak senang dengan kehadiran kita.. for example.. apabila mereka sedang rancak berborak, then kita cuba turut serta dalam conversation itu(dengan cara yg elok) tiba2 sahaja mereka diam membisu seolah2 kita ini adalah asing bagi mereka.. bolehkah anda merasi perasaan sy ketika itu?? sy cuba untuk mencari dimana kelemahan sy pada mereka, apa yang telah sy buat, sy lakukan.. dan akhirnya apakah punca yg menyebabkan layanan mereka kepada sy seperti itu, hubungan kami semakin pudar dari hari ke hari.. dan anda cuba bayangkan sy ada lebih daripada 3 tahun lagi untuk menghabiskan study sy.. mcm mna sy hendak menghadapinya?? itu pasti akan memusnahkan kehidupan sy jika tiada penyelesaiannya.. untuk info, perkara ini bukan sahaja berlaku di sini(tempat sy belajar) tetapi dimana2 sahaja sy pergi.. semua orang tidak senang dengan kehadiran sy disisi mereka.. mungkin disebabkan perwatakan sy yg pendiam tidak banyak cakap.. sy juga mempunyai riak wajah yang agak serius apabila berhadapan dengan masyarakat.. ada yg mengatakan sy sombong.. itu bukan salah sesiapa, sememangnya ciptaan bagi diri sy adalah begitu rupa.. sy cuba mengubahnya tetapi tidak dapat.. mungkin itu disebabkan oleh emosi dan perasaan sy yg tertekan dengan kelemahan sy ini.. jika anda ada penyelesaian untuk diri sy.. tolong lah sy.. sy amat memerlukan jalan penyelesaian mengenai maslah sya ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ziera Reply:

    @ayie, saya pun pernah ada masalah mcm nie.. dan riak muke sy pun mmg garang terutama bila brckap bnda yg serius..nasihat sy cuba utk senyum apabila berbicara…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    kak bella Reply:

    @ayie, dah hmpir 3 tahun blalu, mgkn ayie dah lebih matang skrg dan dpt hadapi masalah ni dgn lbh baik…mgkn ayie lak bole share cara ayie hadapi mslh ni…hehee…nasihat yg bole akak share ialah sentiasa bsangka baik, humiliation is only in our head….kdg2 kite rasa org x suke atau benci kite, sbnrnya org mgkn segan atau jeles dgn kite sbb mrk rs kite lbh baik drp mereka dan mereka sngka kite sombong, bla mereka bsangka buruk thdp kite, sbb tula sikap mereka pn x baik dgn kite, sbb tu akak nasihatkn kite kena sentiasa bsangka baik….bila bsangka baik, sikap kite pn jd baik dgn org….cthnya akn tlg org dan care ttg org lain…bsangka baik akn menimbulkn sikap ikhlas sbb ia dr hati, bila kite ikhlas buat sstu, org bls x baik pn kite bole redha….sikap sebegini akn mnimbulkn rs hormat org lain thdp kita dan inshaAllah tanggapan buruk mrk akn berubah…..kalo x berubah pn kita x rugi apa2 didunia mahupn akhirat….janji kite jadi org yg baik….jgn sesekali nk jd mcm mereka hanya untuk diterima dlm kmpulan mrk…prnh akak cuba, last2 akak x suka dgn diri akak sndiri sbb tgolong dlm golgn org yg mengumpat dan ghibah….carilah keredhaan Allah dan bukannya mengikut kehendak manusia….dunia ni tmpt ujian, neraka bg org yg beriman dan syurga bg org yg leka…renung2knlah….wallahua’lam…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kak bella,
    Terima kasih atas nasihat yang sangat baik ini.
    Memang betul, kita kena sentiasa bersangka baik.
    Jangan cari pujian orang tapi kerjalah keredhaan Allah.
    InsyaAllah hidup akan lebih tenang dan bahagia. kan? ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    kak bella Reply:

    @PakarHowTo, Inshaa Allah, setujuu :-)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kak bella,
    :) :) :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. sy pun mempunyai sifat sperti itu tapi sy telah mencuba utk mengubahnya bagaimana utk berubah sdgkan kwn disekeliling tidak memahami dan mengelak utk bkwn dgn sy…seolah mereka menganggap sy sensitif dan mudah tersinggung..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. assalamualaikum
    saya ada masalah hilang keyakinan diri kerana suara saya yamg agak perlahan dan lembut (keanak-anakan). saya selalu tidak yakin untuk berucap di khalayak. bantulah saya untuk meningkatkan keyakinan diri saya semula. saya harap dengan sokongan dan tips daripada anda sekalian amatlah diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    kak bella Reply:

    @human, kalau adik minat menyanyi, bla berucap atau bcakap, lontarkan suara spt sdg menyanyi…suara dr dlm perut bkn dada tau…sing ur words….kalo minat dato ct, jdkn beliau sbg sumber inspirasi….suara yg lunak merdu dan bkeyakinan bila bkata2 bole adik miliki….inshaa Allah….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kak bella,
    Satu tips yang bagus untuk diamalkan ;)
    Thanks for the tips

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    kak bella Reply:

    @PakarHowTo, Alhamdulillah, semoga dpt mbantu :-)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @kak bella,
    terima kasih selalu bagi komen dan pandangan yer.
    semoga apa yang dikongsikan akan ada manfaatnya.
    insyaAllah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  18. sy sme jga dgn saudara Z. Setahun setengah lg sy akan menamatkan pengajian dlm bidang pendidikan. InsyaAllah saya akan menjadi guru kalau itu rezeki saya nanti. Masalah saya sebijik dengan saudara Z yang bezanya sy adalah perempuan. Pasti keadaan saya lbh berat dari saudara Z. Saya memang seorang yang pemalu, sering tiada keyakinan diri. Bila mendapat keputusan yang teruk saya merasakan diri saya bodoh daripada orang lain. Saya kata pada diri saya, knp saya tak boleh dapat result macam orang lain. Adakah aku ini memang dilahirkan bodoh? Kadangkala saya rasa nak putus asa aje. Tapi, bila difikirkan balik. Saya harus bangkit. Sekarang saya mahu berubah. Saya tak mahu keputusan yang saya perolehi ini, akan membuatkan saya tidak mendapat tempat di sekolah nanti. Saya harap pakar how to dapat membantu saya mengatasi kelemahan saya ini. Saya ingin berubah tapi saya takut perubahan ini tidak berpanjangan. Bantulah saya supaya ia berpanjangan dan bukannya hanya sekerat jalan sahaja. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam