Panduan Hadiri Majlis Dan Kenduri
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
As- Salam untuk semua Suri ucapkan semoga kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya. Erm, bagi yang kurang sihat tu segeralah dapatkan rawatan dengan segera yer. Harus diingat jumpa pada doktor yang pakar sahaja yea.
Ooops!!
Sepatutnya artikel ini di hidangkan pada hari sidang Jumaat tapi memandangkan hari Khamis Suri bercuti nak balik Melaka so terpaksalah ia dikeluarkan lebih awal sedikit. hehe..bukan apa Suri takut tak dapat fokus pada artikel dan kerja di pejabat kelak.
Dikesempatan ini memandangkan cuti sekolah telah bermula jadi post kali ini Suri bentangkan panduan untuk anda menghadiri majlis atau kenduri kahwin yang bakal anda kunjungi kelak..
Seperti yang diketahui umum pelbagai aktiviti kemasyarakatan dilakukan terutama majlis perkahwinan, kenduri-kendara, kesyukuran, majlis pertunangan, kenduri tahlil, kenduri berkhatan, kenduri cukur jambul, kenduri naik rumah dan sebagainya. Jika disebut tentang majlis atau kenduri, sudah semestinya kita akan terbayang suasana masyarakat yang akan datang dan berkumpul untuk satu tujuan iaitu menerima jemputan tuan rumah dan meraikannya..
Pada kebiasannya kenduri itu juga dikaitkan dengan makan-makan. Ia menjadi tarikan tetamu untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.
Menurut islam, hukum memenuhi undangan ke kenduri kahwin adalah wajib. Sebagaimana Rasulillah s.a.w berkata dengan bermaksud, Apabila seorang daripada kamu di undang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya,” (Riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Utamkan jemputan yang lebih awal diterima dan mengikut kesesuaian masa, tempat dan keperluan. Sekiranya terdapat pertembungan dua atau tiga jemputan satu masa, adalah lebih baik jika anda merancang perjalanan dan masa anda agar dapat memenuhi kesemua jemputan rumah tersebut walaupun hanya untuk sekejap sahaja.
Jemputan hendaklah adil dan sama rata tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Menurut riwayat Imam Muslim bahawa Rasulillah s.a.w berkata dengan maksud, “seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka ia menderhakai Allah dan Rasul-Nya”.
Sekiranya jemputan dilakukan secara umum, maka tidak wajub hadir. Namun sekiranya jemputan tersenut dijemput secara khusus melalui kad jemputan atau wakil, maka adalah wajar anda memenuhi permintaan jemputan tersebut.
Ketahiulah bahawa jika sesebuah majlis atau kenduri tersebut HARUSLAH bebas daripada perkara-perkara yang diharamkan seperti minum minumam keras dan perbuatan maksiat.
Bukan itu sahaja malahan adalah wajar sekali anda memenuhi jemputan kenduri perkahwinan tersebut jika anda adalah kalanga orang yang berdekatan dengan majlis tersebut.
Amnya duit belanja yang akan diserahkan untuk majlis kenduri tersebut haruslah hasil daripada sumber yang halal.
Perlu diingatkan bahawa setiap majlis kenduri atau perkahwinan yang diwujudkan TIDAK HARUS mengandungi unsur politik, pilih kasih mahupun orang yang menyakiti berada dalam majlis yang sama. Keran ini akan merosakkan majlis atau kenduri keramaian tersebut.
JIKA keadaan kesihatan diri yang baik maka akan mudahlah anda memenuhi undangan tersebut dengan sempurna. Sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan sehingga mengganggu atau membahayakan orang lain seperti sakit demam campak, eloklah anda menghubungi tuan rumah diatas ketidakhadiran anda akibat keuzuran.
Didalam majlis kenduri atau perkahwinan tersebut adalah kita digalakkan untuk mengambil peluang dakam mengeratkan hubungan silaturahim sama ada yang dikenali mahupun belum dikenali bagi mewujudkan satu salsiah yang baik sesama individu.
Sekiranyan anda menjadi jiran tertangga pada majlis tersebut maka adalah wajar sekiranya anda menghulurkan bantuan kepada mereka sama ada dari bentuk wang ringgit, barang, tenaga ini untuk meringankan bebanan tugas mereka dalam mengendalikan majlis tersebut. Ketahuilah bahawa sikap saling berkerjasama dan bantu-membantu adalah digalakkan dalam kehidupan berjiran.
Ucapkanlah rasa syukur atas undangan yang diterima kerana ia sabagai tanda diri anda masih diingati dan dihargai untuk memeriahkan majlis yang diadakan.
Berdoalah untuk keberkatan dan kebahagian pegantin dan tuan rumah tersebut. Kerana doa -doa anda juga merupakan restu kebahagian untuk mereka sekeluarga.
Menwar-warkan berita gembira tersebut kepada orang ramai dengan menjemput ramai tetamu mengikut kemampuan mengadakan majlis.
Galakkan aktiviti gotong-royong semasa mengadakan majlis tersebut. Disamping itu kita haruslah berakhlak baik semasa menghadiri majlis, menghormati tuan rumah dan para tetamu yan lain termasuklah dari segi pemilihan pakaian mengikut kesesuaian sesuatu majlis.
Ikut tempoh waktu jemputan yang diberikan melainkan ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
Elakkan mengadakan kenduri pada waktu orang sibuk berkerja atau memilih hari yang menjadi rebutan untuk mengadakan kenduri. Ini untuk mengelakkan pembaziran makanan dan sabagainya dalam suasana majlis kelak.
Untuk mengadakan majlis atau kenduri adalah lebih molek sekiranya kita mengikut kemampuan sendiri dan bukan untuk bermegah-megah.
Kenduri akan bertambah berkat apabila mengundang orang yang sedang lapar, tidak membazir makanan, melayan tetamu bersugguh-sungguh dan niat kerana Allah SWT.
Apabila datang memenuhi undagan, anda haruslah menghormati tuan rumah dengan bertemu dan bersalaman sewaktu tiba ke majlis dan sebelum pulang ke rumah. Dan jangnlah lupa ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah tersebut diatas jemputan yang anda hadiri itu.
Elakkan bercakap pada perkara-perkara yang mensia-siakan seperti mengumpat, mengata dan sebagainya. Apatah lagi menyentuh tentang keaiban tuan rumah dan ahli keluarganya. Kemungkinan semasa anda bercerita anda adalah keluarga terdekat kepada tuan rumah tersebut.
Niat ikhlas kedatangan anda dan bukannya ada ‘udang di sebalik batu’ seperti mengharapkan tuan rumah perlu balas kunjungan apabila tiba giliran anda mengadakan majlis kelak.
Anda bolehlah membawa ‘buah tangan’ dan masakan untuk diberikan kepada tuan rumah tersbut. Sekiranya ia adalah majlis perkahwinan pula sesetengah orang akan menghulurkan hadiah buat pasagan peganti baru. Namun walauapapun yang ada akan bawa pastikan pemberian tersbut adalah ikhlas dan buka untuk menunjuk-nunjuk..

SELAMAT MENJAMU SELERA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI / QURBAN DARI KAMI PAKARHOWTO

Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2









Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Suri, terima kasih banyak atas perkongsian ini.
Walaupun masih awal, saya juga nak ucapkan,
Selamat hari raya haji, khusus utk suri dan keluarga.
29Nov hingga 6Dec ini saya akan ke Jepun. Ada meeting.
harap Suri dapat handle blog kita ni semasa ketiadaan saya nanti.
TQ
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 23rd, 2009 at 12:30 pm
@PakarHowTo,
Insyallah Pakar,
SEMOGA KEBERANGKATAN disana selamat pergi dan pulang..
diiringan dgn kekuatan, tanggungjawab yang menggunung kami disini mengucapkan selamat “ganbatte kudasai ”
[Balas Di Sini]
Salam Suri, saya tertarik dengan rangkap berikut:
Untuk mengadakan majlis atau kenduri adalah lebih molek sekiranya kita mengikut kemampuan sendiri dan bukan untuk bermegah-megah.
Pada pemerhatian saya, masyarakat sekarang ramai yang buat kenduri untuk bermegah-megah. Pendek kata saling menewaskan. Biasanya gologan seperti ini selalunya akan berkira terlebih dahulu berapa belanja yang akan dihabiskan untuk kenduri itu dan berapa jangkaan pulangan yang akan diterima.
Inilah fenomena yang melanda kebanyakkan masyarakat hari ini. Mereka memang mampu untuk mengadakan kenduri yang serba mewah tapi bagaimana dengan niat mereka untuk mendapatkan pulangan. Saya pernah terdengar seoarang mak cik bercakap dengan temannya di kedai makan. ” Kenduri anak aku hari tu belanja RM20K, dapat balik hampir RM25K. Untung pulak aku, kau nanti kalau nak kenduri biar nampak mewah sikit, baru orang hulur banyak” begitulah lebih kurang bunyinya.
Takut rasanya nak pergi kenduri kalau macam tu niat tuan rumah.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 24th, 2009 at 1:48 pm
@Leyna,
hai leyna,
sifat manusia memang ada pelbagai ragam dan kadang kala kita sendiri juga agak sukar hendak meramalkan manusia yang sebegini rupa.
apapun sifat untuk bermegah2 atau menunjukkan ni haruslah dikikis kerana Sifat ini tergolong dalam kumpulan sifat-sifat keji (mazmumah) dan tidak disukai sama sekali oleh Allah S.W.T, sebagaimana peringatan Allah di dalam surah An-Nahl ayat 23:
Maksudnya:”Sebenarnya, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur itu”.
Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada Abu Zar r.a.:”Wahai Abu Zar! Barangsiapa yang mati manakala di dalam hatinya ada sebesar debu daripada sifat-sifat takbur, maka dia tidak akan mencium bau syurga kecuali dia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya”.
[Balas Di Sini]
Leyna Reply:
November 24th, 2009 at 3:29 pm
@surihati_ku, Terima kasih Suri,
Mudah-mudahan dengan pengongsian ilmu sebegini mereka yang tidak tahu akan menjadi tahu, dan mereka yang tahu tetapi lupa dapat mengingat kembali akan hukum ini.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
November 25th, 2009 at 4:27 pm
@Leyna,
Hai Leyna,
sama-sama..suri jua turut mengambilnya sb peringatan untuk diri..semoga selayar imu yang diukirkan disini akan memberikan kita dekat dan bersyukur dgn kurnian dariNYA
[Balas Di Sini]
salam suri
Tiap amalan kita bergantung pd niat…betul kata pembaca..klu niat buat kenduri utk bermegah2 dikhuatiri hilang keberkatannya..andaikata ikhlas utk menjamu tetamu tanpa mengharapkan pulangan ianya merupakan sedekah….insyaAllah Allah s.w.t. akan membalas kebaikan dgn memurahkan rezeki…
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 1st, 2009 at 1:44 pm
@Nani,
hai Nani..
ya, suri setuju dgn pendapat nani tu.sebenarnya jika kita nak lakukan sesuatu perkara haruslah dimulai dgn niat yang ikhlas dan lakukannya dengan perbuatan yang baik.bukannya untuk menunjuk-nunjuk semata-mata.
Kita jua harus ingat bahawa rezeki yang Allah kurniakan pada kita adalah datangnya dari Dia..
tanpa Dia mana mungkin tubuh badan kita sihat untuk mencari rezeki yang halal untuk kelurga, anak2 dan diikhlaskan pemberian tersebut dgn berkongsi rezeki dengan orang lain pula..
[Balas Di Sini]
tq kak sui coz bg panduan..time ct sekolah ni ramai2la kapel yang amek peluang wt kenduri kawin..asyik kita dijemput jer,bila plak giliran kita nk jemput org dtg kenduri umah kita ni.huhu
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 1st, 2009 at 1:54 pm
@najihah,
hehehe..
salam ceria najihah..
sama-sama..yah, memg molek benarlah jika kenduri tersebut diadakan pada musim cuti sekolah kerana time cuti jugalah ramai orang akan datang berkunjung ke majlis keraian.
alahai najihah sayang..
jika anda berkeinginan nk jemput org dtg kenduri dirumah najihah senag je. najihah buatlah majlis sederhana..jemputlah kawan2 makan bersama2 dirumah..kalu najihah dapat panggil rakan-rakan 7 ke 10 orang itu sudah mencukupi dalam melengkapkan satu majlis..
najihah tidak semestinya sesuatu majlis itu memerlukan budget yang besar, pengunjung yang terlalu ramai dirumah anda. tapi memadailah andai najihah ada niat dan rezeki najihah itu untuk dikongsi bersama orang lain itu sudah memadai..
Insyallah rezeki yang dikongsikan bersama akan diberkati dan dilipatgandakan oleh Allah kelak.
[Balas Di Sini]
Boleh juga dilakukan kalau tidak dapat menghadirkan diri pada hari jemputan kerana urusan yang lebih penting maka boleh juga pergi lebih awal untuk membantu. Lebih baik dari tak pergi langsung kan!
[Balas Di Sini]
5salam ukhwah..
fenomena dalam masyarakat kita skg nih suka membanding-banding kan majlis kawen nih..alahai ….
sedeh plak…dgr citer cam nih..
[Balas Di Sini]
6kebetulannya hari ni nak g kenduri….
ehehehehe…..
[Balas Di Sini]
7