Panduan cara untuk unsubscribe email
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Ada beberapa orang pembaca setia blog pakar menghantar email pada saya meminta supaya memberikan panduan bagaimana untuk ‘daftar keluar’ atau ‘unsubscribe’ daripada mailing list blog-blog yang mereka daftar.
Ada juga beberapa orang yang meminta saya mengeluarkan email mereka dari senarai mailing list atau newsletter pakarhowto. Mereka meminta saya melakukannya bagi pihak mereka, sedangkan saya sangat sibuk. Maaf, saya tak dapat nak tunaikan permintaan anda.
Namun, sebenarnya anda boleh mendaftar keluar atau ‘unsubscribe’ dari mailing list saya dengan sangat mudah (jika anda mahu). Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa saja dan hanya dengan 1 klik saja anda dah boleh stop daripada menerima email / newsletter saya.
Jadi, tak usahlah menghantar email pada saya meminta supaya email anda dikeluarkan dari mailing list. Sebab anda boleh buat sendiri dengan sangat mudah.
Baiklah, saya akan ajarkan cara bagaimana untuk ‘unsubscribe’ daripada mailing list saya atau ‘unsubscribe’ dari mana-mana blog yang anda pernah daftar. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa saja yang anda mahu.
Caranya cukup mudah.
- Anda buka inbox email anda dan cari mana-mana email newsletter yang anda terima.
- Buka email tersebut.
- Scroll down di bahagian paling bawah email dan cari 1 link yang menyatakan link tersebut adalah untuk ‘unsubscribe’ atau ’stop’ daripada menerima email.
- Klik link tersebut.
- Anda kini telah mendaftar keluar atau ‘unsubscribe’ dari email list mereka.
Sebagai info tambahan, sila baca artikel yang ditulis oleh Bro Rohaizad mengenai keburukan kita subscribe newsletter orang lain tanpa perancangan.
Klik sini untuk membaca artikel mengenai keburukan subscribe newsletter oleh Rohaizad.
** Anda suka blog ini? Rekemen la blog PakarHowTo ini kepada kawan-kawan yang lain di sini! ** |

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2










Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Saya memang banyak mendaftar newsletter orang lain sebab saya suka baca email. Dalam sehari ada tak kurang 10 email newsletter yang akan masuk dalam inbox email saya (termasuk email dari pakar…hehe). Tapi saya memang suka terima email dari pakar sebab banyak perkara yang dapat saya belajar. Dan saya suka download ebook-ebook percuma yang pakar kongsikan. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Terima kasih.
[Balas Di Sini]
1rugi la dorang xdpt email dari pakar lg pasni…..hahaha…
[Balas Di Sini]
2ada gak salesletter orang putih yang tak boleh nak unsubscribe langsung..tensen.. link “unsubscribe” kat bawah tu tipu je
[Balas Di Sini]
kashikoi Reply:
July 27th, 2009 at 7:57 am
@sufian,
kalau dah tak boleh nak ‘unsubscribe’,
apa yang saya buat ialah,
saya ’set’ kan semua email newsletter tersebut ke dalam SPAM email.
[Balas Di Sini]