Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
- Pahala yang berlipat ganda
- Keberkatan.
Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.
- 1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar ni.
Duduk makan cara sunnah...
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.
- Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
- Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
- Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
- Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
- Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
- Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
- Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
- Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu
Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.
Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat
- PAHALA
- KEBERKATAN.
Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?
Buatlah pilihan yang bijak… hehe

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2












Salam Pakar
Alhamdullilah PakarHowTo…akk amal gak cara mkn ikut sunnah Nabi tapi x secara keseluruhan..masih ade yg tertinggal..anyway tq for the info…also good luck ..x dpt vote akk doakan jer lah agar Pakar menang dlm peraduan tu..hehehe..wsalam
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 10th, 2009 at 3:57 pm
@Nani,
baguslah kalau dah amalkan.
tak dapat nak amal semua,
amal sebahagian pun alhamdulillah,
tu dah kira cukup baik…
TQ kerana doakan pakar berjaya dalam peraduan tu.
insyaAllah kalau ada rezeki, ada lah.
kalau tak, gigit jari jer lah kan? hehehe
[Balas Di Sini]
salam mr.pht,
terima kasih byk2 bg info and panduan berguna…klu dlu saya tercari2 kat mane nak dpt info yg berguna tapi sekarang seronok sgt dapat sertai”blog pht”insyaallah akan saya pratikkan segala panduan berguna…secara tak langsung mr.pht dah berdakwah pada kami semua yg setia kat blog nie…untuk mereka yg belum vote mr.pht jgn lupe vote tak susah pun register je email ada then vote la ye…
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 10th, 2009 at 3:59 pm
@whiterose,
Alhamdulillah, sama2 lah kita praktik/amalkan
ilmu yang kita ada.
Ada banyak ilmu pun tak guna
kalau kita tak dapat nak amalkan…
Waa…pasal vote tu…
timakasih banyak atas sokongan WhiteRose.
awak memang sentiasa support PakarHowTo…
siap tolong promote lagi tuh…
arigatoo ne….
[Balas Di Sini]
Salam Rabu.
Ya Syukran. Tambahan lagi, sebelum kali setiap makan+minum, elok juga baca Bismillaahil-ladzii…(3x). Banyak manfaatnya. Rujukan Lanjut, layari http://www.darussyifa.org
Salam Sejahtera Kalbu.
SPB Bersama STM.’s last blog post..CHIEF SEGALA PAHLAWAN (IMAMUL MUHTADIN).
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 10th, 2009 at 4:06 pm
@SPB Bersama STM.,
Yaaa…
baca “bismillahillazi la yadurru…..”
sebelum makan tu pun memang satu
amalan yang bagus untuk diamalkan.
tq for the tips
[Balas Di Sini]
ni aku nk kongsi serba sikit lagi tips…
makan buah sebelum nk makan nasi….jgn makan buah lpas makan nasik….
klau time makan, x digalakkan minum air (kecuali klau dh tercekik, minum gak la air )….
pastu pastikan arah kita nk makan tu ke arah kiblat…..dengar ulama kata sunah gak tu….
jangan cakap semasa makan……
makan secara perlahan-lahan, jangan makan gelojoh….
sudahi makan dengan baca doa lepas makan….klau xtau doa lepas makan, try tanya abg pakarhowto…..
man’s last blog post..SELESAIKAN MASALAH INI
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 10th, 2009 at 4:13 pm
@man,
semua yang di’highlight’kan tu memang bagus untuk diamalkan.
makan perlahan2, jangan gelojoh,
baca doa makan, doa lepas makan,
tu semua adalah adab makan yang
perlu kita praktikkan…
sama2lah kita mempraktikkannya yer…
[Balas Di Sini]
salam en pakar…betul3…saya amt2 bersetuju dgn sunnah rasulullah s.a.w yg disebutkan diatas…mkn 1 dulang bersama jemaah tu yg paling susah nk ikut skit…org lelaki xkisah sgt..tp org perempuan susah skit…insyallah..ada yg dah diamalkan pun skg nie..mmg menjadi rutin harian dah..
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 10th, 2009 at 4:16 pm
@amelia,
Yaa…memang betul tu…
orang laki, diorang ni memang jenis tak kisah.
orang pompuan la yang ‘cerewet’ skit…
geli la…kotor la…tak senonoh laa….
macam2 yang dilabel bila disebut pasal
makan dalam satu talam….huhu
tapi kan,….alah bisa tegal biasa…
bini saya pun dulu, memang tak boleh
nak makan satu talam dengan orang lain,
tapi skang, Alhamdulillah, dah OK dah…
[Balas Di Sini]
Salam.
Basuh tgn seblum mkn kelebihannya insyaAllah dpt langsaikn hutang seblum mati n berkumur2 juga insyaAllah kite dpt mengucap kalimah taiyibah seblum mati. Amalkan makan garam seblum makan. Cicah garam guna jari manis n baca doa. Ini amalan Syaidina Ali. Byk fadhilatnye..
Ahlia Azhar
azharjaafar’s last blog post..Ziarah Swiss (29/04/09 - 03/05/09)
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 10th, 2009 at 10:40 pm
@azharjaafar,
Ukhti…
Terima kasih banyak sudi berkongsi ilmu tu.
Oooo…amalan makan garam sebelum makan tu…
rupa2nya adalah amalan Saiyidina Ali rupanya yer…
saya ingatkan ia adalah amalan Rasulullah SAW…huhu
P/s- Bro Azhar tengah khuruj ker skang? Alhamdulillah, saya jeles dengan usaha beliau yang istiqamah tu…saya ni jer yang lemah iman…lalai dengan dunia yang sementara…aduhhh…
[Balas Di Sini]
terima kasih …info yang sangat bermanfaat.
Tak salah amalkan. Sesuatu yang positif jika diamalkan pasti mendatangkan kebaikan kepada pengamalnya. Walaubagaimanapun jika tidak merasa selesa itu terserah kepada diri sendiri. Bagi saya pula, saya lebih selesa duduk di kerusi sebab kaki saya cepat lenguh duduk kat lantai.
Luseh’s last blog post..Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 10th, 2009 at 10:42 pm
@Luseh,
Amalkan ikut kemampuan masing2.
Sunnah ni, bukan wajib…
So, kalau tak dapat buat pun, takper…
Cuma nak cerita,
saper dapat buat/amal,
banyak sekali manfaatnya…
bukan hanya manfaat di dunia,
malah terlebih lagi di akhirat kelak…
[Balas Di Sini]
Doa makan adalah sejenis doa harian. Ada beratus-ratus doa harian kalau kita rajin menghafal. Kalaulah kita ni betul-betul pemalaspun, paling kurang ada 3 jenis doa yang mesti kita hafal dan amalkan.
1- Doa sebelum/selepasmakan. 2- Doa sebelum/bangun tidur. 3- Doa masuk/keluar tandas
Kenapa? makan, tidur dan masuk tandas adalah perkara yang mesti kita buat setiap hari. Kalaulah disertai dengan doa, bayangkan ganjaran yang kita dapat secara tidak sedar selama berpuluh-puluh tahun kita hidup..
Abu Jarir’s last blog post..Ebook Rahsia Mudah Hamil Dilancarkan
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 11th, 2009 at 5:27 pm
@Abu Jarir,
MasyaAllah syeikh…
BENAR…memang BENAR sekali apa yang dikatakan tu…
Moga saya dapat amal…dan tak mencuai2kan doa2 ini.
InsyaAllah, sama2lah kita hafal doa2 tu dan amalkan.
Moga Allah terima amalan kita insyaAllah.
[Balas Di Sini]
Alhamdulillah la
Tapi seronok jugak tau.Dulu aku pernah nampak orang kat masjid aku buat macam tu.makan ikut sunnah nabi.dapat mengeratkan sirraturrahim sesama insan.
Tengok la dalam gambar diatas tu kan satu bekas.pakat-pakat makan sambil berbual.aper kata kalau korang nak tahu nikmat dia.korang buat macam tu.panggil beberapa kawab baik letak satu pinggan bsar dan makan bersama.baru dapat nikmat dia.
cubalah insyaallah…..
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 12th, 2009 at 9:09 pm
@putrisalju,
keluarga saya mengamalkan makan dalam talam.
Alhamdulillah…
memang nikmat dan banyak kelebihannya.
*makanan terasa lebih sedap dan enak.
*makanan rasa tak kurang dan tak lebih…cukup2 jer gitu.
*tak membazir…
*hubungan jadi lebih mesra dan akrab sesama kita.
*rasa kesyukuran dan rasa bersama tu sangat tinggi.
pendek kata…makan dalam talam ni…terasa sangat meriah dan best sangat…
saya cakap berdasarkan pengalaman saya…
tak caya? cubalah…
[Balas Di Sini]
nik Reply:
June 23rd, 2009 at 12:21 am
@PakarHowTo,
baru tadi nk listkan kelebihan makan dlam talam rupanya en.pakar dh list.
sy stuju.. saya mkn dlm talam bersama suami, ank2 kecik lg, diorang join bergantung pd menu..nikmat mkn gna talam ni hnya blh dirasa oleh yg penah mencubanya..
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 23rd, 2009 at 7:20 pm
@nik,
kalau nak senaraikan satu persatu kelebihan makan dalam talam ni memang banyak.
saya membesar dalam keluarga yang mengamalkan
makan dalam talam ni…
jadi, saya dapat rasa dan dapat lihat sendiri,
kelebihan dan keistimewaan amalan ini,
InsyaAllah, sama2lah kita amalkan sunnah ini,
sesungguhnya pada setiap amalan sunnah itu,
pasti ada keberkatan dan kelebihan.
[Balas Di Sini]
salam semua…saya pernah belajar makan ikut sunnah nabi masa ikut tabliq dulu tp dah lupa sbb x amal kan… bila baca artikal ni dh ingat balik terutama sekali pd doa… tq Gh syukri
[Balas Di Sini]
10Salam,
Saya juga makan dalam talam waktu kecil2 dulu tapi bila dah besar ni sunnah tu dah lama tak diamalkan sbb my husband tak biasa. so susah jugak ya nak tarbiah kalau tak biasakan. Nnti insyaAllah saya nak anak2 saya mulakan. InsyaAllah biar depa tak bergaduh lagi…
Rindu makan dlm TALAM…
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
June 24th, 2009 at 3:10 pm
@nur jannah,
aik…suami yang tak biasa?
hmm…jarang saya jumpa kes yang macam ni.
sebab selalunya, pompuan/isteri yang tak biasa.
macam kes saya laa…
isteri saya tak pernah makan dalam talam.
tapi saya, memang dibesarkan dengan amalan
makan berjemaah dalam talam sejak dari kecik…
[Balas Di Sini]
Salam.
dulu kecil2 biasa makan dlm talam, rindu rasanya. dah besar my other half tak biasa mkn dgn bebudak so tak leh nak praktis. NNti nak amalkan balik dgn anak2, insyaallah….
[Balas Di Sini]
12Semoga kita sama2 dapat amal yer
——————————————————————————–
Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
June 10, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
Pahala yang berlipat ganda
Keberkatan.
Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.
1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham?Hmmm..susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar ni.
Duduk makan cara sunnah…
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.
Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu
Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.
Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat
PAHALA
KEBERKATAN.
Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?
Buatlah pilihan yang bijak… hehe
[Balas Di Sini]
13saya ada satu kemusykilan mengenai unnah nabi dalam etika makan….ada rakan saya yang menyatakan bahawa menjadi sunnah jika ketika makan menutup kepala….adakah itu benar?….banyak hadis dan fatwa yang saya cari namun saya masih belum mendapat kepastian mengenai kebenaran tersebut
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 4th, 2009 at 1:48 pm
@nuraini,
Saya tak pernah dengar la pulak tentang ‘menutup kepala’ itu adalah salah satu sunnah ketika makan.
Apa2pun, kena tanya pada ustaz yang lebih berkelayakan. Saya ni bukan ustaz
[Balas Di Sini]
Askum..
Erm, masa saya baru berkahwin dulu adalah juga makan kat atas lantai beralaskan tikar mengkuang Melaka. terus bila kandungan saya sudah menginjak ke 7bulan memang sure badan, perut tidak mampu nak makan secara menunduk lagi..
Tapi sekarang suami sudah beli set meja makan daa..kalu balik kampung ha memang seronok sebab kami makan kat atas pangkin..sambil ditiup angin selat melaka..
[Balas Di Sini]
15As-Salam, Ada sorang teman se usaha kata (maaf cakap), kerana makan dlm keadaan kaki tergantung le byk yg kena sakit moden. Lagipun kalau kita yakin dgn apa juga sunnah yg NABI SAW tinggalkan pastinya tidak timbul sebarang masalah. Lagipun NABI SAW Pernah bersabda “barangsiapa dikalangan umatku yg menghidupkan salah satu dari sunnahku di akhir zaman (zaman fasya’ & munkar, dikurniakan ganjaran 100 pahala mati syahid). Maka jgn ada sebarang rasa was2 @ syak wasangka krn sunnah NABI SAW juga adalah dari kehendak ALLAH SWT jua hakikatnya. Wallahu a’lam bissawab.
[Balas Di Sini]
16mm…bila tngok pic kat atas tu….
teringt plak kat maktab…
kalu ader program…selalu jer mkn dlm talam…
mmg bagus mkn dlm dulang ni..
mengeratkn hubungan silaturahim & y penting….
x membazir…..
[Balas Di Sini]
17