Panduan cara bagaimana untuk membuat orang tertarik dan suka pada kita
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Tidak kurang 3 orang pembaca blog ini telah meminta saya untuk menulis mengenai panduan cara bagaimana untuk membuat orang tertarik dan suka pada kita.
Baiklah saya akan kongsikan dengan anda pengalaman dan cara yang saya amalkan.
Mungkin ramai diantara anda yang sedia maklum, saya sekarang bekerja sebagai translator atau penterjemah di sebuah syarikat Jepun. Kerja saya memang banyak berjumpa dengan orang (sebab kena jadi penterjemah bagi boss). Setiap hari saya akan berjumpa dengan ramai orang dari berbagai-bagai latar belakang dan umur.
Melalui pengalaman kerja saya (dah 6 tahun kerja) yang memang banyak bertemu dan berjumpa dengan orang ini, ada 2 perkara asas yang boleh anda lakukan, dalam usaha membuatkan orang yang anda jumpa, minat dan suka pada anda. Apakah 2 perkara asas tersebut?
- 1. Murahkan SENYUMAN
Cara paling mudah supaya orang tertarik dan suka tengok kita ialah tidak lain dan tidak bukan, SENYUM lah. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandangnya. Jadi, banyakkanlah senyuman. Senyum kepada sesiapa saja. Senyumlah dari hati. Senyuman dari hati akan jatuh ke hati.
Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang terlampau banyak. Tapi cuma 1 saya nak kata, senyuman sayalah yang menjadi asbab pertemuan saya dengan isteri saya sekarang.
Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.
* Bagi mereka yang susah nak senyum, lawatilah blog saya ini SmileMakeSmile.

- 2. Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)
Ini pun satu perkara yang cukup penting untuk diamalkan. Ucapan salam dan selamat bukan saja merupakan satu betuk doa kepada orang lain, malah ia mampu memberikan satu mesej getaran atau aura yang boleh membuatkan orang lain rasa dirinya dihormati dan dihargai.
Saya seringkali menerima ucapan salam dari pekerja Bangla yang bekerja di stesen minyak. Walaupun saya tak kenal dia, dan pekerja Bangla tu pun tak kenal saya, tapi dek kerana salam yang diberikan itu, membuatkan diri saya rasa dihormati. Saya juga rasa hormat dan kagum dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pekerja Bangla tu.
Pernah juga satu hari, ketika saya berjalan menuju ke surau di MidValley, ada seorang Pak Arab memberi salam pada saya, sambil melemparkan senyuman. Walaupun saya tak kenal Pak Arab tu, tapi dia telah beri salam dan senyum pada saya. Masa tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya. Seronok dan terharu sekali. Terus serta merta dalam hati saya, datang rasa hormat dan suka pada Pak Arab tu (walaupun saya tak kenal dia).
Kisah sebaliknya. Di kilang tempat saya bekerja ni, ada seorang boss (orang Jepun). Boss ni sebenarnya seorang yang baik hati dan pemurah. Saya sudah bekerja dengan dia sejak tahun 2003 lagi. Jadi saya memang kenal dia. Masalah boss saya ni, cuma ada 1 jer. Boss saya ni tak suka senyum dan jarang beri ucap selamat pada orang. Kadang-kadang, orang ucap selamat pagi pun dia tak balas.
Disebabkan oleh sikapnya yang jarang senyum dan jarang beri ucap selamat ni, boss saya ni terkenal sebagai seorang yang sombong dikalangan pekerja di kilang ni. Walaupun dia seorang yang baik hati dan pemurah (selalu belanja saya makan di restoran2 yang mahal dan selalu beli buah tangan dari Jepun untuk saya), tapi disebabkan dia susah nak beri ucap selamat, maka orang lain ingat dia sombong dan berlagak. Sedangkan saya kenal dia, boss saya tu bukanlah seorang yang sombong dan berlagak.
Tapi apa boleh buat, walaupun dia baik, tapi dari pandangan mata orang lain, dia seorang yang sombong dan tidak baik. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya, dia jarang senyum dan jarang beri salam atau ucap selamat pada para pekerjanya.
Sekian, itulah 2 perkara asas yang sangat penting untuk anda amalkan supaya orang lain suka dan tertarik pada anda.
- Murahkanlah SENYUMAN
- Sebarkanlah SALAM
* Info Tambahan *
Satu lagi usaha yang boleh anda buat untuk membuatkan orang lain tertarik,suka dan sayang pada anda ialah dengan membaca jampi, ayat atau doa pengasih. Berminat nak belajar ilmu pengasih? Klik Sini.
Sekian, semoga dapat amalkan ilmu yang kita dapat.

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2









Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


ye… betul tu tip2 di atas. Lagi satu saya nak tambah kita juga perlu bersikap jujur dan ikhlas pada seseorang. kalau setakat beri senyuman yang tak ikhlas pun tak boleh juga kan??.
So, jujur dan ikhlas adalah penting untuk membuatkan orang suka dan tertarik pada kita
[Balas Di Sini]
Asma' Reply:
December 25th, 2009 at 12:16 pm
@Akezna,
mm…betol tu…
[Balas Di Sini]
yanti Reply:
August 17th, 2010 at 9:52 am
sy pun setuju juga.klu senyum x ikhlas pun x guna juga.nti mcm senyum kambing plk.
[Balas Di Sini]
sue Reply:
June 13th, 2010 at 7:27 pm
betul2…su sokong sangat…ala…bukan susah sgt pon nak senyum tu…tpi jgnlah senyum gatai lak..memang nk kena penyepak tuh…hahahaha
[Balas Di Sini]
salam… dah lamer tak lawat blok pakar howto.. bukan aper sibuk memanjang bekerja n banyak berehat coz dah berbadan dua la katakan. thanks pada pakar how to coz yg tak jemu2 hantar artikel pada email saya. untuk tip di atas saya setuju sesangat, kita kalau nak org tertarik ngan kita n suka pada kita kita lah yang kene mulakan dulu….cam senyum n salam 2. kalu nak harap org lain yg mulakan dulu. sampai bila pun kita ni takder kawan n orag pun takut nak tegur kita..wasalam
[Balas Di Sini]
2Dah click Nuffnang.
Rajin sungguh tulis panduan mcm nie. Mmg berguna.
Jom singgah website saya and promote blog nie sekali
[Balas Di Sini]
3ya..betul2 tu saya setuju dgn info tersebut. Mmg betul pun kita ni kena senyum, manis muka baru la ramai kawan n org pun tak takut nak berkawan dgn kita. Lagipun tak rugi ape pun senyum tu kan satu sedekah.
[Balas Di Sini]
4Salam Isnin.
Hmmm….. Kenali Diri Sendiri dengan Lebih Tepat & Mendalam, yakni mafhum hamba ialah kaji mengenal diri melalui kaedah astrology, Rahsia Tarikh Lahir, Nombor Peribadi, Warna Peribadi dan yang seumpamanya.
Setiap dari diri kita telah dianugerahi oleh ALLAH ROBBUL JALIL dengan Kelebihan, Kekuatan & Keunikan serta Kejanggalan, Kepelikan & Keanehan tertentu yang tersendiri.
Maka gunakanlah kesemua elemen2 tersebut ke tahap seoptima yang bisa termampu dengan penuh hemah lagi bijaksana yang kena pada lokasi, waktu & kondisi yang cantek (sesuai), mengikut perkembangan semasa.
Maka untuk hajat ini, singgah le ke blog hamba. Di situ hamba ada infokan berkenaan Astrology Rahsia Tarikh Lahir, ikutilah kursus hebat dengan pakej menarik & berpatutan yang ditawarkan oleh Penceramah AbangLong.
Serta untuk tambahan, cek di seksyen STM, berkenaan Rahsia Warna Diri oleh Dr Wan Alya Zara.
Sekian, harap maklum.
Salam Zahir+Batin.
[Balas Di Sini]
zura Reply:
February 13th, 2010 at 12:55 pm
macam mana nak tahu semua tu??
[Balas Di Sini]
selawat je 100x sehari, insyaAllah org sentiasa suka kita….
[Balas Di Sini]
6mm…betul tu…
satu cara mudah tuk dpt tanggapan pertama y baik adlah dengan
“SENYUM”
[Balas Di Sini]
rosse Reply:
April 28th, 2010 at 12:36 am
boleh saya bertanya..saya mahu daftar sebagai translator bagaimana?????
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
April 28th, 2010 at 1:33 am
@rosse,
maaf, saya belum pernah mendaftar di mana2 sebagai translator setakat ini.
jadi, saya pun memang tak tahu macammana nak daftar.
kerja saya sekarang memang translator,
tapi translator dalam syarikat,
bukan professional translator spt yang dilihat di TV tu.
[Balas Di Sini]