Panduan Cara Bagaimana Lelaki Gemuk Nak Pikat Perempuan
Pada 13 Ogos 2009 lepas kira-kira jam 6:59 petang, blog pakar telah menerima 1 komen dari “bertanya tip”, meminta saya untuk menulis tentang cara bagaimana lelaki gemuk dapat memikat seorang perempuan yang disukainya.
Saya dah bertanyakan kepada beberapa kawan perempuan dan juga isteri saya tentang perkara ini. Saya suruh mereka bayangkan, katakan ada seorang yang gemuk ingin memikat mereka. Apakah yang akan mereka nilai dari seseorang yang cuba memikat dirinya?
Berikut ini adalah hasil kaji selidik yang saya buat ke atas beberapa orang kawan perempuan, termasuk isteri saya.
1. Dekati orang yang diminati itu sebagai seorang kawan
Cuba berkenal-kenalan dan berkawan baik dengan si dia tu dulu. Layanlah si dia selayaknya sebagai seorang kawan pada permulaannya. Jangan sesekali luahkan perasaan hati anda pada peringkat permulaan. Just berkawan macam kawan biasa dulu. Ini sangat penting sebab kalau anda terus luahkan perasaan, dan cuba-cuba untuk mendesak si dia menerima anda sebagai teman istimewa, nanti si dia akan berasa tidak selesa dan menyampah dengan anda. Mungkin si dia akan menganggap anda sebagai seorang yang ‘tak sedar diri’. “Badan gemuk, tapi muka tak malu nak mengorat aku yang comel ni”, haa itu mungkin kata-kata yang bermain dalam hati si dia kalau anda luahkan perasaan anda dengan melulu, tak sabar-sabar.
So, tip pertama ialah DEKATI SI DIA SEBAGAI KAWAN.
2. Buatkan si dia selesa apabila bersama dengan anda
Ni paling penting kata kawan-kawan perempuan saya. Kalau anda ingin memenangi hati seorang perempuan, pastikan anda layan si dia tu dengan baik dan buatkan si dia selesa untuk bergaul dengan anda. Jangan sekali-kali buat dia rasa rimas. Kalau boleh, ikutkan saja kemahuan dan keinginan si dia tu. Tapi AWAS, anda janganlah pula jadi ‘pak turut’ yang bodoh. Semua dia cakap anda kata YES, YES. Ada kalanya mungkin anda kena ada pendirian dan sedikit ego anda sebagai lelaki. Kadangkala, perlu juga tunjukkan kejantanan anda pada dia.
Namun, tips kedua yang perlu anda praktikkan dalam usaha untuk memikat wanita idaman anda ialah, PASTIKAN SI DIA SELESA DENGAN ANDA!
3. Tonjolkan sikap baik dan penyayang anda.
Kalau nak fikir dari segi logiknya, disebabkan anda seorang yang gemuk, pastilah anda ada kekurangan dari segi daya tarikan atau dari segi fizikal luaran anda. Pastilah kalau nak dibandingkan anda yang gemuk dengan lelaki lain yang macho dan berbadan tegap, maka anda akan ‘tenggelam’. Tiada siapa yang akan pandang anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, cuba tunjukkan akhlak mulia dan sikap anda yang baik. Contohnya, cuba tunjukkan bahawa anda ini seorang yang penyayang, seorang yang boleh menjadi pendengar yang baik, seorang yang hormat orang tua, seorang yang ada pendirian, seorang yang mesra dan mudah didekati, seorang yang pandai berjenaka, seorang yang pembersih, seorang yang pemurah dan sebagainya. Sikap yang sebegini, sekiranya anda dapat tonjolkan, pastinya si dia akan lebih menghormati dan suka dengan anda.
Tips ketiga - TONJOLKAN KEBAIKAN ANDA!
4. Bantu dan tolong si dia apabila si dia ditimpa musibah atau masalah.
Kalau si dia ada ditimpa apa-apa masalah, bantulah dia sebaik mungkin. Cuba selesaikan masalah dia. Haaa kalau anda dapat tologn dia di saat dia dalam kesusahan, pastinya anda akan dapat ‘markah’ lebih. Si dia akan terhutang budi dengan anda, maka inilah peluang anda untuk mendekatinya dan memenangi hatinya. Tapi satu saya nak ingatkan, kalau nak tolong tu, tolonglah dengan seikhlas mungkin. Sebab pertolongan yang ikhlas, akan meninggalkan kesan pada hati si dia. Sebaliknya kalau anda tolong sebab ada udang disebalik batu, saya rasa, si dia pun mungkin dapat mengangak bahawa anda tolong dia sebab anda ada sesuatu yang anda nak dari dia. Jadi, pastikan anda tolong dengan seikhlas mungkin.
Tips keempat - BANTUA SI DIA YANG DALAM KESUSAHAN!
Sekian, cukuplah 4 tips tu untuk diamalkan. Sebenarnya ada banyak lagi tips yang diberikan oleh isteri dan kawan-kawan saya semasa sessi soal jawab yang saya buat. Tapi saya tak larat dah nak menaip dan mengarang ayat…huhu.
Apapun, kalau ada pembaca-pembaca blog pakar yang ingin menambah tips, silakanlah. Kemukakan idea dan pandangan anda di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Artikel lain yang best-best...
Email Artikel Ini Kepada Kawan2










Bagus betul tips ni. Kalau aku la yang menjadi TOPIK utama dalam entri ni, pasti aku kegembiraan setelah membacanya. Nice article bro!!!2 ibu jari diangkat seraya jari-jari lain menguncup tunduk…
P/s: tiada kaitan dengan idop dan mati.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 21st, 2009 at 7:45 am
@boy_bersahaje,
waah…boy ada komen di blog ini…
terasa bangga gitu…hehe
aku tgh berusaha untuk terokai globat market plak.
harap dapat tunjuk ajar di forum sana
[Balas Di Sini]
salam…sy pembaca setia home nie..sebelum ni sy ada simpan seme ilmu penting y sy copy dari page ni…cuma sekarang sy nk mintak kebenaran utk paparkan dalam blog sy utk tatapan sy dan juga org lain..harap dapat keizinan..
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
August 21st, 2009 at 7:42 am
@syira,
dipersilakan, tiada sebarang halangan.
tapi kalau boleh, letakkan alamat blog ini
di akhir artikel yang dipaparkan…
terima kasih
[Balas Di Sini]
syira Reply:
August 21st, 2009 at 10:51 pm
terima kasih..
[Balas Di Sini]
Askum..
Salam jumaat semua..
Waduh CANTIK! daa panduan itu..
Tapikan selalu yang saya ketemu orang yang berbadan comel-comel nie
kebiasaannya mereka adalah seorang yang suka buat lawak.jika kita
dekati mereka mahu tak kering gusi dibuatnya..he.he..
[Balas Di Sini]
3Yusmafiq….
Panduan cara bagaiman lelaki gemuk nak pikat perempuan..
1. anda kenalah kurus dulu…
sorry ye gurau je…
anyway thanks, pakarhow2 dengan panduan2 yang berguna…
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN
[Balas Di Sini]
4Askum
HARAP-HARAP PADA INSAN “bertanya tip” dapat menginguti panduan diatas yea..
[Balas Di Sini]
5Tips yang menarik…
Bagi saya orang gemuk nie comel dan penyayang…
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 25th, 2009 at 12:00 pm
@IzzuMMy,
hik..hik..
saya memang suka orang yang bersikap begituLAH IzzuMMY..LAYAN..
[Balas Di Sini]
Bagi saya kalau nak pikat cowok cekap tu, senang saja, jumpa emak bapanyanya hantar terus pinangan, nikah dan terus kawin, buat apa susah2, kalau jodoh tak kemana, jangan marah ah!!!!!
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 30th, 2009 at 12:44 pm
@mahamid,
wah..nie kes semuanya on the sport..segalanya pantas dan cekap..
[Balas Di Sini]
apa yang pakar tulis tu betul le tu.. pada sapa yang bertanya tu, amal2kan lah ilmu yang telah diberi… cuba dulu, mesti berkesan.. dan satu nak pesan, jangan tipu perempuan, perempuan tak suka..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
August 26th, 2009 at 12:25 pm
@ct maliha,
betul..betul!saya setuju akan ct maliha..:)
[Balas Di Sini]
bagus betulla blog ni. walaupun baru cuba rasa ianya berkesan.tima kasih
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 30th, 2009 at 12:46 pm
@acik,
salam acik..
terima kasih kerana anda telah mencuba panduan ini.suri berharap agar anda akan terus mempunyai keberanian kerana itu adalah sikap keyakinan yang harus ada dalam diri setiap manusia..
[Balas Di Sini]
Koleksi ilmu pengasih (NUSANTARA) layari http://teknikaksi.webs.com/
[Balas Di Sini]
10mereka yang comel ni best tau.loving,baik… lin suka kat yang comel2…(sekarang dh jd hubby)… he’s so loving.tp kes lin terbalik… lin yg tackle dia.khkakhakhkhahka….
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
December 30th, 2009 at 12:47 pm
@lin, ‘
cak! lin
so sweet ..
[Balas Di Sini]
ndia Reply:
March 5th, 2010 at 10:10 am
@lin,
hehehehehe..smoga brbahagia clalu yee,amin…
[Balas Di Sini]
sye bca panduan ni mcm nak wat btul2 lak…sbb sye ne gemuk…spe lah sye ni kan…
[Balas Di Sini]
ndia Reply:
March 5th, 2010 at 10:09 am
@sye ni tembam,
awk xbleh mrendah dri sgt yee….
msing2 mmg ad keistmewaannye…awk kna ykin pd dri sndiri…..
[Balas Di Sini]
memikat si dia.hehehe……. tak berani saya.tapi tip
diatas tu cukup untuk diamalkan.
[Balas Di Sini]
13