Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Panduan Berbeza Pendapat Mengenai Sesuatu Masalah Agama

August 11, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Saya sangat suka berbual dan berbincang dengan kawan-kawan saya tentang pelbagai perkara. Terutamanya tentang politik dan masalah-masalah ummat akhir zaman.

Yer lah, apabila berbincang dengan ramai orang. Bukan semua pendapat dan pandangan kita tu akan sama dengan orang lain. Apabila berlakunya pertembungan pendapat, maka kematangan dan sifat berlapang dada adalah sangat penting.

Saya pernah beberapa kali juga bertegang leher dan bertengkar dengan kawan-kawan saya tentang beberapa isu. Namun, Alhamdulillah, oleh kerana kami masing-masing boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pendapat yang timbul, hubungan kami masih sangat baik. Malah, sehingga ke hari ini, kami kadang-kadang akan berjumpa di kedai mamak untuk berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai perkara dan isu semasa.

Pada pendapat saya, dalam hal yang berkaitan dengan perkara agama terutamanya, maka adalah LEBIH BAIK kita MENDIAMKAN DIRI sekiranya kita tidak arif tentangnya. Jangan sekali-kali cuba berdebat mengenai sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak pasti. Takut nanti, kita berbalah sesama sendiri, sedangkan kita sebenarnya jahil mengenainya.

Kelmarin, ada seorang sahabat saya ada mengirimkan 1 artikel yang sangat baik untuk kita sama-sama baca dan ambil peringatan mengenainya. Artikel tersebut adalah mengenai “Panduan Berbeza Pendapat Mengenai Sesuatu Masalah Agama

Bacalah dan sama-sama lah kita mengambil pengajaran daripadanya.

Panduan Berinteraksi Dengan Khilaf Ulama

Sebagai orang awam yang bukan bertaraf mujtahid, kadangkala kita merasa kebingungan apabila berdepan dengan suatu masalah feqah yang ada perselisihan pendapat. Kerana bagi orang awam, apabila berdepan dengan satu masalah feqah yang tidak diketahui hukumnya, dia mesti merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian. Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam ayat yang bermaksud, “Maka bertanyalah kepada ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahui” (Al-Nahl: 43).

Tetapi, bagaimana pula jika antara jawapan para ulama, para mufti, atau para ustaz terdapat percanggahan antara satu sama lain? Yang mana satukah yang paling betul untuk dipegang? Adakah boleh dia memilih mana-mana pendapat mengikut kesesuaian dirinya? Atau dia wajib memilih pendapat yang paling sahih? Jika wajib memilih pendapat paling sahih, bagaimana seorang awam mampu menilainya sebagai sahih?

Penyelesaian kepada persoalan ini ialah perlunya kita mengetahui kaedah berinteraksi dengan khilaf ulama. Kaedah-kaedah ini dibuat supaya orang awam tidak kebingunan dan akhirnya mengambil jalan mudah iaitu pilih mana-mana pendapat yang disukai. Memilih mana-mana pendapat tanpa ada prinsip adalah satu tindakan yang salah. Ia ditegah oleh sekalian ulama.

Ibn as-Solah berkata, “Ketahuilah, sesiapa yang memadai dalam fatwa dan amalannya dengan mengikuti satu-satu pendapat dalam suatu masalah, dan beramal dengan mana-mana pendapat yang disukai, tanpa melihat dan bergantung kepada kajian dalam mentarjihkannya, maka sesungguhnya dia adalah jahil dan melanggar ijmak”.

Manhaj yang perlu dilalui dalam menyaring dan memilih pendapat para ulama, ialah berpandukan kaedah-kaedah di bawah:

PERTAMA: Apabila terserlah bahawa satu-satu pendapat lebih kuat dan rajih berbanding pendapat-pendapat lain, berdasarkan dalil masing-masing, maka hendaklah memilih pendapat yang paling kuat dalilnya.

Bagi orang awam, dua orang mujtahid yang berselisih pendapat diibaratkan sebagai dua dalil yang bercanggahan. Sebagaimana seorang mujtahid wajib membuat pemilihan antara dalil-dalil, begitulah seorang awam mesti membuat pemilihan antara pendapat dua orang mujtahid.

Timbul persoalan, bukankah orang awam tidak mampu untuk mentarjih (memilih pendapat)? Ya, Orang awam tidak dituntut mentarjih seperti kaedah mujtahid mentarjih. Ia cukup rumit. Orang awam hanya mentarjih antara dua pendapat yang muktabar. Lagipun, tidak benar mengatakan orang awam langsung tidak mempunyai kemampuan memilih atau memahami dalil. Walaupun tidak menyamai taraf mufti dan mujtahid, sekurang-kurangnya dengan mendengar hujahan mereka, seorang awam dapat membuat keputusan pendapat mana yang dilihat kuat.

Jika tidak mampu untuk melihat kekuatan pendapat berdasarkan hujahan masing-masing, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.

KEDUA: Mengambil pendapat majoriti ulama, dan ditarjihkan oleh ramai ahli ilmu. Kerana dengan cara memilih pendapat kebanyakan ulama, kemungkinan untuk berlaku kesilapan adalah lebih tipis, berbanding dengan mengambil pendapat yang dipilih oleh segelintir atau beberapa ulama sahaja.

Jika kaedah ini tidak dapat diaplikasi disebabkan bilangan yang sama atau hampir sama, sehingga tidak kelihatan salah satu pendapat mempunyai kelebihan dari sudut bilangan mujtahid yang mendokongnya, maka hendaklah berpindah kepada kaedah yang seterusnya.

KETIGA: Mengambil pendapat ulama yang dilihat lebih tinggi ilmunya dan kelihatan lebih warak dan bertaqwa daripada yang lain. Kerana taqwa kepada Allah adalah salah satu faktor mendapat petunjuk Allah kepada pendapat yang lebih benar.

Ketinggian ilmu dan ketaqwaan seseorang ulama boleh diketahui berdasarkan kemasyhurannya, rujukan penuntut ilmu terhadapnya, atau melalui pengalaman kita mendengar dia menjawab soalan dan menyebut hujahan.

Jika orang awam tidak mengetahui perihal keilmuan dan ketaqwaan antara muft-mufti, dan baginya mereka sama sahaja, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.

KEEMPAT: Mengambil pendapat yang paling berjaga-jaga atau paling selamat (Ihtiyath). Contohnya, mufti A berfatwa hukum sesuatu masalah ialah wajib, dan mufti B berfatwa hukumnya sunat. Berdasarkan kaedah ini, hendaklah memilih pendapat mufti A kerana ia lebih berjaga-jaga. Begitu juga antara fatwa haram dan harus, hendaklah memilih fatwa haram kerana lebih selamat.

Diriwayatkan bahawa Al-Laits bin Saad berkata, “Apabila datang perselisihan, kami mengambil yang paling ihtiyath (berjaga-jaga atau selamat)”.

Jika kaedah mengambil langkah jaga-jaga tidak boleh digunakan kerana tidak jelas, atau mengambil pendapat yang berjaga-jaga membawa masyaqqah, maka bolehlah berpindah kepada kaedah terakhir.

KELIMA: Mengambil pendapat yang paling mudah antara pendapat-pendapat yang muktabar. Kerana dimaklumi bahawa syariat Islam dibina di atas prinsip memudahkan dan tidak memberatkan umat. Banyak ayat-ayat Quran dan hadis yang menjelaskan prinsip ini. Nas-nas itu menjadi saksi bahawa boleh mengambil pendapat yang paling ringan dalam situasi kepayahan.

Tetapi kaedah memilih pendapat paling ringan hanya boleh diaplikasi setelah keempat-empat kaedah sebelum itu tidak dapat digunakan. Jangan terlalu mudah melangkah kaedah-kaedah tersebut untuk mencapai kaedah terakhir ini. Seseorang yang terlalu kerap menggunakan kaedah mengambil pendapat mudah, perlu memperbanyakkan muhasabah adakah dia benar-benar memahami manhaj ini?

PENUTUP:

Demikian manhaj yang perlu dilalui oleh seseorang yang bukan mujtahid dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat di hadapannya. Lima kaedah yang perlu diikuti, supaya pemilihan satu-satu pendapat adalah berdasarkan prinsip dan bukan hawa nafsu semata-mata. Lima kaedah tersebut ialah:

i- Yang disokong oleh dalil.
ii- Yang disokong oleh majoriti.
iii- Yang lebih alim dan bertaqwa.
iv- Yang lebih berjaga-jaga.
v- Yang lebih ringan.

Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Ikhtilaf Al-Mufteen, oleh: as-Syeikh as- Syarif Hatim
(http://abuumair1.wordpress.com/)

Artikel lain yang best-best...

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Tolong Klik Banner Di Bawah Ni Yer ;)

6 Comments to “Panduan Berbeza Pendapat Mengenai Sesuatu Masalah Agama”


  1. Assalamualikum sahabat2 sekalian, saya bukan nak komen tapi nak beri sedikit ilmu untk dikongsikan bersama iaitu 9 JENIS ANAK SETAN :-

    Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar! hasutan mereka.

    Sampaikan kepada sekalian muslimin / muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya’Allah.

    Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

    1. ZALITUUN
    Duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang - barang yang tidak perlu.

    2. WATHIIN
    Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

    3. A’AWAN
    Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

    4. HAFFAF
    Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat - tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

    5. MURRAH
    Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

    6. MASUUD
    Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

    7. DAASIM (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
    Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai - berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak - anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
    8. WALAHAAN
    Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

    9. LAKHUUS
    Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari.

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mahamid,
    Terima kasih banyak atas info ini.
    Alhamdulillah, saya dapat belajar ilmu baru.

    So, janganlah kita pi bubuh nama anak2 kita nanti
    dengan nama2 anak syaitan ni plak yer…hehe

    [Balas Di Sini]

    Leyna Reply:

    @PakarHowTo, betul tu pakar..jgn pulak bubuh nama anak2 dgn nama2 anak syaitan ni..

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Ini pun sama juga bukan nak tingal kan komen tapi ingin mau kongsi ilmu semoga ianya dapat memberikan manfaat kepd kita semua, amin

    DEFINASI MUKJIZAT
    Mukjizat membawa maksud suatu keadaan yang luar biasa berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah sebagai membuktikan kerasulan rasul-rasul yang telah dilantik.
    TUJUAN MUKJIZAT DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA RASULNYA.
    Diantara tujuan utama Allah memberikan mukjizat kepada RasulNya ialah untuk membuktikan kebenaran dakwah yang disampaikan. Ini kerana setiap dakwah pada masa dahulu yang tidak disertakan dengan bukti nescaya pendakwahan itu akan ditolak mentah-mentah.
    JENIS-JENIS MUKJIZAT
    Mukjizat boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:-
    1. MUKJIZAT HISSY
    Mukjizat hissy ialah mukjizat yang dapat dicapai dan dirasai oleh pancaindera. Mukjizat jenis ini lebih mempengaruhi jiwa umum dan ianya mudah dimengerti oleh semua golongan manusia. Kebanyakan mukjizat yang Allah beri kepada para nabi dan rasul dari kalangan bani Israelialah berupa mukjizat hissy.
    Ini kerana umat manusia pada masa itu kecerdasan mereka terlalu rendah. Sebagai contohnya, mukjizat nabi Musa a.s adalah terletak pada tongkatnya yang boleh bertukar menjadi ular. Manakal Nabi Isa a.s pula boleh menyembuhkan penyakit sopak, menghidupkan orang yang sudah mati dan sebagainya.
    2. MUKJIZAT AQLI
    Mukjizat Aqli ialah mukjizat yang hanya dapat difahami oleh manusia dengan akal serta mata hati sahaja. Mukjizat jenis ini hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad sahaja iaitu Al Quran. Di samping itu Nabi Muhammad saw juga mempunyai mukjizat hissy, ini kerana umat yang dihadapi oleh Nabi Muhammad saw adalah bersifat yang kian hari kian maju fikirannya. Dengan lain perkataan mukjizat Al Quran itu boleh difahami dengan menggunakan akal fikiran yang murni dan mata hati memandangkan kandungannya adalah sesuai dengan ilmu pengetahun dan akal manusia serta terang terbukit kebenarannya.

    ANTARA MUKJIZAT DAN KERAMAT
    Keramat atau karomah juga adalah tergolong dalam hal-hal yang luar biasa yang terdapat pada diri seorang Wali Allah. Akan tetepi cara ianya tidak disertai dengan dakwah kenabian.
    ANTARA MUKJIZAT DAN SIHIR
    Antara mukjizat dan sihir ada beberapa perbezaan yang nyata. Sebagaimana yang telah dimaklumkan, mukjizat adalah kurniaan Allah kepada rasul atas permohonan rasul untuk membuktikan kerasulan dan kebenarana kata-kata dan dakwahnya.
    Walaupun sihir dipandang luar biasa dari segi zahirnya, namun ia dapat dihalang daripada berlaku. Ini kerana sihir itu dapat berlaku dengan usaha orang-orang yang mengetahui sebab-sebab untuk melakukannya. Selain dari itu sihir adalah bersumber dari jiwa yang jahat dan bertujuan untuk menimbulkan kejahatan dan kerosakkan. Sedangkan mukjizat itu bertujuan untuk kebaikan dan sebagai petunjuk kebenaran.
    MUKJIZAT NABI ISA A.S
    Nabi Isa a.s adalah nabi dan rasul yang terakhir sekali sebelum datangnya Nabi Muhammad saw. Satu daripada keganjilan yang melingkungi kisah hidupnya ialah tentang kelahirannya yang tidak berayah. Inilah perkara yang menjadi punca kesesatan kaum Bani Israel dan Nasrani. Orang-orang Yahudi di zama Isa enggan meyakini kerasulannya manakala orang-orang Nasrani pula sesat kerana meyakini Nabi Isa sebagai anak Tuhan.
    Sejak dari kecil lagi Nabi Isa telah menunjukkan sifat-sifatnya yang cemerlang, kebijaksanaan dana kecerdikannya pula melebihi orang dewasa.
    Allah menganugerahkan kepadanya berbagai hikmat, ilmu dan kebolehan yang luar biasa. Nabi Isa disunat dan dikhatankan ketika berumur lapan hari mengikut syariat Nabi Musa a.s. Kemudian apabila baginda telah mencapai usia 12 tahun baginda telah dibawa oleh ibunya iaitu Maryam ke Baitul Maqdis kerana pemuda-pemuda di situ suka berpoya-poya dan membuang masa dengan bermain-main tanpa membuat sesuatu yang berfaedah kepada diri dan masyarakat.
    Masanya dipenuhi dengan belajar agama dan ilmu-ilmu lain yang berfaedah. Beliau suka bertanya apa sahaja yang beliau tidak faham, malah suka berdebat pula kalau perkara yang dikemukakan kepadanya dianggap tidak benar. Cara ini tidak digemari oleh ulama dan pendita kerana beliau suka membantah pendapat mereka.
    Bukan sekadar para ulama dan pendita sahaja yang tidak gemar dengan sikapnya itu termasuk juga dengan raja yang memerintah negeri itu. Raja itu yang bernama Hirodus tidak begitu gembira dengan kebijaksanaan dan keberaniannya yang suka berdebat itu. Raja itu bimbang Nabi Isa akan menggugat kedudukannya sebagai raja pemerintah.
    Raja itu mengambil keputusan untuk membunuh Nabi Isa a.s. Bagaimanapun keputusan raja itu telah diketahui oleh Nabi Isan dan Maryam melalui kawan-kawan yang simpati dengannya. Dengan segera Maryam membawa Nabi Isa ke Mesir untuk menghindarkan diri dari ancaman Hirodus.
    Kebanyakan nabi-nabi yang diutuskan menjadi rasul ketika berumur 40 tahun tetapi Nabi Isa diutus menjadi rasul ketika berumur 30 tahun.
    Beliau menerima risalah kerasulannya yang diamanahkan kepadanya oleh Allah untuk disampaikan kepada kaum Bani Israel yang sudah menyeleweng dari ajaran-ajaran Nabi Musa a.s. Ketika itu Bani Israel telah banyak merosakkan syariat Nabi Musa dengan meninggalkan hukum-hukum dan perintah-perintah agama.
    Nabi Isa menerima tugas kerasulan ketika beliau bersama ibunya berada di atas Bukit Zaitun. Pada masa itu beliau dan ibunya hendak bersembahyang. Nabi Isa a.s melihat cahaya yang bersinar yang diiringi oleh kumpulan malaikat yang ramai jumlahnya. Malaikat-malaikat tersebut mengelilinginya. Kemudian datang malaikat Jibril kepadanya, lalu membawa kepadanya sebuah kitab yang berkilau-kilau bagai cermin.
    Selepas beliau turun dari bukit Zaitun, Nabi Isa mengisytiharkan dirinya sebagai rasul dan meminta umatnya kembali kepada syiar Nabi Musa iaitu hari Sabtu dikhaskan untuk beribadat dan membuat kebajikan. Tetapi Bani Israel telah menggunakannya untuk berfoya-foya juga mencari harta kekayaan. Manakala hartawan pula tidak mahu mengeluarkan zakat dan bersedekah kerana takut miskin dan papa.
    Perkara-perkara maksiat dan perbuatan fasik menjadi amalan mereka sehari-hari. Tiada ada lagi peraturan dan bertatatertib kerana tidak ada orang yang menegurnya. Ulama mereka pula berlagak seperti orang soleh tetapi secara rahsia dan diam-diam mereka melakukan maksiat.
    Ketika Nabi Isa mengisytiharkan dirinya sebagai rasul, masyarakat Bani Israel benar-benar tenat dalam fahaman, akidah dan moral. Beliau mengajak umat itu kembali ke jalan yang benar. Beliau menegah mereka dari melakukan maksiat dan menyeru mereka mengikuti ajaran kitab Taurat yang sebenarnya.
    Oleh kerana dakwah Nabi Isa semakin kuat, ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin lain Bani Israel telah mengadakan rundingan untuk menentukan kedudukan mereka dan juga kegiatan Nabi Isa. Meraka berusaha mencara kata sepakat untuk menentang dan menyingkirkan pemimpin baru itu di dalam masyarakat Bani Israel.
    Hasil rundingan itu, mereka bersetuju mengadakan perlawanan dan menentang Nabi Isa dengan apa cara sekalipun supaya Nabi Isa tersingkir daripada masyarakat Bani Israel.
    Usaha mereka yang pertama iaitu menghasut rakyat Bani Israel supaya menentang Nabi Isa. Mereka adalah fitnah dan pelbagai tuduhan termasuk mengatakan beliau adalah pendusta.
    Hasutan dan fitnah ulama-ulama masyarakat Bani Israel itu Nampak berkesan. Rakyat mulai menentang Nabi Isa. Mereka tidak percaya dengan seruan, tegahan dan saranan beliau. Mereka mula mengejek-ngejek Nabi Isa dan mereka menuntut supaya Nabi Isa membuktikan kebenaran perutusannya dengan tanda-tanda yang boleh mereka lihat sendiri. Tututan itu sebenarnya hanyalah sengaja diada-adakan untuk menghilangkan kewibawaan Nabi Isa dan untuk memalukannya kalau tidak dapat membuktikannya.
    Tetapi bagi Nabi Isa memang Allah telah sediakan mukjizat dan bekalan yang cukup untuk mematahkan segala tuduhan dan tohmahan yang sengaja diada-adakan terhadapnya. Sejak kecil lagi ketika masih bayi beliau boleh bercakap dengan fasih untuk membuktikan kebenaran kata-kata ibunya Maryam.
    Sekarang mukjizat Nabi Isa terpaksa digunakan untuk membuktikan kenabian dan kerasulannya sendiri seperti yang dikehendaki oleh masyarakat Bani Israel.
    1. Mukjizat menjadikan Burung Dari Tanah Liat.
    Beliau menyatakan bahawa beliau boleh mencipta seekor burung yang dibuat dari tanah liat dan boleh hidup serta terbang dengan izin Allah. Kemudian beliau mengambil segumpal tanah liat lalu beliau memicit-micit tanah liat itu sehingga terbentuk menjadi seekor burung kemudiannya ditiup tanah liat itu. Dengan izin Allah maka tanah liat itupun bertukar menjadi burung hidup dan terus terbang sambil bersiul.
    Kaum Bani Israel merasa kagum melihat kebolehan Nabi Isa itu, tetapi para ulama menyifatkan semuanya itu hanyalah permainan sihir semata-mata.
    2. Mukjizat mencelikkan orang buta
    Mendengar tohmahan dan tuduhan itu orang ramai menjadi riuh rendah dan mengejek Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa tidak sedikitpun berasa kecewa lalu beliau pun berkata bahawa beliau boleh menyembuhkan orang buta. Kemudian Nabi Isa pun dibawa kepada seorang yang memang buta sejak lahir. Setelah orang buta itu mengekati Nabi Isa lantas beliau mengusap mata orang buta itu. Dengan sekelip mata, orang buta itu boleh melihat.
    Orang ramai kehairanan dengan kejadian itu kerana hanya dengan diusap perlahan-perlahan oleh Nabi Isa, orang buta boleh menjadi celik semua. Bagaimanapun pertunjukan itu masih tidak memuaskan hati mereka. Mereka tetap berdegil dan tidak mahu mempercayai dan beriman kepadanya.
    3. Nabi Isa menghidupkan orang yang telah mati.
    Sikap orang-orang Bani Israel tidak juga berubah, mereka masih mahu Nabi Isa melaksanakan janjinya hendak menghidupkan orang yang mati dengan mata kepala mereka sendiri.
    Kini tampillah Nabi Isa untuk menunaikan tuntutan kaum Bani Israel itu. Nabi Isa akan membuktikan kenabiannya dengan menghidupkan orang yang telah mati. Setelah beberapa mayat dibawa di hadapan Nabi Isa lalu Nabi Isa mengusap-ngusap badan mayat itu, maka dengan izin Allah akhirnya orang itu Berjaya dihidupkan.
    Akan tetapi masyarakat Bani Israel berbelah bahagi, ada yang percaya dan ada yang tidak. Sebahagiannya percaya apa yang dibuktikan oleh Nabi Isa itu benar-benar kekuasaan Allah untuk membuktikan kerasulannya.
    Kejayaan Nabi Isa berdakwah di Baitulmaqdis tidak menyenangkan hati para pendita, ulama dan pemimpin Bani Israel. Mereka membuat rancangan untuk menghalangnya dari mendapat tempat dalam masyarakat Bani Israel. Tetapi Allah telah melindunginya sehinggan dapat meneruskan dakwahnya.
    Oleh kerana kautnya hasutan ulama-ulama Bani Israel maka semakin kuatlah tentangan yang dihadapinya dari kaum Bani Israel. Dan akhirnya mereka merancang untuk membunuhnya. Hal ini telah diketahui oleh Nabi Isa a.s. Pada suatu hari Nabi Isa bertanyakan kepada pengikutnya siapakah yang sanggup menjadi sukarelawan membantunya di jalan Allah. Pengikut-pengikutnya yang setia tampil ke hadapan untuk bersama-sama dengannya menjalankan dakwah. Mereka pergi mengelilingi negeri itu untuk berdakwah seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Isa. Akhirnya mereka sampai ke kawasan gersang dan tandus di mana di situ langsung tidak mempunyai makanan. Kebetulan pula bekalan makanan dan minuman yang mereka bawa telah habis.
    4. Mukjizat turunnya makanan dari langit.
    Tempat yang ada bekalan makanan amat jauh dari tempat mereka berada. Mereka kehilangan ikhtiar, lalu mereka pergu mendapatkan Nabi Isa dan berkata sebagaimana yang terdapat dalam surah Al Maidah ayat 112 dan 113 yang berbunyi:

    Maksudnya :
    “ Dan (ingatlah) ketika orang-orang Al-Hawariyin berkata : Wahai Isa Ibni Maryam, dapatlah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit? Nabi Isa menjawab : Bertaqwalah kamu jika kamu orang yang beriman. Mereka berkata : Kami hanya ingin makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat) dan supaya tenang tenteram hari kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikan sendiri.”
    Setelah mendengar kata-kata sahabatnya itu, Nabi Isa menadahkan tangannya sambil memohon doa seperti yang tersebut dalam surah Al Maidah ayat 114 yang berbunyi :

    Maksudnya :
    Isa putera Mariam berdoa : “ Ya Allah ya Tuhan kami ! Turunlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-orang kami yang datang pada kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat daripada Mu yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Mu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi rezeki.”

    Permohonan Nabi Isa dikabulkan Allah sebagaimana yang diceritakan di dalam Al Quran yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “ Sesunguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada mu, kemudia sesiapa daripada kamu kemudian ini kufur dan engkar sesudah turunya hidangan itu maka sesungguhnya Aku akan menyeksakan dengan azab yang sengsara yang tidak pernah aku seksakan seseorangpun dari sekalian makhluk.”
    -Al-Maaidah: 115-
    Selepas itu turunlah hidangan yang lazat itu dengan izin Tuhan sebagai tanda bukti kerasulan Nabi Isa. Para sahabat dan Nabi Isa memakan makanan itu sehingga kenyang, selepas itu mereka bersyukur dan bertasbih memuji kebesaran Tuhan. Dan semakin kuatlah iman mereka kepada Nabi Isa dan kekuasaan Allah.
    Dalam pada itu kegiatan dakwah Nabi Isa tidak menyenangkan pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah menyelewengkan ajaran Nabi Musa a.s Sambutan terhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi Isa semakin bertambah. Ini menyakitkan hari pembesar-pembesar Yahudi itu terutama sekali pendita mereka.
    Mereka menggunakan samseng-samseng Bani Israel untuk menentang beliau. Samseng-samseng itu diarahkan untuk membunuh Nabi Isa. Rancangan itu akhirnya diketahui oleh Nabi Isa, lantas beliau pun bersembunyi di suatu tempat. Mereka mencari Nabi Isa di mana-mana saja tetapi tidak berjumpa. Ini membuatkan mereka menjadi semakin marah. Kemudian pemimpin Bani Israel mengisytiharkan sesiapa yang boleh menangkap Nabi Isa hidup atau mati akan diberi hadiah yang lumayan.
    Mendengarkan ganjaran yang besar itu, seorang pengikut Nabi Isa yang bernama Yahuza terpikat dengan tawaran hadiah itu. Dia yang juga dikenali sebagai Iskarius telah murtad dan berusaha hendak menangkap Nabi Isa. Yahuza telah menjadi pelapor untuk menangkap sahabatnya sendiri iaitu Isa. Dengan tawaran yang mahal itu ramailah yang memburu Nabi Isa. Yahuza tahu di mana tempat Nabi Isa bersembunyi. Lantas dia membawa samseng-samseng Yahudi itu ke tempat persembunyian Nabi Isa.
    Ketika pasukan pemerintah dan samseng-samseng itu mengepung kawasan persembunyian Nabi Isa murid-murid dan pengikutnya keluar melarikan diri dari tempat pengepungan itu. Maka tinggallah Nabi Isa di tempat persembunyian itu seorang diri. Allah S.W.T tetap melindungi serta sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya yang teraniaya. Pemburu-pemburu itu tidak dapat melihat Nabi Isa. Allah telah melindungi daripada penglihatan orang-orang kafir itu.
    Yahuza begitu tidak sabar hendak menangkap Nabi Isa lantern hadiah yang ditawarkan amat tinggi. Dengan rasa penuh bangga Yahuza terus menyerbu masuk ke tempat persembunyian Nabi Isa. Dengan kuasa Allah, Yahuza telah diubah oleh Allah akan wajahnya sama seperti Nabi Isa. Tepat di saat itu pihak tentera Bani Israel menyerbu masuk, mereka lantas melihat Yahuza yang berbentuk dan menyerupai Nabi Isa itu lalu mereka terus menangkapnya. Yahuza diseret ke suatu tempat di kawasan lapang dan terus disalibkan. Orang-orang ramai riuh rendah menyaksikan Yahuza yang disangkakan Nabi Isa itu disalibkan. Hati mereka berasa puas musuh mereka telah Berjaya ditawan.
    Firman Allah dalam surah AnNisa’ ayat 157 yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan, Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (disalib)tetapi disumpahkan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti NabiIsa). Dan sesungguhnya orang-orang yang berada di dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhanny). Tiada sesuatu sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.”
    Dalam suatu riwayat lain apabila Nabi Isa terkepung di dalam sebuah rumah (tempat persembunyian) lalu datang Jibril mengangkat Nabi Isa ke langit tanpa diketahui orang-orang yang hendak menangkapnya. Selepas enam tahun Nabi Isa diangkat ke langit, ibunya Maryam telah meninggal dunia. Beliau telah dikebumikan di kawasan gereja Baitulmaqdis. Gereja itu terkenal dengan nama ‘Jasmaniah’.
    Sejak kehilangan Nabi Isa, murid-muridnya yang setia yang disebut di dalam Al Quran sebagai Al Hawariyin telah meneruskan dakwahnya mengikut ajaran agama Nabi Isa secara rahsia selamat 300 tahun. Umur pada saat Nabi Isa diangkat ke langit ialan 30 tahun.

    Firman Allah dalam surah An Nisa’ ayat 158 yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Tetapi yang sebenarnya Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya. Dan Allah juga adalah Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

    MUKJIZAT NABI AYUB A.S
    Nabi Ayub yang juga Rasul adalah merupakan cicit kepada Nabi Ibrahim a.s. Beliau adalah seorang manusia yang sangat istimewa dalam belbagai perkara. Dia adalah seorang daripada Nabi yang paling kaya di antara Nabi-Nabi lain malah dia adalah seorang Nabi yang sangan penyabar.
    Nabi Ayub merupakan seorang petani dan juga penggembala binatang-binatang ternakan. Walaupun dia hidup mewah tetapi beliau tidak sombong dengan kekayaannya, malah beliau tetap kuat beribadat kepada Tuhan dan hidup kesederhanaan.
    Kebaikan, kekayaan, kesabaran dan ketekunan Nabi Ayub beribadat kepada Allah telah mendapat perhatian para malaikat. Mereka memuji segala perbuatan baik Nabi Ayub sehingga tiada cacat celanya. Manakala pujian malaikat terhadap Nabi Ayub pula mendapat perhatian daripada Iblis. Iblis sentiasa menyiasat tentang keadaan hidup Nabi Ayub.
    Iblis berasa iri hati terhadap Nabi Ayub yang sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala anugerahNya. Beliau sentiasa berzikir, bertahmid, dan bertasbih memuji-muji kebesaran Allah.
    Iman yang tebal pada diri Nabi Ayub merupakan bintang untuk menahan daripada golongan Iblis yang sentiasa menyesatkan cucu cicit Adam. Iblis sentiasa menggoda Nabi Ayub supaya memuji dan menyembah yang lain selain daripada Tuhan. Bagaimanapun hasutan Iblis itu tidak meninggalkan kesan kepada Nabi Ayub malah dia semakin kuat menambahkan semangat cintakan Tuhan.
    Oleh kerana terlalu kecewa Iblis pun bermohon kepada Tuhan agar kesenangan hidup Nabi Ayub ditarik kembali kerana apa yang dilakukan oleh Nabi Ayub itu menurut Iblis ialah kerana beliau takut segala kenikmatan dan mempunyai keluarga yang besar itu hanya untuk kepentingan diri sendiri, lagipun kata Iblis lagi kalaulah Nabi Ayub menerima bencana, jatuh, papa dan miskin tentu beliau akan mengubah sikapnya tidak lagi bersedekah, bertasbih, bertahmid malah mungkin tidak menunaikan sembahyang lagi.
    Oleh yang demikian, Iblis ingin menggoda dan mencuba kekuatan ketabahan hari Nabi Ayub supaya berpaling kepada membuat kejahatan, Allah mengizinkan segala keinginan Iblis itu.
    Setelah mendapat keizinan Allah, Iblis pun memulakan kegiatannya, lalu diapun merosakkan segala kekayaan, kemewahan dan kesenangan Nabi Ayub sehingga Nabi Ayub menjadi miskin dan papa sehingga tidak mempunyai suatu harta apa-apa pun. Iblis juga telah mencerai-beraikan keluarganya . Sehingga orang ramai benci pada Nabi Ayub.
    Segala binatang-binatang ternakan Nabi Ayub juga turut dimusnahkan seekor demi seekor manakala hasil ladangnya kian hari kian merosok kerana kemarau dan banjir. Gudang-gudang tempat simpanan makanan juga habid terbakar.
    Setelah semua kekayaan dan kemewahan Nabi Ayub musnah, kawan-kawan rapat Nabi Ayub turut bersedih manakala musuh-musuhnya bersorak kegembiraan dan menuduh yang bukan-bukan. Walaupun Nabi Ayub telah kehilangan segala kemewahan yang dimilikinya namun dia tetap bersabar dan masih mengucapkan syukur kepada Allah. Dalam pada itu Iblis tidak jemu-jemu menggoda dan merosakkan keimanan Nabi Ayub.
    MUKJIZAT KESABARAN
    Iblis yang sememangnya berperangai jahat kali ini mencuba pula hendak menguji kesabaran Nabi Ayub dan menggoda kehidupan keluarganya dan juga anak-anaknya, lalu Iblis pun pergi ke tempat anak-anak Nabi Ayub di dalam sebuah rumah yang mewah. Di mana Iblis telah mengoyangkan rumah anak-anak Nabi Ayub itu sehingga runtuh. Runtuhan itu telah menghempap anak-anak Nabi Ayub yang ramai itu. Dalam kejadian itu ramai anak-anak Nabi Ayub yang menemui maut.
    Setelah itu Iblis lalu pergi berjumpa Nabi Ayub memberitahu tentang kemalangan yang menimpa anak-anakynya. Tatakala mendengar berita itu Nabi Ayub berasa amat sedia lau menangis. Bagaimana pun Nabi Ayub tetap bersabar.
    Setelah peristiwa runtuhan itu berlaku Iblis menaburkan pula kuman di atas kepala Nabi Ayub. Akibat dari itu Nabi Ayub telah mengidap penyakit kulit dikepalanya selama 7 tahun . Ini menyebabkan orang ramai berasa jijik hendak mendampingi Nabi Ayub. Kudis dikepalanya itu telah menyebabkan kulit kepalanya berulat, apabila beliau tunduk, ulat-ulut itu akan berjatuhan ke atas lantai.
    Pada suatu hari Iblis datang ke rumah Nabi Ayub yang jauh dari orang ramai itu dengan menyamar sebagai kenalan Nabi Ayub. Tujuannya Iblis ke situ ialah untuk menghasut isteri Nabi Ayub yang sentiasa bersama-sama Nabi Ayub. Tiba di rumah itu Iblis telah menghasut isteri Nabi Ayub dengan berbagai-bagai perkara yang munasabah. Akhirnya hasutan Iblis itu telah termakan oleh isteri Nabi Ayub.
    Suatu hari isteri Nabi Ayub bertanya kepada Nabi Ayub sampai bila mereka harus hidup dalam keadaan begitu. Isteri Nabi Ayub mendesak Nabi Ayub supaya berdoa didatangkan semula segala kemewahan yang mereka miliki dahulu. Mulai hari itu Rahmah, isteri Nabi Ayub mula enggan melayani segala kehendak dan keperluan Nabi Ayub sehari-hari. Melihatkan perubahan isterinya itu Nabi Ayub pun berkata :
    “Jika aku sembuh nescaya aku pukul kamu 100 kali”.
    Sejak itu Nabi Ayub tak mahu lagi makan dan minum daripada masakan isterinya. Oleh kerana tidak sanggup lagi hidup yang dihimpit dalam serba kemiskinan lalu Rahmah, isteri Nabi Ayub mengambil keputusan keluar dari rumah itu. Maka tinggallah Nabi Ayub seorang diri bertahun-tahun lamanya dengan melakukan segala kerja-kerja dapur dan rumah.
    Setiap hari Nabi Ayub berdoa kepada Tuhan, katanya : “Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan dan Kamulah wahaiTuhanku yang Pengasih dan Penyayang.”
    Dalam doanya beliau tidak pernah memohon kepada Allah agar disembuhkan daripada penderitaannya. Nabi Ayub berasa amat malu untuk berkata begitu. Apabila sampai di puncak penderitaanya, Allah pun menurunkan wahyu kepadanya yang bermaksud :
    “Hentaklah kaki kamu ke tanah, inilah air sejuk ubat untuk mandi dan minum.”
    Setelah mendapat wahyu itu, Nabi Ayub pun menghentak kakinya ke tanah lalu keluarlah air dari dalam bumi. Kemudian dia pun meminum dan mandi dengan air itu. Akhirnya penyakit-penyakit yang dihidap oleh Nabi Ayub bertahun-tahun lama itu sembuh dalam sekelip mata malah beliau kelihatan muda dan kacak.
    Setelah bertahun-tahun Rahmah meninggalkan Nabi Ayub, tiba-tiba terdetik perasaan rindunya untuk kembali dan bertemu dengan Nabi Ayub lalu diapun pergi ke rumah tempat dia dan Nabi Ayub tinggal dahulu. Sampai di sana beliau agak terkejut kerana didapatinya Nabi Ayub tidak ada di situ, sebaliknya orang lain pula yang mendiami rumah mereka dahulu. Orang itupun tidak pernah dikenalinya kerana dia muda daripada suaminya Nabi Ayub.
    Lantas Rahmah bertanya kepada orang itu, “Adakah tuan menemui orang tua yang sakit tinggal di sini, namanya Nabi Ayub?”
    “Nabi Ayub? Akulah Nabi Ayub yang kau maksudkan, tidakkah kau kenal aku lagi.” Tanya Nabi Ayub.
    Rahmah agak terperanjat mendengar jawapan itu, kerana setahunya Nabi Ayub adalah lelaki tua dan sakit pula. Setelah lama mereka berbual Nabi Ayub teringatkan sumpahnya hendak memukul isterinya 100 kali. Hatinya berbelah bagi mengingatkan kesakitan yang akan dialami oleh isterinya. Akan tetapi beliau wajib menunaikan sumpahnya.
    Kemudian Allah berfirman kepada Nabi Ayub yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Wahai Nabi Ayub! Ambillah seikat rumput yang panjang dengan tanganmu dan pukullah isterimu dengan rumput itu 100 kali sesuai dengan sumpahmu.”
    Nabi Ayub pun menjalankan tugasnya seperti yang diperintahkan oleh Allah. Beliau menunaikan sumpahnya dengan keizinan dari Allah dan isterinya tidak menderita sakit lagi dengan pukulan itu.

    MUKJIZAT NABI ALLAH DAUD
    Nabi Daud a.s adalah seorang lagi Nabi dan rasul yang masyhur namanya di kalangan para nabi dan rasul yang Allah S.W.T. utuskan kepada kaum Bani Israel. Nabi Daud a.s ialah anak kepada Esa, ada orang menyebut Yisya atau Isya. Beliau adalah keturunan kedua belas daripada Nabi Ibrahim a.s menerusi anaknya Nabi Ishak. Beliau adalah anak bongsu dan tinggal bersama bapanya di sebuah kampong di Baitul Laham tempat kelahiran Nabi Allah Isa a.s.
    Sejak kecil lagi Nabi Daud sangat suka bermain dengan lastik. Dia sangat mahir menggunakan lastiknya. Setiap kali dia menuju pasti tepat pada sasarannya. Permainan yang menjadi kegemarannya itu akhirnya menjadi senjata di dalam peperangan.

    1. Mukjizat memahami percakapan burung dan melembutkan besi
    Sebagai seorang yang bakal menjadi Nabi, beliau mempunyai kelebihan dan mukjizat yang beliau sendiri tidak mengetahuinya. Pada suatu hari selepas Nabi Daud membawa makanan kepada abang-abangnya yang sedang menggembala binatang ternakan di lembah Sof maka dalam perjalanan pulang beliau telah berhenti berehat di bawah sebatang pokok yang rendang.
    Semasa dia sedang bersandar di pangkal pokok itu beliau telah terdengar dua ekor burung belatuk sedang bercakap dalam bahasa mereka sendiri di atas ranting pokok tempat dia bersandar itu. Dengan kehendak Allah Nabi Daud dapat memahami perbualan kedua-dua ekor burung itu. Mereka sedang bercakap-cakap tentang dirinya. Salah seekor dari burung itu berkata kepada kawannya:
    “Adakah orang yang baring di bawah pokok ini bernama Daud yang sering jin-jin menyebut namanya?”
    Kawan burung itu menjawab :
    “Benar! Dia itulah yang dikatakan oleh jin-jin itu yang bakal menjadi pemimpin kaumnya.”
    Nabi Daud yang sedang baring di bawah pokok itu hairan mendengar percakapan kedua –dua burung belatuk itu tentang dirinya. Beliau terasa bagaikan bermimpi lalu beliau berdiri. Oleh kerana burung itu terkejut merekapun terbang dari situ, Nabi Daud termenung memikirkan percakapan burung-burung itu. Untuk membuktikan kebenaran kata-kata burung itu beliau pun pergi ke sebuah bukit butir-butir besi yang bercampur aduk dengan batu batan yang berlonggok di kaki bukit itu. Kemudian beliau membersihkan batu-batu besi itu sebanyak mungkin.
    Sampai saja di rumahnya dia terus menyalakan api lalu dileburnya besi-besi itu, kemudian dengan hanya menggunakan tangan beliau membuat satu lembaran kawat (dawai). Daripada kawat itu dibuatnya mata rantai. Dan daripada mata rantai itulah disusunnya dan dianyam sehingga menjadi sehelai baju besi.
    Firman Allah di dalam surah Saba’ ayat 10 dan 11 yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Sesungguhnya telah Kami kurnia kepada Daud lalu Kami berfirman, “Hai gunung-gunung ulangkan tasbih bersama Daud, begitu pula burung-burung dan Kami lunakkan besi kepadanya.”
    “Serta Kami wahyukan kepadanya : Buatlah baju dari besi itu dan aturlah tenunannya, serta kerjakanlah amal yang soleh, sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.”
    Dalam surah Saba’ ayat 17-20 Allah juga telah berfirman yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Sebarkanlah hai Muhammad, mendengar perkataan mereka itu dan perhatikanlah riwayat hamba Kami, Daud yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya dia adalah orang yang banyak bertaubat kepada Allah.”
    “Kami mudahkan baginya gunung-gunung seraya bertasbih bersama-sama dengan dia pada petang-petang dan pagi-pagi. Begitu pula burung-burung yang berkumpul kepadanya mengulang-ulang tasbih Nabi Daud itu. Kami kuatkan kerajaannya dan Kami anugerahkan kepadanya ilmu pengetahuan dan fasih lidahnya (pandai hukum).
    2. Mukjizat berupa kekuatan dan keberanian.
    Nabi Daud a.s seperti juga dengan Nabi dan Rasul terdahulu; mereka telah dikurniakan dengan kekuatan dan keberanian yang amat luar biasa. Kekuatan dan keberanian Nabi Daud adalah lebih menonjol daripada nabi dan rasul yang lain.
    Pernah suatu ketika semasa beliau masih kecil iaitu kira-kira berumur 9 tahun, beliau telah menawarkan dirinya untuk pergi berperang menentang tentera Jalut sebagai membantu rajanya yang bernama Thalut. Mendengar permintaan Nabi Daud itu Thalut berkata kepadanya :
    “Hai budak ! Aku fikir engkau terlalu kecil untuk pergi berperang.” “Benar tuanku. Tetapi janganlah melihat besar kecilnya tubuh seseorang sahaja. Sekalipun saya kecil tetapi saya rasa tubuh saya cukup kuat untuk mengalakan musuh. Semangat dan jiwa saya pula cukup teguh untuk menghadapi peperangan.”
    Mendengar penerangan Nabi Daud itu, Raja Thalut mulanya agak keberatan untuk menerima jasa baiknya untuk berperang kalau sebelum Nabi Daud menceritakan sebarang kisah keberaniannya.
    Kata Nabi Daud :
    “ Wahai raja, sesungguhnya kelmarin seekor singa telah menangkap kambingku, lalu aku terkam singa itu dan bergelut dengannya. Walaupun singa itu besar dan garang tetapi saya dapat mematahkan lehernya. Manakala pada hari yang lain pula saya telah bertemu dengan sesekor beruang besar yang cuba hendak menerkam diri saya. Tapi saya dapat memegang mulut beruang itu dan mematahkan lehernya sampai mati.”
    Raja Thalut berasa kagum dan terkejut mendengar cerita Nabi Daud. Dia tidak menyangka budak sekecil itu mempunyai keberanian yang luar biasa. Raja Thalut termenung seketika memikirkan kesahihan dan keberanian Nabi Daud.
    Akhirnya Raja Tahlut itu bersetuju dan mengizinkan Nabi Daud turut serta berperang bersama tenteranya menentang Jalut yang perkasa lagi zalim itu. Apabila Nabi Daud telah bersetuju hendak ikut serta berperang lantas beliau pun diberikan tombak dan lembing sebagai senjata untuk menghadapi tentera Jalut. Oleh kerana tombak dan lembing itu terlalu panjang dan tubuhnya pula pendek maka sukarlah dia hendak membawa tombak itu.
    Oleh kerana tidak ada senjata lain. Nabi Daud pun mengambil seutas tali dan beberapa butir batu yang berat-berat. Melihatkan yang demikian Raja Thalut berasa hairan lalu dia betanya :
    “Bagaimana engkau hendak berperang dengan hanya menggunakan tali dan batu-batu itu. Bukankah perang yang kita hadapi ini menggunakan tombak dan lembing.”
    Lantas Nabi Daud mengatakan bahawak lastiknya itu mempunyai kekuatan yang tersendiri kalau ditujukan kepada sesiapapun apabila terkena pelurunya pasti akan cedera ataupun mati.
    “Tuhan telah memelihara aku dari bahaya singa dan beruang dengan tali dan batu. Aku percaya Tuhan juga akan menolong dan memelihara aku dalam perang ini dengan tali dan batu juga.” Kata Nabi Daud.
    Peperangan itu bermula dengan pertempuran seorang lawan seorang. Pertandingan itu kebanyakkannya dimenangi oleh tentera Jalut dari puak Amaliqah. Kemudian Jalut mencabar pemimpin Bani Israel (Thalut) untuk menentukan siapa kalah dan siapa menang. Jalut berkata kalau dia menang, dia akan memerintah terus negeri Bani Israel, tetapi sebaliknya kalau Thalut yang menang negeri boleh diperintah kembali oleh puak Bani Israel.
    Mendengar Jalut berkata begitu Thalut menjadi serba salah lalu beliau berkata tenteranya bahawa sesiapa yang dapat menumpaskan Jalut beliau akan dikahwinkan dengan puterinya, Mikyal dan akan dilantik menjadi raja selepas tamat pemerintahan beliau.
    Pada saat mereka kelam kabut itu tampillah seorang pemuda mentah (Nabi Daud) meminta kebenaran untuk berlawan dengan musuh itu. Dia kelihatan tenang dan bersiap sedia hendak berperang. Oleh kerana dia terlalu kecil pada pandangan Thalut maka beliau tidak mempedulikannya.
    Kemudian Nabi Daud terus mendekati kedudukan Jalut. Sebelum Jalut dapat memukulnya dengan pedang, Nabi Daud terlebih dahulu memukul Jalut dengan melemparkannya batu sekuat-kuatnya. Batu pertama tepat mengenai kepala Jalut lalu disusuli dengan batu kedua, ketiga, keempat dan seterusnya sehingga Raja Jalut yang sombong itu mati di situ juga.
    Nabi Daud terus menyerang dengan peluru lastiknya sehingg seorang demi seorang pasukan Jalut tumpas di tangannya. Melihatkan ketua dan rakan-rakan mereka mati maka tentera musuh menjadi kucar kacir dan lari bertempiran. Akhirnya pihak musuh Berjaya dikalahkan. Dan kemudian mereka kembali memasuki negeri mereka sendiri setelah bertahun-tahun diperintah oleh musuh.
    Kisah Nabi Daud a.s bertempur dengan tentera Jalut telah diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran surah Al Baqarah yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Ya Tuhan kami ! Datangkanlah kesabaran ke dalam hati kami dan tetapkanlah tapak kaki (kuatkanlah kami) dan tolonglah kami mengalahkan kaum yang kafir ini.”
    “Kemudian mereka mengalahkan Jalut serta bala tenteranya dengan izin Allah dan Daud salah seorang bala tentera Thalut yang dapat membunuh Jalut, dan Allah memberikan kerajaan dan ilmu pengetahuan kepda Daud seta diajarkannya apa-apa yang dikehendakiNya. Jika tidaklah ditolak nescaya binasalah bumi ini, tetapi Allah mempunyai kurnia atas sekian alam.”
    -Al-Baqarah : 250-251-
    3. Mukjizat berupa suara merdu .
    Satu lagi mukjizat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Daud ialah memiliki suara yang enak merdu apabila beliau menyanyikan sesuatu. Adalah diriwayatkan apabila Nabi Daud melagukan kitab Zabur iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepadanya yang berisi petunjuk dan perintah dari Tuhan maka orang-orang yang sakit apabila mendengarkan suaranya secara serta merta penyakit orang out akan sembuh. Bahkan sekalian jin dan manusia serta burung-burung akan berkumpul dan berhenti apabila mendengarkan suaranya. Angin berhenti bertiup, gunung-gunung dan burung-burung ikut serta bertasbih dengan bahasa tersendiri memuji kebesaran Allah.
    MUKJIZAT NABI SULAIMAN
    Nabi Sulaiman adalah merupakan anak kepada Nabi Daud a.s dan anak bongsu keturunan yang ke 13 Nabi Ibrahim a.s. Nabi Sulaiman juga adalah seorang Rasul yang utama.
    Allah S.W.T telah mengurniakan belbagai kelebihan kepada beliau terutama sekali kecerdikan, kebijaksanaan dan keadilan memerintah. Nabi Sulaiman telah mewarisi takta kerajaan ayahnya Nabi Daud tatkala umurnya 13 tahun iaitu setelah wafatnya Nabi Daud a.s.
    1. Mukjizat kepintaran dan kebijaksanaan.
    Menurut suatu riwayat, pernah suatu ketika semasa beliau berumur 11 tahun, dua orang lelaki telah datang mengadap bapanya Nabi Daud kerana menghadapi perselisihan mengenai seekor kambing yang telah memakan tanamannya. Oleh kerana perkara itu tidak dapat diselesaikan maka mereka pun meminta Nabi Daud mengadili perkara itu.
    Tuan punya ladang itu menyatakan dia mengalami kerugian kerana segala tanamannya telah habis dimakan oleh kambing kepunyaan penggembala itu. Oleh yang demikian dia meminta kerugiannya digantikan dengan kambing ternakan kawannya itu. Bagaimanapun penternak itu tidak bersetuju.
    Setelah mendengar penjelasan dari kedua belah pihak, lantas Nabi Daud bersetuju cadangan petani itu kerana kerugian itu mesti dibayar atau diganti.
    Nabi Sulaiman yang berada di majlis itu meminta perkara itu diserahkan kepadanya untuk diadili. Nabi Daud bersetuju tetapi beliau mahu mendengar keputusan itu terlebih dahulu.
    Kemudian Nabi Sulaiman memberikan pendapatnya, beliau menyuruh kambing ternak penggembala itu diserahkan kepada petani yang mengalami kerugian itu akibat tanamannya di makan oleh kambing-kambing beliau selama setahun dengan itu petani itu akan mendapat faedah dari hasil air susu anak kambing itu dan bulunya sebagai ganti kerugian yang dialami oleh petani itu.
    Manakala kebun petani itu pula diserahkan kepada penggembala kambing itu untuk dip agar dan dijaga sehingga kembali seperti sedia kala. Setelah cukup tempoh setahun mereka masing-masing akan menerima semula milik mereka dengan cara itu mereka tidak akan rugi atau untuk melebihi daripada yang dialami.
    Akhirnya keputusan Nabi Sulaiman itu diterima oleh kedua-dua lelaki itu. Nabi Daud dan para hadirin yang menghadiri majis itu berpuas hati mendengar saranan Nabi Sulaiman. Mereka kagum dengan kebijaksanaan dan keberanian Nabi Sulaiman dalam memberikan pendapatnya melebihi pemikiran orang dewasa.
    Dalam suatu peristiwa lain, juga memperlihatkan kepintaran dan kebijaksanaan Nabi Sulaiman. Pernah suatu ketika dua orang wanita telah mengadu kepada Nabi Daud mengenai seorang bayi yang masing-masing mengaku anaknya.
    Kisahnya bermula apabila kedua wanita itu meletakkan anak masing-masing ditempat yang sama sebelum mereka pergi ke kebun. Semasa mereka sedang tekun bekerja tanpa disedar salah seorang daripada bayi wanita itu telah dilarikan oleh seekor serigala. Semasa mereka hendak berehat mereka dapati salah seorang daripada mereka itu telah hilang dari tempat tidurnya. Oleh kerana bayi itu tinggal seorang maka itulah punca yang menjadi perebutan diantara kedua wanita itu.
    Setelah mendengar pengaduan kedua-dua wanita itu, Nabi Sulaiman memohon untuk mengadili perkara itu. Setelah dibenarkan oleh bapanya Nabi Daud, lalu beliau berkata kepada kedua wanita itu supaya jangan berbalah. Perkara ini amat mudah diselesaikan, biar bayi itu dibelah dua daripada kepala hingga keperutnya, kemudian kamu ambil bayi itu sebelah seorang.
    Wanita yang sebenarnya menjadi ibu kepada bayi itu sangat terperanjat mendengar saranan Nabi Sulaiman lalu diapun berkata :
    “Jangan tuanku belah bayiku itu, akan sangat sayang kepadanya, daripada bayi itu dibunuh belah dua lebih baik diberikan saja bayi itu kepada wanita yang mengaku bayi itu anaknya.”
    Muka ibu itu pucat, dia kelihatan cemas dan takut, manakala wanita yang seorang lagi tidak menunjukkan reaksi apa-apa diwajahnya. Bagi Nabi Sulaiman seorang ibu itu tidak akan tergamak melihat musibah menimpa ke atas anaknya. Dia akan rela berkorban apa saja asalkan anaknya itu senang dan selamat hidupnya. Dengan itu mengertilah Nabi Sulaiman bahawa wanita yang terkejut mendengar keputusannya dan merelakan anak itu diserahkan kepada wanita seorang lagi itu adalah ibu bayi yang sebenarnya. Akhirnya Nabi Sulaiman mengambil bayi itu dan menyerahkannya kepada wanita tersebut.
    2. Mukjizat menggunakan angin sebagai kenderaan.
    Nabi Sulaiman mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Beliau telah diizinkan oleh Allah untuk menguasai angin sebagaimana yang tercatat di dalam Al Quran, Surah Saba’ yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air daripada tembaga, dan Kami mudahkan sebahagian daripada jin untuk bekerja dihadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa daripada jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api nereka.”
    -Saba : 12-
    Rakyat Nabi Sulaiman pada masa itu bukan sahaja terdiri dari makhluk yang bernama manusia sahaja bahkan sekalian burung, binatang, jin, syaitan, semut-semut dan segala yang melata di bumi ini adalah menjadi rakyatnya yang patuh dan tunduk di bawah kekuasaanya.
    Dalam suatu riwayat menceritakan, pada suatu hari semasa Nabi Sulaiman sedang menaiki angin dalam rangka mengawasi kerajaannya yang luas itu tanpa disedari baginda telah sampai sebuah negeri yang bernama Askalan.
    Di situ baginda telah sampai ke sebuah kawasan luas yang dipenuhi dengan semut-semut. Semasa Nabi Sulaiman sampai di situ, semut-semut itu sedang berkumpul kerana mengadakan mesyuarat untuk mencari jalan bagi menghindarkan diri dari bahaya pijakan kaki tentera Nabi Sulaiman. Dari jauh Nabi Sulaiman dapat mendengar segala kata-kata panglima semut itu memberikan perintah kepada sekalian rakyatnya.
    Mendengar kata-kata itu Nabi Sulaiman tersenyum gembira atas kebolehannya yang dianugerah oleh Allah kepada sehingga berupaya memahami bahasa semut.
    Firam Allah di dalam Al Quran surah An Naml ayat 18 dan 19 yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Wadian Naml (lembah semut sebuah tempat di Palestin) berkatalah seekor semut, wahai sekalian semut masuklah ke dalam sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu sedang mereka tidak menyedari.”
    “Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa seraya berkata, wahai Tuhanku, Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan dinikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan ibu bapaku, dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaNya yang soleh.”
    3. Mukjizat melihat perbendaharaan alam.
    Nabi Sulaiman a.s adalah satu-satunya Nabi dan Rasul yang dikurniakan oleh Allah S.W.T berkeupayaan melihat akan segala kekayaan alam yang ada tersimpan di perut bumi sama ada emas, perak, besi dan juga tembaga. Begitu harta kekayaan yang berada di dalam laut yang dalam seperti mutiara berbagai-bagai permata yang mahal harganya.
    Nabi Sulaiman juga dapat menguasai jin dan syaitan untuk dikerah menyelam dan mengeluarkan mutiara dan benda-benda berharga dari laut serta membuat kerja-kerja yang lain seperti mendirikan bangunan dan benda-benda yang dikehendakinya.
    Walaupun Nabi Sulaiman mewarisi takhta kerajaan daripada bapanya Nabi Daud ketika masih muda, tetapi kerana kecerdikan dan kebijaksanaannya memerintah beliau dengan dibantu oleh perdana mentee yang berpengalaman.
    Kawasan perintahan Nabi Sulaiman merangkumi pulau-pulau dipersekitarannya. Ini termasuklah pulau Saidun. Pulau ini didiami dan diperintah oleh seorang puteri cantik yang bernama Jaradah. Jaradah telah memeluk agama Islam setelah pulau itu diperintah oleh kerajaan Nabi Sulaiman.
    Walaupun Jaradah telah menganut agama Islam tetapi kerana pengetahuan agama Islamnya cetek beliau tetap menyembah patung-patung yang menjadi kebiasaan penduduk pulau itu beribadat. Sepanjang pernikahan Jaradah dengan Nabi Sulaiman, beliau telah menyembah patung-patung itu selama 40 hari sebelum beliau mengetahui bahawa menyembah patung itu adalah salah di sisi Islam.
    4. Mukjizat cincin hikmat
    Nabi Sulaiman mempunyai sebentuk cincin yang sering dipakainya semasa tempoh pemerintahannya. Cincin ini juga adalah merupakan sebahagian daripada mukjizat-mukjizat yang dianugerah oleh Allah kepadanya. Cincin hikmat ini juga ada pantangnya di mana ia tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas tidak boleh dipakai semasa sedang membuang air besar atau kecil. Setiap kali beliau hendak membuang air besar atau kecil, cincin itu akan diserahkan kepada orang kepercayaannya di istana itu yang bernama Aminah.
    Pada suatu hari seperti biasa apabila dia hendak ke tandas cincin diserahkannya kepada Aminah. Dengan kehendak Allah, Allah telah menguji kehandalannya dan untuk membuktikan bahawa manusia itu walaupun menjadi nabi dan rasul tetapi kalau tanpa pertolongan Allah mereka tidak akan berdaya.
    Tanpa disedari oleh Nabi Sulaiman ada jin yang telah menyerupai dirinya dan mengambil cincin hikmat itu dari Aminah. Dengan ketiadaan cincin itu Nabi Sulaiman tidak boleh memerintah negerinya sehingga beliau memakai semula cincin itu. Selama 40 hari lamanya barulah Nabi Sulaiman mendapat semula cincinnya.
    5. Mukjizat memindahkan Istana Puteri Balkis
    Menurut riwayat, selepas Baitulmaqdis dibangunkan dan setelah mengerjakan ibadat haji, Nabi Sulaiman dan angkatan tenteranya telah mara ke selatan menuju ke sebuah negeri yang berdekatan dengan lautan Hindi yang pada masa ini dikenali sebagai Yaman dan pada masa itu dikenali sebagai Sabak.
    Angkatan tentera Nabi Sulaiman yang terdiri daripada manusia dan jin tidak terhitung ramainya. Manakala angkatan burung pula berterbangan di atas bagi melindungi mereka daripada kepanasan matahari. Nabi Sulaiman mengetuai angkatan tenteranya dengan menaiki seekor kuda.
    Setelah beberapa hari perjalanan meredah padang pasir, akhirnya merekapun sampai di sebuah tempat bernama Askalan di mana di tempat itulah Nabi Sulaiman terdengar penghuni semut memerintahkan rakyatnya masuk ke dalam lubang masing-masing agar tidak dipijak oleh tentera-tentera Nabi Sulaiman.
    Setelah penat berjalan mereka berhenti dilembah semut itu selama sehari semalam. Keesokan harinya barulah mereka meneruskan perjalanan. Beberapa hari kemudian Nabi Sulaiman dan angkatan tenteranya telah kehabisan bekalan air lalu beliau memerintah beberapa orang askarnya mencari air di merata kawasan di situ. Malangnya askar tersebut tidak menjumpai kawasan-kawasan yang mengandungi air, lantas Nabi Sulaiman pun memerintahkan jin-jinnya mengorek tanah untuk mendapat air.
    Setelah telaga itu dikorek sedalam-dalamnya namun mereka masih tidak menjumpai air yang sangat diperlukan itu. Kemudian Nabi Sulaiman memutuskan untuk menyuruh burung hud-hud (belatuk) mencari air kerana hanya dialah saja yang tahu di mana terdapat air. Lalu Nabi Sulaiman bertitah supaya burung hud-hud datang menghadapnya, tetapi Nabi Sulaiman diberitahu bahawa burung hud-hud tidak ada. Nabi Sulaiman tersangat marah lalu diapun keluar pergi ke tempat burung itu menginap.
    Kemudian Nabi Sulaiman bertanya kepada burung gagak adakah burung hud-hud sengaja tidak mahu mengadap. Maka burung gagak pun berkata bahawa burung hud-hud telah terbang kea rah selatan. Sekali lagi Nabi Sulaiman menjadi marah kerana burung hud-hud telah mengabaikan tugasnya. Nabi Sulaiman telah mengancam akan menyembelih burung hud-hud kerana dia telah melanggar perintah dan meninggalkan tugasnya.
    Dalam pada itu perdana menteri Nabi Sulaiman yang bernama Arif simpati terhadap burung hud-hud lalu dia berkata kepada Nabi Sulaiman bahawa inilah kali pertama burung hud-hud itu menderhaka. Dan katanya lagi mungkin jin yang telah menghilangkan air hinggakan tanah yang digalipun tidak berair.
    Lantas Nabi Sulaiman memerintahkan angin membawa air ke situ. Tidak lama kemudian tibalah segumpal awan menurunkan hujan kepada Nabi Sulaiman dan bala tenteranya yang telah kehabisan air itu.
    Sebenarnya burung hud-hud itu bukanlah mengabaikan tugasnya tetapi tujuan dia pergi ke selatan itu adalah kerana hendak meninjau kalau-kalau adanya terdapat air di sana. Malangnya dia telah terlupa untuk memberitahu kepada Nabi Sulaiman akan pemergiannya itu.
    Semasa burung hud-hud itu terbang ke selatan beliau telah menemui air disebuah tasik di tepi sebuah istana yang mewah. Istana itu terletak di atas bukit dan negeri itu diperintah oleh Puteri Balkis. Selain melihat air, burung hud-hud juga telah meninjau ke dalam istana Puteri Balkis itu. Apabila menyedari dia telah terlewat diapun terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman.
    Dengan perasaa takut dia mengadap Nabi Sulaiman lalu diapun menceritakan perkara yang sebenarnya. Dia juga menceritakan bagaimana Puteri Balkis itu menyembah matahari dan tidak kepada Allah. Mendengar penerangan itu, Nabi Sulaiman menjadi tenang. Baginda berasa tidak senang hati mendengar Puteri Balkis itu menyembah matahari. Setelah Nabi Sulaiman mengampunkan burung hud-hud lalu Nabi Sulaiman menulis sepucuk surat kepada Puteri Balkis dalam usaha Nabi Sulaiman hendak menguji kebenaran kata-kata burung hud-hud itu.
    Setelah surat itu selesai ditulis Nabi Sulaiman pun menyerahkannya kepada burung hud-hud untuk diberi kepada Puteri Balkis. Sebaik saja sampai di istana itu, burung hud-hud pun menjatuhkan surat itu di hadapan Puteri Balkis. Pada masa itu Puteri Balkis sedang bermesyuarat dengan pembesar-pembesar negerinya. Setelah menjatuhkan surat itu burung hud-hud segera menyorok di sebalik dinding di dalam istana itu.
    Puteri Balkis hairan bagaimana surat itu boleh melayan dihadapannya. Beliau tidak nampak sesuatu yang disyaki menghantar surat itu. Lalu diapun membuka dan membaca surat itu. Antara isi kandungan surat itu menyatakan :
    “Surat ini datang daripada Sulaiman, jangan kamu takbur kepadaku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah kamu sekalian kepadaku menyerah diri.”
    Puteri Balkis membaca surat itu berulang kali, dia bagai tidak percaya akan isi kandungan surat itu. Lalu diapun memanggil para penasihatnya untuk meminta buah fikiran mereka.
    Setelah persetujuan dicapai, maka Puteri Balkis menetapkan hari penghantaran hadiah untuk diberikan kepada Nabi Sulaiman. Burung hud-hud yang tadi tadi memasang telinga terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman dan memberitahu akan rancangan Puteri Balkis. Burung hud-hud yang dari tadi memasang telinga terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman dan memberitahu akan rancangan untuk menghantar utusannya yang membawa hadiah sebagai jawapan surat yang dikiranya itu.
    Nabi Sulaiman pun mengatur majlis penerimaan utusan Puteri Balkis. Kemudian beliau memerintahkan pasukan jinnya menyediakan sebuah bangunan yang tidak ada taranya pada itu untuk mengkagumkan rombongan Puteri Balkis itu. Tepat pada hari yang ditentukan rombongan Puteri Balkis itu pun sampai dengan membawa peti-peti permata, emas dan perak. Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya kepada rombongan itu tentang tujuan kedatangan mereka ke situ.
    Ketua rombongan itu memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah untuk menjawab surat yang diberikan kepada Puteri Balkis pemerintah mereka. Nabi Sulaiman berkata :
    “Bawalah pulang hadiah-hadiah ini kepada ratu kamu janganlah memujuk kami dengan harta benda. Allah telah memberi rezeki dan kekayaan serta nikmat kepada kami yang tidak pernah diberi kepada orang lain di samping itu beta diutus sebagai nabi dan rasul oleh Allah dan diberi kerajaan yang luas serta kekuasaan kepada manusia, malah kepada makhluk jin dan binatang. Beta tidak megah dengan harta dunia walaupun kamu memandang besar hadiah yang kau bawa ini. Kamu pulanglah ! Sampaikan pesan beta, kami akan hantar bala tentera yang kuat yang tidak akan dikalahkan oleh ratu Sabak.
    “Tentera kami akan mengeluarkan ratu kamu dan pengikut-pengikutnya dari Sabak sebagai seorang yang hina yang tidak mempunyai kebesaran dan kerajaan untuk memerintah lagi.” Titah Nabi Sulaiman.
    Kepulangan rombongan utusan membawa hadiah dari istana Nabi Sulaiman itu diikuti oleh burung hud-hud dari udara. Segala gerak geri dan perkembangan selanjutnya di istana diperhatikannya dengan teliti untuk membuat lapuran ke Nabi Sulaiman.
    Setelah meneliti dan mendengar segala perkhabaran yang dibawa oleh utusannya maka Puteri Balkis pun menyedari tentang besarnya kekuasaan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s Setelah habis utusannya bercakap diapun berkata :
    “Daripada Nabi Sulaiman datang ke sini dengan bala tenteranya adalah lebih baik aku dahulu mendatangainya dengan beberapa pengawalku dan aku pun ingin sekali menyaksikan dari dekat betapa hebatnya kerajaan Nabi Sulaiman itu.”
    Mendengar rancangan Puteri Balkis itu burung hud-hud pun segera terbang semula ke tempat Nabi Sulaiman dan menceritakan apa yang telah didengarinya.
    Setelah itu Nabi Sulaiman segera memerintahkan jin-jinnya menyedia dan membangunkan sebuah istana tetamu. Nabi Sulaiman ingin menunjukkan kepada ratu Sabak itu bahawa beliau mempunyai kuasa ghaib dan juga kuasa zahir. Beliau juga ingin membuktikan bahawa surat yang diutuskan dahulu bukanlah ugutan kosong.
    Sebelum rombongan Puteri Balkis tiba, Nabi Sulaiman mengumpulkan rakyatnya dari kalangan manusia dan jin yang bijaksana, lalu beliau bertitah menanyakan sesiapa yang boleh membawa istana ratu Sabak itu sebelum ratu dan pembesarnya itu tiba.
    Seorang jin bernama Afrit menjawab bahawa dia sanggup membawa takhta itu dengan segera. Manakala seorang menteri Nabi Sulaiman yang bernama Asif pula berkata dia boleh membawanya dalam sekelip mata sahaja. Setelah itu, Asif tunduk sambil berdoa. Seketika itu juga takhta ratu Sabak itu telah berada di hadapan mereka. Cerita berpindahnya istana ratu Sabak itu telah diterangkan oleh Allah di dalam Al Quran surah An Naml ayat 38-44.
    Setelah Puteri Balkis sampai di istana Nabi Sulaiman lalu diapun dipersilakan masuk. Kata Nabi Sulaiman :
    “Masuklah ke dalam mahligai ini.”
    Sebaik saja Puteri Balkis melangkah masuk dilihatnya lantai mahligai itu seolah-olah penuh dengan air lalu dia menyinsingkan kainnya sehingga ke paras betis agar tidak basah.
    Melihatkan yang demikian Nabi Sulaiman pun berkata :
    “Ini bukan air, sesungguhnya mahligai ini diperbuat dari kaca yang licin berkilat.”
    “Ya Tuhanku, rupanya aku telah menganiaya diri sendiri, tunduklah aku beserta Sulaiman kepada Tuhan seru sekalian alam.” Kata Puteri Balkis pula.
    Akhirnya puteri Balkis pun beriman kepada Allah setelah melihat kebesaran kerajaan serta kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Menurut setengah ahli tafsir dan sejarah, ratu Sabak itu bernikah juga dengan Nabi Sulaiman. Manakala ada juga riwayat lain mengatakan perkahwinan Nabi Sulaiman dengan Puteri Balkis itu menghasilkan seorang anak laki-laki.
    6. Kewafatan Nabi Sulaiman
    Selain membangunkan kerajaannya yang kuat, indah dan kaya Nabi Sulaiman juga membangunkan masjid. Menurut setengah riwayat menceritakan setelah bangunan masjid Masjidil Aqsa itu selesai pembinaannya barulah Nabi Sulaiman terjatuh rebah dari kerusinya.
    Kewafatan Nabi Sulaiman telah diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran dalam surah Al Saba’ ayat 14 yang berbunyi :

    Maksudnya :
    “Setelah kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila tumbang ternyatalah kepada golongan jin bahawa kalau mereka sedia mengetahui perkara yang ghaib, nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.”
    Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan kewafatan Nabi Sulaiman itu tidak disedari oleh pekerja-pekerjanya yang terdiri daripada jin dan manusia. Mereka bekerja tekun dan rajin. Oleh kerana terlalu takut kepada Nabi Sulaiman maka tidak seorangpun yang berani menatap wajahnya. Beliau tetap duduk di atas kerusinya tidak bergerak-gerak kira-kira setahun lamanya.
    Oleh kerana terlalu lama baginda telah wafat dalam keadaan demikian maka tongkatnya telah dimakan oleh anai-anai lalu rebahlah jenazah itu ke lantai. Maka di masa itulah para jin dan manusia tahu bahawa pemerintah yang mengawal kerja-kerja mereka telah wafat.

    MUKJIZAT NABI IDRIS
    Sebagaimana yang kita ketahui, Nabi Idris adalah salah seorang nabi dan rasul yang utama. Beliau adalah merupakan datuk kepada ayah Nabi Nuh a.s sebagaimana yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari r.a.
    Nama Nabi Idris yang sebenarnya ialah Ukhunuh, oleh kerana dia tekun mempelajari ilmu agama dan kitab-kitab Allah, maka beliau telah dikenali sebagai Idris.
    Menurut riwayat, Nabi Idris adalah seorang nabi yang mula-mula sekali pandai menulis dengan kalam dan boleh membaca. Disebabkan kebolehan beliau itu maka Allah S.W.T telah menurunkan 30 syahifah yang berupa petunjuk daripadaNya untuk disampaikan kepada umatnya yang terdiri daripada keturunan Qabil iaitu putera kepada Nabi Adam a.s yang menderhaka kepada Allah.
    Selain d

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @mahamid,
    waaa…panjangnya…
    jenuh saya nak membacanya…huhu

    apa2pun…terima kasih atas perkongsian ini.

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Sebenarnya bukan tujuaan apa-apa tapi ingin ingat mengingati untuk mengenang kembali kisah-kisah para Rasul dan Nabi

    [Balas Di Sini]

    3


Leave a Reply