6 cara bagaimana untuk disayangi
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, panduan mengenai 6 cara bagaimana untuk membuatkan kita disukai orang lain. Sama-samalah kita praktikkan tips ini untuk mendapat manfaatnya.
- 1- SUKA PADA ORANG LAIN
Syarat pertama dan utama untuk anda disukai orang ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pada orang lain dengan ikhlas. Kalau anda tak suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?
- 2- SENYUM
Senyumlah sentiasa. Semua orang suka pada orang yang murah senyumannya. Senyumlah dari hati. Walaupun muka/wajah anda tak hensem, tapi kalau anda senyum, pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyakklah senyum kerana senyum itu sedekah.



- 3- INGAT NAMA ORANG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DENGAN NADA YANG PALING BAIK.
Semua orang suka kalau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan anda yang tidak mengingati nama anda. Apa perasaan anda? Jadi, sila ingat betul2 nama seseorang jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yang paling disukainya dan sebutlah nama tersebut dengan panggilan paling baik dan mesra.
- 4- JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Jadilah pendengar yang baik lagi setia kalau mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana mahu menjadi pendengar yang setia?? Senang saja, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada orang lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah2 dan pengalaman mereka.
- 5- BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN
Kalau anda suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya bercakap tentang perkara2 yang disukai/diminati oleh orang lain. Kalau mereka minat politik, cakap hanya pasal politik. Kalau mereka minat pasal bola, cakaplah pasal bola. Jangan banyak bercakap pasal apa yang anda minat. Kalau anda hanya suka bercakap pasal perkara yang anda minat, pasti orang lain akan berasa jemu dan bosan dengan anda. Jadi ingat! Hanya bercakap tentang perkara2 yang orang lain minat.
- 6- BUATKAN ORANG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SANGAT PENTING DAN DIHARGAI
Kalau boleh cuba buatkan orang lain berasa bahawa diri mereka itu sangat penting pada anda. Dan anda sangat menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa sedemikan DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keihkhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargailah mereka seadanya.
Selamat mempraktikkannya…

Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


harap ada manfaatnya
[Balas Di Sini]
1ok…
henrita…marilah kita sama2 amalkan agar mendapat manfaatnya…
[Balas Di Sini]
2.okey…saya setuju dgn itu….k
Nira…
semoga kita sama2 dapat praktikkan…
[Balas Di Sini]
3betoi tu setuju 120%, kalau nak org suka kita kena dulu suka kat org
CUNNNNNN
PAK YA…
fitrah nya manusia ini memang begitu…
kita hanya akan suka pada orang yang suka pada kita.
cuba tanya diri anda,
adakah anda suka pada orang yang langsung tak menunjukkan minat pada anda?
apakah perasaan anda apabila mendapat tahu ada orang minat pada ana?
pasti anda rasa cukup suka dan gembira bukan?
so, cubalah suka pada orang lain dulu kalau anda ingin diri anda disukai…
[Balas Di Sini]
4Assalaamu…
Alhamdulillaah. Petua bermanfaat.
Wassalaamu…
AMIN…
InsyaAllah…semua kita sama2 dapat amalkan.
Semoga ada manfaat.
[Balas Di Sini]
5TQ BYK MEMBANTU MENCANTIKKAN LAGI “PR” SAYA, RASA BERTUAH SEBAB SELALU DAPAT TIPS N PETUA YG AMAT2 BERGUNA, TQSM
Pakya…insyaAllah kalau diamalkan semua petua ini…pasti akan merasai kesan yang positif…
jadi mari kita sama2 amalkan…
[Balas Di Sini]
6salam..leh x sesiapa yg boleh tlong sy..
sy ni pemalu skit,walaupn lelaki..sy ni seorng pmalu..
bile brsama kwn..sy x bnyak bercakap..nk tgoq pompuan pn
rse tkut..mgkin di sebabkn sift pmalu sy….tlng cadngkan
bagaimana nk kikis sifat ni…
Madi…
ingat ni, TIADA SIAPA boleh ubah sifat/sikap kita melainkan DIRI KITA sendiri.
justeru, bulatkan tekad, kuatkan azam…
cuba cabar diri sendiri…
sentiasa bisikkan pada diri, AKU NI LELAKI…AKU NI LELAKI!
malu tu bukan sifat sebenar lelaki….
lelaki kena berani…
baca mentera semangat anak jantan ini ;
http://pakarhowto.com/luahan-hati/semangat-anak-jantan-sejati.html
[Balas Di Sini]
7sememangnya manusia memang dijadikan dengan banyak kekurangan, jadi sama2lah kita mengubah dan menjadikan diri kita sempurna walau hakikatnya masih serba kekurangan…, tips yang bagus untuk dipraktikkan….
salam ukhuwah…
[Balas Di Sini]
8bgaimana nak org y kita syg trima kta dlam hdupnya..?
mieka´s last blog ..Falsafah BABI Vs Falsafah LEBAH
[Balas Di Sini]
9