Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Panduan Adab Mendengar Azan

February 01, 2010 By: PakarHowTo Category: Panduan

Berikut adalah beberapa adab mendengar azan yang perlu diketahui dan diamalkan ;

1. Masa azan dilaungkan, jangan kita berbual-bual, berborak atau bercakap-cakap. Apatah lagi nak bergurau senda dan bergelak ketawa!

2. Masa azan dilaungkan, tutuplah (OFF kan lah) semua radio, TV atau video yang sedang kita dengar/tengok. Atau, kalau dah degil sangat, setidak-tidaknya, tolong tutup suara (Mute) kannya.

3. Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.
Apabila kita dengar muazzin melaungkan ;

  • Allahu Akbar : maka kita kena jawab “Allahu Akbar”
  • Asyhadualla ilaaha illallah : maka jawabnya “Asyhadualla ilaaha illallah”
  • Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
  • Hayya’alassolah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
  • Hayya’alalfalah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
  • Laailaha illallah : maka kita kena menyahut “Laailaha illallah”

4. Apabila dah dengar azan, bersegeralah ke tempat azan diazankan untuk solat berjemaah. Dan bagi golongan wanita, bersegeralah menunaikan solat. Jangan dilengah-lengahkan solat hingga akhir waktu.

Begitulah 4 adab mendengar azan yang sempat saya kongsikan di sini. Apapun, yang penting bukannya berapa jumlah adab yang kita tahu atau ingat, tetapi adakah kita sudah mengamalkan ilmu yang kita tahu?? Itu persoalannya. Betul tak?

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang

Kalimah Laungan Azan

Kalimah Laungan Azan

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. .’ yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin .

Artikel lain yang best-best...

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Tolong Klik Banner Di Bawah Ni Yer ;)

25 Comments to “Panduan Adab Mendengar Azan”


  1. salam bang,

    terima kasih atas ingatan ni… sama2 la kite ingat mengingat sesama Islam… aku yang jahil ni slalu lupe…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Yun Azhar,
    manusia mmg begitu..sama-samalah kita saling mengingatinya

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Saya pernah dengar satu lagi adab ketika mendengar azan iaitu sewaktu azan dilaungkan sekiranya kite tgh berbaring dalam keadaan sedar maka bangun la hormati azan.. org yg berbaring sewaktu azan dilaungkan maka mayatnya akan jadi berat sewaktu diusung ke liang lahad kelak. Wallaahua’lam.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    hurm…
    tapi sebaiknya kita bagunlah dan sahutlah azan tu dengan sebaiknya

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Azan? Berdiam diri?
    Rasanya sunat jawab azan tu dilaungkan..
    Cuma bukan sekuat azan itu dilaungkan..

    Sila rujuk Kemusykilan Agama JAKIM

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Syukran, artikel yang amat bernas…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @emma,
    Alhamdulillah..

    [Balas Di Sini]

    4
  5. saya mmg sentiasa mengamalkan ni.. sahut azan.
    kalau tak jawab atau tak hormat azan asaya rasa macam diri ni kurang ajar btul.huhu..

    & kalau ada rakan2 lain yang tidak menghormat azan. tegur jer. kalau pasang radio kuat2 tu, cabut jer plug. dia mmg takleh marah balik pnye :p
    “hormat azan~”

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mr.eims @ perfume,
    salam jumaat..mr.eims @ perfume,
    YA..suri sokong..dengan mr.eims @ perfume…time tu baru dia tahu akan kekuasaan Allah swt

    [Balas Di Sini]

    5
  6. semoga kita sama2 igt mengingati n berpesan2 dgn kebaikan…insyaAllah..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nani,
    hai Nani..
    begitulah hendaknya kerna kita ni manusia sering alpa pada duniawi sahaja..huuhu..

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Salmi Said says:

    Assalamualaikum,

    Byk fadilatnya,salah satunya memudahkan kita menghadapi saat kematian,laungan azan juga menyeru kita kepada kejayaan,kepada muslimin segerakan berjemaah di masjid dan setiap kali azan berkumandang kita semestinya berdiam diri,hormati azan dan menjawab azan itu secara perlahan kerana ia salah satu amalan soleh.saya suka article ini.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Salmi Said,
    as-salam Salmi Said..
    ya,benar. terima kasih atas ulasan anda tu.memang ada kebenarannya.dan itu juga boleh mencegah kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar..

    [Balas Di Sini]

    7
  8. ..lihatlh,,stiap prkara pn amat dtitikbrtkn dlm islam….indahnye islam itu…….

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ndia,
    hai..ndia
    islam itu mendamaikan..tenteram bagi insan yang benar2 menndalaminya..menjiwainya sepenuh jiwa

    [Balas Di Sini]

    8
  9. syukran Khairan…

    bersamalah kita saling ingat-mengingati..

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ocean,
    ocean..
    begitulah hendaknya saling ingat-memgingati antara satu sama lain

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Salam ya…
    Mula2 terima kasih kerana peringatan yang baik ini…cuma saya nak tahu lah…pernah dulu saya dengar dalam satu ceramah yang ada menyentuh soal bercakap semasa laungan azan dimana penceramah memberitahu di akhirat kelak ada manusia yang berkepala babi sebab bercakap-cakap semasa azan ni…bolih tah sahkan…

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Fadzil,
    Salam fadzli..
    Maaf suri mmg tidak arif akan hal tersebut..artikel ini pula pakar yang terbitkan..

    jika kita salah bicara akan hukum..kisah tersebut tanpa rujukan takut akan menimbulkan salah tafsir kelak.

    Apapun minta tuan fadzil rujuklah pada yang pakar hal2 agama..
    segala kesulitan amatlah dikesali..

    [Balas Di Sini]

    10
  11. assalamualaikum..

    ada juga kedai makan berdekatan masjid,di pasang pula lagu-lagu yg amat mengasyikkan..tiba-tiba azan berkumandang waktu solat isya.suara azan tenggelam kerana bunyi muzik lagu lebih kuat dari azan.
    datang seorang hamba allah mencabut plugnya.bukan saja lagu terhenti,malah lampu-lampu yg menerangi kedai tu pun turut padam sama.
    rupanya bukan plug,tetapi suis utama…hu hu.

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ema,
    hehe..
    moga dgn cara begitu dia akan lbih menghormati tatacara hidup islam di Malaysia ini ;) tak gitu

    [Balas Di Sini]

    11
  12. Assalamualaikum

    Bagaimana pula bagi yang pekerja yang bertugas kat Call Center, asyik jawap call kira nonstop ler tu, sewaktu explain tentang product, tiba-tiba azan berkumandang….any idea?

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @dinia,
    anda jawblah dalam hati..itu sudah memadai..setelah selesai anda doalah macam biasa..doa slps mendegar azan. ;)

    [Balas Di Sini]

    dinia Reply:

    Kadang-kadang geram sangatlah kalau management tak faham-faham…Agama memang islam…tapi tak hormat sewaktu azan berkumandang….Entah apa nak jadi…Geramnya!!!Saya ni tak lah alim sangat. Tapi sekurang2nya hormatilah sewaktu azan dilaungkan. Cuma dalam beberapa minit sahaja.

    [Balas Di Sini]

    12
  13. Sekiranya ibu bapa kita memanggil, beranikah kita untuk tidak menyahutnya? Inikan pula panggilan ilahi…

    [Balas Di Sini]

    13


Leave a Reply