Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Panduan 5 cara pilih sahabat

March 02, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara iaitu :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Most Commented Posts

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2


Eh Apa Ni??

10 Comments to “Panduan 5 cara pilih sahabat”


  1. Salam pakarhowto

    Maklumat yg berguna utk dikongsi bersama..Well done.Congratulation.

    [Balas Di Sini]

    1
  2. panduan yang amat berguna bg mereka yg x mengenal erti sahabat. panduan diatas adalah benar kerana saya mempunyai seorg sahabat spt demikian.

    [Balas Di Sini]

    2
  3. siapa yang ada ciri2 5 panduan memilih sahabat ni memang hebat…siapa org 2 agaknya erk……salam

    [Balas Di Sini]

    3
  4. susah nak cari sahabat yg ade ciri2 di atas zaman sekarang ni…

    [Balas Di Sini]

    4
  5. salam..sy ada sorang best fren dr umo kitaorg 6 taun.knl kt tadika..spai skang memang masih bes fren wpun kami masing2 dah kawin dan berank pinak.utk pengetahuan umur sy skang 31 thn..semua prob di kongsi bersama…memang lah tak menepati ciri2 kt atas tp sy bersyukur mempunyai kwn seperti nya..

    [Balas Di Sini]

    5
  6. bliewhippow says:

    ALHAMDULILLAH…
    bersyukur kepada ALLAH
    i got one..
    1 dalam seribu…

    [Balas Di Sini]

    6
  7. bgus dgn panduan yg diberi..memg sukar nk cari kwn baik sgitu..alhamdulillah kwn sy smua ok..

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Salam semua. Suami saya salah satu daripada orangnya. Syukur….

    [Balas Di Sini]

    8
  9. assalamuialaiku…
    Alhamdulillah jika kita di beri peluang untuk mendapatkan kawan yang di nyatakan di atas…tapi zaman sekarang amat payah untuk kita mendapatkan kawan seperti itu…kalau ada pun x ramai…

    [Balas Di Sini]

    9
  10. memang bagus dpt kawan seperti di ataskan.tapi susah nak cari.suami adalah kawan sya yg terbaik.

    [Balas Di Sini]

    10


Leave a Reply

CommentLuv Enabled


This page is copy protected