Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.4. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Petikan dari ustazmelaka.net

Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2









Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo


Diharapkn semoga dipermudahkn kita semua mendidik anak2 menjadi yang terbaik disisi agama. semoga doa sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak2 kita semua….Insyallah
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 15th, 2010 at 9:14 am
@suryna,
salam pagi..suryna
ya..dihatrapkan begitulah hendaknya.moga mereka membesar dengan sempurna dalam didikan agama yang baik..tauladan yang bisa menyejukkan hati kedua ibu bapa..
[Balas Di Sini]
terima kasih suri bagi tips ni.. nanti boleh le gantung rotan kat dinding rumah.. bukan untuk menakutkan, tapi sebagai peringatan itulah hadiah yang akan dia dapat jika berkelakuan tak elok..
[Balas Di Sini]
rosy Reply:
January 11th, 2010 at 12:23 pm
setuju3X…. supaya anak-anak beringat sebelum buat perkara2 yang tidak sepatutnya.
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 15th, 2010 at 9:19 am
@rosy,
hai..rosy
sokong..teringat dulu2 masa suri kecik lagi ayah dan mak selalu gunakan rotan untuk belasah kami adik beradik..pantang buat silap ZzzAP!! so kami kenalah kurangkan kenakalan kami..huuhhu..
syukur semunya sudah berjaya
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 15th, 2010 at 9:16 am
@ct maliha,
salam mesra..ct maliha..
sama-sama kembali..rotan pun cara yang terbaik juga..supaya mereka gerun..dan rasa takut tika buat kesalahan kelak..
[Balas Di Sini]
tapi tak patut la ibu je yg silap..
ni silap kedua-dua orang tua ..kadang ayah pun tak amek kisah hal tuk didik anak dengan baik..
apa yg berlaku sekarang ni..ramai ibu bapa gagal mendidik anak dengan baik..sibuk cari duit ..anak diabaikan..
ish..ish..ish..tak patut tak patut..
[Balas Di Sini]
surihati_ku Reply:
January 15th, 2010 at 9:22 am
@ocean,
Salam jumaat buat ocean..
Ya.Suri setuju juga dengan pandagan anda tu..
apapun perkara yang kita bakal..telah kita lakukan perlulah keduanya SEIMBANG agar anak-anak tidak akan tersa diri mereka terbiar..terabai oleh kealpaAn ibu bapa merka..
[Balas Di Sini]
Org tua contoh kepada anak dlm apa jua keadaan..bagaimana acuan begitulah kuihnya.
[Balas Di Sini]
4..brat kn tggjwab sbg ibu bapa??hm…..
..mnjdi ibu bpa yg smpurna bg anak2 mmerlukn kpndain dlm plbgai aspek,,dn bijak bg mngani ap jua mslah dlm klangan anak2,,, =D
[Balas Di Sini]
5