“Doa Akhir Tahun & Awal Tahun” -Ma’al Hijrah-
Doa Akhir Tahun
( Dibaca selepas solat asar)

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
——————————————————————————————-
——————————————————————————————-
Doa Awal Tahun
( Dibaca selepas solat maghrib )

Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Most Commented Posts
Email Artikel Ini Kepada Kawan2









Salam,
Tuan, adakah doa akhir dan awal tahun satu urusan agama.
Boleh saya tahu dari mana sumber doa ini dipetik.
Terima kasih.
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
December 17th, 2009 at 8:39 pm
@A Jalil,
Salam,
Tuan, doa adalah sangat digalakkan dalam Islam.
Hanya orang yang sombong dan angkuh saja yang tidak mahu berdoa kepada Tuhan.
Sumber doa? Saya tak ingat saya ambil di mana,
tapi yang pastinya, ia adalah doa yang baik yang
mendapat pengiktirafan ulama2 dari ahlussunnah wal jamaah.
[Balas Di Sini]
Aminn Ya Rabbal A’lamin….
semoga kita mnyambut tahun baru Islam dengan penuh barokah..
semoga sentiasa dlm Rahmat dan RedhaNya….
[Balas Di Sini]
2Salam,
Maaf semasa saya budak-budak (tahun 60an) dulu tidak pernah pun ada majlis baca doa akhir & awal tahun. Mungkin masa itu mereka belum jumpa hadisnya. Kalau pun jumpa sekarang mereka kena beri sumbernya seperti Sahih Bukhari atau Muslim dsb.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa doa sangat penting dalam hidup seorang Muslim.
Kawan saya ada tanya anaknya yang berada di Madinah mengenai doa akhir & awal tahun. Anaknya kata ada tapi tidak dapat beri sumbernya.
Kalau ada mestilah ada sumbernya supaya orang ramai boleh merujuk kepada perkara tersebut. Tidaklah dikatakan kita main ikut-ikut saja.
Juga kalau sepakat ulamak mengatakan ada, maka ada sesetengah negara adakan majlis tersebut dan ada yang tidak mengadakannya. Kalau begitu tidak sepakatlah namanya tu.
[Balas Di Sini]
3