Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Teknik Legakan Sakit Jantung

December 03, 2008 By: PakarHowTo Category: Teknik

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Andaikan pada 6:15 petang, anda memandu pulang (seorang diri) selepas berpenat lelah bekerja seharian di pejabat. Anda merasa benar2 letih dan agak tertekan. Tambahan pula jalan jem teruk hari itu. Anda benar2 merasa tertekan dan tension….

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan kesakitan itu mula merebak hingga lengan dan tulang rahang anda. Anda merasa begitu sukar sekali untuk bernafas. Kesakitan didada begitu memeritkan anda. Kesukaran bernafas begitu melemaskan anda. Pemanduan anda terganggu. Kini anda benar2 rasa tak larat dan rasa seperti nak mati. Anda telah terkena serangan jantung yang boleh membawa maut.

Haaa dalam keadaan begitu, apakah tindakan anda? Apakah yang perlu anda lakukan ??? Bagaimana mungkin anda dapat selamatkan diri anda daripada serangan jantung sebegini ketika anda berseorangan??

Anda mungkin telah diajar dan dilatih melakukan CPR. Tetapi anda tidak pula diajar untuk melakukan CPR pada diri sendiri kan? Mampukah anda melakukan CPR atas tubuh badan sendiri?

Ketahuilah, kebanyakan kes serangan jantung berlaku pada ketika kita berseorangan. Tiada siapa pun disisi kita.

Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil, akan menjadi pitam. Seseorang yang terkena serangan jantung, hanya ada cuma 10 saat sahaja sebelum dia pengsan, tidak sedarkan diri. Jadi, apa yang boleh dibuat?

Apa yang boleh anda buat ialah ;

  1. Jangan panik, sebaliknya BATUK lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2.
  2. Tarik nafas dalam2, kemudian cuba batuk semula. Batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari dalam dada anda.
  3. Tarikan nafas dan batuk itu perlu di ulang setiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung anda kembali normal.

Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2. Manakala pergerakan yang terhasil daripada perbuatan batuk itu, akan memberikan tekanan pada jantung sehingga pengaliran darah (oksigen ada dalam darah) pada jantung berjalan lancar seperti biasa. Himpitan dan tekanan pada jantung yang terjadi akibat batuk, membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung akan sempat sampai ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Saya harap anda semua dapat menyebarkan dan mewar2kan teknik ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Ia mungkin membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan sangka anda bebas dari serangan jantung hanya kerana umur anda kurang dari 25 atau 30 tahun. Hari ini, disebabkan perubahan gaya hidup, serangan jantung tidak mengira umur.

Selamat mengamalkan gaya hidup sihat!

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

4 Comments to “Teknik Legakan Sakit Jantung”


  1. Thanks for the info.

    ZAHWA…thanks for the comment….appreciate very much if you could leave comments again in the future…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. assalamualaikum
    leh tak tolong beri penerangan ttg teknik legakan sakit jantung

    waalaikumussalam “Z”….saya dah terangkan sikit sebanyk tentang tips atasi masalah jantung masa kecemasan…untuk maklumat lanjut tentang teknik legakan sakit jantung tu, tolong consult dengan mereka2 yang lebih pakar tentang masalah jantung ni…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. aimansyasya says:

    terima kasih yang teramat sangat

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Alhamdulillah..ketemu jua dengan teknik melegakan sakit jantung ni..
    terima kasih pakar diatas maklumat diatas.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4

1 Trackbacks/Pingbacks

  1. melurjelita.com » Blog Archive » TEKNIK LEGAKAN SAKIT JANTUNG 24 09 10

Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11