Teknik Elak Hamil Mengejut !

Share

As-salam untuk semua harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah bagi yang tidak sihat pula itu mungkin sebahagian dari penghapus dosa-dosa kecil. Jadi bersabarlah akan dugaan yang diberikannya kepada anda.

Entri kali ini Suri ingin ketengahkan berkenan dengan jarak kehamilan anak atau bayi bagi mewujudkan sebuah kualiti keluaraga yang terancang agar anak-anak memiliki masa depan yang terjamin kelak berbanding dengan kuantiti dengan memiliki anak yang ramai akan menyebabkan sebahagian dari mereka akan terpinggir dengan kehadiran orang baru dalam keluarga anda..

Jarak kehamilan anak yang terlalu rapat mungkin akan membuatkan anda dan pasangan menjadi kelam-kabut?? Lebih-lebih lagi jika anda dan pasangan terpaksa pula keluar berkerja. Hurmmm, kepada mereka yang hendak merancang kehamilan dan kelahiran si manja ini Suri akan kongsikan teknik ini dengan anda.

Anak ibarat permata hati dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Anak juga mampu menyimpulkan erat ikatan kasih sayang antara suami dan isteri. Bahkan kehadiran seorang anak juga merupakan khabar gembira yang sentiasa dinantikan oleh kebanyakan pasangan yang telahpun mendirikan rumahtangga.

Oleh itu, sebaik-baik kelahiran si manja juga haruslah dirancang dengan baik mengikut tahap kekuatan psikologi disamping kestabilan ekonomi dalam sesebuah rumahtangga itu. Ketahuilah bahawa jarak yang sesuai antara satu anak dengan anak yahg lain akan mampu memercikkan sebuah karmonian dalam rumahtangga.

  • (1 ) SEMULA JADI

Kaedah ini menggunakan cara mengekalkan waktu subur seseorang wanita dan ia bergantung pada kitaran haid anda. Anda juga boleh menggunakan cara rhythm (mengira waktu kitaran haid yang terpendek, tolak 20 hari dan hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid terpanjang ditolak 11 hari). Dengan kaedah ini , pasagan harus mengelakkan hubungan kelamin pada lebih kurang hari kelapan hingga ke 24 jika kiraan haid adalah 28-35 hari. Bagaimanapun, kaedah ini agak rumit untuk dikira dan mendatangkan masalah bagi pasagan kerana waktu untuk bersama pasagan tidak panjang.

  • (2 ) PIL PERANCANG

Tahukah anda bahawa pil perancang mengandungi estorgen dan progestogen serta amat popular di kalangan wanita di dunia dan seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menghalang pengeluaran telur dati kilang ovari seseorang wanita serta akan menyebabkan lendir dari pintu rahim akan menjadi pekat sehingga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.

Pil ini dimakan setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21 dan diikuti tujuh hari rehat. Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu sebanyak 99.9 peratus..

Disamping itu terdapat juga pil yang hanya mengandungi progestogen, ia bagi mengelakkan kandungan dan akan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir akan menjadi pekat. Pil jenis ini tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Ketahuilah bahawa hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari kerana jika masa makan ubat berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu akan hamil kelak.

Pada kebiasaanya pil perancang keluarga mempunyai beberapa kesan yang positif seperti mengurangkan kadar pendarahan haid dan mengurangkan penyakita seperti anemia (kurang darah) serta mengurangkan kesakitan sewaktu kedatangan haid. Selain itu juga ia turut mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.

  • (3)  SUNTIKAN

Kaedah ini menggunakan hormon progestogen dan disuntik setiap dua bulan bergantung kepada hormon yang digunakan. Disebabkan dosnya yang tinggi, ia boleh mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari di samping mengakibatkan lendir seseorang wanita tersebut menjadi pekat. Ketahuilah bahawa wanita yang menggunkan kaedah ini boleh mengalami pendarahan yang tidak menentu.

  • (4 ) ALAT DALAM RAHIM

Kaedah ini telah digunakan sejak 60-an lagi. Kegunaan alat ini perlulah dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor yang terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna. Tahukan anda bahawa alat ini boleh disimpan selama tiga tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Kesan untuk mengelakkan kehamilan lagi adalah lebih kurang 98 peratus.

Disamping itu juga terdapat alat dalam rahim yang telah diserapkan dengan hormon progestogen. Ini meninggikan efikasinya kepada lebih 99.9 peratus untuk mengelakkan kehamilan disamping mengurangkan pendarahan haid. Anda tidak harus bimbang kerana walaupun tidak datang haid, ketahuilah bahawa telur anda masih dikeluarakan dari kilang ovari seperti biasa. Disamping itu juga ia boleh mengurangkan masalah anemia dari pendarahan haid yang berlebihan.

  • (5 ) KAEDAH HALANGAN

Kaedah halangan yang paling popular adalah kondom untuk lelaki hingga ada yang diserapkan dengan ubat antisperma. Ketahuilah bahawa kaedah ini tidak efisyen sama sekali kerana kesanya hanya 60 peratus hingga 80 peratus sahaja sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul.

Kaedah halangan yang lain termasuklah kondom untuk wanita, penggunaan diafram span. Walaupun kaedah ini tidak popular namun penggunaan kondom ini juga boleh mencegah jangkitan penyakit kalamin dan HIV.

  • (6 ) IMPLAN

Adalah alat perancang yang mengandugi hormon progestogen yang dimasukkan ke bawah kulit di bahagian dalam lengan. Ia mengelakkan kendungan dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari, boleh dipakai selama tiga hingga lima tahun serta mempunyai keberkesanan sehingga mencecah 99 peratus.

  • (7 ) STERILISASI

Boleh dilakukan kepada wanita dan lelaki serta merupakan kaedah yang kekal. Di mana saluran fallopio wanita akan diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dari melakukan persenyawaan. Vasektomi misalnya, adalah kaedah sterilisasi yang kekal untuk lelaki, ia memerlukan sedikit pembedahan kecil di mana saluran vas deferens dipotong sedikt dan diikat.

  • (8)  PENYUSUAN IBU

Wanita yang menyusukan bayi atau anak sepenuhnya juga boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika, haidnya masih belum dialami kerana ia menekan proses ovulasi (ovari dihalang daripada menghasilkan telur). Kaedah ini jiga merupakan antara yang sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Ketahuilah juga bahawa jika penyusuan diberhentikan atau wanita tersebut telah mengalami haid semula kaedah pencegah kehamilan yang lain juga perlu digunakan.

  • (9 ) SPERMISIDA FARAJ

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Spermisida hendaklah dibiarkan berada di dalam faraj selama enam hingga lapan jam tanpa dibasuh selepas hubungan sekas untuk memastikan semua sperma mati.

Jika ia digunakan denga cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunkannya akan hamil. Bagaimanapun, keberkesanan dalam mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan amatlah tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara bergabung dengan kaedah kontraseptif lain.

  • (10 ) PENGHALANG SERVIKS

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi.

Ketahuilah bahawa ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik akan meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Sebanyak sembilan peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten.

  • (11 )  INSTRAUTERIN (IUD)

Alat anjal berbentuk ‘T’ ini dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor bagi mengganggu pergerakan sperma dalam ruang uterin. Terdapat dua jenis IUD iaitu Paragard Copper T 380A yang melindungi daripada kehamilan selama 10 tahun dan Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun. Dianggarkan, antara tiga hingga lima peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Dipetik dari majalah Pa & Ma (4728)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

22 thoughts on “Teknik Elak Hamil Mengejut !

  1. Terima kasih Suri. Bagus info ni. Cuma pada saya tak perlulah elak kalau nak mengandung. Rezeki tu. :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Motivasi Kerja,
    salam CerIA ! Motivasi Kerja..
    sama-sama Motivasi Kerja..

    Hurm..anak tu memanglah rezeki tapi jika boleh jarak kehamilan anak2 biarlah terancang agar mereka dapat didikan,kasih sayang serta asuhan dengan lebih baik melalui sentuhan ibu bapa mereka.

    Walaubagaimanapun..
    jika ekonomi sesebuah rumahtangga itu mantap/stabil maka tidak salahlah kiranya mereka memiliki bilangan anak2 yang ramai..

    Sekiranya..
    sesebuah keluarga itu memiliki kedudukan ekonomi yang agak sederhana pula memadailah kiranya mereka mengawal kelahiran anak dengan mengambil insitif merancang kehamilan..

    Bukan apa sebab setiap anak yang dilahirkan amat memerlukan perhatian yang sepenuhnya dari kedua ibu bapanya..dan bukan pada kelahiran yang ramai semata-mata..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    poohn378 Reply:

    @surihati_ku, ..
    betul betul betul

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. bagus sangat maklumat tu…
    mekasih

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @siti sara,
    HaI, siti sara,
    Ia sebagai info kita bersama :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    dyhea Reply:

    setuju ngan pendapat suri.. kalu ekonomi keluarga ditahap sederhana sebaik2nya rancangla kelahiran… anak2 perlukan kasih sayang… fikirkan masa depan mereka.. nak ke anak2 kita tak cukup makan pakai macam anak orang lain.. ?
    .-= dyhea´s last blog ..- Raya Datang Lagi Episod Pertama - =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. salam,

    Orang kata anak2 itu adalah rezeki, bila kita wat keputusan untuk brkahwin sebenarnya kita telah bersedia untuk jadi ibu. Yakin pada diri dan hargailah rezekiNya. Selamat menjadi ibu kepada kaum ibu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Tok Ki,
    salam..Tok Ki,
    kurnian anak adalah hadiah yang tidak ternilai dariNya..
    Janganlah persiakan anak sebaiknya lakarkanlah ia dengan corak yang indah seindah budi perkerti yang luhur, beriman, berilmu, hormat kepada orang tua, kedua ibu bapa, agama dan sebagainya kelak nanti ia akan dipandang mulia oleh masyarakat dan Tuhan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. ye arr.. bukann nyeee apa.. kesian anak tu kecik lg dh ad adik.. lg sedih kalau.. baru lepas pantang .. ya allah.. dh lekat 2 bulan….
    i think… better before get married … especially for young couple… belajar tentang ilmu keibubapaan/suami/isteri… peranan masing2 tanggungjawab…. .. sang suami lak byk kan lah bersabar… sian kat isteri… baru lepas bersalin…… …then kpd isteri yg suami ny aktif tu.. pandai2 lahhh cari alternatif… jgn dok gitu je….
    of course setiap anak ad rezeki mereka tp.. agak2 laa…
    kalau dpt suami yg sama2 mahu menjaga x pe gak… alhamdulillah… ni… isteri balik dari keja nk masak la buat keje2 umah… si suami dok nganga depan tv ngan paper ditangan serta… sedap ny meng order… kopi satu………. isk isk…

    be well prepared.. dari segala aspek.. pengetahuan/ekonomi/mental/fizikal…
    oppsssssssss… emo lakkk…
    k laaa….

    apa yg penting suami isteri harus bekerjasama menjaya kan institusi kekeluargaan ini….
    KPI ny leh tengok pd anak2… peribadi mereka…

    best of luck …..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @poohn378,
    taraa! salam manis poohn378..
    ya.ya..Suri suka akan komen poohn378..is very nice..hehe..

    apa yang penting ??? KERJASAMA..

    antara suami & isteri dalam menguruskan hal rumahtangga adalah satu amalan dalam menghargai pasagan anda ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ana_nurr Reply:

    agreed over 100%….:) mmg perlu perancngan…tambhan sekrg kurg kesedaran tentg tggungjwb especially to guys…;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    dyhea Reply:

    teringat berita kat akhbar sorang isteri tinggalkan 6 anak kat mak bapak kat kg tanpa apa2 berita sbb ikut suami yg merajuk ngan bapak mertua.. tup2 bila akhbar wat jejak kasih.. rupanyr pasangan ni baru dpt anak baru..baru lepas pantang..ish!! padahal anak2 kat kg tu tak terbela.. berderet… kecik2 lagi.. tak rasa apa2 ke si ibu tu? tau la syurga dibawah tapak kaki suami tp kalu anda… sanggup ke biarkan anak2 cam tu demi seorang suami…?
    .-= dyhea´s last blog ..- Raya Datang Lagi Episod Pertama - =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. menjarak hamil untuk emosi si ibu.. menjaga dan mendidik anak ni bukannya mudah.. sebab ibu pun ada keperluan2 sendiri yang perlu dipenuhi..

    suri, nanti boleh le post cara2 didik anak menjadi anak yang baik..
    banyak info yang ct cari kat internet ni macam copy & paste je.. sebab semuanya sama.. info tu bukannya tak bagus, tapi anak2 zaman sekarang ni lebih canggih dari mak & ayahnya.. pendedahan mereka tak sama sebagaimana kita dibesarkan.. so ibubapa zaman sekarang kena ada ilmu untuk menghadapi anak zaman cyber ni..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha,
    Salam petang untuk..ct maliha
    suri setuju dengan ulasan anda diatas..sunggyh bernas sekali.

    Tterima kasih diatas kritikan anda..Suri amat menghargainya.Insyallah jika anda info yang menarik tentang cara-cara didikan anak sudah pasti suri akan kongsikan pada semua.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. miertas nk kongsi sedikit petua..bgi ank2 dara…yg belom berkahwin…plez..plez jgn gune pil perancang…tok elek anda mglami ksukaran untuk hamil pada waktunye..huhu..semasa anda mmakan pil2 tersebut, ianya akan mnebalkn saluran peranakan anda..harap maklum..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. Salam semua..topik ni agak menarik..n sy nak kongsi pengalaman sy sndiri bkaitan dgn family planning ni..sbnarnye lps salin ank pertama mmg hnpir stahun lbh sy gunakan kaedah rncng sndiri..but mslah yg sring d hadapi lps slin period agk x teratur n bdn selalu skit2…so akhirnye sy tlh mncuba produk maajun yg mane byk kebaikkan utk kita para ibu2…maajun ni slh satu nye berfungsi utk family planning so saya btekad tuk mengamalkan nye..alhamdullillah dah setahun mnggunakan nye..mmg selamat dan terlalu byk kebaikkan nye..x perlu pning2 nak fkirkan produk moden yg kebykkan nye mmpunyai side effect…klu nak kongsi mklumat dgn sy boleh hubungi saya 0197231917…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. selamat ke merncg kemhamilan dg mkn pil perancg? ade org kate ade side effect.sy baru lps pntg. nk mula mkn pil tapi takut risiko..lps2 ni tkleh nak mengandung pulak..btl ke fakta ni?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam