Tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?

Share

Setiap hari, ada saja yang menghantar email mengadu masalah kepada saya. Macam-macam perkara yang diluahkan.

Saya terharu atas kepercayaan anda kerana mengadu masalah kepada saya. Namun, saya minta maaf sekiranya saya tak dapat nak mengulas panjang.

Sejuta kemaafan sekiranya saya tak sempat nak balas atau lambat untuk memberikan respon kepada setiap permasalahan yang dibangkitkan.

Apa yang boleh saya bantu, cuma berkongsi masalah anda di blog ini. Agar semua pembaca dapat memberikan pendapat dan pandangan masing-masing.

Semoga dengan perkongsian pandangan dan pengalaman dari semua pembaca sekalian, kita semua yang membacanya akan dapat manfaat bersama insyaAllah.

Baiklah, hari ini, saya kongsikan dengan anda 1 lagi masalah rumahtangga yang dihantar kepada saya.

Baca dan berikan pandangan anda. Semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran daripada apa yang dikongsikan.


Tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?

Saya telah berkahwin hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Masalah bermula selepas saya dapat tahu pada tahun ke-6 usia perkahwinan rupa-rupanya suami curang pada saya semenjak mula kawin lagi. Rahsia ni terbongkar bila saya secara tak sengaja terjumpa telefon yang suami sembunyikan selama ini.

Betapa hancur luluhnya hati apabila mendapati terdapat banyak mesej antara perempuan tu dan suami. Pada mulanya suami tak mengaku tetapi setelah ditunjukkan bukti baru la dia mengaku.

Betapa bodohnya saya rasakan ketika itu sebab diperlakukan begitu. Macamana tak bodoh…untuk pengetahuan, saya bekerja syif. Syif saya memang tak menentu. Masa inilah suami menggunakan peluang untuk bertemu kekasih hati. Patutlah suami tak mahu jaga anak bila saya kerja syif malam dengan alasan anak kami meragam dan takut nanti kalut nak pergi kerja. Sudahnya anak terpaksa dihantar ke kampung.

Saya tak pernah syak suami sebab saya ingat suami memang cinta dan sayangkan saya. Lagipun suami selalu ada bersama-sama saya. Tapi rupa-rupanya di belakang saya dia keluar dengan perempuan lain.

Saya minta dilepaskan tetapi suami tak mahu dan minta diberi peluang sekali lagi. Semenjak kejadian itu hati saya betul-betul dah tawar tetapi demi anak-anak saya cuba bertahan.

Awal tahun lepas kami telah berpindah ke rumah baru. Disini bermulalah episod lain dalam hidup saya. Hari-hari saya berendam airmata. Sekarang masa suami untuk saya dan anak-anak semakin kurang, semuanya disebabkan kawan-kawan baru yang suami kenal.

Bila bersama saya dan anak-anak, macam-macam alasan yang suami beri ; tak laratla, letihla. Tapi dengan kawan-kawan dia, sampai pukul 5 pagi pun sanggup.

Saya sedih. Dahla letih bekerja balik rumah nak uruskan rumah dan anak-anak lagi. Nak harapkan suami tolong jauh sekali. Bila saya tegur, suami melenting kata saya mengongkong dia.

Saya cuma nak suami faham. Salahkah saya? Adilkah semua ni? Saya betul-betul tertekan dengan semua ini dan saya tiada tempat untuk mengadu. Bantulah saya. Setidak-tidaknya dengan kata-kata semangat dan nasihat anda.

Saya sebenarnya dah tak larat lagi untuk berpura-pura bahagia sedang hakikatnya saya menderita. Derita di dalam itu amat menyiksakan… (5997)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

84 thoughts on “Tawar hati dengan suami, apa patut dibuat?

  1. rupanya rmai isteri senasib dgn sy.. tp kisah sy lbh tragis, suami pns baran n terlalu cerewet dr smua segi.. smua tak kena pd matanya, selalu keluar semalaman xbalik wlu sy tgh sarat mngndung, dr start pgnen smpi bersalin suami lgsung xsentuh sy, suami kaki judi no n mesen judi, duit xpernah ada, sy yg tggung smua, slepas 2thn br sy dpt bukti aktiviti kotor dia, rupanya dia aktiv melanggan maknyah, memuaskn nfsu wanita2 gersang lebih2 lg yg tua2…smua melalui web tagged.. Ya Rabbi…dugaan apakah ini… ptutlah lgsung xsentuh sy..bygkn btapa mnderitanya perasaan sy… lps kantoi suami xmengaku lgsung waima minta maaf, hanya keegoan dn kemarahan yg keluar dr mulutya.. cuma baran dh kurang n lyn sy baik kt rumah, tp belakang masih aktif sy jumpa bukti dia masih mncari kepuasan songsang… sy buntu memikirkan ank kecil n ini pkhwinan kedua sy.. sy malu dgn smua…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @ctea,
    Ramai yang hantar email pada saya mengadu pasal masalah rumahtangga masing-masing. Hampir semua kata masalah mereka sangat besar. Mereka sangka masalah mereka lah paling rumit. Mereka ingat orang lain semua bahagia. huhu

    Hakikatnya kita semua ada masalah tersendiri. Kita sangka masalah kita dah cukup besar, tapi sebenarnya ada lagi orang yang ada masalah lagi besar dari kita.

    Point yang ingin saya sampaikan ialah, kita ni masing-masing diuji sesuai dengan tahap kekuatan/kemampuan kita.

    Sabar dan tabahlah. Sentiasa positif dan bertindak bijak dalam berusaha menyelesaikan masalah kita sendiri. Jangan terlalu ikut emosi dan perasaan. Carilah orang-orang tua yang boleh memberikan kita nasihat dan panduan.

    InsyaAllah tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Usaha dan tawakal lah pada Allah. Sesungguhnya ALLAH saja tempat kita mengadu dan memohon pertolongan.

    All the best!

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam