Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Panduan Untuk Jadi Anak Soleh (Mesti Baca)

November 02, 2010 By: PakarHowTo Category: Panduan

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Baca lah kisah Nabi Musa a.s ini dengan penuh penghayatan. Baca, fahami, hayati, amalkan dan sebar-sebarkan kepada rakan-rakan kita yang lain. Kisah ini sangat penting buat kita semua. Ia berkaitan tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa nya.

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihan Nabi Musa yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan, akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, Nabi Musa berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.

Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Nabi Musa pun terus segera menyoal lelaki tersebut.

“Wahai saudara! Apa agama kamu?”.

“Aku agama Tauhid, menyembah Tuhan yang Esa.”, jawab pemuda itu.

“Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua-dua ekor babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.

“Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka bertukar dapat masuk ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya dengan ikhlas. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Pengajaran

  • Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
  • Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
  • Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh semua para ibubapa di alam kubur. Maka didik anak-anak kita agar menjadi anak yang soleh. Maka marilah kita menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapa kita.
  • Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


Sumber : Uwais al-Qarni

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

17 Comments to “Panduan Untuk Jadi Anak Soleh (Mesti Baca)”


  1. YA Allah ampuni dosa ku ya ALLAH

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. YA ALLAH hapuskan dosa hambamu yang telah banya berdosa ini ya ya ALLAH……….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @FITRI, selepas solat blh sahaja doa untuk ibu bapa kita..

    Allah Maha Pendegar akan setiap doa umat-umatnya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Kisah ini pernah dbaca.Ia merupakan kisah benar yang boleh dijadikan teladan supaya kite bbuat baik kepada ke-2 ibu bapa walau apa yang mereka lakukan pada kita.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ct kaseh Reply:

    @joyzieta, abadikanlah kasih sayang sejati yang ikhlas untuk

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    joyzieta Reply:

    @ct kaseh, UNTUK …???komen anda spruh sje…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    ct kaseh Reply:

    @joyzieta, tu le psal..ha..part 2 yang sejati dan ikhlas untuk ibu bapa..kita..dunia akhirat.Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    joyzieta Reply:

    @ct kaseh, HE3…OYEA CT KASEH..DIA MAHA mgetahui sgala dlm + luo kite..wt shabis baik 4 our parents + family..Insya ALLH..de gnjrn yg tbaik d sne..kalu x dbls d cni..amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. i wanna be a gud gurl…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapa ku… Aminn…
    .-= Amim´s last blog ..Update Status Facebook via =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Amim, Itulah doa anak2 yang soleh..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. sungguh bertuah lelaki tersebut, kerana sifatnya yg taat dan soleh kpd ibu bapa beliau dapat masuk ke syurga bersama ibu bapanya yg telah diampunkan dosa besar mereka….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @amirkodi, baik atau buruk mereka harus dimuliakan jua..sb tanpa dia siapalah kita didunia ini..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. Nur Insyirah Aina@ says:

    @isyirah,baik atau buruk mereka tetap ibu bapa kita dunia dan akhirat.Lelaki itu sungguh bertuah kerana ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. terima kasih =)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. putrisalju says:

    Selagi hayat kedua ibu bapa kamu masih ada sentiasalah menjaga hati dan perasaan.Cubalah sedaya upaya menjadi anak yang soleh.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibubapaku…Amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11