Tanda-tanda kurangnya iman dan cara untuk tingkatkan iman
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Iman adalah 1 perkara yang sangat penting dan sangat-sangat berharga. Sebab itulah Syaitan sentiasa mahu mencuri iman kita. Syaitan tak curi wang ringgit kita, dia tak curi kereta kita, dia tak curi harta benda kita. Kenapa? Sebab Syaitan tahu, iman adalah terlebih mahal dari semua itu. Iman adalah benda yang paling berharga dan paling bernilai.
Adakah anda tahu berapakah nilai iman?
Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang tanda-tanda berkurangnya iman. Agar kita lebih bersungguh-sungguh dalam menjaga iman sebagaimana Nabi SAW dan para sahabat rodhiallahu’anhum ajma’in.
Berikut adalah antara tanda-tanda berkurangnya iman. Mari kita check sama-sama. Ada tak tanda-tanda ini pada kita?
- Terus menerus melakukan dosa dan tidak rasa bersalah.
- Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
- Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
- Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
- Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
- Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
- Berat dalam mengingat Allah.
- Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
- Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
- Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
- Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
- Berasa senang di atas kegagalan orang lain
- Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
- Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
- Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
- Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
- Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
- Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
- Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
- Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
![]()
Dan berikut ini pula ialah beberapa cara bagaimana untuk meningkatkan keimanan kita :
![]()
- Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
- Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
- Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
- Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
- Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
- Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
- Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
- Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
- Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
- Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
- Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.
Sumber Rujukan : Artikel tulisan Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh
Artikel lain yang best-best :
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








salam,
Terima kasih banyak2. INFO ini banyak mengingatkan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
1tazkirah yg baik pada jumaat yg mulia ni
Terkini : Hotel Paling Pelik Di Dunia
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
2TKasih atas perkongsian ini.Amat baik sebagai landasan utk muhasabah diri ini..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
3
0
[Balas Di Sini]
3terima kasih…ilmu yg amat berguna utk muhasabah diri sndiri
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
4dalam hal ini, yang utama ialah kita menjaga makanan yang kita ambil setiap hari agar bebas daripada sumber yang tidak berkat.pendapatan hasil daripada pekerjaan haram sudah tentu salah baik dari segi hukum Islam apa lagi hasilan itu untuk kita tanam ke dalam darah daging kita.makanan yang datang dari sumber yang haram akan membuat hati kita dijaga iblis dan setan.yang penting di sini kita hendaklah menjaga hati.bila hati bersih, mudah kita dekat kepadaNYA.Bukan mudah untuk kembali ke pangkal jalan,Islam, kalau perkara yang halus begini tidak dititikberatkan.Pendek kata, makanan bersih menjadi sumber kekuatan iman semakin bertambah bersih terhadap kebesaran ALLAH.Berperasangkan bersih dan baiklah kepada ALLAH jika perjalanan kepadanya masih terlalu jauh.ALLAH tidak akan menggubah nasih sesuatu kaum melain kaum itu sendiri yang berusaha untuk menggubah nasih dirinya.Dari itu kita hendaklah sentiasa berusaha untuk membersihkan diri daripada segala macam gejala yang tidak bersih agar mudah dan sentiasa berada dalam perlindunganNYA dan belas kasihanNYA.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
5Taubat dan terus taubat…tingkatkan keimanan….insyaAllah…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
6moga kita xtermasuk dlm golongan org2 yang dalam kelalaian dan kerugian..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
7artikel yg berguna utk kite semua… selamat beramal
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
8jika d hitung msih byk lg kekurangan terasa d dlm diri…sma2 la kte mningkatkn keimanan…trima kasih..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
faris Reply:
February 14th, 2011 at 3:05 pm
Terima kasih kerana mengingatkan,,Semoga kita terus kekal dlm keimanan..amin……
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
mintak izin nak copy article ni..just for sharing..tq..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
10maya masih lagi takut dengan diri maya yang tah pape ni….maya sekarang telah dibuang oleh rakan baik maya sebab maya ni keras kepala….suka membantah2…suka cakap baik2 tapi langsung tak amalkan….yea maya akui…maya jahat….jahat untuk dia…..maya reda bila dia membenci maya….bila baca artikel ni terasa seperti iman maya masih belum kukuh lagi….
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
11info berguna,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
12sy dlu slalu buat dosa…tpi jauh lubuk hati…sy nak sngat brubah…tpi tak tahu mcam mana…after baca smua ni…sy sdar dosa n slah sy…thanks
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
13