Aku dah OK, kau tu yang kena berubah?

Dalam banyak hal, kita rasa kita sentiasa di pihak yang betul. Kita mahu orang faham kita. Kita nak orang terima pendapat kita. Kita ingin orang dengar cakap kita.

Tapi sedarkah kita, orang lain pun fikir macam itu juga. Mereka juga fikir mereka betul. Mereka tak silap. Mereka tak perlu berubah. Yang perlu berubah adalah orang lain.

Inilah lumrah pemikiran seorang manusia.

Kita sentiasa fikir, kita yang betul. Kita rasa kita dah OK. Orang lain la kena dengar nasihat kita. Orang lain la perlu berubah.

aku dah ok

Kita jarang sekali akui kelemahan kita. Jarang sekali kita nampak kekurangan kita. Jarang sekali kita sedar kesilapan kita.

Baca selanjutnya di sini »

(184)

666 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

Monolog dari hati

Sejak dulu, saya memang suka mencatat. Menulis apa saja yang terbuku dihati. Mencatit apa saja yang terlintas difikiran. Ia dah jadi hobi.

Ini cara saya melepas perasaan membelai rasa hati…

Korang macammana? Apa cara korang melepas perasaan…?

Berikut ini saya kongsi beberapa catatan monolog diri. Walau ia nampak peribadi. Tapi bagus untuk peringatan dan muhasabah diri.

monolog dari hati

Ayuh hayati…

Monolog #1 : Alangkah Degilnya Diri

Tidurku banyak.
Anganku panjang.
Amalku tidak bertambah.
Dosa maksiat menggunung tinggi.
Sedang maut semakin menghampiri…
Ohhh alangkah degilnya diri ini !

Monolog #2 : Sungguh, Aku Ingin Berubah

Baca selanjutnya di sini »

(171)

1,012 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

Kamu cuma ada 1 peluang saja, jangan sia-siakan

Hidup cuma 1 kali saja.

Ulamak memberi perumpamaan.

Ada seekor katak ditepi sungai nampak seorang pemancing sedang memancing. Katak tersebut teringat kawannya, ikan di dalam sungai. Lantas sang katak terjun masuk kedalam air. Ia ingin berjumpa ikan. Sang katak merperingatkan ikan supaya jangan sesekali makan umpan yang dipasang pemancing.

Katak berkata kepada ikan.

“Wahai kawanku… Jangan engkau makan cacing itu walau ia nampak menyelerakanmu. Kerana sebenarnya ia adalah perangkap. Kalau kamu makan juga, nescaya kamu akan ditangkap, perut kamu akan dibelah, kulit kamu akan disiang dan tubuhmu akan dibakar atas api. Kemudian mereka akan memakan kamu dengan lahap sekali.”

Sang katak cuba menasihati kawannya, kerana ia lebih faham keadaan di darat. Sang katak tahu benar apa yang akan dilakukan pemancing pada ikan yang ditangkap.

pancing ikan

Malang sekali.

Sang ikan langsung tak ambil peduli nasihat sahabatnya. Malah ikan mentertawakannya. Ikan percaya itu semua hanyalah cerita rekaan sang katak yang cemburu padanya.

Lantas ikan telah memakan umpan. Lalu ikan terus disentap dan ditarik naik ke darat oleh pemancing.

Ikan terkejut besar. Ohhh aku sudah terkena! Nak cakap apa pun tak guna.

Kini ikan telah nampak dan saksikan apa yang dikatakan oleh katak bukan rekaan, tapi semuanya benar belaka.

Disaat itu barulah ikan tersedar dan yakin yang kulitnya bakal disiang, perut akan dibelah dan tubuh badannya akan dibakar.

Ikan berasa sangat-sangat menyesal.

Tapi malang, ia sudah terlambat.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Kini ikan sudah tak ada peluang untuk kembali ke dalam air.

Ulamak beritahu…

Baca selanjutnya di sini »

(395)

1,082 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

10 perkara yang sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

  1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
  3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
  4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan ruh mereka.
  5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
  6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(478)

2,497 total views, no views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

Beraninya kau tuduh orang lain sesat

Saya teringat kisah seorang sahabat Nabi bernama, Hadrat Usamah Bin Zaid radhiallahu ‘anhu, yang telah membunuh seorang musuh yang mengucap kalimah syahadah semasa ditawan perang.

Apabila Nabi sollallahu’alaihi wasallam tanya, kenapa bunuh? Usamah jawab, sebab orang tu ucap syahadah TAK IKHLAS, itu cuma helah dia untuk menyelamatkan diri dari dibunuh.

Nabi sangat marah dan menegur perbuatan Usamah itu.

Nabi sollallahu’alaihi wasallam berkata (mafhumnya) :

“Hey Usamah, BERANI KAU bunuhnya sesudah dia mengucapkan ‘Laa ilaha illallah’?”

Nabi bertanya kepada Usamah, apakah engkau telah belah dadanya dan periksa keikhlasannya?

Nabi terus-menerus mengulangi pertanyaan ini berkali-kali sehingga menyebabkan Usamah berasa sangat-sangat bersalah dan menyesali keterlanjurannya.

Hari ni, mudahnya kita menuduh orang lain sesat. Mudahnya kita menghukum orang lain tak betul. Malah BERANI SEKALI kita mengata macam-macam dan merendah-rendahkah ‘alim ulama, warasatul anbiyak.

tuduh orang sesat

Ingat! Allah isytihar perang pada orang yang memusuhi para wali Nya.

Baca selanjutnya di sini »

(770)

1,475 total views, no views today

Share Button
BAGUS(9)TAK bagus(1)

Roh Agama

Roh ialah asbab kehidupan. Sesuatu yang tiada roh, adalah mati. Manakala jika jasad wujud bergerak, tapi tanpa roh pula adalah umpama mayat hidup.

Di alam ini, terdapat terlampau ramai mayat hidup. Wujud mereka benar, gerakan jasad mereka benar, tapi rohnya tiada.

Aku bukan orang soleh, aku ini munafik tegar, aku lebih hina dari anjing kurap, apatah lagi nak mendekati makam kewalian. Tapi aku sangat cintakan orang soleh yakni orang yang hidup jasad dan rohnya, bukan orang “soleh” yang hanya hidup jasad tanpa roh. Dan dengan izin Allah, aku dapat rasakan dalam lubuk hatiku siapa yang punya roh atau mati rohnya. Itu bukan satu kelebihan, bukan satu keanehan, bukan nak menyatakan diriku istimewa, kerana ia dapat dirasai oleh semua kaum muslimin. Cuma penelitian tanpa sangka buruk yang membezakan. Kerana penelitian dengan sangka buruk itu adalah tanda kita ini ahli neraka yang pasti.

Hari ini, umat Islam hidup tanpa roh. Umpama patung harimau, kisah tentang kehebatannya sangat mahsyur, digeruni dan disegani kawan dan lawan zaman berzaman. Tapi sayang sejuta kali sayang, ia cuma tinggal patung yang tidak ditakuti walau oleh seekor tikus.

Tanda-tanda roh agama wujud dalam diri, perbuatan dan perkataan seseorang itu telah pun dinyatakan baginda tercinta.

  • Apabila orang punya roh dilihat, akan buat kita ingat Allah.
  • Apabila dia bercakap, akan buat kita ingat Allah walaupun perkataannya pendek dan ringkas.
  • Bahkan hanya dengan senyuman dan gerak gerinya, akan buat kita ingat Allah.
  • Membaca tulisannya, buat kita terpaku, terasa penuh nur dan roh sehingga terasa lazat di lubuk jantung dan akan buat kita terus ingat Allah walaupun tulisan itu panjang, tidak akan buat kita jemu. Seperti membaca al-quran dan hadith, walaupun berjuta kali diulang sejak kecil surah yang sama, hadith yang sama, tidak terdetik pun rasa jemu atau rasa “tidak perlu” kepadanya.

roh islam

Orang yang hidup rohnya, maka yang melihat, mendengar dan membaca akan dia pasti akan terasa sejenis kekenyangan walaupun perutnya berada dalam hakikat kelaparan.

Itulah kekenyangan jiwa.

Roh dihidupkan dengan makanan. Dan kita perlukan 2 makanan untuk jadi asbab kehidupan. Yang pertama ialah makanan jasad yang halal dan toyyib supaya jasad mampu tegak dan berfungsi.

Manakala yang kedua ialah makanan kerohanian iaitu tazkiyyah nafs (penyucian hati) melalui riadah dan latihan kerohanian serta penjagaan nafsu, kebersihan hati dan juga sedekah dari ahli rohani (orang yang mempunyai roh) melalui sohbat (perdampingan) orang yang “lapar” kepadanya.

Hari ini, semua orang sibuk dengan makanan jasadi. Sibuk fikir tentang perut. Sibuk fikir apa nak makan dan sibuk dengan rezeki perut dan sibuk menyalahkan ini dan itu apabila hasil perut mereka diganggu sedangkan mereka tahu rezeki itu hak milik mutlak Allah.

Baca selanjutnya di sini »

(862)

2,335 total views, no views today

Share Button
BAGUS(6)TAK bagus(0)

Tips untuk bersangka baik dengan orang lain

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Sama-sama la kita take note dan cuba aplikasikan dalam kehidupan kita.

Tips untuk bersangka baik dengan orang lain

sangka baik

Jika engkau bertemu seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik
dariku”

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu orang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang
tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu orang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun.

Kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Lauh Mahfuz, adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah (pengakhiran baik) atau su’ul khatimah (pengakhiran buruk).

Baca selanjutnya di sini »

(836)

1,955 total views, no views today

Share Button
BAGUS(3)TAK bagus(0)

Jangan jangan jangan

Jangan!

Jangan!

Jangan!

jangan jangan jangan

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya.
Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang nyaris-nyaris membunuh Rasulullah, kini terbaring bersemadi disebelah makam baginda sollallahu’alaihi wasallam pun. Malah mendapat title “radhiallahu’anhu (yang diredhai Allah)” pula. (Saidina Umar al-Khattab radhiallahu’anhu)

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya.
Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah sebelum ini pun, akhirnya digelar pedang Allah (Saifullah). (Saidina Khalid Ibnu Walid radhiallahu’anhu).

Jangan menilai orang dari rupanya.
Kerana Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda, Saidina Julaybib radhiallahu’anhu dikejar-kejar oleh para bidadari Syurga.

Baca selanjutnya di sini »

(666)

1,017 total views, no views today

Share Button
BAGUS(2)TAK bagus(0)

Cara tegur orang dengan baik

Cara tegur orang dengan baik

Sabda Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam…

Addiinu naa sihah.

Agama itu adalah nasihat!

Tegur-menegur, nasihat-menasihati adalah satu perbuatan yang sangat baik dan dianjurkan.

Memang kita sebagai manusia perlu mendapat teguran dari orang lain. Kerana kita bukan maksum (bebas dari dosa).

Dari teguran lah, ita akan sedar akan kesilapan, kesalahan dan kelemahan diri kita.

Dan dari situlah kita akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.

Saya yakin, setiap orang mesti pernah merasa ditegur oleh orang lain…

Jika ditegur, teguran yang bagaimanakah yang anda mahukan orang lain lakukan?

Adakah teguran dengan jerkahan? jeritan? maki hamun? perli-perli? atau bagaimana?

cara tegur orang

Berikut ini adalah beberapa perkara perlu ditekan jika ingin menegur seseorang (cara teguran yang baik) :

Baca selanjutnya di sini »

(4588)

9,381 total views, 4 views today

Share Button
BAGUS(5)TAK bagus(0)

4 soalan penentu nasib kita di akhirat

Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Allah pada hari Qiamat sehingga dia dipersoal akan 4 perkara :

1 * UMUR : bagaimana ia dihabiskan?

2 * ILMU : bagaimana ia digunakan?

3 * HARTA BENDA : bagaimana (dari mana) ia didapati dan bagaimana (untuk apa) ia dibelanjakan

4 * TUBUH BADAN : bagaimana ia dimanfaatkan (terutama masa muda @ sihatnya)

  • SETIAP PERKATAAN @ tulisan kita atas dunia ini akan dicatat.
  • SETIAP PERBUATAN kita atas dunia ini akan direkod oleh Malaikat di bahu kanan dan kiri.

Dan SEMUA perkataan dan perbuatan itu akan di PERSOAL dan di PERTANGGUNGJAWABKAN di mahkamah ALLAH.

Bersediakah kita untuk menjawab semua itu???

  • Berhati-hati lah dalam setiap patah perkataan (atau tulisan) yang kita keluarkan.
  • Berhati-hatilah dalam setiap tindakan dan perbuatan kita atas dunia ini.

Sentiasa soal diri ;

Baca selanjutnya di sini »

(494)

900 total views, no views today

Share Button
BAGUS(2)TAK bagus(0)