Tips elak hasad dengki dan supaya sentiasa bersangka-baik

Soalan :

Mohon ustaz berikan tip untuk menghindarkan hasad dengki dan agar sentiasa bersangka-baik antara satu sama lain?

Jawapan :

  • Hasad dengki merupakan barah kepada amalan, kerana ianya boleh menghapuskan segala pahala sebagaimana api memakan kayu api yang kering.
  • Kita perlu banyakkan rasa bersyukur apabila melihat orang sekeliling kita mendapat kesenangan.
  • Amalkan ayat 82, surah al-Isra dengan meletakkan tangan di dada, insyaAllah akan dapat menghindarkan perasaan hasad dengki.

doa elak hasad dengki

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(492)

2,920 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(3)TAK bagus(0)

Sifat mazmumah, penyakit hati yang dimurkai

Adakah kita punyai sifat mazmumah???

Ayuh mari muhasabah diri masing-masing!

Mazmumah atau penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu itu adalah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin.

penyakit hati

Penyakit hati ada 2 iaitu :

  1. Penyakit hati terhadap Allah
  2. Penyakit hati terhadap manusia

Contoh penyakit hati terhadap Allah, di antaranya ialah :

  • Tidak khusyuk beribadah
  • Lalai dari mengingati Allah
  • Tidak yakin dengan Allah
  • Tidak ikhlas dengan Allah
  • Tidak takut pada ancaman Allah
  • Tidak harap pada rahmat Allah
  • Tidak redha akan takdir Allah
  • Tidak puas dengan pemberian Allah
  • Tidak sabar atas ujian
  • Tidak syukur atas nikmat
  • Tidak terasa diawasi Allah
  • Tidak terasa kehebatan Allah
  • Tidak rindu dan cinta pada Allah
  • Tidak tawakal kepada Allah
  • Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
  • Putus asa dengan rahmat Allah
  • Cinta dunia, membuang waktu dengan perkara yang sia-sia
  • Penakut (takut pada selain Allah)
  • Ujub
  • Riya’
  • Gila pujian dan kemasyhuran

Manakala contoh penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia, di antaranya ialah :

Baca selanjutnya di sini »

(704)

1,409 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(14)TAK bagus(0)

Tanda hati sakit, hati sihat dan ubat bagi hati

2 tanda hati yang sihat :

  • giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan.
  • setiap amal ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi.

Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

3 tanda hati tengah sakit

  • tidak dapat merasakan manisnya ibadat.
  • tidak tahan berlama-lama dalam melakukan ibadah.
  • sangat seronok melakukan maksiat.

Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaru gatalnya hingga melukai diri sendiri.

Teknik semak kesihatan hati

hati mati

Hasan Al-Basri rahmatullahialaih pernah mengajar teknik semak kesihatan hati.
Beliau berkata :

Rasakanlah kemanisan dalam 3 perkara :

  • ketika melakukan solat
  • ketika membaca al-Quran
  • ketika berzikir

Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah.
Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup.”

Apakah ubat bagi hati?

Baca selanjutnya di sini »

(666)

2,056 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)