Rahsia kebahagiaan rumahtangga
Sejak dua menjak ni, ramai sungguh para pembaca blog ini menghantar email kepada saya meminta pendapat dan bertanya mengenai pelbagai perkara. Paling ramai adalah yang mengadu tentang konflik atau masalah rumahtangga yang mereka hadapi.
Saya bukanlah sombong untuk mengabaikan persoalan yang anda kemukakan, namun, ingin saya nyatakan sekali lagi, saya ni bukan lah seorang motivator atau pakar kaunseling. Saya hanya orang biasa yang juga kadang-kadang menghadapi masalah yang sama dengan anda semua.
Jadi, saya harap anda tidak kecil hati sekiranya saya tak dapat menjawab segala aduan dan pertanyaan yang anda berikan.
Namun apa-apa pun, dalam entri kali ini suka saya ingin berkongsi dengan anda satu tulisan yang saya kira, sangat bagus untuk kita baca, selami, fahami dan amalkan bersama. Semoga apa yang dituliskan dapat kita ambil manfaat dan amalkan untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Perbezaan Suami Isteri : Selesaikan Begini..
Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.
Telah tiga kali, saya diminta untuk mengulas perihal formula kebahagiaan rumah tangga sepanjang berada di United Kingdom. Kali pertama di Ireland, kali kedua di Cumbria, sempena Kem Mithali anjuran komuniti Malaysia Manchester and terbaru di Sheffield pada 5 Jun 2010. Saya akui, saya bukanlah seorang yang specialist di dalam bidang ini walau telah berumahtangga selama 11 tahun. Walaupun begitu, mungkin atas kapasiti saya selaku seorang pendakwah dan berpendidikan agama, saya tidak henti-henti menerima email dan soalan berkaitan masalah rumah tangga, sebahagiannya tidak melibatkan hukum sama sekali. Ia hanya melibatkan kefahaman kaedah, teknik dan cara melayari bahtera rumahtangga.
Ada yang datang dari suami dan juga isteri, saya kira telah beberapa kali para suami yang menghubungi saya, menangis teresak-esak sewaktu menceritakan masalah berkaitan rumahtangga khususnya yang berkaitan dengan sikap isterinya. Ia adalah satu situasi yang sukar buat saya kerana saya bukanlah pakar bidang kaunseling rumahtangga.
Apapun, keadaan sebegitu mampu memberikan saya gambaran dan keadaan rumahtangga di Malaysia. Jika ketidakstabilan rumahtangga sebegitu berterusan, ia bakal menghasilkan anak-anak yang membesar dalam keadaan pincang dan serba kekurangan.
Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa saya dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.
Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.







Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo

