Aku dah OK, kau tu yang kena berubah?

Dalam banyak hal, kita rasa kita sentiasa di pihak yang betul. Kita mahu orang faham kita. Kita nak orang terima pendapat kita. Kita ingin orang dengar cakap kita.

Tapi sedarkah kita, orang lain pun fikir macam itu juga. Mereka juga fikir mereka betul. Mereka tak silap. Mereka tak perlu berubah. Yang perlu berubah adalah orang lain.

Inilah lumrah pemikiran seorang manusia.

Kita sentiasa fikir, kita yang betul. Kita rasa kita dah OK. Orang lain la kena dengar nasihat kita. Orang lain la perlu berubah.

aku dah ok

Kita jarang sekali akui kelemahan kita. Jarang sekali kita nampak kekurangan kita. Jarang sekali kita sedar kesilapan kita.

Baca selanjutnya di sini »

(184)

666 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

Adakah kamu fikir kamu LEBIH baik?

Mengapa begitu mudah kamu mengata orang?

BODOH, bongok, bebal, tolol, bahalul, dungu, gila, bangang, zalim, tak sedar diri dan macam-macam lagi la.

Sampai dah tak tahu perkataan buruk apa lagi yang hendak dikatakan.

Semua kata diluah penuh emosi (sewenang-wenangnya) pada orang yang kamu tak suka.

Kamu maki sesuka hati pada orang yang tak ‘sebulu’ dengan kamu.

kutuk orang

Come on saudara!

Apakah perbuatan kamu mengata itu lebih baik dari orang yang kamu kata?

Apakah kamu menganggap diri kamu LEBIH baik, mulia, hebat, cerdik, pandai, bijak, berilmu dan adil setelah kamu mengeluarkan kata-kata buruk begitu?

Maaf cakap. Kalau macam tu lah perbuatan kamu, sedarlah, yang berkata-kata buruk dan menghina orang (kamu) itu lah yang lebih buruk dan lebih memalukan.

Kamu sangka kamu lah hero, kamu hebat. Kamu sangka kamu pejuang hak yang menegakkan kebenaran.

Tapi dalam kamu perasan macam tu, sebenarnya kamulah perosak yang menghuru-harakan keharmonian masyarakat.

Pepatah Melayu ada mengatakan ;

“Paku dulang paku serpih, mengata orang kamu yang lebih.”

Kamu kata (komen) :- orang tu bebal, dungu, bodoh, gila, bangang, bongok, zalim, tamak, tak sedar diri… 

Tapi dalam kamu tak sedar… perbuatan kamu itu menampakkan kamu lah yang terLEBIH dungu dan tak sedar diri!

Saudara…

Baca selanjutnya di sini »

(949)

3,244 total views, no views today

Share Button
BAGUS(13)TAK bagus(0)

Tolong jangan perasan bagus yer

Tolong jangan perasan bagus yer

Kita masuk syurga bukan sebab amal ibadah dan kebaikan kita. Tapi sebab RAHMAT dan kasih sayang Allah semata-mata.

Jadi, usah sesekali kita rasa diri kita BAGUS!

Baik macammanapun kita, bagus macammana pun kita, pemurah macammanapun kita, alim (banyak ilmu) macammanapun kita, ibadah banyak manapun kita, ia bukan jaminan kita jadi ahli syurga.

Tanpa kasihan belas dan rahmat Allah, semua itu tak ada apa-apa makna.

Justeru, jangan perasan diri kita baik. Jangan perasan diri kita bagus, ‘alim, pemurah, banyak ibadah.

Apatah lagi jangan sesekali pandang orang lain lebih rendah dan kurang daripada kita.

perasan bagus

Mungkin orang lain nampak bodoh, orang lain nampak selekeh, selebet… orang lain nampak tak banyak manapun amal ibadahnya. Orang lain nampak serba serbi kurang… Tapi hati mereka tulus, suci, bersih dari sifat-sifat yang tak baik. Barangkali Allah suka dengan hati dan sikap yang lebih bersifat HAMBA itu.

Sedangkan kita… mungkin kita seorang yang ‘alim (banyak ilmu), pemurah, kuat ibadah dan banyak buat kebaikan. Tapi disebabkan hati kita kotor, ada sifat ujub, sombong, bangga diri… pandang rendah orang lain… kita rasa kita dah cukup bagus… syok dan puas dengan diri sendiri. Barangkali Allah tak suka dengan hati dan sikap kita yang perasan bagus tu.

Diluar kita nampak sempurna. Orang lain pandang kita seorang yang hebat dan berjaya.

Hakikatnya…? Kita pun tak tahu. Kita pun tak pasti samada ALLAH suka dan redha pada kita atau tak.

Hakikatnya, kita semua hanya mengharap belas kasihan dan RAHMAT dari ALLAH semata-mata.

Jadi sepatutnya kita ni :

Baca selanjutnya di sini »

(951)

2,261 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)