Untuk apa kita bersengketa?

Berbeza itu biasa. Setiap individu itu unik dan istimewa. Ada kelebihan. Ada juga kekurangan.

Cara berfikir seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor. Jantina, umur, latar belakang keluarga, pendidikan, cara hidup, suasana tempat tinggal, masalah peribadi… semua ini mempengaruhi cara berfikir seseorang.

Apabila berlaku pertembungan, seboleh mungkin cuba bayangkan kalau kita di pihak orang itu. Fikir keadaan orang itu, dan bayangkan kalau kita berada di situasi seperti dia.

bersengketa

Buka minda. Buka jiwa. InsyaAllah mungkin kita boleh mencari titik pertemuan (persetujuan).

Baca selanjutnya di sini »

(198)

630 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(6)TAK bagus(0)

7 Langkah praktikal untuk capai sasaran

Sempena tahun baru hijrah 1438 ni, saya nak kongsi sikit teknik mencapai matlamat yang saya ‘sedut’ dari sebuah buku motivasi Jepun. Saya pun baru nak belajar-belajar amalkan ni…

langkah untuk berjaya

OK, terus kepada 7 langkah tersebut.

  • Langkah 1

Tuliskan APA yang ingin dicapai. Dan tuliskan juga SAMPAI BILA harus dicapai. Maknanya target kita mesti ada DUE DATE la. Dan perlu ditegaskan… korang KENA TULIS, tak boleh tak tulis.

So, ambil kertas dan pen sekarang. Fikirkan apa yang anda nak capai (matlamat) dan tuliskan ia.

Contoh (saya amik saya punya sasaran) :

Sehingga 31 Disember 2016, saya akan habiskan menulis draft pertama buku ‘Samurai Malaya’.

  • Langkah 2

Perincikan (pecahkan) lagi target yang ditulis di langkah 1 kepada target-target yang lebih kecil.

Contoh :

* Sehingga 31 Oktober, habiskan menulis sehingga bab 10.
* Sehingga 30 November, habiskan menulis sehingga bab 20.
* Sehingga 31 Disember, habiskan hingga bab 30 dan siapkan draft pertama.

Semasa menulis target kita tu, pastikan ia adalah target yang praktikal yang sememangnya boleh dicapai. Jangan tulis target yang tak logik pulak.

Baca selanjutnya di sini »

(122)

392 total views, no views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)