Untuk apa kita bersengketa?

Berbeza itu biasa. Setiap individu itu unik dan istimewa. Ada kelebihan. Ada juga kekurangan.

Cara berfikir seseorang dipengaruhi oleh banyak faktor. Jantina, umur, latar belakang keluarga, pendidikan, cara hidup, suasana tempat tinggal, masalah peribadi… semua ini mempengaruhi cara berfikir seseorang.

Apabila berlaku pertembungan, seboleh mungkin cuba bayangkan kalau kita di pihak orang itu. Fikir keadaan orang itu, dan bayangkan kalau kita berada di situasi seperti dia.

bersengketa

Buka minda. Buka jiwa. InsyaAllah mungkin kita boleh mencari titik pertemuan (persetujuan).

Baca selanjutnya di sini »

(198)

630 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(6)TAK bagus(0)

Ohhh aku rindu kamu

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Maaf kerana menyepi selama ni. Bukan sebab tak peduli. Cuma… macam biasa la asyik busy hari-hari. hehehe

Maafkan saya yer.

aku rindu kamu

Dulu sekitar tahun 2007 hingga 2010, saya sangat aktif berblogging. Setiap hari, pagi petang, siang malam godek blog. Fikir apa nak tulis, apa nak kongsi, gambar apa nak upload, balas komen, layan aduan followers… memang sibuk habis. Kadang-kadang, tidur pun mimpi blog. haha
Blog saya dulu ada lebih 10k followers/subscribers. Masa tu, saya anggap ia zaman emas blogging saya. Saya berjaya jana income cecah 4 angka sebulan (melalui iklan, affiliate dan tulis review).

Tiba-tiba, pertengahan tahun 2010, saya telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Mungkin ramai diantara korang yang tahu perkara ini. Saya telah ditipu lebih RM200k (penipu tu kenal dan kontek saya pun melalui blog). Ibu saya juga meninggal dunia pada tahun itu. Demi Allah, saya rasa tahun 2010 itulah tahun paling menyedihkan bagi saya.

Baca selanjutnya di sini »

(99)

804 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)