Aku dah OK, kau tu yang kena berubah?

Dalam banyak hal, kita rasa kita sentiasa di pihak yang betul. Kita mahu orang faham kita. Kita nak orang terima pendapat kita. Kita ingin orang dengar cakap kita.

Tapi sedarkah kita, orang lain pun fikir macam itu juga. Mereka juga fikir mereka betul. Mereka tak silap. Mereka tak perlu berubah. Yang perlu berubah adalah orang lain.

Inilah lumrah pemikiran seorang manusia.

Kita sentiasa fikir, kita yang betul. Kita rasa kita dah OK. Orang lain la kena dengar nasihat kita. Orang lain la perlu berubah.

aku dah ok

Kita jarang sekali akui kelemahan kita. Jarang sekali kita nampak kekurangan kita. Jarang sekali kita sedar kesilapan kita.

Baca selanjutnya di sini »

(189)

722 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

Monolog dari hati

Sejak dulu, saya memang suka mencatat. Menulis apa saja yang terbuku dihati. Mencatit apa saja yang terlintas difikiran. Ia dah jadi hobi.

Ini cara saya melepas perasaan membelai rasa hati…

Korang macammana? Apa cara korang melepas perasaan…?

Berikut ini saya kongsi beberapa catatan monolog diri. Walau ia nampak peribadi. Tapi bagus untuk peringatan dan muhasabah diri.

monolog dari hati

Ayuh hayati…

Monolog #1 : Alangkah Degilnya Diri

Tidurku banyak.
Anganku panjang.
Amalku tidak bertambah.
Dosa maksiat menggunung tinggi.
Sedang maut semakin menghampiri…
Ohhh alangkah degilnya diri ini !

Monolog #2 : Sungguh, Aku Ingin Berubah

Baca selanjutnya di sini »

(179)

1,109 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

Kamu OK, orang lain TAK OK?

Kamu sakit hati orang dedah aib kamu,
tapi kamu senang hati jer dedah aib orang.

Kamu geram orang cakap pasal silap kamu,
tapi kamu rilek jer cerita pasal silap orang.

Kamu tak suka orang jaja pasal lemah kamu,
tapi kamu senang-senang jer jaja pasal lemah orang.

Kamu tak boleh terima orang sebar buruk kamu,
tapi kamu ikut sedap hati jer sebar buruk orang.

Kamu tak redha orang umpat kamu,
tapi kamu hari-hari umpat orang.

Kamu tak mahu orang kritik kamu,
tapi kamu boleh pula kritik orang.

Kamu marah orang kutuk kamu,
tapi kamu suka benar kutuk orang.

Sifir apa yang kamu pakai?

kutuk orang

#JagaLidah
#JagaAkhlak
#JadilahMukminSejati

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(79)

547 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(6)TAK bagus(0)