Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Rahsia kebahagiaan rumahtangga

June 09, 2010 By: PakarHowTo Category: Rahsia

Sejak dua menjak ni, ramai sungguh para pembaca blog ini menghantar email kepada saya meminta pendapat dan bertanya mengenai pelbagai perkara. Paling ramai adalah yang mengadu tentang konflik atau masalah rumahtangga yang mereka hadapi.

Saya bukanlah sombong untuk mengabaikan persoalan yang anda kemukakan, namun, ingin saya nyatakan sekali lagi, saya ni bukan lah seorang motivator atau pakar kaunseling. Saya hanya orang biasa yang juga kadang-kadang menghadapi masalah yang sama dengan anda semua.

Jadi, saya harap anda tidak kecil hati sekiranya saya tak dapat menjawab segala aduan dan pertanyaan yang anda berikan.

Namun apa-apa pun, dalam entri kali ini suka saya ingin berkongsi dengan anda satu tulisan yang saya kira, sangat bagus untuk kita baca, selami, fahami dan amalkan bersama. Semoga apa yang dituliskan dapat kita ambil manfaat dan amalkan untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Perbezaan Suami Isteri : Selesaikan Begini..

Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.

Telah tiga kali, saya diminta untuk mengulas perihal formula kebahagiaan rumah tangga sepanjang berada di United Kingdom. Kali pertama di Ireland, kali kedua di Cumbria, sempena Kem Mithali anjuran komuniti Malaysia Manchester and terbaru di Sheffield pada 5 Jun 2010. Saya akui, saya bukanlah seorang yang specialist di dalam bidang ini walau telah berumahtangga selama 11 tahun. Walaupun begitu, mungkin atas kapasiti saya selaku seorang pendakwah dan berpendidikan agama, saya tidak henti-henti menerima email dan soalan berkaitan masalah rumah tangga, sebahagiannya tidak melibatkan hukum sama sekali. Ia hanya melibatkan kefahaman kaedah, teknik dan cara melayari bahtera rumahtangga.

Ada yang datang dari suami dan juga isteri, saya kira telah beberapa kali para suami yang menghubungi saya, menangis teresak-esak sewaktu menceritakan masalah berkaitan rumahtangga khususnya yang berkaitan dengan sikap isterinya. Ia adalah satu situasi yang sukar buat saya kerana saya bukanlah pakar bidang kaunseling rumahtangga.

Apapun, keadaan sebegitu mampu memberikan saya gambaran dan keadaan rumahtangga di Malaysia. Jika ketidakstabilan rumahtangga sebegitu berterusan, ia bakal menghasilkan anak-anak yang membesar dalam keadaan pincang dan serba kekurangan.

Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa saya dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.

Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.

(more…)

Suami tak romantik dan sukar berubah, apa boleh dibuat?

June 07, 2010 By: PakarHowTo Category: Masalah Rumahtangga

Baru-baru ini ada seorang pembaca blog PakarHowTo menghantar email kepada saya, mengadu tentang konflik rumahtangga nya. Beliau meminta saya memberikan pendapat.

Berikut adalah kandungan email yang beliau kirimkan kepada saya.

Salam. Saya ingin meminta pendapat saudara tentang masalah yang sedang saya hadapi. Saya tak tahu nak mula bagaimana. Saya dah bingung.

Begini ceritanya…

Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya dan suami sebaya. Perkahwinan kami baru masuk usia 2 tahun.

Untuk makluman saudara, ketika bercinta dulu pun memang kami sering bergaduh. Keputusan saya untuk berkahwin dengannya adalah dengan harapan agar dia boleh berubah. Namun apa yang telah saya fahami setakat ini, LELAKI amat sukar untuk berubah.

Saya sifatkan diri saya tidak sama seperti perempuan lain. Walaupun suami sentiasa berada di rumah, namun perhatian yang diberikan kepada saya agak kurang. Dia berada di rumah bukan kerana saya, tapi sifatnya yang tidak mempunyai kawan di luar menyebabkan dia mghabiskan masa di rumah kebiasaannya dengan bermain computer game.

Pada mulanya saya boleh terima. Tapi lama kelamaan saya naik bosan dengan dirinya. Bercakap hanya ketika perlu saja. Kebanyakan masalah berakhir dengan perselisihan faham. Saya tak faham dengan dia. Perangainya terlalu kebudak-budakan. Dia tak pernah nak beromantik dengan saya. Maksud saya disini dia jarang membelai, memeluk saya ( tanpa unsur sex ). Bila dia nak dia buat la, kalau nak peluk saja-saja jer tu, dia memang jarang lakukan.

Dia tak pernah menegur kesilapan saya on the spot. Dia suka simpan dan sebab dia simpan itu la akan menyebabkan dia melepas kemarahan dia dengan cara yang saya tidak suka. Ada ketika dia pernah keluarkan perkataan BODOH pada saya.

Saya terkilan. Sewaktu bercinta lagi, bila tiba birthday saya, selalunya dia memang tak ingat. Bila saya call nangis-nangis, dia boleh tanya kenapa. Saya suruh dia ingat tapi memang dia tak boleh nak ingat. Sampai akhirnya dia tensen dengar saya menangis dan akhirnya dia letak telefon. Dia off kan terus. Saya kemudiannya telefon dia semula tapi tak dapat. Saya call mak dia, baru dia angkat. Saya cakap hari ni hari jadi saya baru dia sedar. 2 tahun berturut-turut perkara sebegini berlaku kepada saya. Sampi lah sekarang ini, dah kahwin pun dia cuma wish jer. Itupun set alarm pada handphone. Hadiah tetap tak pernah ada. Saya agak kecewa.

d776015f

Waktu saya sakit, pernah saya beritahu pada dia yang saya rasa macam nak demam. Tapi dia boleh cakap yang saya tidur lambat malam tadi. Saya tak faham kenapa dia bersikap begitu. Bukannya dia nak belai ker, belikan ubat ker. Saya dengar dia cakap camtu terus saya rasa sangat kecewa. Saya bukannya nak suruh dia dodoikan saya. Saya cuma nak dia beri perhatian jer. Pernah 1 malam tu tekak saya sakit. Waktu tu dia tengah main game. Saya tanya abang tak nak keluar beli gula-gula ker? Ada ker patut dia cuma suruh saya makan jer gula-gula cenderahati orang kawin yang rasa entah apa-apa tu dan terus dia main game. Saya memang terkilan masa tu kerana saya sebenarnya nak gula-gula strepsils.

Saya benar-benar buntu. Kebahagiaan perkahwinan yang orang cakap-cakapkan tak pernah saya rasai. Saya pelik. Dimanakah kebahgiaan itu?

Saudara, tolong lah beri penyelesaian dan pendapat terhadap masalah ini. Perlu kah saya meneruskan perkahwinan dengan lelaki yang seolah-olah tak ada perasaan ini? Atau lebih baik saya mulakan hidup baru?? Saya cukup terseksa jika tahun-tahun mendatang dia terus begini tanpa perubahan yang saya inginkan…

Harap saudara dapat membalas email ini…

Sekian.

Berikut ini adalah pandangan ikhlas saya. Namun terlebih dahulu saya ingin mohon maaf lah kalau bahasa saya direct to the point.

(more…)

Petua Untuk ‘Tahan Lama’ (18SX)

March 27, 2010 By: PakarHowTo Category: Masalah Rumahtangga, Petua

Perhatian : Petua ini adalah untuk orang yang sudah berkahwin (dengan cara yang sah) sahaja. (18SX)

Saya ada menerima beberapa petua yang agak 18sx dari kawan saya melalui email. Pada mulanya saya agak keberatan dan berasa ragu-ragu juga, patut ker saya kongsi kan petua-petua yang macam ni? Yerlah kan, benda macam ni agak sensitif sikit.

petua 18SX

Namun, memikirkan petua-petua ini bagus terutamanya kepada mereka yang bermasalah. Maka saya rasa tak ada salahnya saya berkongsi. Tujuan saya kongsikan petua ini adalah semata-mata untuk membantu mereka-mereka yang benar-benar bermasalah. Semoga ada manfaatnya petua-petua ini, sikit sebanyak.

Namun, saya ingatkan di sini, kepada mereka yang masih belum bernikah, jangan gunakan petua-petua ini untuk tujuan yang tidak baik. Saya tidak bertanggungjawab atas penyalahgunaan petua-petua ini. Harap maklum.

(more…)

Panduan berhadapan dengan suami yang panas baran

March 22, 2010 By: PakarHowTo Category: Panduan

Kalau sebelum ini saya berkongsi dengan anda panduan, doa dan jampi untuk berhadapan dengan suami yang panas baran. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel mengenai Panduan berhadapan dengan suami yang panas baran.

Baca, fahamkan dan cuba amalkan selagi boleh. Pastu sebar-sebarkanlah info berguna ini kepada seberapa ramai orang yang boleh.

1. Wujudkan Empati dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

2. Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
(more…)

Tips untuk hidup bahagia sebagai suami isteri

February 07, 2010 By: PakarHowTo Category: Tips

Keluarga yang harmoni dibina dengan susah payah, bukan terbina dengan sendirinya. Untuk bahagia, suami perlu berusaha. Isteri pun perlu berusaha. Suami kena buat pengorbanan, isteri juga perlu bersusah payah. Pendek kata, kedua-dua belah pihak kena saling faham memahami, saling bertolak ansur dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Si suami kena tahu peranan, tugas dan tanggungjawabnya. Si isteri juga begitu, ada peranan dan tanggungjawabnya pada suami. Masing-masing kena tunaikan hak kepada pasangan masing-masing.

Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Suami isteri perlu saling bertolak ansur

Berikut ini dikongsikan beberapa tips bagaimana untuk jadikan rumahtangga yang dibina agar sentiasa harmoni dan bahagia. Sila baca dan amalkan;

  1. Tukar Paradigma kolot. Fikirkan perkara yang positif seperti rumahtangga yang dihiasi dengan suasana kasih sayang, romantik dan hilai tawa bersama dengan keluarga. Ianya satu kemestian dan satu tuntutan.
  2. Suami isteri mestilah mempunyai niat perkahwinan yang baik. InsyaAllah suasana-suasana yg indah mudah dijalinkan. Perbanyakkanlah berdoa selalu kepada Allah.
  3. Sebagai suami isteri, hubungan yang wujud di antara keduanya bukan hanya sekadar suami dan isteri, tetapi mestilah berusaha menjadi pasangan kawan karib yang cukup rapat supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat juga menghindari rasa malu yang melampau.
  4. Kita mesti belajar untuk berkorban semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Jangan mudah marah tetapi amalkan sifat mudah memaafkan orang lain khususnya di dalam konteks rumahtangga.

(more…)

Ayah garang dan ego, anak tertekan dan buntu, apa patut dibuat?

October 15, 2009 By: PakarHowTo Category: Masalah Rumahtangga

Hari ini, kalau kita buka surat khabar dan majalah, kita akan dapati, banyak sekali kisah keluarga yang bermasalah dan kucar-kacir di paparkan. Mengapa institusi kekeluargaan menjadi begitu rapuh dan goyah?

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu masalah yang timbul dalam sebuah keluarga antara seorang anak dengan bapanya. Marilah kita baca dan ambil pengajaran daripada kisah benar yang berlaku ini.

Stress dengan ayah, apa patut saya buat??

Assalamualaikum Ustaz.

Saya memerlukan nasihat dan panduan daripada ustaz berkenaan dengan masalah yang saya hadapi sekarang.

Saya sebenarnya mengalami masalah keluarga sejak sekian lamanya. Dah hampir semua ikhtiar yang saya buat menemui jalan buntu. Ia langsung tak dapat merungkai masalah yang saya hadapi. Jadi saya sangat memerlukan nasihat dari ustaz.

Ustaz,
Saya mempunyai seorang ayah yang selalu saja berfikir bahawa pendapatnya saja yang betul. Walaupun dia banyak buat kesilapan, dia tak akan mengaku salah. Kalau dia mengaku sekalipun, dia akan cakap, dia tahu apa yang dia lakukan, dia nampak segala-galanya yang kita semua tak nampak, kami anak-anak dan isterinya cuai tentang ajaran agama, dan pelbagai lagi alasan akan diberikan.

Dia sentiasa bersyarah agama apabila memarahi ibu dan anak-anaknya padahal, sebagai seorang ayah, dia juga lalai dalam melakukan sesetengah amalan agama.

Dia selalu mengatakan yang anak-anak dan ibu selalu membelakangkan dia dan selalu menggunakan sejarah Nabi Nuh apabila memarahi kami. Tetapi sejak kecil, bapa saya tidak pernah memberi perhatian atau perangsang kepada kami, malah selalu marah-marah kami.

Apabila dia berbual tentang agama, dia akan selalu menegaskan bahawa dia memang saja yang betul dan bercakap benar. Kami langsung tidak boleh menyuarakan pendapat kami. Ibu saya selalu jadi mangsa marah nya.

Dia juga selalu mengaku bahawa dia seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama, tetapi pergaulan antara dia dan adik ipar nya (adik kepada ibu saya) seperti tak ada batas pula. Dia gemar sekali menggunakan perhiasan dan rantai dan lain2. Mak cik saya tinggal serumah dengan kami. Bapa saya akan menyebelahi mak cik dan kawan mak cik saya, walaupun apa pun kesilapan yang mereka lakukan.

Macam-macam lagi lah ustaz. Dah tak larat dah saya nak mengadu.

Adik-beradik saya terlalu stress dan tertekan dengan perkara ini sehingga kami semua tidak tahu apa lagi yang kami hendak lakukan. Namun, saya tidak putus berdoa agar semua masalah ini akan berakhir dan dapat diselesaikan. Kadang-kadang, saya sampai terfikir nak duduk berasingan menyewa di flet.

Saya betul-betul buntu apa lagi yang patut saya lakukan bagi mengubah keadaan ini. Harap dapat nasihat dan panduan dari ustaz. Terima kasih.

(more…)

Derita hati seorang isteri…

August 05, 2009 By: PakarHowTo Category: Masalah Rumahtangga

Hari demi hari, saya menerima banyak lagi email yang mengadu mengenai pelbagai perkara. Kesemua mereka meminta saya memberikan pandangan dan komen saya terhadap masalah yang mereka hadapi.

Aduhai kawan-kawan. Sudah saya katakan berkali-kali. Saya tak mampu untuk menjawab kesemua email yang diberikan. Ya, kalau ikutkan hati, saya memang nak tolong dan beri pendapat saya. Saya memang teringin nak balas setiap komen yang ditulis di blog ini. Namun, saya minta maaf, saya benar-benar tidak mampu untuk berbuat demikian lantaran kesibukan saya pada tugasan yang sentiasa ada saban hari dan ketika.

Malah ada beberapa orang rakan meminta saya memberikan testimoni untuk produk yang mereka baru lancarkan. Tapi saya pohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka. I am really sorry guys. Masa yang saya ada benar-benar terbatas. Sedangkan komitmen saya menggunung tinggi banyaknya.

Saya harap, kepada semua yang mengirim email kepada saya tu, kalau saya tak jawab, jangan kecil hati yer. Saya bukan sengaja malas nak jawab, tetapi seperti yang saya kata. Saya memang tak menang tangan…

Namun, bagi tidak mengecewakan mereka yang mengadu masalah dengan saya tu, saya akan cuba kongsikan beberapa kandungan email yang diberikan dengan semua pembaca blog pakar ini.

Diharapkan, kepada mana-mana pembaca yang ada komen atau pendapat terhadap masalah yang dibangkitkan, bolehlah tinggalkan komen / pendapat anda di ruangan komen tu yer.

Apa jua bentuk komen dan pandangan adalah sangat dihargai. Namun, saya harap, janganlah ada diantara kita yang menggunakan bahasa-bahasa kasar dan kurang ajar yang boleh melukakan hati orang lain.

Berikut adalah kandungan email yang baru saja saya terima semasa waktu rehat makan tengahari tadi. Email kali ini adalah aduan mengenai keperitan duka hati seorang isteri…

(more…)


This page is copy protected