Simptom, kesan dan masalah semasa hamil / mengandung Part (II)


Share

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Suri mengharapkan agar anda semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Bagaimana pula dengan ibu-ibu, mama-mama di tika ini? Suri mengharapkan agar anda sihat di samping insan yang tercinta.

Seperti yang dijanjikan ini adalah sambungan akhir bagi simptom, kesan dan masalah semasa hamil. Semoga perkongsian ilmu yang Suri miliki ini dapatlah kita manfaatkannya bersama-sama sebagai sumber maklumat yang berguna.

  • PITAM

Sebilangan ibu-ibu yang hamil selalu menghadapi tekanan darah rendah. Ketahuilah bahawa ini adalah punca biasa pening dan pitam sewaktu hamil sahaja. Pada kebiasaannya keadaan ini akan berlaku jika anda berdiri terlalu lama di mana darah anada akan mudah terkumpul di kaki dan sabahagiannya juga terdapat pengurangan darah di kepala.

Jika anda pening, adalah dinasihatkan agar anda duduk secara perlahan-lahan, tundukkan kepala anda supaya darah boleh mengalir terus ke otak semula.

Sekiranya anda masih berasa agak keletihan juga, muka pula kelihatan pucat dan sukar bernafas, anda mungkin mengalami anemia. Perkara yang wajar anda lakukan adalah segera berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan darah untuk anda. Pada amnya doktor akan membekalkan anda sejenis pil zat besi kepada anda jika perlu. Disamping itu juga anda adalah digalakkan memakan sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, balkoni untuk mengurangkan masalah ini.

  • CIRIT- BIRIT

Ini lazimnya, jangkitan viral atau keracunan makanan yang biasa tidak akan menjejaskan anda dan janin. Adalah disarankan agar anda minum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi dan segerlah mendapatkan rawatan doktor untuk mengenal pasti punca jangkitan tersebut.

Ketahuilah bahawa jika cirit-birit yang anda alami itu amat teruk dan disertai dengan muntah-muntah ini adalah petunjuk bahawa jangkitan yang lebig serius akan berlaku seperti keracunan salmonella atau listeriosis. Untuk pengetahuan umum jangkitan ini lebih kerap berlaku di negara bara Dilaporkan ia boleh menyebabkan kelahiran pra matang.

Bagi mengelakkan ibu-ibu yang sedang hamil mengalami masalah seperti ini anda perlulah mengelakkan diri dari memakan atau memasak telur mentah atau separuh masak. Bukan itu sahaja malahan dengan daging ayam mentah atau separuh masak serta susu yang tidak dipastur juga perlu dielakkan.

  • KERAP BUANG AIR KECIL

Ini adalah perkara biasa di awal dan akhir kehamilan.

Ketahuilah bahawa jika anda rasa panas ketika membuang air kecil, suhu badan meningkat, sakit abdomen atau air kencing berbau dan kelihatan keruh, ia mungkin petanda jangkitan air kencing (UTI). Jika tidak dirawat sebaik-baiknya, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang.

Baca selanjutnya di sini… (9276)

Share

Simptom, kesan dan masalah semasa hamil / mengandung (Part I)


Share

Assalamualaikum dan dan salam sejahtera untuk semua. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan tabah selalu dalam meniti hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Moga hari yang dilalui hari ini adalah lebih baik dari semalam..

Post kali ini Suri ingin kongsikan bersama anda tentang kehamilan. Suri dapat ini pun separuhnya dari pengalam suri sendiri, sabahagiannya pula dari sumber pembacaan, dan tidak terlepas juga dari doktor yang pakar dalam kehamilan…

Selalunya masalah atau simpton yang berlaku agak kritikal sehingga membuatkan mereka yang hamil berasa sangat risau dan bimbang dengan keadaan diri mereka. Khususnya bagi mereka yang baru kali pertama mengandung.

Untuk meredakan kegusaran bagi bakal-bakal ibu diluar sana tu suri kongsikan maklumat yang tak seberapa ini kepada anda. Semoga dengan sedikit maklumat dan pendedahan ini akan memberikan anda keyakinan dan kekuatan dalam mengharungi detik-detik mains, suka-duka dalam kehamilan anda bersama pasangan anda.

JOM BACA !! Check it out! ;)

  • PANDANGAN MENJADI KABUR

Sesekali pandangan mungkin sedikit kabur takala anda berjalan ataupun bersenam. Tahukan anda bahawa ini menandakan tubuh anda telah mengalami dehidrasi. Jadi apakah yang harus anda lakukan adalah dengan cara meminum lebih banyak air bagi menstabilkan kembali jumlah cecair dalam tubuh anda.

Pada kebiasaannya ini mungkin petanda preeklampsia. Iaitu simpton pandangan kabur yang diikuti dengan rasa sakit kepala, pening-pening, sakit ulu hati, loya dan muntah merupakan simptom tekanan darah anda yang semakin tinggi.

Keadaan ini akan lebih buruk sekiranya pre-eklampsia tadi menyebabkan bekalan darah gagal disalurkan ke plasenta. Antara genjalan lain termasuklah bengkak di tangan, muka dan kai serta adanya protein di dalam air kencing.

  • SAKIT KEPALA

Ia disebabkan oleh hormon kehamilan yang menyerang saluran darah di otak. Perlu anda ketahui juga bahawa hal yang sama juga berlaku jika paras gula terlalu rendah dalam darah sehingga menyebabkan anda sering sakit kepala. Jika anda dalam situasi begini adalah anda dinasihatkan agar makanlah dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kerana ia dapat membantu anda sedikit dalam menangani masalah ini.

Simptom ini juga memungkinkan ia sebagai petanda tekanan darah tinggi terutamanya jika pandangan anda kabur dan dalam masa yang sama turut mengalami bengkak di tangan dan kaki.

  • MUNTAH-MUNTAH

Ini adalah sesuatu perkara yang normal dari awal peringkat kehamilan. Ia lazimnya tiada apa-apa yang berlaku yang perlu dirisaukan walaupun ia boleh menyebabkan keletihan ibu yang hamil kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Ketahuilah bahawa jika anda mengalami muntah secara berlebihan sehingga mengalami dehidrasi (dimana bibir dan lidah kelihatan kering) ia mungkin hyperemesis gravidarum (muntah dan loya) yang memerlukan anda mendapatkan rawatan khas dari hospital.

Baca selanjutnya di sini… (4354)

Share