Petua hilangkan bau durian
Hujung minggu lepas, saya dan isteri balik kampung di Jerantut. Kebetulan masa kami balik tu, durian banyak giler gugur. So, apa lagi. Sampai-sampai jer kat rumah, perkara pertama kami buat ialah, belah & ‘bedal’ buah durian laa. huhu
Saya dan isteri saya ni memang ‘hantu durian‘. Di KL ni pun, kami pantang jumpa durian. Pasti beli punya. Tak kira la di pasar malam ker, di tepi-tepi jalan ker. Memang kami akan singgah kalau terjumpa mana-mana tempat yang ada menjual durian. Walaupun harganya durian di KL ni mahal, tapi nak buat macammana. Dah ketagih. Bedal saja laaa…hehe.
Durian memang beshhh!!!!
So, balik kampung baru-baru ni, kami tak lepas peluang la. Perut kosong jer sikit, bedal durian. Bosan2 jer, bedal durian. Malah, sambil2 tengok TV pun kami bedal durian gak. Pendek kata, pagi petang siang malam, kami bedal@makan durian. Bau mulut usah cakap la. 24 jam berbau durian.
Memang tak sia-sia kami balik kampung hujung minggu lepas. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur atas kurniaan nikmat yang Allah berikan pada kami.
Kami balik semula ke KL pada hari Ahad petang. Masa nak balik tu pun, sempat gak kami sumbat beberapa biji durian dalam kereta. Pada mulanya, malas gak nak bawa balik KL. Yer la, nanti habis busuk bau kereta. Isteri saya cakap pun, dia tak berapa tahan bau durian yang terperap dalam kereta. Sebab tahun lepas kami memang dah ada pengalaman pahit bawa durian dalam kereta. Sampai termuntah-muntah dalam perjalanan, dek kerana tak tahan bau durian. Haa masa tu, seminggu pun bau durian tak hilang-hilang. Jadi, tahun ni, kami dah ’serik’ nak bawa durian dalam kereta.




Klik Gambar Untuk Sertai Persatuan Bakal-bakal Bapa (PBB) PakarHowTo

