Kerana apa kamu menangis?


Share

Kalau kita perhatikan, dalam hampir kesemua drama atau filem Melayu, pasti ada babak orang menangis. Saya pun tak tahu mengapa. Adakah memang perangai orang Melayu ni suka menangis? Sikit-sikit menangis. Pendek kata, kalau tak ada babak menangis, memang tak sah atau tak lengkap cerita. Barangkali antara syarat utama nak jadi pelakon di Malaysia ialah dia mesti pandai menangis? Begitu? huhu

Maaflah, saya bukan nak condemn atau kritik sangat drama atau filem tempatan ni. Cuma saya kadang-kadang terasa meluat dan muak tengok drama atau filem kita yang dipenuhi dengan babak-babak menangis. Kadang-kadang, tangisan yang dilakonkan itu ‘terlebih buat’ pula sehingga menggelikan hati saya. huhu

Apa-apapun, dalam tulisan kali ni, saya bukan nak cerita tentang drama atau filem orang menangis. Tapi saya ingin mengajak anda semua merenung dan bermuhasabah diri mengenai perihal menangis ini.

Soalannya begini;

“Selama kita hidup ini, berapa kali kah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan? Berapa kali kita menangis memohon keampunan daripada Allah? Berapa kali kah kita MENANGIS KERANA ALLAH?”

Tanyakan soalan ini kepada diri anda dan anda jawablah sendiri.

Sekarang, saya nak kongsi dengan anda satu artikel tentang ‘Mengapa Rasulullah SAW menangis?.

Sama-sama lah kita fikirkan tentang perkara ini.

Baca selanjutnya di sini… (680)

Share