Fikir dulu sebelum tulis

Sebelum saya menulis dan share sesuatu di facebook…

saya akan fikir, fikir dan fikir dulu…

fikir dulu

Fikir dulu sebelum tulis

Saya akan tanya diri saya,

Apakah manfaat dari penulisan atau perkongsian saya ni…?

Setiap patah perkataan yang saya tulis, saya fikir dan tulis. Saya akan cuba guna perkataan dan bahasa yang paling mudah difahami, kerana bimbang ia akan disalah erti.

Mungkin ada yang berkata :

“Ahhhh ikut suka aku lah nak kongsi apa pun…bukan facebook ko pun kan?”

Yaa benar! 

Anda berhak tulis dan kongsi apa saja di facebook anda.

Tapi ingat!!!

Baca selanjutnya di sini »

(912)

2,405 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

Jangan terlibat dengan saham dosa di facebook

Jangan terlibat dengan saham dosa di facebook

saham dosa facebook

Ni apa yang saya perhatikan di facebook.

Saya lihat, ramai benar orang yang suka berkongsi cerita (sebar) keburukan orang (samada melalui video, gambar, print-screen, cerita dan sebagainya), KONONnya untuk pengajaran dan iktibar.

Mereka berasa puas hati dan seronok bila apa yang mereka kongsikan tu, ramai pula yang beri komen, hentam, kutuk, caci maki si pelaku buruk (seperti yang dikongsikan).

Tapi, pernahkah kita terfikir atau bayangkan, kalaulah orang itu (yang melakukan keburukan itu) adalah diri kita sendiri, atau mak, kakak, adik-beradik, saudara-mara kita sendiri?

Bukankah kita sama sekali tidak mahu (tidak suka dan marah) kalau orang dedah dan sebarkan keburukan yang telah kita lakukan, hatta dengan tujuan kebaikan untuk pengajaran (kononnya)?

Yaa mungkin orang itu dah buat silap. Orang itu gagal kawal nafsunya.

Yaa mungkin orang itu telah berlebihan dalam tindakannya. Mungkin dia berdosa kepada Allah.

Tapi apakah kerana keterlanjurannya itu, kita BERHAK sebar aib dia.

Adakah kerana itu, kita ada lesen besar untuk canangkan pada dunia, keburukan dan kesilapan yang telah dia lakukan?

Wahai orang yang beriman, JAGA LIDAH mu. JAGA TULISAN mu.

Jangan sampai Allah buka aib mu dan “telanjang”kan kamu baru nak sedar.

Baca selanjutnya di sini »

(975)

1,872 total views, 3 views today

Share Button
BAGUS(9)TAK bagus(0)