Blog PakarHowTo

Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik & ‘How To’
Subscribe

Tips membuat ‘presentation’ yang hebat

June 16, 2009 By: PakarHowTo Category: Tips

Semalam, saya sangat sibuk. Saya kena hadiri 2 meeting yang penting (1 sebelah pagi dan 1 sebelah petang). Majoriti masa bekerja saya selama 8 jam semalam dihabiskan dalam bilik meeting jer. Dahla kena buat presentation pulak tu. Memang tepu kepala otak. Sampai rasa nak termuntah pun ada…

Hari ni pula, saya ada 2 lagi meeting. Pagi sekali (2 jam) dan petang sekali (1 jam). Dalam kedua-kedua meeting hari ni pun, saya kena buat presentation dan melaporkan aktiviti tugasan yang saya lakukan sepanjang minggu lepas dan bulan lepas.

Inilah kerja saya hari-hari...

Inilah kerja saya hari-hari...

Tugas utama saya sekarang ni sebenarnya ialah sebagai penterjemah (translator). Tetapi selain itu, saya juga diamanahkan untuk jadi ‘pembantu peribadi’ (personal assistant) kepada pengarah syarikat(managing director) tempat saya bekerja sekarang ini. So, memang setiap hari kena masuk meeting dan setiap minggu, saya mesti kena buat beberapa presentation.

Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Tips bagaimana untuk membuat presentation yang hebat! Tips ini sebenarnya bukannya ditulis oleh saya. Tapi disebabkan saya rasakan tips ni memang bagus dan amat berguna kepada mereka yang selalu kena buat presentation, maka saya kongsikanlah dengan anda.

(more…)


This page is copy protected