Sifat mazmumah, penyakit hati yang dimurkai

Adakah kita punyai sifat mazmumah???

Ayuh mari muhasabah diri masing-masing!

Mazmumah atau penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu itu adalah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin.

penyakit hati

Penyakit hati ada 2 iaitu :

  1. Penyakit hati terhadap Allah
  2. Penyakit hati terhadap manusia

Contoh penyakit hati terhadap Allah, di antaranya ialah :

  • Tidak khusyuk beribadah
  • Lalai dari mengingati Allah
  • Tidak yakin dengan Allah
  • Tidak ikhlas dengan Allah
  • Tidak takut pada ancaman Allah
  • Tidak harap pada rahmat Allah
  • Tidak redha akan takdir Allah
  • Tidak puas dengan pemberian Allah
  • Tidak sabar atas ujian
  • Tidak syukur atas nikmat
  • Tidak terasa diawasi Allah
  • Tidak terasa kehebatan Allah
  • Tidak rindu dan cinta pada Allah
  • Tidak tawakal kepada Allah
  • Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
  • Putus asa dengan rahmat Allah
  • Cinta dunia, membuang waktu dengan perkara yang sia-sia
  • Penakut (takut pada selain Allah)
  • Ujub
  • Riya’
  • Gila pujian dan kemasyhuran

Manakala contoh penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia, di antaranya ialah :

Baca selanjutnya di sini »

(704)

1,409 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(14)TAK bagus(0)

Konon nak jadi pembela Islam, tapi…

Sebetulnya saya malas nak ulas pasal video seorang wanita yang memperlekeh hudud di Kelantan tu.

hina hudud

Tapi apabila melihat gelagat ramai ‘keyboard warrior’ yang mengutuk, maki-hamun, sumpah seranah, mencarut… malah ada yang ugut rogol atau bunuh perempuan itu, kononnya mahu ‘membela Islam’… saya jadi sedikit kecewa…. dan sedih.

Apakah ini akhlak seorang mukmin? Adakah maki hamun, sumpah seranah… ugut rogol dan bunuh itu yang diajar oleh Nabi kita, sollallahu ‘alaihi wassallam?

Pelajarilah sirah Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam (yang menjadi uswatun hasanah, sebaik-baik contoh untuk diikuti) dan tekuni kisah-kisah para sahabat radhiallahu’anhun ajma’in dalam berhadapan dengan apa jua situasi. Nescaya kita akan mendapati betapa indahnya akhlak seorang muslim yang Islam ajar.

Yaa, kita sama sekali TAK REDHA dengan video yang melampau itu. Kita MARAH atas kebiadapan itu.

Namun, bukankah kita diajar untuk membenci PERBUATAN nya saja,  TAPI tidak pada batang tubuh, atau INDIVIDU itu?

Anggap saja dia jahil dan seorang yang tersalah faham.

Kita gesa pihak yang berwajib untuk panggil dia, beri penerangan… beri kaunseling atau apa saja yang patut untuk menyedarkan keterlanjuran yang dilakukan.

Sedang, kita sebagai seorang muslim @ mukmin, kena jaga AKHLAK.

Lebih-lebih lagi di laman sosial… ramai yang memerhatikan perbuatan, kata-kata dan komen yang kita berikan.

Kata-kata dan komen-komen kita mempamerkan bagaimana mentaliti atau cara berfikir kita sebagai orang Islam. Sekaligus ia memberikan imej dan persepsi atas ajaran Islam itu sendiri.

Cuba bayangkan orang bukan Islam baca komen-komen lucah, maki hamun, sumpah seranah yang kita hamburkan… apatah lagi sumpah seranah tu ditujukan kepada sesama Islam!

Cuba bayangkan fikiran mereka… apa agaknya yang mereka akan fikir yer?

Tak malu ker kita ? Apakah ini level fikiran @ mentaliti seorang Islam?

Menyatakan ketidak setujuan dengan maki hamun, sumpah seranah….? ugut rogol dan bunuh???

Baca selanjutnya di sini »

(820)

1,330 total views, 2 views today

Share Button
BAGUS(7)TAK bagus(0)

Jangan terburu-buru menilai orang lain, okay?

Imam Ghazali rahmatullahu’alaih mengatakan ;

Kalau kamu tengok kepada orang kafir dan kamu melihat orang kafir ini adalah orang tidak beriman kepada Allah, JANGAN terburu-buru kamu menghukum dia itu sebagai hina daripada kamu. Kerana kamu tidak tahu apakah penghujung (saat kematian) kamu dan bagaimana penghujung dia.

Kalau penghujung dia (si kafir) itu baik, apa nak dikata?

Dalam 1 hadith ada diceritakan ;

Ada orang yang membunuh 99 orang, digenapkan menjadi 100 orang yang dibunuhnya, tetapi akhirnya dia bertaubat kepada Allah dan diterima taubatnya, walaupun dia tidak ada amal kebaikan yang pernah dia lakukan. Tapi Allah masih terima dia dan Allah masukkan dia ke dalam syurga. Dia masih belum beramal pun, cuma bertaubat dan berniat untuk menjadi baik. Allah terima dia.

Zaman Nabi Musa alaihissalam tuwassalam, ada orang yang ‘alim dan doanya mustajab (sangat makbul), seorang yang disanjung, tapi pada penghujungnya, dia dinilai oleh Allah sebagai ulama ussu (ulama yang jahat).

Jadi, kalau melihat orang kafir, JANGAN terburu-buru kita menilai kita lebih baik daripada dia sebelum penghujung yang menentukan!

Kita tak tahu penghujung kita jadi macammana. Dan penghujung dia macammana? Kita tak tahu!

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Memang kita disuruh untuk membenci kepada KEKUFURAN nya. Tapi bukan benci pada INDIVIDU nya. Kerana individu itu, kita tak tahu bagaimana penghujung nasibnya.

Baca selanjutnya di sini »

(1968)

4,537 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(5)TAK bagus(0)